Baru-baru ni aku borak-borak dengan seorang kawan tentang penyakit diabetes dan cabaran nak pregnant bila dah ada diabetes.

Kawan aku suggest why not aku cuba diet Atkins? Katanya kakak iparnya buat diet Atkins dan berjaya turunkan paras gula ke normal sampai doktor dah stop kan insulin.

Diet Atkins secara umumnya merujuk kepada jenis diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan pengambilan sumber makanan dari jenis protein dan lemak sihat. Kesan follow diet Atkins dengan konsisten ni ialah bacaan gula dan kolesterol akan jadi cantik je macam kakak iparnya.

Jom aku kongsikan salah satu contoh resipi mesra diet Atkins - eggs muffin. Sedap, senang dan cepat disediakan!


Resipi Eggs Muffin


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Bahan-bahan

  • Baby spinach
  • Shredded cheese
  • Bawang holland - dicincang halus
  • Hirisan ayam / daging - dicincang halus
  • Cendawan putih - dicincang halus
  • Tomoto - dicincang halus
  • 2 biji telur gred AA
  • Serbuk lada hitam (untuk perasa)


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Bahan-bahan eggs muffin dari kiri atas - baby spinach, keju, bawang holland, hirisan daging ayam, cendawan putih, tomato dan telur gred AA

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhur 180℃.

2. Oleskan minyak dalam tin muffin:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Guna pastry brush atau kalau ada spray oil lagi senang


3. Pukul telur sampai sebati dan masukkan bawang holland dan serbuk lada hitam. Pukul lagi.

4. Tuangkan adunan telur dalam tin muffin sampai separuh tin.

5. Taburkan tomato, cendawan, daging ayam, baby spinach atas adunan telur. Celupkan bahan-bahan tadi dengan tekan guna jari:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Masukkan bahan-bahan yang dah dicincang ke dalam adunan telur


6. Taburkan cheese di atas permukaan muffin:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Akhir sekali, taburkan cheese atas muffin

7. Bakar dalam ketuhar selama 15 - 20 minit:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Sedap dimakan panas-panas atau kalau nak dijadikan sebagai meal prep, boleh tunggu sampai sejuk lepas tu simpan dalam beg / bekas kedap udara dan sejuk bekukan. Bila nak makan keluarkan beberapa ketul dan panaskan balik dalam ketuhar atau microwave.


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Alhamdulillah, kenyang makan 3 ketul muffin...

12 comments:

  1. Diet atkins ni kena betul disiplin... kalau uncle ke laut lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jenis diet kena disiplin Uncle. Saya pun selalunya ke laut jugak 😭

      Delete
  2. dapnye..pagi tadi bfast omelet..ni tgk pun dap gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat omelet guna bahan2 mcm ni pun dap jugak kan MA 😊

      Delete
  3. Sedap dan berkhasiat! Semoga Carneyz dapat istiqamah dengan diet atkin ni.
    Saya tak boleh tinggal carbo. Nanti tak larat berlari. Tapi bila kita lari hari-hari, paras gula dalam darah akan turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur. Kadang2 teringin nak lari balik macam dulu tapi saya ni bila lari je cedera πŸ˜… kena kurangkan berat badan baru boleh mula lari balik.

      Delete
  4. Pernah buat tapi x disiplin..sekejap je..x tahan godaan makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan SA, lagi2 kita ni kena masak utk family memang kena gak masak nasi utk dieorg pastu eh2... ter join sekaki 😝

      Delete
  5. dh mcm jemput2 bakwan jeew.. πŸ˜…

    ReplyDelete
  6. kalau ada cheese ni mmg syok kalau mkn panas panasπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .