mindfulness technique
Kredit imej: blog.myfitnesspal.com

Sebagai seorang yang ada anxiety, aku cepat serabut bila terlalu benyak benda yang perlu difikirkan. Contohnya, bangun-bangun pagi bila nak gosok gigi instead of capai ubat gigi aku pergi capai pencuci muka. Tengah-tengah gosok gigi baru perasan kenapa rasa ubat gigi ni lain? 😅

Terlupa pakai kasut masa nak pergi kerja adalah perkara biasa. Terpaksa patah balik rumah ambik kasut. Kenapa benda ni terjadi? Terlalu banyak benda yang bermain dalam fikiran dari celik mata lagi. Deadline ofis, nak plan route hantar anak ke sekolah supaya sampai kerja on time, nak outstation lagi, nak kena hadap meeting dan sebagainya.

Sedar tak sedar, perbuatan multi-tasking dan always switched-on (merujuk kepada penggunaan telefon pintar dan gajet digital setiap masa) telah memendekkan jangka waktu kita untuk fokus dengan sesuatu perkara. Perkara ini jugak memberi impak negatif kepada kesihatan mental seseorang seperti kemurungan dan anxiety.

Then aku belajar teknik mindfulness (kesedaran). Bila otak kita stress, cara yang terbaik untuk tenangkan minda ialah being in the present moment (berada pada masa kini). Kita mungkin rasa lebih penting untuk mengingat to-do list masa berus gigi sebab perbuatan berus gigi tu tak memerlukan otak berfikir. Tapi sebenarnya pemikiran macam ni silap. These mindless activities sebenarnya ialah masa untuk otak kita take five. Pause. Reset. Otak kita kena train untuk be in the moment kalau tak kita cepat hilang tumpuan dan penat sebab otak tak berhenti berfikir. Mental exhaustion is when we are unable to unplug our brain from thinking about things we feel important and urgent.

Sebagai orang Islam, kita boleh ambil masa solat untuk otak kita berhenti sejenak dan reset sebab masa ni kita kena be in the moment menghayati maksud bacaan dalam solat dan berdoa kepada Tuhan. Satu lagi yang boleh diamalkan (contohnya waktu uzur) ialah meditasi iaitu duduk dan fokus pada pernafasan sendiri selama 5 minit (nampak senang, tapi susah masa mula-mula buat dulu!). Selain dari tu, ambil masa sewaktu melakukan aktiviti rutin seperti makan, berus gigi, mandi dan memandu untuk kita fokus pada perbuatan kita pada masa kini dan apa yang kita fikirkan - bila otak mula mengingat perkara yang tak berkaitan dengan perbuatan masa kini, kena cepat-cepat berhenti berfikir dan fokus balik pada masa kini.

12 comments:

  1. Betul. Kena fokus. Nasib baik kita, orang Islam, ada solat. Time tu la, kita be in the present. Kalau tak, fikiran menerawang entah ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila otak tak dilatih utk be in the present, kadang2 dalam solat pun fikiran akan menerawang sampai lupa dah rakaat ke-berapa 😅

      Delete
  2. Thank you for nice information. Please visit our web:
    www.uhamka.ac.id

    adi mulia
    adi mulia

    ReplyDelete
  3. sikap kamboh kata orang Sarawak...kesan daripada stress atau layap...btw masa untuk mindfulness semasa mendiriikan solat itu memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena sentiasa praktis mindfulness kalau tak dalam solat pun boleh menerawang fikiran sampai lupa rakaat ke-berapa 😅

      Delete
  4. otak kita sama.macam badan. dia jg ada rasa penat dan perlukan rehat untuk kembali fokus

    dlm solat khusyuk = fokus. dan dalam masa sama berserah segalanya kepada Dia

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .