Balik dari kenduri SA, kiteorang meneruskan perjalanan ke Melaka untuk menghabiskan cuti sekolah di Melaka. Suami Terchenta dah kebah dari demam jadi dia kata nak bawak anak-anak bercuti sebab sepanjang cuti ni dieorang terperap di rumah je.
Sampai di Melaka dan lepas check-in hotel, tau-tau Suami Terchenta tertidur pulak jadi tak dapat la berjalan-jalan di sekitar bandaraya. Mungkin badannya masih perlukan rehat lepas kebah dari demam. Tak pelah, kita staycation dalam bilik je macam tu hehe.
Sebelah malam kiteorang keluar untuk makan malam (waktu vacation ni stop sekejap IF, kalau tak rugi tak dapat JJCM! 😝). Kali ni kiteorang tak mencari asam pedas tapi mencari kedai nasi ayam Ee Ji Ban.
Haa… apa yang best kat situ? Tentulah menu bebola nasi ayam. Nasi ayam kat sini dihidang dengan cara yang unik iaitu dalam bentuk bebola.
Bebola nasi ayam |
Sapa yang tengah jaga portion makan tu memang elok sangat makan nasi ayam kat sini hehe. 5 ketul ni bersamaan dengan 5 sudu nasi. Kalau tengah diet makan la 2 ketul = 2 sudu je. Selebihnya aku bagi dekat Khadeeja sebab dia berselera betul makan bebola nasi ayam ni. Siap tambah sepinggan bebola nasi lagi!
Set bebola nasi ayam datang dengan sepinggan ayam panggang / stim. Aku tambah baby kailan sebab kiteorang wajib ada sayur setiap kali makan |
Aku tau tempat ni sebab Fanny pernah share dekat IG story kalau tak silap. Lagi satu, tempat ni pun masuk dalam senarai tempat makan halal terbaik di Melaka oleh HHWT. Memandangkan waktu malam seboleh-bolehnya aku nak cari makanan yang tak berapa berat dan berminyak, jadi Ee Ji Ban la yang memenuhi kriteria tu.
Polisi halal yang terpampang dalam kedai makan |
Dari luar nampak macam kedai nasi ayam Cina biasa |
Siap frame lagi gambar artis yang pernah singgah makan kat sini |
Mungkin sebab nasi ayam ni bentuknya unik, anak-anak berselera betul makan. Siap declare nasi ayam kat sini terbaik dan paling sedap dieorang pernah makan 😆 Bagi aku pulak, ok la sedap tapi aku prefer lagi nasi ayam biasa sebab yang ni bebola nasi yang dihidang tu dah sejuk. Kalau nasi ayam biasa, biasanya bila datang kat meja masih panas-panas lagi. Satu lagi, takde sup tapi kalau nak boleh order asing (kena bayar ekstra). Aku suka sambil makan nasi ayam, hirup sup panas-panas. Rasa tak lengkap pulak makan nasi ayam tanpa sup.
Kalau korang tak pernah lagi cuba bebola nasi ayam di Melaka dan teringin nak mencuba, boleh la datang ke kedai Ee Ji Ban. Lepas tu boleh kongsi komen korang pulak.