Kalau masuk blog aku ni, memang banyak je entri pasal tempat makan kan ๐Ÿ˜‚. IF pun dah tergendala sejak last bendera Jepun. Ater camane nak kurus? ๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️ Mungkin kena ikut jejak langkah Kak Fzy ikut program diet kot huhu.

Malas la nak citer pasal diet. Nak citer pasal makan nasi mandy dekat Qasar Balqis di Taman Melati 2 minggu lepas. Balik dari ambik Khadeeja di rumah kawan, kiteorang singgah makan kat sini.


Yemeni restaurant KL
Restoran Qasar Balqis seberang KL East Mall


Aku dengan Suami Terchenta pesan mandy kambing. Macam ni la rupa setnya. Portion ok, tak banyak sangat tak sikit sangat. Aku perasan sekarang ni tak banyak dah restoran yang hidang nasi mandy dengan tabbouleh (salad Arab). Korang tau ke kat mana restoran yang masih hidang nasi mandy dengan tabbouleh?


Qaisar Balqis
Lamb mandy (RM34) - sos harrahnya tu pedas menyengat so aku letak sikit je la

Macam biasa anak-anak pesan kunafa (takde dalam gambar). OK la, cheesy. Untuk minuman, kiteorang pesan satu teko teh adeni.


Teh adeni
Sedap cuma dieorang tak tapis daun teh tu jadi dengan hampas teh sekali ๐Ÿ˜…

Dari segi servis pulak, makanan boleh dikatakan cepat jugak sampai. Lepas tu bila sup habis kiteorang boleh mintak refill. Cuma time nak mintak refill tu, jenuh nak memanggil pekerja datang sebab dieorang macam sibuk bersembang pulak. 

Kalau korang pulak, kat mana kedai makan favourite korang untuk hidangan nasi mandy?

19 comments:

  1. pernah sekali singgah makan di sini otw balik pahang. senang sebab dia tepi jalan besar

    ReplyDelete
  2. setahu sy laa resto nasi mandy ni byk kat area ampang/pandan. mungkin boleh try jengah2 kat situ kalau nak nasi mady + tabbouleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tau nama restoran lagi senang nak cari ๐Ÿ˜… kiteorg pegi restoran kat bukit bintang pun takde nasi mandy + tabbouleh

      Delete
  3. Tabuleh nampak nasi mandy mesti kecur. Aaa.. memang sekarang mana² kedai nasi arab dah tak letak salad dalam set nasi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan kat KL je mcm tu, kat JB pun sama rupa2nya. Lagi sedap kalau ada tabbouleh kan.

      Delete
  4. kalau nasi mandy LM suka di cyberjaya lupa nama kedai biasa terjah je. bukan saba kedai lain. tapi dekat rumah ni ada kedai arab, nasi mandy dia sedap gak di atmosphere ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat atmosphere ye. Nanti kalau lalu cyberjaya boleh la try cari.

      Delete
  5. that looks super yummy! nak ajak siblings pergi la nanti hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK la sedap jugak nasi mandy kat sini ๐Ÿ˜Š

      Delete
  6. MZ pernah mkn kat sini last few years ie boss belanja mkn2 exco line-up

    ReplyDelete
  7. Haaaa! Portion macam ni uncle suka. Selalaunya nasi arab punya portion tak masuk akal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorg dah belajar kot org Malaysia tak makan byk sgt hihi

      Delete
  8. dkt deret taman melati tu ada 2 pilihan restoran arab...aritu tgk gk kt sini tp kami pilih yg 1 lg yg taj hadramawt...tp stakat ni suka nasi mandy dkt aroma hijrah,shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 nak pergi taj hadramawt tu tapi sebab ada parking kosong depan kedai ni, tukar fikiran makan kat sini je.

      Delete
  9. pernah makan yg di medan idaman, gombak...sbb ada majlis...ha'ah..rindu salatah, kalau ada salatah, baru rasa fresh2 sikit...kena order as side dish, dah x masuk set..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salatah ye nama dia, bukan tabbouleh? Tapi mmg lebih lengkap bila ada salad timun tu kan.

      Delete
  10. Aduuuuuh jadi rindu makanan timur tengah ini pula ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜. Tapi syukurnya di jakarta ada banyak restoran Arab dan timur tengah. Fav saya Al jazeerah dan Al jazeerah signature. Nasi mandhinya mantap, dan tempatnya juga seolah sedang di arab. ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘. Termasuk restoran fav saya kalo rindu nasi mandhi dan lauk2nya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .