• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, October 06, 2023

Ibu-ibu Paling Seram Bila Anak Kata...

'Mommy, esok kena hantar projek Sains. Bahan-bahan belum beli lagi.' Khayla buat pengumuman lepas Maghrib.

Siapa biasa hadap benda ni? Kalau tak projek Sains, Pendidikan Seni. Dua subjek ni selalu hampir bagi serangan jantung dekat aku. Pernah masa dia darjah dua, sambil sarungkan kasut sekolah depan pintu rumah, sambil tu dia bagitau dengan selamba,

'Mommy, cikgu suruh bawak gambar caterpillar dengan kitaran hidup caterpillar hari ni.'

Terbeliak mata mak dia! Dia ingat mak dia ni The Flash ke boleh sepantas kilat Google gambar-gambar tu, print dan bagi dalam masa 5 minit? Nak hidupkan laptop, hidupkan printer, cari kertas pun mau setengah jam! 🤣

Subjek Seni pun sama. Esok pagi nak sekolah, pukul 11 malam baru nak bagitau nak kadbod silinder la, manik-manik la, reben la, kertas manila la. Adoi... Permintaan macam ni sama macam Puteri Gunung Ledang mintak hati nyamuk, jambatan emas dan air mata anak dara 7 tempayan sebab last minute memang mustahil nak dapatkan!

Tapi ni dah masuk sekolah menengah ada improvement sikit sebab dia tunggu lepas Maghrib bukan lepas pukul 11 malam baru nak cakap. Benda-benda yang nak dicari tu pun sangat la spesifik - kertas cermin (pertama kali mak bapak dia tau ada kertas cermin dalam dunia ni), kanta plastik dan manik-manik.

Satu tempat je aku terbayang bila dia sebut benda-benda ni - Spotlight Malaysia dekat MyTown. Jadi lepas Isya' kiteorang pun naik motor ke Cheras (semata-mata demi anak tercinta, sanggup tau!) sebab takut jem tak sempat sampai sebelum kedai tutup.

Alhamdulillah sempat sampai pukul 9.00 malam. Terus ke kedai Spotlight Malaysia bahagian Craft & Arts mencari bahan-bahan yang diperlukan. Lega dah dapat semua.

Balik tu Khadeeja mengadu lapar sebab tak sempat makan malam sebelum keluar. Jadi singgah di McD makan malam merangkap supper. Sepatutnya aku dah tak boleh makan, tapi gara-gara stress dengan anak yang seorang ni suka bagitau benda-benda sekolah ni last minute, jadi aku pun order cheeseburger jugak 🤭. 


McDonald's
Nak cari bahan Sains terus terlajak supper hihi

Siapa ada anak yang macam ni jugak, jenis yang suka bagitau pesanan cikgu last minute? Komen sikit apa benda yang cikgu mintak dan perasaan korang bila anak bagitau last minute hihi.

Read more »
on Friday, October 06, 2023 32
Share this!
Tags
Daily Life, Family
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, October 06, 2023

Makan Tengahari di Dapur Sarawak

Salam Jumaat semua,

Mesti ramai yang menanti-nanti hari Sabtu kan. Sabar ye, kena mengharungi hari Jumaat dulu baru boleh sampai ke hari Sabtu 🤭. Bercakap pasal hari Sabtu, dah seminggu sejak Suami Terchenta berjumpa dengan pakar tulang di Hospital KPJ Tawakkal. Tapi cerita makan di Dapur Sarawak tu tak keluar-keluar lagi kan hehe. Kali ni nak sambung pulak cerita balik dari hospital minggu lepas.

Selesai urusan di hospital Sabtu lepas, kiteorang singgah makan di restoran Dapur Sarawak yang terletak bertentangan dengan hospital. Kalau masuk restoran ni, auto rasa balik kampung sebab pekerja-pekerja kat situ semuanya orang Sarawak jadi order makanan pun kiteorang order dalam Bahasa Melayu Sarawak hehe.

Dapur Sarawak ni memang tak asing lagi dari peminat makanan Sarawak dan dimiliki oleh pelakon veteran, Mahmud Ali Bashah. Sebab tu ada gambar Mahmud Ali Bashah terpampang kat dinding restoran. Di bahagian belakang gambar rumah panjang etnik Orang Ulu di Kampung Budaya Sarawak menghiasi dinding ruang makan. Kebanyakan orang yang datang ke sini pun orang Sarawak yang rindu masakan kampung. Kiri kanan kiteorang semuanya bertutur dalam dialek Melayu Sarawak termasuk aku dan Suami Terchenta! 😂


Dapur Sarawak @ Jalan Pahang
Restoran Dapur Sarawak terletak di Jalan Pahang


Duduk-duduk je, terus datang pekerja bawakan menu. Kiteorang pilih mee kolok daging which is our favourite kat situ. Aku berbelah-bahagi antara mee kolok daging atau laksa Sarawak sebab laksa kat sini pun best jugak. Tapi sebab dah lama tak makan mee kolok, akhirnya aku pilih mee kolok jugak.

Sementara tunggu makanan sampai, aku ke bahagian depan restoran untuk meninjau kuih-muih dan hidangan sampingan yang dijual di Dapur Sarawak.


makanan tradisional Sarawak
Macam-macam ada dijual kat sini.

Yang menarik perhatian aku ialah makanan tradisional umai udang, linut dan sambalnya, kuih bongkol, kuih celorot, kuih penyaram dan pelbagai jenis kek lapis Sarawak.


makanan tradisional Sarawak
Gambar atas sekali dari kiri ikut pusingan jam - kek lapis Sarawak, kuih bongkol, umai udang, kek lapis warna pelangi, linut dengan sambal, kuih celorot

Kuih celorot tu mengimbau zaman kanak-kanak dulu sebab makcik aku (kakak mak) menjual kuih-kuih antaranya kuih celorot yang menjadi kegemaran aku masa tu (sebab rasa macam bukak pembalut kon aiskrim kot 😂). Aku ambik beberapa batang kuih celorot, 2 bungkus kuih bongkol untuk Khadeeja dan 2 keping kek batik kegemaran Khayla untuk tapau.


kek lapis Sarawak
Kat sini kek lapis loaf pun ada dijual jugak

Ni la rupa mee kolok daging kat sini. Setakat ni, mee kolok di Dapur Sarawak yang paling sedap bagi aku kat KL ni. Mee kolok biasanya datang dengan sup. Kalau taknak tauge, kena bagitau masa buat pesanan sebab ada orang tak suka tauge.

Cara makan mee kolok berbeza-beza. Ada orang suka makan kering dan sesekali hirup kuah dalam mangkuk kecik tu. Tapi aku dan Suami Terchenta suka tuang kuah tu dalam mangkuk mee kolok. Lepas tu bubuh sambal kicap mee kolok sikit untuk bagi rasa 'kick' pedas-pedas gitu. 


mee kolok daging
Mee kolok Dapur Sarawak

Cuma kan, aku harap la ada jugak menu mee kolok tendon ke. Rindu betul dengan mee kolok tendon di Restoran Mi Sapi Haji Salleh. 

Read more »
on Friday, October 06, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, October 05, 2023

Braised Shiitake Mushroom Chicken Yang Mudah dan Sedap

Braised shiitake mushroom chicken yang sedap dan mudah disediakan

 
Siapa suka sangat makan claypot rice, angkat tangan! 🙋🏻‍♀️

Tapi hari ni sebenarnya aku tak kongsi resipi claypot chicken rice tapi resipi braised shiitake mushroom chicken yang aku nampak kat IG reel. Resipi ni dikongsi oleh Kelly Cooks dan since aku tertarik dengan bahan-bahannya yang ringkas, aku pun cuba buat jugak. Resipi ni sebenarnya boleh digunakan jugak untuk buat claypot chicken rice. Masa zaman aku belajar di universiti dulu, aku pernah bekerja sambilan di gerai menjual masakan claypot dekat food court Jusco (sekarang AEON) Taman Universiti untuk menampung perbelanjaan hidup masa tu. Sebab tu bila aku cuba resipi ni rasanya mengingatkan aku dengan chicken rice claypot tu. Hujung ni aku kongsi cara nak jadikan hidangan ni sebagai claypot chicken rice.


braised shiitake mushroom chicken
Bahan-bahan asasnya cuma halia, bawang merah, ayam yang dipotong kecik dan cendawan shiitake

braised shiitake mushroom chicken
Lepas potong dan basuh ayam, perap dengan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, minyak bijan, tepung jagung, sedikit air dan garam (aku tak letak garam sebab sos tiram dan kicap-kicap tu pun dah masin) sekurang-kurangnya setengah jam

sayur kobis tumis
Dah siap, makan dengan sayur kobis tumis

Braised Shiitake Mushroom Chicken

Bahan-bahan tumis:
  • 1 inci halia diricih (julienne cut)
  • 3-4 ulas bawang merah dihiris bulat
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan perapan ayam:
  • 500gram ayam yang dipotong kecil
  • 6 keping cendawan shiitake (kalau guna yang kering, rendamkan dulu dalam air sampai lembut, kemudian potong 4)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
  1. Gaul rata semua bahan perapan dalam satu mangkuk besar dan perap selama 1/2 jam.
  2. Menggunakan periuk berpenutup, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan halia sehingga wangi dan kelihatan garing.
  3. Masukkan bahan perapan ayam dan gaul rata dengan bahan tumisan. Biarkan ianya mendidih sekejap.
  4. Tutup periuk dengan penutupnya dan renehkan dengan api kecil selama 20 minit.
  5. Hias dengan taburan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Untuk buat claypot chicken rice pulak, masak nasi dalam periuk tanah liat sampai air kering, lepas tu gunakan senduk untuk tuang ayam, cendawan shiitake dengan kuahnya sekali ke atas nasi dan biarkan sampai nasi masak. Confirm rasanya sama dengan claypot chicken rice kat food court 🤌🏻.

Read more »
on Thursday, October 05, 2023 20
Share this!
Tags
Food, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, October 05, 2023

Pergi Hospital Nak Buat MRI Tapi...

Semalam Suami Terchenta dah dapat slot untuk buat MRI di hospital. Jadi petang tu aku temankan dia pergi ke hospital. Lepas urusan GL dan ambik slip dari klinik, kiteorang kena turun ke tingkat 1 bahagian Diagnostic Imaging.


Diagnostic Imaging
Sabtu lepas pergi sini buat x-ray kali ni kena buat MRI pulak
 

Lepas serahkan slip dari klinik di kaunter, kiteorang tunggu pulak untuk nama dipanggil. Dalam 5 minit macam tu, staff di bahagian MRI pun panggil nama Suami Terchenta. Cuma pesakit je dibenarkan masuk ke bilik MRI untuk mengelakkan terkena bahaya radiasi.


MRI
Cuma pesakit dan juruteknik mesin MRI je boleh masuk ke sini

Tak lama lepas Suami Terchenta masuk, dia muncul balik. Aku pun pelik kenapa sekejap sangat, sebab dulu masa mak kena buat MRI lama jugak prosedur tu, lebih kurang setengah jam baru selesai.

Rupa-rupannya bila dia bagitau staff tu yang dia ada injap mekanikal dekat jantung, staff tu bagitau tak boleh buat MRI pulak. Kiteorang pelik kenapa doktor tak bagitau pun minggu lepas masa Suami Terchenta cerita kat doktor tu. Husnuzon je la, doktor tu ramai sangat pesakit sampai dia terlupa kot.

Lepas ni kena ikhtiar cara lain. Semalam dah buat temujanji dengan kiropraktor untuk sesi petang Sabtu ni. Mungkin kalau tak membantu  jugak, sambung balik buat fisio. Biasalah dah umur 40an ni, macam-macam dugaan penyakit tapi Insha Allah, yakin dan percaya yang ujian yang Allah bagi ni sesuai dengan kemampuan kita. Betul tak kawan-kawan? 😊 

Read more »
on Thursday, October 05, 2023 22
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 04, 2023

Pelitup Muka Yang Sesuai Untuk Melindungi Diri Dari Bahaya Jerebu

Setakat 2 Oktober, 16 kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 dengan kawasan paling teruk terjejas ialah Nilai dengan bacaan IPU sebanyak 162.

 
Bacaan IPU tertinggi di Malaysia

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan penutupan sekolah di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas sekiranya keadaan jerebu semakin membimbangkan. Orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dan kawasan terbuka seperti beriadah di taman-taman, basuh muka dan tangan selepas berada di luar rumah, banyakkan minum air, tidak merokok dan pakai pelitup muka bila keluar rumah.

Even di sekolah Khayla pun, pihak sekolah dah suruh semua pelajar untuk pakai pelitup muka bila turun ke sekolah walaupun kawasan kiteorang ni tak termasuk dalam senarai IPU tertinggi di Malaysia.


jerebu Malaysia
Gambar diambil dari tingkat aku menunjukkan keadaan jerebu semakin menjejaskan pemandangan bangunan KLCC manakala bangunan KL Tower dan Menara Merdeka 118 tu pun dah tak kelihatan


Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit

Kumpulan yang lebih berisiko terhadap kesan jerebu ialah golongan kanak-kanak, warga emas, mempunyai masalah sistem paru-paru (asma, bronkitis, radang pernafasan), pesakit jantung dan alahan dan perokok.

Untuk mengelakkan dari kesan jerebu ke atas kesihatan, kita digalakkan untuk memakai pelitup muka bila keluar rumah. Tapi adakah pemakaian pelitup muka yang kita pakai semasa zaman Covid-19 sesuai dipakai untuk melindungi diri dari bahaya jerebu?

Jenis-jenis pelitup muka dan fungsinya

1. Surgical Mask / Topeng Pembedahan


pelitup muka Covid
Image by pikisuperstar on Freepik

Pelitup muka ni satu masa dulu pernah popular sampai kehabisan stok dan ada yang sanggup basuh untuk pakai semula di tengah-tengah kegawatan pandemik Covid-19. 

Pelitup muka jenis ini bertujuan untuk menangkap cecair badan pemakainya sendiri, seperti air liur dan lelehan hidung, dan menghalang sebarang titisan cecair berjangkit daripada merebak kepada orang lain. 

Ia tidak direka untuk melindungi anda daripada menyedut bakteria, virus dan zarah halus di udara.

Pelitup muka jenis ini tidak dapat memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap zarah halus yang terdapat dalam asap dan jerebu.


2. Respirator / Topeng Muka


N95 mask
Sumber imej: Google

Respirator, juga dikenali sebagai respirator zarah, ialah peranti yang direka untuk melindungi pemakai daripada menyedut habuk, asap, wap atau gas yang berbahaya.

Nombor pada respirator menunjukkan peratusan minimum zarah bawaan udara yang dapat ditapis oleh respirator. Contohnya, topeng muka N95 boleh menapis sekurang-kurangnya 95% zarah habuk, asap, wap atau gas berbahaya.

Respirator mempunyai dua tali melingkari kepala, satu di atas telinga dan satu di bawah. Adalah penting untuk memakai topeng dengan ketat pada hidung dan di bawah dagu untuk mengelakkan zarah daripada meresap melalui sebarang celah yang longgar.

Apabila digunakan dengan betul, respirator boleh melindungi pemakai daripada asap dan jerebu. Respirator / topeng muka yang paling sesuai digunakan ialah N95 kerana ia boleh menapis bahan zarah berukuran 0.3 mikrometer, lebih kecil dari zarah dari jerebu berukuran 0.25 mikrometer.

Jadi untuk korang yang ada masalah pernafasan, pilihlah topeng muka N95 untuk dipakai bila keluar rumah, sebab pelitup muka yang biasa tu tak membantu untuk menapis asap jerebu dari masuk ke dalam paru-paru. Tapi yang terbaik ialah kurangkan aktiviti di luar rumah dan bagi mereka yang duduk di pangsapuri atau kondo pada aras tinggi tu, pastikan tingkap dan pintu rumah sentiasa ditutup. Lebih elok kalau ada pembersih udara di rumah yang boleh menapis 99.97% zarah di udara. 

Boleh nampak pembersih udara ni bekerja bila aku bukak tingkap rumah, tak lama lepas tu keluar indikator berwarna merah / kuning menunjukkan kualiti udara yang kotor masuk ke dalam rumah. Lepas tutup tingkap dan pintu, beberapa minit lepas tu indikator bertukar jadi hijau / biru menunjukkan pembersih udara tu dah tapis udara dalam rumah jadi bersih balik.

Read more »
on Wednesday, October 04, 2023 14
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • orangbukit
    1 hour ago
  • Drawing the Words
    2 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    5 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    6 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    8 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    9 hours ago
  • SURIA AMANDA
    12 hours ago
  • Aku Sis Lin
    14 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    14 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    15 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    16 hours ago
  • mrhanafi.com
    17 hours ago
  • Miles of smiles
    17 hours ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 days ago
  • Anies♥You
    3 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    3 days ago
  • KakmimDotCom
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    4 days ago
  • anajingga
    4 days ago
  • Blog Anamizu™
    4 days ago
  • Mreneyoo
    6 days ago
  • Warisan Petani
    6 days ago
  • Krabat Kramat
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • My Small World
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.