Salam Isnin korang!

Biasanya Isnin je mesti semua rasa lemau je sebab Monday blues kan? Tapi since hari ni cuti umum, rasa lemau tu ditunda ke hari Selasa pulak (kecuali orang-orang kat JB). Hehe. Tahniah JDT muncul juara Piala Malaysia 2022! Aku tumpang bangga sebab pernah belajar di Skudai, Johor selama 4 tahun dan bekerja di Senai selama 2 tahun. #doneclaim

OK hari ni aku nak kongsi satu resipi roti yang aku belajar dari seorang kawan. Roti ni ialah French loaf atau roti Perancis. Teksturnya rangup di luar (crusty) dan lembut di dalam, sesuai makan macam tu je atau sapu mentega atau cicah kari / sup cendawan.


French loaf


French Loaf

Bahan-bahan:

Tepung gandum / roti 3 cawan
Yis segera 2 sudu teh
Garam 1 sudu teh
Air suam 1 1/2 cawan

Bahan-bahan pun dah ringkas kan? Tak perlu pun pelembut roti, butter atau susu. Serius, roti ni sangat sangat simple gais.

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan sampai sebati.
  2. Biarkan doh kembang selama 2-3 jam.
  3. Panaskan ketuhar dengan suhu 230C.
  4. Tabur tepung atas permukaan meja / kaunter (tebal sikit pun takpe), tuang doh yang dah kembang atas tepung dan lipat roti ke dalam.
  5. Bentuk doh jadi bulat. Guna pisau yang tajam untuk kelar permukaan doh ikut design sendiri. 
  6. Alas bekas dengan baking paper, lebihkan panjang supaya senang nak keluarkan roti bila dah masak. Bakar roti  dalam bekas bertutup (yang sesuai untuk ketuhar) selama 30 minit, kemudian buka penutup dan bakar lagi dalam 12 minit atau sampai permukaan roti menjadi perang.

Aku guna ceramic pot beli kat Shopee. Murah je, dalam RM60+. 

Ni la hasil roti yang aku buat. Harum semerbak bau roti bila dah masak. Makan panas-panas sedap sangat. 


French loaf

 

12 Comments

  1. ada belen x? hntr ke sini sikitttt🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, biasanya sekali buat je anak2 akan habiskan :P

      Delete
    2. jgn la nanges, senang je buat roti ni hehe. Anies pun boleh buat ;)

      Delete
  2. Parah rasanya kalau monday blues hihihiii....moody jew.
    Cantiklah pula kejadian roti tu. Sedap makan panas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak merasa monday blues :P
      Terima kasih Kak Amie. Roti yg teramat mudah nak dibuat sbb tak perlu menguli bagai :)

      Delete
  3. Wah gebus nampaknya roti tu 😍 cicah kuah kari pun sedap agaknya ni...lagi2 kari semalam, perangat je :D

    ReplyDelete
  4. Minggu ni Tuesday blues.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuesday blues lagi haru dari Monday blues. Klu dah 3 hari cuti tetiba nak masuk kerja balik rasa malas yakmat.

      Delete
  5. Kak Sue rasa letih badan tak hilang-hilang lepas balik niaga stadium hari tu. Helok betul bentuk roti tu.. nanti nak cuba lah buat roti. Belum pernah lagi buat roti sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu belum pernah buat roti, roti ni sesuai utk belajar buat roti sbb tak perlu uli. Bahan2 pun semua satukan je tak perlu ikut steps. Selamat mencuba Kak Sue!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .