Nampaknya aku ketinggalan sikit, rupa-rupanya Taco Bell ni dah buka cawangan di Malaysia sejak tahun lepas. Aku pulak baru nak mencuba 😅

Alkisahnya minggu lepas masing-masing tak berapa lapar sangat jadi takde idea nak masak apa untuk makan malam (alasan kan, sebenarnya takde mood nak masak!). Sudahnya bukak aplikasi Grabfood dan scroll tengok apa yang menarik.

Eh, Taco Bell tak pernah cuba lagi la!

Taco Bell ni memang tak asing lagi di US sebab dah wujud dari tahun 1962. Menu utama mestilah taco iaitu sejenis makanan berasal dari Mexico. Kat US, taco ni level nasi lemak bungkus di Malaysia la kot? Orang US sangat menggemari taco sampai ada National Taco Day. Taco ni bermaksud 'makanan tengahari ringan' (light lunch) jadi memang sesuai la dengan kiteorang yang lapar gitu2 je.


Taco Bell
OK makanan dah sampai...

Memandangkan baru pertama kali nak mencuba, jadi kiteorang ambik la set 2 Taco Supreme Combo™. Suami Terchenta pilih isi ground chicken dengan soft tortilla manakala aku pilih isi seasoned ground beef dan crunchy tortilla.

Untuk anak-anak pulak, memang dah arif sangat perangai memilih makanan tu jadi aku pesan loaded nachos je la untuk dieorang.


Taco Bell
Yang dalam bekas kecik2 tu ialah topping untuk loaded nachos

Dari segi saiz, taco ni tak besar sangat boleh la dibuat mengalas perut. Tapi kalau tengah lapar giler, satu ni memang tak cukup kot! 😂


Beef taco
Beef taco dengan inti seasoned ground beef, lettuce segar dan keju cheddar

Macam yang aku dah agak, anak-anak memang cuma letak sos keju je atas loaded nachos dieorang. Filling yang lain-lain tu aku ambik dan letak dalam taco aku sendiri.


Loaded Nachos
Loaded Nachos ni sebenarnya didatangkan dengan fillings seperti avocado guacamole, pico de gallo salsa, warm cheese sauce dan sour cream. Tapi anak-anak aku cuma letak cheese sauce je

Pendapat aku, taco ni tergolong dalam kategori makanan sihat sebab portion yang kecik dan intinya pun sihat. So sedap tak? Jawapannya mestilah sedap. Boleh repeat lagi lain kali hehe.

Kalau nak tau lebih lanjut apa lagi menu lain dekat Taco Bell boleh la melawat laman web dieorang: www.tacobell.com.my. 

13 Comments

  1. nk cuba jugalah. sy tahu kewujudan taco bell ni 😁 tp x penah nk try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dan tak muak. boleh cari kat grabfood hehe.

      Delete
    2. insya allah ada rezeki nnt sy try👍

      Delete
  2. Nyaman eh.. mun ada ke sinun br dpt coba ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 lekak tok taco bell bukak cawangan di sarawak gik. Sidak baru jak bukak cawangan di luar KL i.e. Penang bulan lepas.

      Delete
  3. Ha ah... kalau kat us kemain femes lagi benda ni....

    ReplyDelete
  4. Belum rasa juga. Nanrilah kalau Taco Bell buka di Melaka boleh cuba. Hehe entah-entah lambat lagi cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu tak pun tunggu NA jalan2 ke KL boleh la carik Taco Bell :)

      Delete
  5. husband pun pernh order tp tula bole tahan harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard harga fast food, agaknya sbb taco bell ni rantaian makanan segera franchise sbb tu harganya mcm tu.

      Delete
  6. Nampak sedap, boleh lah cuba nanti kalau cuti masak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sama la kita Kak Sue, ada hari cuti memasak teringin nak makan benda2 camni hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .