Sabtu lepas mendapat jemputan menghadiri open house raya dari Kak Retna dan Kak Siti Delima (Che CT). Dua-dua ni blogger otai, tapi Kak Siti dah lama bersara dari dunia blogging. Open house Kak Retna waktu siang manakala open house Kak Siti pulak belah malam, jadi hari Sabtu tu aku gantung periuk hehe.
Alhamdulillah, dapat merasa laksa Johor yang sedap sangat di tekak aku di rumah Kak Retna. Tahap sedapnya tu sampai dua kali bertambah! Hahaha! Lagi-lagi la kiteorang sampai lambat gara-gara menunggu dua orang puteri tu bersiap, makanya bila sampai rumah Kak Retna perut memang berkeroncong mintak diisi. Terpandang laksa Johor atas meja, terus tak pandang benda lain. Benda rare susah nak jumpa kan hihi.
Sedap, rasa nak makan guna tangan style orang Johor kan, tapi iolls segan pulak hihi...
Antara juadah di rumah Kak Retna. Aiskrim Malaysia dengan cream puff tu favourite anak-anak
Terima kasih Kak Retna atas jemputan. Nampak tak sedap sangat laksa tu sampai tak lepas dari tangan walaupun Kak Retna ajak posing 🤣
Balik dari rumah Kak Retna, Suami Terchenta perasan tayar macam kurang angin. Rupa-rupanya pancit huhu... Nasib baik dah dekat nak ke Sentul Boulevard, jadi singgah la kedai tayar Continental. Dah alang-alang kat kedai tayar, Suami Terchenta kata baik tukar tayar terus sebab nampak tayar dah agak haus. Kali terakhir tukar tayar tahun 2020 masa masih di Bintulu Sarawak, sebelum bawak kereta ke KL. Melayang la dalam RM1.3k+ tukar 4 biji tayar terus.
Alhamdulillah, kereta dapat 'beraya' dengan tayar baru 😆
Sebelah malam lepas Maghrib, kiteorang gerak pulak ke rumah Kak Siti @ Che CT. Kalau blogger lama mungkin pernah berkunjung ke blog masakan Dari Dapur CT. Orangnya handal memasak, siap terbitkan 3 buah buku masakan. Gambar-gambar dalam buku masakan dia rasanya Kak Siti sendiri yang shoot, sebab dia ni terer ambik gambar profesional jugak.
Semua lauk dia masak sendiri. Semuanya sedap!
Bila pergi ke rumah blogger masakan, memang kena ambik semua lauk sebab rugi kalau tak rasa!
Suka tengok balang kuih raya Kak Siti. Eh jap, kucing tu buat apa kat situ? 😂
Candid shot. Gambar pertama tu dengan blogger-blogger otai zaman awal 2000an dulu - Umie, Kak Siti Delima, Che Mat (CM), Suami Terchenta (Junaidix.com, pengasas Msjbox.com) dan Shai
Alhamdulillah untuk rezekiNya pada hari Sabtu lepas. Dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama dan makanan sedap-sedap bukanlah peluang yang diperolehi hari-hari. Jadi bila ada jemputan, memang sedaya-upaya untuk hadir supaya hubungan silaturrahim terjaga, haa gitchew....
Nota kaki: Esoknya sakit perut sebab makan berlebihan, perut pun terkejut 🤣 Adoi, minggu ni nak jumpa gynae takutnya kena bebel!
BFF aku turun ke KL dengan suami dan anak-anaknya minggu lepas. Sebelum dieorang balik, kiteorang berjanji nak breakfast sama-sama. Dah alang-alang berjumpa, aku ajak sekali 2 orang lagi BFF kiteorang, Nurul dan Zura join sekali. Dah lama betul tak breakfast dengan Nurul dan Zura sejak Zura kawen.
Us dengan plus one masing-masing 😂
Kali ni kiteorang pilih Kenny Hills Bistro di bangunan Four Seasons KL. Pertama kali sebenarnya jejakkan kaki ke sini. OK la, cosy dan sesuai untuk lepak-lepak.
Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL
Menu terhad berbanding dengan Kenny Hills Bakery. Kebanyakannya menu yang lite & easy.
Smoked Salmon Eggs Royale dengan sos hollandaise ni sedap dan mengenyangkan
Sebenarnya risau jugak bawak Suami Terchenta sebab dia kan pendiam dan selalunya susah nak cari modal berborak hahaha! Nasib baik mood dia baik nak ikut keluar sarapan sekali. Bila dah jumpa dengan suami Donna yang peramah tu elok pulak dia berborak. Datang pulak suami Zura sama-sama kerja bidang IT. Cuma dengan suami Nurul je tak sempat sembang sebab dieorang datang lambat. Kiteorang gegurls macam biasa la riuh-rendah membawang bercerita.
Sebelum balik, Donna hadiahkan kiteorang buku seorang satu. Nanti dah habis baca aku buat review kat sini.
Raya kedua, pagi-pagi lagi Suami Terchenta ajak ke kubur (satu lagi tradisi di kampung asben ialah ziarah kubur beramai-ramai pada hari raya kedua) tapi aku kata aku takde baju yang sesuai memandangkan baju aku ada 3 helai je, melainkan dia nak aku ke kubur pakai baju tidur kelawar. Lagipun adik-beradik Suami Terchenta semua ikut sekali, jadi tak muat kereta Axia bapak mertua aku nak angkut semua sekali so kiteorang tinggal kat rumah je la pagi tu.
Tengahari pulak, memandangkan aku dah takde baju raya jadinya pergi 'bejarah raya' (ziarah raya) ke rumah BFF di Desa Ilmu pakai baju masa aku travel balik ke kampung. Tiap-tiap tahun aku dan BFF selalunya buat plan sama-sama bejarah raya ke rumah kawan-kawan yang lain tapi tahun ni memandangkan cuti sekolah yang pendek jadi tak sempat la meneruskan tradisi tahunan kiteorang tahun ni. So tahun ni sempat pergi rumah BFF aku, Donna je la.
Bersama keluarga BFF
Walaupun pakai baju biasa je, gambar tetap tak dilupakan!
Kebetulan kawan kiteorang kat Bintulu pun buat jemputan raya kat rumah dia di sana, jadi kiteorang pun ber 'FaceTime' dengan kawan-kawan kat Bintulu 😆. Tak dapat jumpa fizikal, jumpa dalam FaceTime pun jadilah!
Yang kat tengah-tengah tu pun BFF kiteorang jugak.
Lamanya tak jumpa dieorang! Rindu pulak...
Lepas ke rumah Donna, kiteorang terus ke airport ambik bagasi kiteorang yang terkandas tu. Nasib baik jumpa, kalau tak jenuh la aku nak kena recycle baju yang ada (aku cuma beli baju tidur sehelai dan baju raya sepasang je, tambah lagi dengan baju pakai masa travel, menjadikan keseluruhan baju yang ada sebanyak 3 pasang je sementara tunggu update tentang bagasi kiteorang tu).
Lepas ambik beg di airport, singgah pulak ke Mita Cake House sebab mak BFF Khadeeja pesan butter cake sebijik.
Kiteorang pergi 2 cawangan sebelum jumpa cawangan yang ada jual butter cake. Rupa-rupanya tak semua cawangan Mita ada jual butter cake.
Sejak butter cake Mita ni viral, dieorang dah mula hadkan pembelian kek ni kepada 2 bijik seorang pelanggan. Terpaksa la aku dan Suami Terchenta jadi orang asing buat-buat tak kenal sebab nak beli 4 bijik kek (2 bijik untuk jamuan raya di sekolah anak-anak, sebijik yang mak BFF Khadeeja pesan dan sebijik lagi untuk kiteorang sendiri). Kat airport pun boleh beli jugak tapi harganya memang dieorang mark-up gila-gila la. Kalau nak beli kat Shopee pun boleh, tapi harga jadi double triple. Fuhhh... dah boleh masuk kategori barang rare ni sebab limited edition kan.
Fresh from the oven, haa gitu...
Selesai semua urusan barulah kiteorang balik semula ke rumah. Malam pulak kiteorang bejarah raya ke rumah sepupu Suami Terchenta. Isteri sepupu hidangkan air oren Sunkist, bukan main suka Khadeeja minum sampai bergelas-gelas. Aku rasa sebab cuaca panas kat Samarahan, sebab tu boleh tiba-tiba minat air oren padahal sebelum ni tak pun.
Sepatutnya malam tu kiteorang singgah rumah makcik Suami Terchenta (adik mak mertua) tapi sebab dah lewat malam, terpaksa cancel sebab takut Ngah dah tidur.
Esoknya lepas Subuh kiteorang breakfast repeat lauk ayam masak merah malam sebelumnya. Memang bertambah-tambah nasi sebab malam tu kiteorang terlalu penat sampai tak larat makan, jadi bangun pagi tu terus lapar nauzubillah! 🤣 Tak jadi Aini merajuk sebab dia penat-penat masak tapi kiteorang makan sikit je hehe.
Ambik gambar untuk kenangan, Insha Allah ada rezeki kita datang melawat lagi
Lepas makan dan semua dah ready nak keluar rumah, sekali lagi Aini & Fazrul offer hantar ke metro station. Pagi tu sejuk sangat sampai berkabus.
Luar rumah Aini dan Fazrul
Misty morning in Hendon, UK
Dari Hendon Station, kiteorang naik metro selama 35 minit dan berhenti di London Bridge station
Tujuan berhenti di London Bridge station ialah sebab nak ke destinasi seterusnya dalam itinerary:
Borough Market ialah sebuah pasar bersejarah yang bermula pada tahun 1756. Ianya ialah pasar makanan yang terkenal di mana ramai pelancong ke sini untuk food-hunting. Selain menjual makanan yang dimasak, Borough Market jugak menjual pelbagai bahan makanan
Antara gerai-gerai yang menarik - Kiri atas: Belgian truffle mayonnaise, kanan atas: kedai menjual pelbagai barang berasaskan minyak zaitun, kiri bawah: gerai roti, kanan bawah: gerai menjual waffle, hot chocolate dan aiskrim dari susu kambing
Walaupun rambang mata dan rasa nak beli untuk bawak balik, tapi end up aku tak beli sebab was-was dengan status halal (contohnya macam truffle mayonnaise tu, walaupun aku suka truffle tapi bimbang truffle tu ialah cendawan yang digali oleh khinzir). Sama jugak dengan cheese dekat sana walaupun nampak sedap tapi risau ada bahan yang tak halal dalamnya.
Ada banyak gerai yang menjual cheese di sini
Nampak menggoda betul biskut dan pastri yang dijual di sini
Khadeeja pantang tengok pavlova macaron ni terus mintak belikan. Manis tau, dik oii!
Silap betul datang ke sini waktu perut masih kenyang sebab auto tak rasa nak makan apa-apa walaupun ada je gerai yang menarik. Tapi sebab dah sampai sini, aku beli la jugak seafood paella ni (halal) dan kongsi makan dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Sedap tapi tu la, perut masih kenyang:
Seafood paella
Dah setel jalan-jalan dalam Borough Market, kiteorang pun pergi ke destinasi kedua iaitu King's Cross Station.
King's Cross Station
King's Cross Station ni ala-ala KL Sentral di KL la. Stesen keretapi yang menghubungkan London dengan negara-negara Eropah yang lain melalui terminal St Pancras International ni ialah salah sebuah stesen yang tersibuk di UK. Apa yang menarik dekat sini? Buat peminat-peminat Harry Potter, semestinya kenal tempat ni sebagai stesen keretapi yang membawa para pelajar Hogwarts ke sekolah dieorang melalui Platform 9 3/4.
King's Cross Station
Barisan pelancong yang nak ambik gambar di Platform 9 3/4 sampai ke luar pintu masuk stesen!
Lepas beratur selama sejam barulah kiteorang dapat ambik gambar kat sini. Takde bayaran dikenakan walaupun ada props disediakan (melainkan kalau nak beli gambar dari jurugambar dekat situ)
Barisan pelancong yang beratur untuk masuk ke kedai cenderahati menjual barangan Harry Potter
Memandangkan Suami Terchenta dah sakit belakang balik sebab beratur selama sejam, sudahnya kiteorang decide untuk balik ke Airbnb je untuk mandi, solat dan Suami Terchenta kena ambik pil tahan sakit. Kesian pulak sakit belakang pun kena paksa diri untuk bergerak sebab aktiviti seterusnya dah dibayar.
Aktiviti kiteorang malam tu ialah Christmas Lights Tour of London menaiki bas dua tingkat yang aku tempah melalui aplikasi Klooks jugak. Harga tiket untuk 4 orang ialah RM500+.
Beratur naik bas
Duduk bas open air dalam cuaca sejuk suhu di bawah 10℃, gigil beb! Sepanjang 1.5 jam atas bas tu, aku rasa muka aku beku kena angin sejuk! 🤣
Bas pusing kotaraya London untuk bawak tengok monumen bersejarah dan lampu-lampu Krismas yang meriah. Malam minggu kota London memang sesak dengan orang ramai ala-ala dekat Bukit Bintang KL, tapi 3x ganda lagi sesak!
Kalau naik bas yang ni pulak siap dapat afternoon tea tapi harga lebih mahal kalau tak silap
Antara bangunan yang kiteorang limpas ialah His Majesty's Theatre
Video sekitar kota London yang sempat aku rakamkan dalam keadaan menggigil 😄 :
I was never more glad when the tour reached its end sebab walaupun ada hand warmer yang beli di Daiso tu pun tak cukup hangat untuk panaskan badan! Kiteorang turun je dari bas terus cari minuman panas.
Malam tu, Aini dan Fazrul ajak kiteorang keluar makan pulak. Mula-mula dieorang nak pergi restoran masakan Malaysia, Rasa Sayang di Chinatown tapi sincedinner plan ni mengejut jadi dieorang tak sempat nak buat tempahan restoran dan malam minggu pulak memang penuh restoran-restoran makanan Asia.
Chinatown UK ada vibe Chinatown dekat KL 😁
End up dieorang ajak ke restoran makanan Itali, Vapiano.
Zaman bujang dulu aku, Aini, Fazrul dan Jen selalu keluar makan sama-sama dan sekarang pulak makan sama-sama tapi dengan anak-anak (dan Suami Terchenta)
Antara makanan yang kiteorang pesan - gambar atas: pasta yang anak-anak pesan, bawah: sup pumpkin (aku punya) dan pizza cendawan (Suami Terchenta punya)
Alhamdulillah, makan malam kiteorang dibayar oleh Fazrul. Terima kasih, Fazrul belanja makan! Semoga murah rezeki Fazrul dan Aini dan dapat selalu balik ke Malaysia 🤲🏻.
Lepas makan malam, kiteorang gerak balik ke Airbnb sebab esok pagi dah nak check out dan pergi ke airport. To be honest, 3 hari tak cukup nak explore kota London, apa lagi bila travel dalam keadaan Suami Terchenta yang sakit belakang. Tapi yang penting, tercapai hasrat nak ziarah Aini dan Fazrul di rumah dieorang lepas sekian lama dieorang mengajak ke London. Insha Allah ada rezeki lagi boleh repeat trip ke London dan melawat tempat-tempat lain pulak, especially Suami Terchenta yang kempunan tak dapat melawat stadium pasukan bola sepak yang terkenal (alasan nak mengajak ke sana lagi 😆).
Mendapat jemputan dan titah perintah dari Permaisuri Cuya dari Kerajaan Kelapa untuk join Giveaway ni. Hehe. Kreatif betul seketul budak bernama Cuya ni. Memandangkan dah dapat jemputan, maka aku pun memeriahkan ruangan komen blog beliau dengan penyertaan jugak. Kawan-kawan yang lain, jom la sama-sama kita support GA Cuya!
Syarat-syarat penyertaan:
Pemenang bertuah akan menerima hadiah dari Kerajaan Kelapa:
Minggu lepas aku dengan seorang lagi kawan (Jaja) berpakat nak buat makan-makan sebelum kawan kiteorang Yana melahirkan anak ke-4 tak lama lagi. Lagipun masa tu Insha Allah aku tak berada di KL jadi tak dapat nak melawat Yana dan baby nya. Yana pun bakal dalam pantang confirm la kena pantang makanan jugak hihi. Jadi baik la buat makan-makan sebelum baby dia keluar.
Kiteorang pilih tema baby shower sebagai tema makan-makan ni. Masing-masing bawak makanan - aku bawak sandwich, Jaja bawak tauhu Anora dan Yana pulak bawak gyoza (dumpling Jepun). Siap ada kek comel untuk budak-budak.
Hiasan simple je untuk jamuan kiteorang
Bersama kawan yang diraikan
Anak-anak kiteorang
Alhamdulillah, makanan yang kiteorang tempah semua sedap dan laku habis. Budak-budak paling suka kek chocolate moist tu sebab memang lembap sangat keknya. Aku makan sikit je sebab agak manis bagi aku.
Yana posing dengan kek tema pink (kek tempah dari Cake Rush)
Sandwich aku tempah dari IG: @rotitozkitchen, tauhu Anora dan gyoza (sejenis dumpling Jepun)
Sekali-sekala berkumpul makan-makan seronok jugak. Anak-anak pun suka sampai taknak balik hehe. Dah habis makan-makan, tak banyak baki makanan yang kena bawak balik, alhamdulillah. Takut jugak kalau berlaku pembaziran. Tapi semuanya licin. Sengaja kiteorang tak tempah banyak sangat makanan sebab tau perut masing-masing tak besar mana pun 😜.
Mohon sama-sama kita doakan agar kelahiran anak ke-4 kawan aku ni dipermudahkan dan selamat semuanya, Ameen YRA 🤲🏻.
Selamat ulang tahun yang penuh kebahagiaan, Sislin! 🎉 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas usia yang dipinjamkan untuk terus bernafas dan mengenali sahabat blogger seorang ni dari zaman awal-awal kahwin sampai la sekarang. Perkenalan kiteorang bermula dari menjadi pengguna Msjbox yang dibangunkan oleh Suami Terchenta dan bertambah akrab bila banyak join aktiviti-aktiviti Msjbox yang dianjurkan oleh Shai. Kalau buat aktiviti gathering kat JB, rumah Sislin la tempat kiteorang menumpang masa tu hehe. Rindu zaman tu kan? 🥰
Semoga tahun ini membawa berkah dan kebahagiaan yang melimpah buat Sislin sekeluarga. Teruslah menjadi sahabat yang ceria dan disenangi kawan-kawan sekeliling. Dan semoga sukses selalu dalam dunia blogging.