• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, February 02, 2023

Sakit perut + batuk tak habis-habis lagi...

Semalam aku pergi klinik sebab dah tak tahan batuk tak sembuh-sembuh sejak kena flu 3 minggu lepas. Lepas tu ada masalah lain jugak so aku syak ada jangkitan kuman.

Dulu aku kurang ambik berat pasal jangkitan kuman. Tapi bulan lepas aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat / ex-colleague masa aku di tempat kerja lama, yang disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah. Sebelum ni sihat-walafiat, tiba-tiba dengar dah takde. Innalillahiwainnailaihirojiun. Bila kuman dah terlampau banyak dalam darah sampai masuk ke jantung atau otak, itu yang bahaya.

Aku pergi ke klinik di Sentul Boulevard. Doktor perempuan India yang aku jumpa tu memang bagus. Dia teliti tanya soalan-soalan berkenaan sejarah penyakit sebelum ni dan simptom-simptom yang aku hadapi. Dia sarankan aku buat ujian darah untuk tau sama ada ianya jangkitan kuman atau virus. Baru dia boleh rawat dengan betul. Kalau jangkitan virus, lain rawatannya. Kalau jangkitan kuman, ya kena bagi antibiotik.

Hasil dari ujian darah tu, doktor tu terangkan kepada aku bacaan darah selepas tu. Macam yang aku syak, memang ada jangkitan kuman. Jadi doktor bagi aku antibiotik yang aku kena ambik 2 kali sehari dan perlu dihabiskan dalam 5 hari.

Aku cerita batuk aku agak teruk especially waktu malam masa baring. Dia syak aku kena GERD lagi. Erk. Memang aku ada langgar pantang minum kopi ni masa bawak Louis ke kafe tempoh hari. Huhu. So dia bagi jugak ubat sakit perut.

End up, banyak jugak ubat-ubatan yang doktor bagi. Ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik, ubat sakit perut dan air garam untuk kencing kotor (agak teruk jangkitan kali ni sampai kena kencing kotor).

Siap doktor pesan kat aku, 'Puan, kalau kena flu lagi, terus pergi klinik saya bagi antibiotik siap-siap takde la kena makan banyak ubat macam ni.'

Baik, doktor. Lesson learnt.


Read more »
on Thursday, February 02, 2023 36
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, February 02, 2023

Cuti CNY: Jalan-jalan Mengejut ke Lumut dan Teluk Batik

Hari Isnin lepas, tiba-tiba Suami Terchenta ajak ke Pulau Pangkor. Mula-mula tak plan ke mana-mana sebab katanya dia kena standby dan kerja cuti panjang tu. Alih-alih, project timeline bawak ke depan so dia pun tetiba free.

Aku kurang yakin berjaya ke tak sampai ke Pulau Pangkor disebabkan kali ni cuti panjang mesti ramai yang dah buat plan ke sana. Tapi Suami Terchenta kata nak cuba jugak. Kalau tak dapat ke Pangkor, singgah ke Teluk Batik pun ok. OK, moh ler kita...

Pagi Isnin tu lepas Subuh kiteorang bersiap-siap bertolak ke Lumut. Alhamdulillah jalan tak jammed. Tapi bila kiteorang sampai kat Lumut, mak aih... parking bertingkat memang penuh dan terpaksa cari parking jauh sikit. Last-last jumpa jugak parking kosong di depan Kediaman Rasmi dan Pejabat Orang Besar Jajahan Manjung tak jauh dari The Orient Star Resort.


Kena menapak jauh sikit baru sampai ke Pangkalan Jeti Lumut

Dari parking, menapak dalam 10 minit ke Jeti Lumut. Terus pergi ke kaunter tiket. Akak kat kaunter tu bagitau tiket pergi ada lagi tapi pukul 3 petang, nak balik pulak takde. Kena balik esok pagi. Alamak. Dah la tak book hotel kat sana dan tak bawak baju ekstra jadi kami batalkan hasrat ke Pulau Pangkor. Nampaknya takde rezeki bawak anak-anak ke Pulau Pangkor.


Boleh beli tiket online jugak rupa-rupanya

Dah alang-alang di Lumut, kami singgah beli produk hasil laut di salah satu kedai di sini. Asyik membelek ikan bilis mata biru, ikan bilis kopek dan udang kering yang cantik-cantik sampai terlupa pulak nak ambik gambar. Ambik kesempatan beli ikan bilis kopek setengah kilo, sotong merah, fish fillet dan keropok ikan untuk dibawa pulang. Suami Terchenta nampak jeruk asam buah merah dan jeruk mangga, terus dibelinya jugak. Buat makan-makan dalam kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk masa memandu katanya.

Kami teruskan lagi perjalanan ke Teluk Batik. Kalau di Lumut cuaca mendung, di Teluk Batik pulak cuaca bukan main lagi panas terik. Banyak kenderaan yang beratur untuk masuk ke kawasan letak kereta di Teluk Batik, mungkin mereka pun sama macam kami jugak yang takde rezeki ke Pulau Pangkor.


Pertama kali jejak kaki ke Teluk Batik

Suami Terchenta angkut sekali khemah untuk bersalin pakaian. Cari punya cari ruang kosong untuk pacak khemah, akhirnya jumpa jugak berdekatan dengan tapak perkhemahan dan dekat dengan bilik air. Senang la lepas mandi laut boleh terus mandi dan salin baju di bilik air.

Oleh sebab cuaca panas yakmat, tetiba rasa malas la pulak nak turun mandi laut. So aku volunteer jaga barang-barang dalam khemah sementara yang lain pergi mandi. Anak-anak pulak dah teruja bukan main. Lepas tukar baju renang, zuss dieorang dah lari masuk air! Cepat-cepat Suami Terchenta tukar baju dan ikut anak-anak sekali. So tinggal la aku sorang-sorang duduk depan khemah sambil berkipas. Nasib baik  angin sepoi-sepoi bahasa, hilang sikit bahang dalam khemah tu.


Orang ramai sedang mandi-manda di Teluk Batik

Tak lama kemudian dalam 30 minit lepas dieorang meluru masuk air, anak-anak muncul depan mata. Masing-masing ambil tuala, baju dan alatan mandi sebelum beratur di depan bilik menunggu giliran. Ramainya orang yang tunggu turn masuk ke bilik air sampai sejam jugak aku tunggu dalam khemah. Suami Terchenta pergi sekejap je walaupun barisan sebelah bilik air lelaki pun panjang jugak. Katanya lelaki mandi dan tukar pakaian tak sampai 5 minit pun. Itulah senangnya jadi lelaki. Perempuan nak kena keringkan rambut pun dah ambik masa. Mujur aku tak ikut mandi.

Sementara tunggu anak-anak, aku berbaring dalam khemah melelapkan mata sekejap. Dalam khemah terasa berbahang, nasib baik aku ada bawak kipas angin kecil dibeli di Kaison. Dapat la lena sekejap. Suami Terchenta pulak makan jajan yang kami beli di Lumut. Sampahnya kami simpan dalam plastik dan bawa balik.

Akhirnya anak-anak selesai mandi dan ganti baju. Masing-masing lapar dan mengunyah-ngunyah jajan yang dibeli. Nampak gaya memang tak sempat bawak balik ke KL! 😂 Sebelum balik, kami ambik gambar buat kenangan:



Tak nampak muka aku ditutup dengan tangan Khadeeja

Kami meninggalkan Teluk Batik sekitar jam 6 petang. Seterusnya kami ke Teluk Intan untuk bawak anak-anak tengok Menara Condong Teluk Intan. Sayangnya masa kami sampai hujan lebat mencurah-curah. Tengok dari dalam kereta je la jawabnya...


Anak-anak tanya kenapa arkitek menara ni reka menara ni condong? 😅

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Jamik Kampung Changkat Jong untuk menunaikan solat Maghrib. Plan asal nak singgah makan malam di kawasan Sekinchan tapi dengan hujan lebat kami batalkan hasrat dan singgah makan di sebuah kedai Melayu dalam perjalanan (aku tak ingat nama kedai tapi seberang ada kubur Cina dan Hindu). 



Selesai makan malam, kami memandu masuk ke Lebuhraya PLUS dan meneruskan perjalanan balik ke rumah. Banyak jugak kereta tapi masih bergerak lancar. Sampai di rumah jam 11 malam. Masing-masing keletihan jadi terus solat Isyak dan masuk tidur. Dengan tu berakhirlah percutian mengejut kami yang tak berapa menjadi 😅 

Read more »
on Thursday, February 02, 2023 21
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, February 01, 2023

Wordless Wednesday: Rumah Tradisional dalam perjalanan ke Teluk Batik

rumah kampung

Salam Rabu semua! Buat warga KL, selamat menyambut Hari Wilayah ye. Best nya hari ni Suami Terchenta cuti, boleh la ajak breakfast di luar hari ni.

Berbalik kepada gambar yang aku ambik masa kami dalam perjalanan ke Teluk Batik ni, tiba-tiba rasa rindu sangat dengan rumah arwah atok di kampung masa zaman aku kecik dulu. Walaupun berbeza sikit rekabentuknya tapi lebih kurang sama. 

Di depan rumah atok ada sebatang pokok bunga janda kaya. Sentiasa lebat berbunga. Tingkap rumah atok jenis tingkap kayu macam gambar ni:


Kredit foto: propertyguru.com.my

Selepas beberapa tahun, atok tukarkan tingkap kayu kepada gelas kaca frosted berwarna-warni. Petang-petang kami suka buka tingkap dan lepak-lepak sambil memerhati orang lalu-lalang. Kadang-kadang ada yang singgah dan menegur. Bila atok / nenek jemput naik, ada yang menolak tapi sambung berborak-borak di tepi tingkap. Kadang-kadang ada jugak yang naik tapi cuma duduk di tangga atas sambil bersembang di bahagian beranda rumah.

Di bahagian bawah rumah, atok jadikan tempat simpanan baja-baja dan alat-alat bercucuk-tanam. Atok letak buai jala untuk berehat / tempat cucu-cucu bermain. Atok kemana-mana naik basikal tua Raleigh. Basikal masa tu ada lampu dynamo untuk suluh jalan waktu malam. Malam-malam lepas balik dari surau, atok bawak naik basikal simpan dalam rumah takut orang curi.

Perabot pilihan masa tu ialah perabot rotan. Nenek pulak ada banyak koleksi bekas tembaga. Bercakap tentang perhiasan tembaga, adat orang dulu-dulu, hantaran perkahwinan wajib bagi bekas dan perhiasan tembaga. Semakin tinggi status keluarga perempuan, semakin banyak bekas tembaga yang kena diberi.  Nenek saudara iaitu adik atok selalu bercerita yang keluarga kami ialah dari keturunan Maharaja Tugau. Betul atau tak, wallahu'alam. Aku selalu anggap Maharaja Tugau sekadar mitos masyarakat kami. 

Cuma yang aku ingat masa keluarga Suami Terchenta datang merisik, atok ada mintak hantaran bekas tembaga jugak sesuai dengan status bangsa sembilan pikul, tapi keluarga belah lelaki tak faham sebab kami berlainan kaum (Suami Terchenta orang Melayu Sarawak, aku pulak Melanau). Aku pun takde la nak ikut sangat adat end up, tak dapat la hantaran bekas tembaga 😂 Berlainan dengan sepupu aku, dia kena sediakan hantaran mengikut status bangsa tujuh beritih. 

Dulu masa arwah atok dan nenek masih hidup, semua anak-anak mereka akan balik berkumpul masa Hari Raya. Masa ni seronok, masuk waktu tidur je kami bentang toto dan tilam nipis beramai-ramai di ruang tamu. Kalau hari panas, tidur sambil bukak tingkap. Bila ahli keluarga bertambah, atok ubahsuai rumah buat tingkat bawah supaya setiap keluarga ada bilik masing-masing. Lagi satu untuk memudahkan atok dan nenek, sebab masa ni dieorang dah mula sakit-sakit lutut tak boleh naik turun tangga lagi. Dapur pindah dari tingkat atas ke tingkat bawah. Bilik air pun pindah ke tingkat bawah.

Arwah nenek meninggal dunia pada 1 Januari 2003. Arwah atok pulak meninggal dunia pada 5 Jun 2011, sama dengan tarikh lahir aku 😢

Sekarang ni rumah kampung dah semakin usang. Anak-anak dan cucu-cucu pun dah jarang balik sejak atok dan nenek meninggal dunia. Cuma Pak Usu dan Mak Ngah je yang rajin balik menjengok Mak Udak yang tinggal di rumah pusaka tu. Ada masanya, aku rindu suasana masa kami kecik dulu. Rindu berkumpul di meja makan beramai-ramai. Rindu berbuka puasa dengan bubur kapur sedap di kampung. Paling aku rindu, arwah atok dan nenek. Semoga mereka tenang di alam sana.

Read more »
on Wednesday, February 01, 2023 16
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 31, 2023

Selamat Menyambut Hari Wilayah buat warga KL, Labuan dan Putrajaya!

Kredit foto: Putrajaya International Convention Centre


Esok warga KL, Putrajaya dan Labuan akan menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2023. Maksudnya, besok Suami Terchenta dan anak-anak bercuti yeay!

Sedikit fakta tentang Hari Wilayah Persekutuan:

  • Wilayah Persekutuan merangkumi tiga buah wilayah iaitu ibu negara Kuala Lumpur, Labuan dan akhir sekali Putrajaya
  • Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya yang menjadi pintu gerbang utama kepada negara
  • Disambut pada 1 Februari sempena pengisytiharan status Wilayah Persekutuan yang pertama iaitu bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974
  • Labuan menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 bermatlamat mengukuhkan perpaduan serta menghapuskan perasaan perbezaan antara penduduk di Malaysia.
  • Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 untuk mengangkat status Putrajaya sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran kelas pertama terhadap infrastruktur yang telah dibangunkan.

Sumber: Wilayahku


Nota kaki:

Mudahan Suami Terchenta takde la kena bekerja hari cuti besok. Nak ajak JJCM la besok hihi.

Read more »
on Tuesday, January 31, 2023 12
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 31, 2023

Resipi Suhun Goreng

suhun goreng

Buat sesiapa yang tengah berdiet tapi teringin nak makan bihun goreng, apa kata korang cuba suhun goreng? Rasanya pun lebih kurang sama tapi alternatif yang lebih sihat, rendah kalori dan rendah GI (glycemic index). Suhun diperbuat samaada daripada tepung mung bean atau kacang hijau, tepung keledek, tepung ubi atau tepung kentang manakala bihun diperbuat dari tepung beras.

Aku share resipi suhun goreng yang aku selalu buat:

Bahan-bahan:

  • Sepeket kecil suhun (direndam dalam air panas, kemudian toskan)
  • 1 sudu besar kicap cair / sos tiram / minyak bijan / gula - campurkan dan gaul sehingga gula larut.
  • Kicap pekat (kalau nak lebih gelap)
  • Seketul dada ayam - dipotong kecil-kecil dan diperap dengan sedikit campuran kicap tadi)
  • Sebiji telur (dipukul)
  • Sayur-sayuran pilihan (aku suka letak baby corn, lobak merah atau baby kailan. Lobak merah aku kukus sekejap supaya masa menumis tak terlalu lama)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun bawang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga perang & naik bau.
  3. Masukkan kepingan dada ayam dan kacau sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan tumis sehingga sayur masak.
  5. Tolakkan bahan-bahan dalam kuali ke tepi, kemudian tuang telur yang telah dipukul ke dalam kuali. Kacaukan sampai telur hancur lepas tu campurkan dengan bahan-bahan lain.
  6. Masukkan suhun dan kacau.
  7. Masukkan campuran kicap tadi dan gaul sehingga sebati. Kalau nak lebih gelap masukkan kicap pekat sikit.
  8. Tabur daun bawang dan gaul lagi sebentar.
  9. Hidangkan semasa panas-panas.


Lebih sedap bila dimakan dengan cili jeruk. Tapi kena ingat walaupun resipi sihat, masih kena amalkan portion makanan yang sesuai ya.

Selamat mencuba!

Read more »
on Tuesday, January 31, 2023 16
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...

Blog Favourite

  • Hari hari yang ku lalui...
    28 minutes ago
  • a m m i
    59 minutes ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • Travel My Way
    2 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 hours ago
  • Miles of smiles
    2 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    3 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    4 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    4 hours ago
  • Anies♥You
    4 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    4 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    5 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    5 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    5 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    6 hours ago
  • SURIA AMANDA
    6 hours ago
  • My Small World
    6 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    8 hours ago
  • Drawing the Words
    14 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    17 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    19 hours ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    3 days ago
  • mrhanafi.com
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • anajingga
    5 days ago
  • orangbukit
    5 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    6 days ago
  • Ako Tetap Ako
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 weeks ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Sodep
    1 month ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Blog Anamizu™
    2 months ago
  • Mreneyoo
    2 months ago
  • Afzan Sidi
    2 months ago
  • Blog Sal
    6 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.