Hotel Stripes Kuala Lumpur

Throwback staycation kami last weekend.

Memandangkan minggu ni Suami Terchenta kena bekerja weekend, sajalah nak manjakan diri dan luangkan masa dengan keluarga di Hotel Stripes KL. 


Hotel Stripes KL
Hotel Stripes KL menggunakan batu-bata dalam rekabentuk sempena sejarah kawasan Jalan Kamunting pada zaman British manakala nama hotel diambil sempena jalur melintang hitam di antara susunan batu-bata

Sesampainya di hotel, kami menyerahkan kunci kereta kepada parking valet sebab di hotel ni tiada kawasan letak kereta khas. Caj perkhidmatan valet parking ialah RM10 sehari untuk tetamu hotel.


Hotel Stripes KL
Lampu pendant siling di lobi

Hotel Stripes KL
Tempat breakfast Brasserie 25, cuma aku pilih tak ambik breakfast sekali sebab nak try kafe Brick & Bread yang bertentangan dengan hotel

Hotel Stripes mempunyai beberapa fasiliti seperti kolam renang yang terletak di bumbung hotel, gimnasium dengan penghawa dingin, ruang pelbagai fungsi, studio mesyuarat, restoran dan bar. Sayangnya semasa kami check-in, kolam renang ditutup memandangkan ada event di situ.

Kami book bilik Deluxe Guest Room dengan katil king size. Bilik ni menggabungkan ciri-ciri moden kontemporari dan urban chic. Terdapat gambar kawasan hotel sekitar tahun 1940-an / 50-an dulu yang terpampang di atas kepala katil yang memberi penghormatan kepada sejarah awal kawasan hotel yang pernah menjadi penempatan pelombong bijih timah.

Biliknya agak luas dengan ruangan optimum yang menempatkan sebuah sofa, meja kerja, meja tepi katil dan kabinet TV dengan padanan warna natural dan gelap.


Hotel Stripes KL
Uniknya singki bilik air dengan kabinet marmar hitam lengkap cermin elegan dengan lampu backlight diletakkan di luar bilik air

Hotel Stripes KL
Tuala muka dan peralatan mandian hotel

Lantai dan dinding bilik air hotel diperbuat dari batu marmar yang poros. Terdapat kamar mandi yang sangat luas, dipisahkan dengan bilik tidur oleh dinding kaca 'frosted' untuk menjaga privasi.


Hotel Stripes KL
Bilik air

Hotel Stripes KL
Syampu, perapi dan gel mandian dari jenama Mangosteen


Hotel Stripes KL
Mesin kopi turut disediakan di dalam bilik

Hotel Stripes sememangnya sesuai sebagai tempat staycation bukan setakat bilik yang selesa dan moden dengan akses Wifi hotel percuma tapi jugak dikelilingi tempat-tempat makan yang menarik. 

Untuk ahli Marriott Bonvoy, sekarang ada promosi nikmati mata ganjaran bonus untuk setiap penginapan layak bermula dari penginapan kedua yang berlangsung sehingga 15 Disember 2022.

Tempahan hotel boleh dibuat dengan melayari laman web www.stripeskl.com.


Hotel Stripes Kuala Lumpur
Autograph Collection
25, Jalan Kamunting
50300 KL.
Tel: 03-2038 0000

Seminggu Sepotong Hadis: Seksaan Kubur untuk Orang Yang Menyebarkan Fitnah

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW melewati dua kubur, maka beliau bersabda, 

"Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan kerana sesuatu yang besar. Salah seorang darinya biasa tidak melindungi diri dari air kencingnya sendiri, sedang yang seorang lagi biasa menyebarkan fitnah."

(Sahih al-Bukhari, 216)

Apa itu fitnah?

Fitnah ialah perbuatan sama ada mereka-rekakan perkara yang tidak ada atau tidak pernah berlaku atau menyebarkan sesuatu berita tanpa memeriksa kebenarannya.

Contohnya bila ada video yang panas je, ada je yang suka-suka nak viralkan tanpa usul periksa dengan tujuan nak dapatkan lebih banyak 'like' dan menumpang populariti.

Kadang-kadang niat orang tu memfitnah bukanlah untuk memalukan seseorang, contohnya dapat hadis palsu dia sebarkan dekat orang ramai tanpa merujuk dulu kitab-kitab atau sumber rujukan yang sahih. Akibatnya orang ramai percaya benda palsu dan sangat bahaya kalau boleh menyebabkan akidah turut terpesong. Biasanya aku jumpa ni dekat group Whatsapp, orang-orang tua suka forward mesej-mesej yang berunsur agama tapi bila diselidik, mesej ni berunsur bida'ah dan boleh memfitnah agama kita sendiri. Jadi elakkan la menyebar perkara yang tidak betul apa lagi jika bertujuan memburuk-burukkan atau menjatuhkan orang lain. Wallahualam.


Nota kaki:

Hari ni lambat sikit update blog sebab pagi tadi hantar anak-anak join aktiviti berkhemah. Kemain seronok dieorang first time join aktiviti bermalam jauh dari rumah dengan kawan-kawan sekolah. Malam ni pulak Suami Terchenta berkampung kat ofis lagi. Ingatkan aku sorang je la tinggal kat rumah (aku ni dah la penakut huhu 👻👻), tup-tup BFF aku ajak teman dia tidur kat hotel since dia outstation. OK, pucuk dicita ulam mendatang. Louis je la jaga rumah nampaknya 😜


Louis kena jaga rumah lagi ke Mommy?

Pemenang Cabaran Tangkap Pageviews ke-500k

First of all, aku pun tak sangka memang laju jugak pageviews kali ni naik berbanding masa baru nak aktif balik blogging beberapa bulan lepas. 

Laju sampai tak seorang pun sempat tangkap pageviews yang ke-500,000 huhu... Jadi kali ni tiada pemenang yang dapat diumumkan. Insha Allah kalau ada rezeki lagi aku buat lagi contest untuk hiburan kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog aku ni.

Tapiiiii... memandangkan hanya seorang je yang mencuba nasib walaupun tak dapat nombor yang ke-500k, aku decide nak bagi jugak hadiah saguhati buat seorang rakan blogger ni. Dia berjaya menangkap pageviews yang ke-499,999. Cantik bangat nombor tu!

Tahniah buat MAMA TISYA kerana terpilih mendapat hadiah saguhati 👏👏 Sila emailkan details untuk penghantaran hadiah ye.



Nasi Kalut Jitra Mai

Korang suka tak nasi kandar? Biasanya kalau sebut nasi kandar mesti aku terbayangkan kuah kari campur, sayur kobis goreng dan pappadam. Lagi satu nasi kandar ni sinonim dengan masyarakat India Muslim.

Ni first time aku jumpa nasi kandar Melayu di gerai Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Jalan Abdullah berhampiran Dang Wangi. Nak jugak tau apa beza dengan nasi kandar yang selalu aku makan.


Nasi Kalut Jitra Mai

Nasi Kalut Jitra Mai
Pakcik baju biru tu bungkus banyak nasi agaknya untuk keluarga di rumah

Nasi Kalut Jitra Mai
Lauk-pauk yang ada

Dari jauh lagi bau ayam goreng berempah dah menusuk hidung. Terus lapar aku dibuatnya haha. Jadi aku mintak 3 bungkus nasi dengan lauk ayam goreng berempah untuk kami anak-beranak. Harga kesemuanya RM38 je.


Nasi Kalut Jitra Mai
Nak makan kat sini pun boleh sebab ada banyak meja kosong

Cengginilah rupa nasi kandar Melayu. Instead of kobis goreng, ada bendi. Kuah banjir tu tetap ada, cuma rasanya bukan macam kuah kari nasi kandar biasa. Lepas tu dapat sebiji telur rebus jugak. Nampak lebih ringkas dari nasi kandar biasa.

Dari segi rasa, kuahnya agak manis sikit. Ayam goreng berempah tu memang sedap, Khadeeja boleh habiskan ayam goreng tu seorang diri (kakak seperti biasa memilih taknak makan ayam). Kalau panas-panas mesti lagi sedap.


Nasi Kalut Jitra Mai

Tapi kalau tanya aku, aku masih prefer nasi kandar kat kedai mamak. Dengar citer nasi kandar paling sedap di KL ni ialah di Restoran Kudu Bin Abdul. Pernah nak try tapi bila tengok barisan panjang giler terus cancel plan! Selain dari tu, aku jugak suka nasi kandar di restoran Original Kayu Nasi Kandar, cuma harganya mahal sikit.

Korang suka nasi kandar yang mana satu?

Jeng... Jeng... Jeng! Siapakah yang akan berjaya menangkap page view ke-500k blog Coffee Break With Me?

<UPDATE> 
Terima kasih atas kunjungan kawan2 semua ke blog ni. Nampaknya page view dah mencecah lebih dari 500k hari ni! Sesuatu yang aku pernah rasakan mustahil awal tahun ni. Kepada sesiapa yang berjaya screenshot page view ke 500k tu, harap boleh hantar screenshot ke email carneyz[at]gmail.com sebelum 12 tengah malam ni ye 😊

Salam Rabu semua,

Wah, pejam celik pejam celik dah Rabu kan. Esok Suami Terchenta akan mula berkampung di ofis untuk projeknya sampai Ahad ni. Hari Jumaat - Ahad pulak anak-anak akan mengikuti aktiviti perkhemahan di Negeri Sembilan. Tinggal aku dengan Louis je la kat rumah. Nasib baik ada Louis sekarang takde la sunyi sangat nanti.

Oh by the way, korang ingat tak aku pernah bagitau nak bagi ganjaran kepada pengunjung blog yang ke 500k

Haa... tak sangka tak lama lagi dah nak cecah 500k pengunjung blog ni. Thanks korang yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni! 💖💖💖👏👏👏

Tak sabarnya nak tau siapa pengunjung ke 500,000. Jangan lupa e-melkan screenshot pageview blog aku ke e-mel: carneyz[at]gmail.com. Tinggalkan sekali maklumat nama & alamat blog dan juga nombor telefon korang ye!


Blog pageviews pada 8.36 pagi ni. Sikitttt je lagi tu nak cecah 500k!

Wordless Wednesday: Ekspresi Mural di Jalan Kamunting Chow Kit




Mural hasil karya artis tempatan, Kenji Chai ni pernah mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records sebagai mural tertinggi di Malaysia 



 

Korang suka tak tengok lukisan mural? Aku suka sangat sebab kebanyakan lukisan mural ni menggambarkan suasana yang harmoni, penuh nostalgia serta mengetengahkan identiti tempatan. Satu perkara yang menarik bila aku pindah ke KL ialah usaha menghidupkan kembali lorong-lorong tua dengan mural-mural yang cantik macam yang kiteorang tengok sendiri di Jalan Kamunting.

Nota kaki:
Lain kali nak explore pulak lukisan mural di Jalan Changkat dan Jalan Gereja.

Baru Pertama Kali Mencuba Taco Bell

Nampaknya aku ketinggalan sikit, rupa-rupanya Taco Bell ni dah buka cawangan di Malaysia sejak tahun lepas. Aku pulak baru nak mencuba 😅

Alkisahnya minggu lepas masing-masing tak berapa lapar sangat jadi takde idea nak masak apa untuk makan malam (alasan kan, sebenarnya takde mood nak masak!). Sudahnya bukak aplikasi Grabfood dan scroll tengok apa yang menarik.

Eh, Taco Bell tak pernah cuba lagi la!

Taco Bell ni memang tak asing lagi di US sebab dah wujud dari tahun 1962. Menu utama mestilah taco iaitu sejenis makanan berasal dari Mexico. Kat US, taco ni level nasi lemak bungkus di Malaysia la kot? Orang US sangat menggemari taco sampai ada National Taco Day. Taco ni bermaksud 'makanan tengahari ringan' (light lunch) jadi memang sesuai la dengan kiteorang yang lapar gitu2 je.


Taco Bell
OK makanan dah sampai...

Memandangkan baru pertama kali nak mencuba, jadi kiteorang ambik la set 2 Taco Supreme Combo™. Suami Terchenta pilih isi ground chicken dengan soft tortilla manakala aku pilih isi seasoned ground beef dan crunchy tortilla.

Untuk anak-anak pulak, memang dah arif sangat perangai memilih makanan tu jadi aku pesan loaded nachos je la untuk dieorang.


Taco Bell
Yang dalam bekas kecik2 tu ialah topping untuk loaded nachos

Dari segi saiz, taco ni tak besar sangat boleh la dibuat mengalas perut. Tapi kalau tengah lapar giler, satu ni memang tak cukup kot! 😂


Beef taco
Beef taco dengan inti seasoned ground beef, lettuce segar dan keju cheddar

Macam yang aku dah agak, anak-anak memang cuma letak sos keju je atas loaded nachos dieorang. Filling yang lain-lain tu aku ambik dan letak dalam taco aku sendiri.


Loaded Nachos
Loaded Nachos ni sebenarnya didatangkan dengan fillings seperti avocado guacamole, pico de gallo salsa, warm cheese sauce dan sour cream. Tapi anak-anak aku cuma letak cheese sauce je

Pendapat aku, taco ni tergolong dalam kategori makanan sihat sebab portion yang kecik dan intinya pun sihat. So sedap tak? Jawapannya mestilah sedap. Boleh repeat lagi lain kali hehe.

Kalau nak tau lebih lanjut apa lagi menu lain dekat Taco Bell boleh la melawat laman web dieorang: www.tacobell.com.my. 

Resipi Roti Paling Mudah dan Tak Perlu Diuli - French Loaf

Salam Isnin korang!

Biasanya Isnin je mesti semua rasa lemau je sebab Monday blues kan? Tapi since hari ni cuti umum, rasa lemau tu ditunda ke hari Selasa pulak (kecuali orang-orang kat JB). Hehe. Tahniah JDT muncul juara Piala Malaysia 2022! Aku tumpang bangga sebab pernah belajar di Skudai, Johor selama 4 tahun dan bekerja di Senai selama 2 tahun. #doneclaim

OK hari ni aku nak kongsi satu resipi roti yang aku belajar dari seorang kawan. Roti ni ialah French loaf atau roti Perancis. Teksturnya rangup di luar (crusty) dan lembut di dalam, sesuai makan macam tu je atau sapu mentega atau cicah kari / sup cendawan.


French loaf


French Loaf

Bahan-bahan:

Tepung gandum / roti 3 cawan
Yis segera 2 sudu teh
Garam 1 sudu teh
Air suam 1 1/2 cawan

Bahan-bahan pun dah ringkas kan? Tak perlu pun pelembut roti, butter atau susu. Serius, roti ni sangat sangat simple gais.

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan sampai sebati.
  2. Biarkan doh kembang selama 2-3 jam.
  3. Panaskan ketuhar dengan suhu 230C.
  4. Tabur tepung atas permukaan meja / kaunter (tebal sikit pun takpe), tuang doh yang dah kembang atas tepung dan lipat roti ke dalam.
  5. Bentuk doh jadi bulat. Guna pisau yang tajam untuk kelar permukaan doh ikut design sendiri. 
  6. Alas bekas dengan baking paper, lebihkan panjang supaya senang nak keluarkan roti bila dah masak. Bakar roti  dalam bekas bertutup (yang sesuai untuk ketuhar) selama 30 minit, kemudian buka penutup dan bakar lagi dalam 12 minit atau sampai permukaan roti menjadi perang.

Aku guna ceramic pot beli kat Shopee. Murah je, dalam RM60+. 

Ni la hasil roti yang aku buat. Harum semerbak bau roti bila dah masak. Makan panas-panas sedap sangat. 


French loaf