• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, December 02, 2022

Seminggu Sepotong Hadis: Seksaan Kubur untuk Orang Yang Menyebarkan Fitnah

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW melewati dua kubur, maka beliau bersabda, 

"Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan kerana sesuatu yang besar. Salah seorang darinya biasa tidak melindungi diri dari air kencingnya sendiri, sedang yang seorang lagi biasa menyebarkan fitnah."

(Sahih al-Bukhari, 216)

Apa itu fitnah?

Fitnah ialah perbuatan sama ada mereka-rekakan perkara yang tidak ada atau tidak pernah berlaku atau menyebarkan sesuatu berita tanpa memeriksa kebenarannya.

Contohnya bila ada video yang panas je, ada je yang suka-suka nak viralkan tanpa usul periksa dengan tujuan nak dapatkan lebih banyak 'like' dan menumpang populariti.

Kadang-kadang niat orang tu memfitnah bukanlah untuk memalukan seseorang, contohnya dapat hadis palsu dia sebarkan dekat orang ramai tanpa merujuk dulu kitab-kitab atau sumber rujukan yang sahih. Akibatnya orang ramai percaya benda palsu dan sangat bahaya kalau boleh menyebabkan akidah turut terpesong. Biasanya aku jumpa ni dekat group Whatsapp, orang-orang tua suka forward mesej-mesej yang berunsur agama tapi bila diselidik, mesej ni berunsur bida'ah dan boleh memfitnah agama kita sendiri. Jadi elakkan la menyebar perkara yang tidak betul apa lagi jika bertujuan memburuk-burukkan atau menjatuhkan orang lain. Wallahualam.


Nota kaki:

Hari ni lambat sikit update blog sebab pagi tadi hantar anak-anak join aktiviti berkhemah. Kemain seronok dieorang first time join aktiviti bermalam jauh dari rumah dengan kawan-kawan sekolah. Malam ni pulak Suami Terchenta berkampung kat ofis lagi. Ingatkan aku sorang je la tinggal kat rumah (aku ni dah la penakut huhu 👻👻), tup-tup BFF aku ajak teman dia tidur kat hotel since dia outstation. OK, pucuk dicita ulam mendatang. Louis je la jaga rumah nampaknya 😜


Louis kena jaga rumah lagi ke Mommy?
Read more »
on Friday, December 02, 2022 12
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, December 01, 2022

Pemenang Cabaran Tangkap Pageviews ke-500k

First of all, aku pun tak sangka memang laju jugak pageviews kali ni naik berbanding masa baru nak aktif balik blogging beberapa bulan lepas. 

Laju sampai tak seorang pun sempat tangkap pageviews yang ke-500,000 huhu... Jadi kali ni tiada pemenang yang dapat diumumkan. Insha Allah kalau ada rezeki lagi aku buat lagi contest untuk hiburan kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog aku ni.

Tapiiiii... memandangkan hanya seorang je yang mencuba nasib walaupun tak dapat nombor yang ke-500k, aku decide nak bagi jugak hadiah saguhati buat seorang rakan blogger ni. Dia berjaya menangkap pageviews yang ke-499,999. Cantik bangat nombor tu!

Tahniah buat MAMA TISYA kerana terpilih mendapat hadiah saguhati 👏👏 Sila emailkan details untuk penghantaran hadiah ye.



Read more »
on Thursday, December 01, 2022 33
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, December 01, 2022

Nasi Kalut Jitra Mai

Korang suka tak nasi kandar? Biasanya kalau sebut nasi kandar mesti aku terbayangkan kuah kari campur, sayur kobis goreng dan pappadam. Lagi satu nasi kandar ni sinonim dengan masyarakat India Muslim.

Ni first time aku jumpa nasi kandar Melayu di gerai Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Jalan Abdullah berhampiran Dang Wangi. Nak jugak tau apa beza dengan nasi kandar yang selalu aku makan.


Nasi Kalut Jitra Mai

Nasi Kalut Jitra Mai
Pakcik baju biru tu bungkus banyak nasi agaknya untuk keluarga di rumah

Nasi Kalut Jitra Mai
Lauk-pauk yang ada

Dari jauh lagi bau ayam goreng berempah dah menusuk hidung. Terus lapar aku dibuatnya haha. Jadi aku mintak 3 bungkus nasi dengan lauk ayam goreng berempah untuk kami anak-beranak. Harga kesemuanya RM38 je.


Nasi Kalut Jitra Mai
Nak makan kat sini pun boleh sebab ada banyak meja kosong

Cengginilah rupa nasi kandar Melayu. Instead of kobis goreng, ada bendi. Kuah banjir tu tetap ada, cuma rasanya bukan macam kuah kari nasi kandar biasa. Lepas tu dapat sebiji telur rebus jugak. Nampak lebih ringkas dari nasi kandar biasa.

Dari segi rasa, kuahnya agak manis sikit. Ayam goreng berempah tu memang sedap, Khadeeja boleh habiskan ayam goreng tu seorang diri (kakak seperti biasa memilih taknak makan ayam). Kalau panas-panas mesti lagi sedap.


Nasi Kalut Jitra Mai

Tapi kalau tanya aku, aku masih prefer nasi kandar kat kedai mamak. Dengar citer nasi kandar paling sedap di KL ni ialah di Restoran Kudu Bin Abdul. Pernah nak try tapi bila tengok barisan panjang giler terus cancel plan! Selain dari tu, aku jugak suka nasi kandar di restoran Original Kayu Nasi Kandar, cuma harganya mahal sikit.

Korang suka nasi kandar yang mana satu?
Read more »
on Thursday, December 01, 2022 23
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, November 30, 2022

Jeng... Jeng... Jeng! Siapakah yang akan berjaya menangkap page view ke-500k blog Coffee Break With Me?

<UPDATE> 
Terima kasih atas kunjungan kawan2 semua ke blog ni. Nampaknya page view dah mencecah lebih dari 500k hari ni! Sesuatu yang aku pernah rasakan mustahil awal tahun ni. Kepada sesiapa yang berjaya screenshot page view ke 500k tu, harap boleh hantar screenshot ke email carneyz[at]gmail.com sebelum 12 tengah malam ni ye 😊

Salam Rabu semua,

Wah, pejam celik pejam celik dah Rabu kan. Esok Suami Terchenta akan mula berkampung di ofis untuk projeknya sampai Ahad ni. Hari Jumaat - Ahad pulak anak-anak akan mengikuti aktiviti perkhemahan di Negeri Sembilan. Tinggal aku dengan Louis je la kat rumah. Nasib baik ada Louis sekarang takde la sunyi sangat nanti.

Oh by the way, korang ingat tak aku pernah bagitau nak bagi ganjaran kepada pengunjung blog yang ke 500k? 

Haa... tak sangka tak lama lagi dah nak cecah 500k pengunjung blog ni. Thanks korang yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni! 💖💖💖👏👏👏

Tak sabarnya nak tau siapa pengunjung ke 500,000. Jangan lupa e-melkan screenshot pageview blog aku ke e-mel: carneyz[at]gmail.com. Tinggalkan sekali maklumat nama & alamat blog dan juga nombor telefon korang ye!


Blog pageviews pada 8.36 pagi ni. Sikitttt je lagi tu nak cecah 500k!
Read more »
on Wednesday, November 30, 2022 35
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, November 30, 2022

Wordless Wednesday: Ekspresi Mural di Jalan Kamunting Chow Kit




Mural hasil karya artis tempatan, Kenji Chai ni pernah mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records sebagai mural tertinggi di Malaysia 



 

Korang suka tak tengok lukisan mural? Aku suka sangat sebab kebanyakan lukisan mural ni menggambarkan suasana yang harmoni, penuh nostalgia serta mengetengahkan identiti tempatan. Satu perkara yang menarik bila aku pindah ke KL ialah usaha menghidupkan kembali lorong-lorong tua dengan mural-mural yang cantik macam yang kiteorang tengok sendiri di Jalan Kamunting.

Nota kaki:
Lain kali nak explore pulak lukisan mural di Jalan Changkat dan Jalan Gereja.
Read more »
on Wednesday, November 30, 2022 8
Share this!
Tags
Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, November 29, 2022

Baru Pertama Kali Mencuba Taco Bell

Nampaknya aku ketinggalan sikit, rupa-rupanya Taco Bell ni dah buka cawangan di Malaysia sejak tahun lepas. Aku pulak baru nak mencuba 😅

Alkisahnya minggu lepas masing-masing tak berapa lapar sangat jadi takde idea nak masak apa untuk makan malam (alasan kan, sebenarnya takde mood nak masak!). Sudahnya bukak aplikasi Grabfood dan scroll tengok apa yang menarik.

Eh, Taco Bell tak pernah cuba lagi la!

Taco Bell ni memang tak asing lagi di US sebab dah wujud dari tahun 1962. Menu utama mestilah taco iaitu sejenis makanan berasal dari Mexico. Kat US, taco ni level nasi lemak bungkus di Malaysia la kot? Orang US sangat menggemari taco sampai ada National Taco Day. Taco ni bermaksud 'makanan tengahari ringan' (light lunch) jadi memang sesuai la dengan kiteorang yang lapar gitu2 je.


Taco Bell
OK makanan dah sampai...

Memandangkan baru pertama kali nak mencuba, jadi kiteorang ambik la set 2 Taco Supreme Combo™. Suami Terchenta pilih isi ground chicken dengan soft tortilla manakala aku pilih isi seasoned ground beef dan crunchy tortilla.

Untuk anak-anak pulak, memang dah arif sangat perangai memilih makanan tu jadi aku pesan loaded nachos je la untuk dieorang.


Taco Bell
Yang dalam bekas kecik2 tu ialah topping untuk loaded nachos

Dari segi saiz, taco ni tak besar sangat boleh la dibuat mengalas perut. Tapi kalau tengah lapar giler, satu ni memang tak cukup kot! 😂


Beef taco
Beef taco dengan inti seasoned ground beef, lettuce segar dan keju cheddar

Macam yang aku dah agak, anak-anak memang cuma letak sos keju je atas loaded nachos dieorang. Filling yang lain-lain tu aku ambik dan letak dalam taco aku sendiri.


Loaded Nachos
Loaded Nachos ni sebenarnya didatangkan dengan fillings seperti avocado guacamole, pico de gallo salsa, warm cheese sauce dan sour cream. Tapi anak-anak aku cuma letak cheese sauce je

Pendapat aku, taco ni tergolong dalam kategori makanan sihat sebab portion yang kecik dan intinya pun sihat. So sedap tak? Jawapannya mestilah sedap. Boleh repeat lagi lain kali hehe.

Kalau nak tau lebih lanjut apa lagi menu lain dekat Taco Bell boleh la melawat laman web dieorang: www.tacobell.com.my. 

Read more »
on Tuesday, November 29, 2022 13
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, November 28, 2022

Resipi Roti Paling Mudah dan Tak Perlu Diuli - French Loaf

Salam Isnin korang!

Biasanya Isnin je mesti semua rasa lemau je sebab Monday blues kan? Tapi since hari ni cuti umum, rasa lemau tu ditunda ke hari Selasa pulak (kecuali orang-orang kat JB). Hehe. Tahniah JDT muncul juara Piala Malaysia 2022! Aku tumpang bangga sebab pernah belajar di Skudai, Johor selama 4 tahun dan bekerja di Senai selama 2 tahun. #doneclaim

OK hari ni aku nak kongsi satu resipi roti yang aku belajar dari seorang kawan. Roti ni ialah French loaf atau roti Perancis. Teksturnya rangup di luar (crusty) dan lembut di dalam, sesuai makan macam tu je atau sapu mentega atau cicah kari / sup cendawan.


French loaf


French Loaf

Bahan-bahan:

Tepung gandum / roti 3 cawan
Yis segera 2 sudu teh
Garam 1 sudu teh
Air suam 1 1/2 cawan

Bahan-bahan pun dah ringkas kan? Tak perlu pun pelembut roti, butter atau susu. Serius, roti ni sangat sangat simple gais.

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan sampai sebati.
  2. Biarkan doh kembang selama 2-3 jam.
  3. Panaskan ketuhar dengan suhu 230C.
  4. Tabur tepung atas permukaan meja / kaunter (tebal sikit pun takpe), tuang doh yang dah kembang atas tepung dan lipat roti ke dalam.
  5. Bentuk doh jadi bulat. Guna pisau yang tajam untuk kelar permukaan doh ikut design sendiri. 
  6. Alas bekas dengan baking paper, lebihkan panjang supaya senang nak keluarkan roti bila dah masak. Bakar roti  dalam bekas bertutup (yang sesuai untuk ketuhar) selama 30 minit, kemudian buka penutup dan bakar lagi dalam 12 minit atau sampai permukaan roti menjadi perang.

Aku guna ceramic pot beli kat Shopee. Murah je, dalam RM60+. 

Ni la hasil roti yang aku buat. Harum semerbak bau roti bila dah masak. Makan panas-panas sedap sangat. 


French loaf

 

Read more »
on Monday, November 28, 2022 12
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, November 27, 2022

Makan Tengahari di MA.KE Eateries, Banglo 289

Minggu lepas kakak aku mengajak aku keluar makan tengahari bersama memandangkan dia ambik cuti sebelum musim audit bermula.

Katanya dia teringin nak cuba makanan di MA.KE Eateries, Banglo 289 yang terletak tak jauh dari Jalan Raja Chulan. OK la, aku macam biasa on je orang ajak makan ni.

Kami keluar makan tengahari agak lewat sebab pagi tu aku sibuk sikit dan tengahari pulak aku dah tempah sesi urutan dan bertungku melalui aplikasi Sentuh (sayangnya aku terlupa pulak nak ambik gambar). 

Sebelum tu, aku nak cerita jugak pengalaman dengan Sentuh ni. Ni kali kedua aku tempah sesi urutan dari aplikasi Sentuh dan pengalaman aku sangat positif. Untuk khidmat urutan berpantang ni, lepas urut dan bertungku badan aku terasa ringan dan kerap buang angin lepas diurut 😅💨. 

Tahun lepas aku ambik sesi fisioterapi dan terapi sukan sebab masa tu aku sakit belakang dan betis bengkak sampai terpaksa solat duduk. Therapist yang datang tu terlatih dan ada diploma dalam bidang sports therapy. Selain mengurut menggunakan gel khas untuk kecederaan otot, dia jugak menggunakan infrared ray untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan. Tapi ni bukan urut-urut manjah… ni urut yang buatkan aku mengerang kesakitan sepanjang 2 jam sesi, sebab dia kata tisu dalaman (deep tissue muscle) aku yang bengkak dan cedera sebab tu dia kena tekan dengan kuat untuk sampai ke tisu dalam. Tapi lepas 2 jam tu, aku dah boleh bongkok, bengkak di betis pun surut dan tak rasa panas bila dipegang. Therapist tu jugak berjaya detect kecederaan lama di bahagian belikat yang menyebabkan aku selalu rasa lenguh-lenguh di bahagian tu dari sebelum aku kahwin lagi (bayangkan betapa lamanya tu), dan lepas sesi kedua (panggil sekali lagi sebab satu sesi memang tak cukup masa), rasa lenguh-lenguh tu hilang! Aplikasi Sentuh ni boleh download melalui App Store dan Google Store, tak pun korang boleh usha IG dieorang kat SINI.

OK back to cerita makan tengahari di Banglo 289 ni. Kat sini tak perlu risau pasal parking sebab tempat letak kereta disediakan dan ada parking attendant sekali tolong alihkan kereta kita kalau kereta kita menghalang orang lain nak keluar.


Banglo 289

Banglo 289

Banglo 289

Banglo 289

Tempat ni menyediakan dua ruang makan - di luar dan di dalam. Tempat duduk luar dia sangat cantik sebab dihiasi dengan mural-mural di dinding. Tak perlu risau kalau hujan sebab tempat duduknya berbumbung. Manakala tempat duduk di dalam pulak dilengkapi dengan penghawa dingin.


Banglo 289

Menariknya makanan di sini berkonsepkan makanan Melayu walaupun lokasinya di tengah-tengah bandar berdekatan Jalan Raja Chulan. Ada pelbagai jenis kuih-muih seperti pulut panggang, kuih ketayap, kuih cara dan lain-lain lagi. Tapi memandangkan kami sampai lewat banyak kuih yang dah habis.


Banglo 289

Untuk makanan tengahari pulak, boleh pilih sama ada nak nasi bungkus (iaitu nasi kerabu dengan pelbagai jenis lauk, nasi berlauk atau nasi dagang) atau order dari menu (set masak lemak, set goreng berempah atau set salai).


Banglo 289

Banglo 289

Aku pilih nasi kerabu dengan lauk ayam bakar. Lepas tu rasa menyesal sebab kat sini macam takde service untuk panaskan nasi bungkus ni jadi makan nasi sejuk la jawabnya.


Banglo 289

Kakak aku pilih set daging salai masak lemak dengan ulam-ulaman. Kuahnya agak pedas bagi aku, tapi kakak aku enjoy je makan sebab dia memang suka masakan pedas memang kontras dengan aku. Walaupun pedas, tapi sedap jugak la. Cuma aku tak puas hati sebab set tu takde telur masin jadi kakak aku ‘pau’ telur masin aku pulak 😅


Banglo 289

Bagi aku makanan kat sini not bad, tapi not outstanding at the sama time. Biasanya aku akan repeat visit kalau ada wow factor kat menu tempat tu, tapi dekat Banglo 289 ni aku tak jumpa pulak wow factor tu. Mungkin lain kali kena datang awal sikit kot boleh cuba lebih banyak menu. Aku suka service kat sini sebab pekerja-pekerjanya mesra dan makanan kakak pun sampai agak cepat jugak.

Read more »
on Sunday, November 27, 2022 11
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • anajingga
    5 hours ago
  • KasihkuAmani
    5 hours ago
  • orangbukit
    6 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    7 hours ago
  • SURIA AMANDA
    9 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    11 hours ago
  • Miles of smiles
    12 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    14 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    14 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    15 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    15 hours ago
  • Blog Anamizu™
    17 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    18 hours ago
  • My Small World
    18 hours ago
  • KakmimDotCom
    18 hours ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • Ainihalim
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Drawing the Words
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    3 weeks ago
  • Krabat Kramat
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    4 weeks ago
  • Asa Blog
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.