Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab weekend lepas dia kena standby dekat ofis. So semalam boleh la kiteorang keluar berjimba hehe.
Destinasi pertama yang dituju ialah kedai legend Rumah Kuning di Kampung Baru. Kedai ni betul-betul dekat simpang nak masuk lebuhraya AKLEH dekat Jalan Raja Abdullah menghala ke Dang Wangi. Kedai ni takde tempat parking khas, jadi kiteorang decide naik motor je ke sini sebab senang nak parking tepi jalan.
Rumah Kuning kedai legend di Kampung Baru |
Menu yang ramai orang order ialah roti sarang burung. Kalau kat tempat lain, roti sarang burung letak daging cincang, tapi kat sini letak sardin.
Roti sarang burung dihidangkan dengan kuah kari yang pekat |
Bagi aku, ok la sedap la jugak. Cuma jenuh aku nak asingkan cili padi potong dengan bawang cincang sebab aku tak makan pedas dan tak suka bawang. Kalau datang sini lagi, kena bagitau siap-siap tak nak cili potong dengan bawang. Vibe kat tempat ni macam kat kedai makan di kampung tapi lokasi kat tengah bandar. Owner kedai ni friendly dan servis pun cepat.
Aku baca review kedai ni dekat je dengan stesen LRT Dang Wangi. Lain kali boleh cuba datang sini naik LRT pulak.
Bawak anak-anak merempit cari sarapan pagi |
Lepas sarapan, ke manakah destinasi seterusnya?