• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, May 25, 2023

Kesudahan Drama Teluh Darah (Blood Curse) - Akhirnya Terungkap Semua Rahsia!

Jengkel.

Itu je yang aku boleh ungkapkan lepas tengok episod terakhir drama Teluh Darah ni kat Disney+ Hotstar. Ending nya tu memang di luar jangkauan.

Sambungan dari episod ke-6, Atik selamat walaupun kena masuk hospital. Di hospital, Wulan dan Esa berjumpa Pak Ridho dan mendedahkan hal sebenar tentang Harun. Atik dibawa pulang ke rumah dan Pak Ridho tunggu Harun balik lalu belasah Harun. Tapi Harun sempat gigit telinga Pak Ridho sampai putus dan melarikan diri ke rumah Pak Ridho. Harun berbohong dengan Atik Pak Ridho menyerangnya tanpa sebab dan Atik yang tak tau apa-apa cuba menyelamatkan Harun dari dibunuh oleh Pak Ridho. Pak Ridho tikam Harun. Tapi sebelum mati, Harun sempat meludah telinga Pak Ridho ke dalam akuarium dan baca mantera sampai akhirnya Pak Ridho mati lemas.

Atik yang trauma kemudiannya bagi alamat kawan Pak Ridho di Banyuwangi kepada Wulan dan Esa sebab mereka nak cari punca ahli keluarga dieorang dibunuh. Sebelum sempat ke Banyuwangi, Wisnu diserang oleh sihir yang sama dengan Pak Bondan. Masa Wisnu bergelut denga sakit, Pak Harna yang baru sedar dari koma muncul menolong Wisnu. Pak Harna menyuruh Wulan dan Esa cepat-cepat cari dukun tu dan musnahkan azimat yang digunakan untuk menghantar sihir tu.

Di Banyuwangi, Esa dan Wulan menjejaki kawan Pak Ridho iaitu Pak Gatot lalu terbongkarlah semua rahsia. Hasan (abang Harun) rupa-rupanya ialah bekas driver Pak Ahmad. Disebabkan Hasan mengugut nak bagi gambar-gambar Pak Ahmad dan Astuti berzina kepada Ibu Rima (ex-wife Pak Ahmad), Pak Bondan dan Pak Ahmad mengupah samseng kampung (iaitu Pak Ridho, Pak Gatot dan seorang lagi lelaki) untuk menakut-nakutkan Hasan supaya Hasan meninggalkan Banyuwangi. Tapi malangnya Pak Gatot terbunuh Hasan dengan tak sengaja. Untuk menghapuskan bukti, Pak Gatot mengelar leher isteri Hasan dan mencampaknya ke dalam sungai. Anak-anak Hasan dibawa Pak Ridho berjumpa Pak Ahmad dan Pak Bondan. Disebabkan rasa bersalah dengan apa yang menimpa Hasan, Pak Ahmad bela anak perempuan Hasan (Wisnu) dan Pak Ridho pulak bela anak lelakinya (Esa). Rupa-rupanya mereka berdua ni adik-beradik! Kemain lagi Wisnu dan Esa menjalinkan hubungan intim selama ni 🤮,


Samseng-samseng yagn diupah untuk menakut-nakutkan Hasan

Isteri Hasan walau bagaimanapun terselamat dan berjaya pulang ke rumah. Dia dirawat oleh seorang nenek dukun. Selepas pulih, dia dan Harun membalas dendam dan berjaya menjejak kawan Pak Ridho dan Pak Gatot. Mereka menyeksa kawan Pak Gatot dan Pak Ridho sampai dia mendedahkan nama Pak Ahmad dan Pak Bondan sebelum dibunuh oleh isteri Hasan. Tapi sebelum sempat melarikan diri, mereka ditangkap dan dipenjarakan selama 20 tahun.


Astuti sebenarnya tak tau apa-apa bila Pak Ahmad bawak balik Wisnu

Episod terakhir. Selepas 20 tahun, mereka dibebaskan dan balik semula ke rumah nenek. Mereka kemudiannya menuntut ilmu hitam untuk membalas dendam dengan keluarga Pak Ahmad dan Pak Bondan. Mula-mula sekali, isteri Hasan menggoda Pak Asep (pembantu rumah Pak Ahmad). Pak Asep yang kecewa sebab ditinggalkan kekasih gara-gara Pak Ahmad enggan meminjamkan wang untuk mas kahwinnya, akhirnya tergoda dengan isteri Hasan. Dia pun bersetuju menolong isteri Hasan dan Harun untuk balas dendam.

Sejak tu bermula serangan ilmu hitam dekat keluarga kedua-duanya kecuali Wisnu dan Esa je yang tak diganggu.


Benda azimat yang dimaksudkan Pak Harna ialah tengkorak Hasan yang dikorek oleh Harun dari tanah kuburnya

Dipendekkan cerita, Pak Gatot akhirnya mati dengan tragis lepas menceritakan semuanya dengan Esa dan Wulan. Pak Asep berjaya memerangkap Wulan dan Esa dan mereka dibawa ke rumah Hasan berjumpa dengan isteri Hasan. Isteri Hasan suruh Wulan bunuh Wisnu supaya harta Pak Ahmad jatuh ke tangan Wulan. Bila Wulan enggan, Esa berpura-pura offer untuk bunuh Wisnu tapi sebaliknya dia tikam Pak Asep sampai mati. Isteri Hasan kecewa dengan anak-anaknya. Dia lantas mengamuk dan nak bunuh Wisnu dan Esa sebelum membunuh diri, tapi akhirnya Wisnu berjaya membunuh mak kandungnya sendiri.


Malangnya Esa cedera-parah dan meninggal dunia


Kesudahan cerita ni - Wulan dapat tau dia hamil anak Esa dan tiba-tiba beberapa ekor ulat sampah jatuh dari siling. Wulan nampak pasrah dengan takdirnya.

Kesimpulannya - jalan cerita yang mendebarkan, buatkan penonton tertunggu-tunggu episod seterusnya. Tapi ending cerita yang dieorang berdua ni adik-beradik agak ekstrim la. Bagi aku, mangsa sebenar dalam cerita ni ialah Wulan dan Esa sebab mula-mula keluarga diserang oleh samseng, lepas tu dipisahkan masa kecik dan akhirnya menjalinkan hubungan sumbang mahram pulak.

Moral of the story - janganlah ada affair di pejabat 😬 Kalau Pak Ahmad takde hubungan sulit dengan Astuti yang bekerja di pejabat yang sama, mestilah Hasan takde modal nak peras ugut Pak Ahmad. Lepas tu takde la Pak Bondan upah samseng menakut-nakutkan Hasan. Betul tak?

Read more »
on Thursday, May 25, 2023 6
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, May 24, 2023

Diet Atkins - Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Baru-baru ni aku borak-borak dengan seorang kawan tentang penyakit diabetes dan cabaran nak pregnant bila dah ada diabetes.

Kawan aku suggest why not aku cuba diet Atkins? Katanya kakak iparnya buat diet Atkins dan berjaya turunkan paras gula ke normal sampai doktor dah stop kan insulin.

Diet Atkins secara umumnya merujuk kepada jenis diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan pengambilan sumber makanan dari jenis protein dan lemak sihat. Kesan follow diet Atkins dengan konsisten ni ialah bacaan gula dan kolesterol akan jadi cantik je macam kakak iparnya.

Jom aku kongsikan salah satu contoh resipi mesra diet Atkins - eggs muffin. Sedap, senang dan cepat disediakan!


Resipi Eggs Muffin


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Bahan-bahan

  • Baby spinach
  • Shredded cheese
  • Bawang holland - dicincang halus
  • Hirisan ayam / daging - dicincang halus
  • Cendawan putih - dicincang halus
  • Tomoto - dicincang halus
  • 2 biji telur gred AA
  • Serbuk lada hitam (untuk perasa)


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Bahan-bahan eggs muffin dari kiri atas - baby spinach, keju, bawang holland, hirisan daging ayam, cendawan putih, tomato dan telur gred AA

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhur 180℃.

2. Oleskan minyak dalam tin muffin:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Guna pastry brush atau kalau ada spray oil lagi senang


3. Pukul telur sampai sebati dan masukkan bawang holland dan serbuk lada hitam. Pukul lagi.

4. Tuangkan adunan telur dalam tin muffin sampai separuh tin.

5. Taburkan tomato, cendawan, daging ayam, baby spinach atas adunan telur. Celupkan bahan-bahan tadi dengan tekan guna jari:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Masukkan bahan-bahan yang dah dicincang ke dalam adunan telur


6. Taburkan cheese di atas permukaan muffin:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Akhir sekali, taburkan cheese atas muffin

7. Bakar dalam ketuhar selama 15 - 20 minit:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Sedap dimakan panas-panas atau kalau nak dijadikan sebagai meal prep, boleh tunggu sampai sejuk lepas tu simpan dalam beg / bekas kedap udara dan sejuk bekukan. Bila nak makan keluarkan beberapa ketul dan panaskan balik dalam ketuhar atau microwave.


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Alhamdulillah, kenyang makan 3 ketul muffin...
Read more »
on Wednesday, May 24, 2023 12
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, May 24, 2023

Wordless Wednesday - Bila Rasa Serabut, Amalkan Teknik Kesedaran (Mindfulness)

mindfulness technique
Kredit imej: blog.myfitnesspal.com

Sebagai seorang yang ada anxiety, aku cepat serabut bila terlalu benyak benda yang perlu difikirkan. Contohnya, bangun-bangun pagi bila nak gosok gigi instead of capai ubat gigi aku pergi capai pencuci muka. Tengah-tengah gosok gigi baru perasan kenapa rasa ubat gigi ni lain? 😅

Terlupa pakai kasut masa nak pergi kerja adalah perkara biasa. Terpaksa patah balik rumah ambik kasut. Kenapa benda ni terjadi? Terlalu banyak benda yang bermain dalam fikiran dari celik mata lagi. Deadline ofis, nak plan route hantar anak ke sekolah supaya sampai kerja on time, nak outstation lagi, nak kena hadap meeting dan sebagainya.

Sedar tak sedar, perbuatan multi-tasking dan always switched-on (merujuk kepada penggunaan telefon pintar dan gajet digital setiap masa) telah memendekkan jangka waktu kita untuk fokus dengan sesuatu perkara. Perkara ini jugak memberi impak negatif kepada kesihatan mental seseorang seperti kemurungan dan anxiety.

Then aku belajar teknik mindfulness (kesedaran). Bila otak kita stress, cara yang terbaik untuk tenangkan minda ialah being in the present moment (berada pada masa kini). Kita mungkin rasa lebih penting untuk mengingat to-do list masa berus gigi sebab perbuatan berus gigi tu tak memerlukan otak berfikir. Tapi sebenarnya pemikiran macam ni silap. These mindless activities sebenarnya ialah masa untuk otak kita take five. Pause. Reset. Otak kita kena train untuk be in the moment kalau tak kita cepat hilang tumpuan dan penat sebab otak tak berhenti berfikir. Mental exhaustion is when we are unable to unplug our brain from thinking about things we feel important and urgent.

Sebagai orang Islam, kita boleh ambil masa solat untuk otak kita berhenti sejenak dan reset sebab masa ni kita kena be in the moment menghayati maksud bacaan dalam solat dan berdoa kepada Tuhan. Satu lagi yang boleh diamalkan (contohnya waktu uzur) ialah meditasi iaitu duduk dan fokus pada pernafasan sendiri selama 5 minit (nampak senang, tapi susah masa mula-mula buat dulu!). Selain dari tu, ambil masa sewaktu melakukan aktiviti rutin seperti makan, berus gigi, mandi dan memandu untuk kita fokus pada perbuatan kita pada masa kini dan apa yang kita fikirkan - bila otak mula mengingat perkara yang tak berkaitan dengan perbuatan masa kini, kena cepat-cepat berhenti berfikir dan fokus balik pada masa kini.

Read more »
on Wednesday, May 24, 2023 12
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, May 23, 2023

Kenapa Aku Tukar Template Mobile ke Template Dynamic Blogger?

Kalau korang perasan, aku stop letak template desktop untuk mobile version blog ni.


mobile blog version
Mobile version blog sekarang

Lepas aku test semua template termasuk template desktop untuk mobile version, kesimpulan yang aku boleh buat ialah template dynamic blogger ni menunjukkan peratusan SEO tertinggi setakat ni.


pagespeed score

Performance tu aku tak boleh buat apa sebab aku selalu upload gambar dari Google Photos atau laptop (sejenis malas nak resize gambar / nak cepat update blog). Jadi developer site punya suggestion untuk naikkan performance (kelajuan) blog ialah aku kena resize banyaaaaakkkkkk gambar! Idok ler aku sanggup huhu. Belum datang tahap kerajinan macam tu. Setakat ni tahap lagging nak display gambar kat blog aku ni masih lagi boleh diterima (walaupun performance gagal teruk kihkih).

Lagipun posting dan gambar dari berbelas tahun lepas pun takde description dan satu effort yang besar jugak nak letak description dan keyword di setiap gambar dan posting yang lama.

Sebenarnya banyak lagi benda yang aku kena belajar tentang cara-cara nak meningkatkan Google Adsense income tapi bak kata Suria Amanda, slow-slow ok 😅 Aku masih lagi merangkak bab Google Adsense ni walaupun dah berbelas tahun dalam dunia blogging (tu la siapa suruh hiatus lama sangat?). 

Yang penting kena enjoy menulis blog sebab kalau tak enjoy dan rasa macam benda ni macam KPI kat ofis, lama-lama motivasi nak berblogging tu pun terjejas. Betul tak?


keep calm and write blog
Kredit foto: writerightwords.com

So to all noob macam iolls ni, keep on writing and networking dengan blogger-blogger lain! Lagi ramai rakan blogger, lagi banyak organic visitors yang datang singgah melawat blog kita. Kita pun kena la rajin-rajin jugak singgah blog kawan-kawan ✌🏻

Read more »
on Tuesday, May 23, 2023 21
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, May 23, 2023

Pengalaman Naik Batik Air

Tak silap aku, kali pertama aku menaiki pesawat Batik Air (sebelum ni dikenali sebagai Malindo Air) ialah tahun 2019 atas urusan kerja di Kerteh. Malindo Air ni ialah subsidiari Lion Air Group iaitu syarikat penerbangan dari negara jiran Indonesia. Tahun lepas atas sebab untuk menyamakan identiti dengan syarikat penerbangan di Indonesia, Malindo Air dijenamakan semula sebagai Batik Air, which is airline bawah syarikat Lion Air Group ni. 

Batik Air ialah syarikat penerbangan dengan konsep perkhidmatan penuh (full service) sama macam MAS. Tapi ikut pemerhatian aku, Batik Air ni lebih kepada hybrid service sebab unlike MAS yang menghidangkan makanan kepada semua penumpang, Batik Air pulak menjual makanan sama macam AirAsia.

Sebab-sebab kiteorang pilih untuk terbang dengan Batik Air:

  1. Tambang yang jauh lebih murah dari MAS (lebih kurang macam tambang AirAsia)
  2. Daftar masuk bagasi percuma 20kg untuk kelas ekonomi

Batik Air Malaysia
Corak batik di ekor pesawat mengikut identiti Batik Air


Dari segi dalaman (interior) kapal terbang, sama macam MAS - ada dua kelas iaitu perniagaan dan ekonomi. Seat configuration kelas perniagaan ialah 2 tempat duduk manakala untuk kelas ekonomi pulak ialah 3 tempat duduk. Kerusi penumpang kelas perniagaan beralaskan kusyen fabrik dan untuk kelas ekonomi pulak ialah kulit sintetik. 

Batik Air Malaysia
Kelas perniagaan

Batik Air Malaysia
Yang bestnya, alas bahagian kepala tu boleh dilaraskan supaya kalau nak tidur, boleh la lentok kepala kat alas kepala tu

Dalam poket depan, ada majalah Batik Air Malaysia dan menu makanan. Tiap kali naik kapal terbang, aku suka menghabiskan masa dengan membaca majalah dalam kapal terbang sebab biasanya ada banyak info menarik tentang travel, hotel dan tempat-tempat menarik.


Batik Air Malaysia
Majalah dalam kapal terbang Batik Air

Salah satu kelemahan Batik Air ialah lepas buat online check-in, kiteorang dah tak boleh nak buat pesanan makanan dalam flight. Berbeza dengan AirAsia, lepas check-in pun masih boleh manage booking dan buat pesanan makanan atau tambah berat luggage 24 jam sebelum waktu penerbangan.

Jadi kenalah bayar harga lebih mahal bila beli makanan on the spot. Pengajarannya, lain kali beli makanan siap-siap masa tempah tiket Batik Air.

Food-wise, aku prefer makanan yang dijual dalam penerbangan AirAsia. Tak banyak pilihan makanan dalam penerbangan Batik Air. Aku beli nasi goreng dan sate ayam tapi rasanya agak hambar.


Batik Air Malaysia
Nasi goreng dengan sate ayam

Apapun, aku rasa Batik Air ni tetap syarikat penerbangan alternatif yang bagus untuk travellers yang nak naik full service airline dengan harga yang setanding dengan budget airline. Tahun depan boleh balik ke Kuching naik Batik Air (bulan puasa jadi tak kisah la tak beli makanan pun, janji dapat check-in luggage percuma 20kg sorang 😅). Untuk penambahbaikan pulak, Batik Air ni kena upgrade apps dan laman web dieorang sebab banyak kali problem masa nak cari balik booking flight 🤦🏻‍♀️. Apps dieorang pulak asyik crash je huhu. Masih tak boleh lawan lagi MAS dan AirAsia dari segi penggunaan apps.

Read more »
on Tuesday, May 23, 2023 8
Share this!
Tags
Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Miles of smiles
    56 minutes ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 hour ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    11 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    12 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    13 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    15 hours ago
  • a m m i
    15 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    16 hours ago
  • orangbukit
    17 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    17 hours ago
  • Anies♥You
    19 hours ago
  • Shuhaida Kabdy
    20 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    20 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    20 hours ago
  • SURIA AMANDA
    21 hours ago
  • My Small World
    21 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    22 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    22 hours ago
  • KakmimDotCom
    23 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    23 hours ago
  • anajingga
    23 hours ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    2 days ago
  • Drawing the Words
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    4 days ago
  • Warisan Petani
    5 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    5 days ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Krabat Kramat
    1 week ago
  • Sodep
    2 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    2 weeks ago
  • Asa Blog
    2 weeks ago
  • Blog Anamizu™
    4 weeks ago
  • Mreneyoo
    4 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Sunah Sakura
    2 months ago
  • Blog Sal
    5 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.