Kalau korang perasan, aku stop letak template desktop untuk mobile version blog ni.


mobile blog version
Mobile version blog sekarang

Lepas aku test semua template termasuk template desktop untuk mobile version, kesimpulan yang aku boleh buat ialah template dynamic blogger ni menunjukkan peratusan SEO tertinggi setakat ni.


pagespeed score

Performance tu aku tak boleh buat apa sebab aku selalu upload gambar dari Google Photos atau laptop (sejenis malas nak resize gambar / nak cepat update blog). Jadi developer site punya suggestion untuk naikkan performance (kelajuan) blog ialah aku kena resize banyaaaaakkkkkk gambar! Idok ler aku sanggup huhu. Belum datang tahap kerajinan macam tu. Setakat ni tahap lagging nak display gambar kat blog aku ni masih lagi boleh diterima (walaupun performance gagal teruk kihkih).

Lagipun posting dan gambar dari berbelas tahun lepas pun takde description dan satu effort yang besar jugak nak letak description dan keyword di setiap gambar dan posting yang lama.

Sebenarnya banyak lagi benda yang aku kena belajar tentang cara-cara nak meningkatkan Google Adsense income tapi bak kata Suria Amanda, slow-slow ok πŸ˜… Aku masih lagi merangkak bab Google Adsense ni walaupun dah berbelas tahun dalam dunia blogging (tu la siapa suruh hiatus lama sangat?). 

Yang penting kena enjoy menulis blog sebab kalau tak enjoy dan rasa macam benda ni macam KPI kat ofis, lama-lama motivasi nak berblogging tu pun terjejas. Betul tak?


keep calm and write blog
Kredit foto: writerightwords.com

So to all noob macam iolls ni, keep on writing and networking dengan blogger-blogger lain! Lagi ramai rakan blogger, lagi banyak organic visitors yang datang singgah melawat blog kita. Kita pun kena la rajin-rajin jugak singgah blog kawan-kawan ✌🏻

20 comments:

  1. betul...santai-santai blogging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogging ni hobi, hobi kena la santai2 kan nohas.

      Delete
  2. Template ini sangat cantik dan paling bagus laju ...semoga berjaya dalam adsense nanti....kata kuncinya kuasai SEO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ya, setakat ni berpuas hati dengan template ni dari segi estetik dan kelajuan. Tengah pelan-pelan belajar tentang SEO πŸ˜„

      Delete
  3. sy ni lagi lah noob psl mende-mende ni kak.
    ni pun baru tahu bila akak citer hehehe

    ReplyDelete
  4. Macam ni bukan noob ni.... Ini dah pro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang berusaha jadi pro Uncle. Kalau pro dah lama boleh keluarkan duit adsense, paling kurang 3x setahun hehe.

      Delete
  5. Laaa baru perasan dah tukar semuayaa.. syabas..
    Belajar pelan-pepan Karni, Sis pun banyak lagi nak kena hadam.. takat basic okaylah..
    Maaf tak berapa nak jalan BW sangat lately ni, bizi siang hari, malam hari sibuk plak membaca buku dan sikit-sikit siapkan goodies kakak.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dah tukar, sebab rasa mcm blog sebelum ni berat. Banyak lagi benda nak kena belajar dari Sislin ni hihi.
      Tak pe biasalah mak pengantin mmg busy. Kalau kita dekat2 situ boleh la tolong2 apa yang patut.

      Delete
  6. Benda lepas jangan dikenang. Sekarang, dah tahu, dah boleh ambil tindakan mana patut. Hehe... Happy blogging, Carneyz... πŸ€—

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur πŸ₯° Pelan-pelan kayuh hehe. Jangan serik datang blog saya πŸ€—

      Delete
  7. Do what you love, love what you do 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat sis. You do you bak kata omputeh πŸ€—

      Delete
  8. templete ni selalu buat sy salah sangka yg ni adalah templete utk wordpress😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template yang desktop tu ke anies? Kan, ala2 WP. Memang saya minat template WP dari dulu tapi blogger lebih user-friendly utk org2 yg tak reti coding2 ni 😬

      Delete
  9. Gambar yang baru ni je akak rajin letak description, itu pun kadang terlupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Kak Ujie, posting yg lama2 tu tunggu la kalau ada mood rajin baru update keyword dan letak description.

      Delete
  10. Ye betul..santai- santai, kena main ngan keywords yang mana SA jarang buat..lepas tu hari2 kena update..at least 1-3 entry...kalau rajin...and to make sure kawan- kawan lain datang terjah lama kat blog kita..tinggalkan komen gak...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .