• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, May 22, 2023

Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy

Masa aku bekerja dulu, aku selalu travel on business trip, paling kurang sekali sebulan. Pernah sekali aku travel 2 minggu berturut-turut - minggu pertama aku ke Semenanjung (masa tu aku masih di Bintulu), then balik sekejap ke Bintulu dan travel lagi ke Sabah minggu seterusnya. Masa travel, aku prefer cari hotel yang selesa sebab bila habis meeting dan balik hotel, boleh berehat dan recharge dengan tenang supaya esoknya bangun dengan segar. 

Kebetulan masa tu kebanyakan hotel yang ada corporate rate dengan company ni ialah hotel dari jenama Marriott Bonvoy jadi aku pun sign up jadi ahli (percuma) dan berpeluang kumpul Elite Night sampai cecah status Silver Elite selama 5 tahun berturut-turut. Bila aku dah berhenti kerja, aku masih lagi target nak kekalkan status Silver Elite sebab bila kumpul 250 Elite Nights, status Silver ni akan jadi sepanjang hayat dan takkan luput.

Jadi apa kelebihan sebagai ahli Silver Elite?


Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Kelebihan jadi Ahli Silver Elite Marriott Bonvoy (sumber: marriott.com)

Ni la antara kelebihannya. Setiap kali tempah bilik di hotel Marriott Bonvoy, ahli Silver Elite akan dapat 10% lebih Elite Bonus Point dari ahli biasa, boleh mintak priority late check out tanpa bayaran tambahan dan enjoy rate ahli bila tempah di apps Marriott Bonvoy.

Selain dari tu, sebagai ahli Marriott Bonvoy, tempahan hotel akan dijamin (contohnya kalau berlaku overbooking, ahli akan dapat upgrade bilik percuma macam pengalaman aku sebelum ni tempah bilik biasa tiba-tiba dapat upgrade bilik suite!), boleh guna Elite Bonus Point untuk top up bayaran bilik (cash + point) dan tebus point dengan segera.



Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Banyak lagi kelebihan ahli Silver Elite (sumber: marriott.com)

Setiap tahun Marriott Bonvoy akan buat promosi menarik contohnya baru-baru ni ada promosi ganjaran 1000 Bonus Elite Point dan 1 Bonus Elite Night untuk setiap malam penginapan yang berbayar. Promosi ni agak rare jadi ramai ahli Marriott Bonvoy memang tunggu peluang macam ni untuk kekalkan status Elite dengan penjimatan penginapan di hotel. Dengan adanya promosi macam ni, ahli Silver Elite macam aku boleh kekalkan status Elite dengan cuma bayar 5 malam je (sebab setiap malam tu akan dapat ganjaran 1 malam Bonus Elite Night). Kiranya 5 malam berbayar akan dapat 5 malam bonus. 

Sepanjang tempoh promosi tu, aku berjaya tempah 3 malam (dan berjaya kumpul 6 Elite Nights keseluruhannya) dalam 3 tempahan berbeza - sekali masa sambut birthday Suami Terchenta, sekali masa nak balik kampung dan sekali lagi masa di Bintulu sebab rumah mak dah penuh jadi kiteorang duduk hotel semalam.


Hotel Fairfield KL, Jalan Pahang


Fairfield KL Jalan Pahang
Sambut birthday Suami Terchenta di Hotel Fairfield KL, ambik pakej Serambi Selera (bilik + iftar + sahur)

Untuk birthday Suami Terchenta, macam tahun lepas jugak aku pilih hotel Fairfield KL sebab kat hotel ada buat solat terawih di surau hotel. Surau kat hotel ni luas, wangi dan sangat selesa. Tak macam kebanyakan hotel lama yang suraunya terletak di tingkat bawah / basement, surau hotel ni terletak di tingkat atas sekali. 

Untuk bilik anak-anak pulak, aku gunakan Elite Point yang aku kumpul sebelum ni untuk tebus bilik PERCUMA. Rasa seronok bila boleh dapat bilik percuma lepas kumpul Elite Point bertahun-tahun dari zaman bekerja 😍. Masa check-in, aku request bilik bersambung (connecting) jadi ada pintu kat tengah-tengah memudahkan kiteorang kejutkan anak-anak untuk bersahur.


Hotel Aloft KL Sentral


Hotel Aloft KL Sentral

Memandangkan flight kiteorang awal pagi, malam sebelumnya aku tempah bilik di hotel Aloft KL Sentral sebab pagi-pagi lagi kiteorang kena ambik ERL yang pertama untuk ke KLIA. Untuk hotel ni pulak, aku cuma ambik satu bilik je (2 katil Queen). Kali ni aku tempah guna cash + points. Kiteorang cuma perlu bayar RM150 (separuh harga bilik) dan selebihnya bayar guna points.


Hotel Aloft KL Sentral
Bilik air Aloft KL Sentral yang luas

Hotel Aloft KL Sentral
Geram je rasa nak bancuh kopi tapi aku tengah pantang kopi 😅

Hotel Aloft KL Sentral
Sahur di restoran Nook

Hotel Aloft KL Sentral
Ingatkan donut hiasan yang digantung rupa-rupanya donut betul

Hotel Aloft KL Sentral
Eh, ada laksa Sarawak! Merasa la bersahur laksa Sarawak

Fairfield Bintulu Paragon


Fairfield Bintulu Paragon
Bilik kiteorang

Disebabkan rumah mak dah penuh dengan adik-beradik lain yang pulang serentak, kiteorang ambik kesempatan untuk tempah bilik di Fairfield Bintulu pulak supaya dapat kumpul satu lagi Bonus Elite Night (bayar satu malam, dapat ganjaran 2 Elite Nights) 🤩.

Sama macam di Fairfield KL, kiteorang cuma bayar satu bilik je (RM250++) dan bilik satu lagi tebus Elite Point, kali ni guna PointSavers (tebus bilik tapi guna fewer points).


Fairfield Bintulu Paragon
Bilik anak-anak (bilik bersambung)

Fairfield Bintulu Paragon
Design bilik hotel ni memang standard dengan bilik hotel Fairfield di KL

Yang best nya, aku request check in awal pun hotel boleh accept request. Kiteorang sampai dari KL pukul 11 pagi (standard masa check-in ialah 3 petang). Bila aku contact hotel melalui apps Marriott Bonvoy dan nak mintak check-in awal, hotel terus inform bilik dah ready jadi sampai-sampai je dari airport boleh terus check in. Esoknya pulak, kiteorang request check out lambat sebab ada urusan sikit sebelum gerak balik ke kampung. Automatik hotel bagi sebab priority late check out ialah sebahagian dari kelebihan sebagai ahli Silver Elite.

Selain dari penginapan di hotel, ahli jugak boleh kumpul dan tebus point di restoran hotel:


Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Makan dan kumpul Elite Bonus Points atau bayar guna Elite Bonus Points (sumber: marriott.com)

Kesimpulannya, sebagai peminat staycation dan kaki travel, memang berbaloi jadi ahli Marriott Bonvoy sebab banyak keistimewaan dan penjimatan bila menetap di hotel Marriott Bonvoy. So far hotel bawah jenama Marriott Bonvoy ni selamat (tak pernah dengar lagi ada kes privacy breach atau kes hidden spy-cam), sebab tu aku rasa selamat bila menginap di hotel Marriott Bonvoy.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Marriott.com atau muat turun aplikasi Marriott Bonvoy.


Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Ada banyak pilihan hotel jenama Marriott Bonvoy di Malaysia ikut kategori - The Ritz Carlton, Marriott, St. Regis, W Hotels, JW Marriott, Sheraton, Le Meridien, Westin, Renaissance, Courtyard by Marriott, Four Points by Sheraton, Fairfield by Marriott, AC Hotels, Aloft dan Element

Nota kaki: Tak lama lagi birthday aku, macam biasa Suami Terchenta hadiahkan staycation di hotel Marriott Bonvoy 🤩. Ada 4 malam lagi untuk aku kekalkan status Silver Elite, harap-harap ada lagi promotion free Bonus Elite Night tahun ni.

Read more »
on Monday, May 22, 2023 16
Share this!
Tags
Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, May 21, 2023

Terpaksa Remove Top Commentator Widget... 😪

Suami Terchenta balik dari ofis pagi ni, terus aku tak menyabar-nyabar mintak tolong dia tengokkan blog 😅. Kesian dia, baru nak duduk dah kena 'buat kerja' lagi hehe.

Lepas dia belek-belek tengok kat Developer Tool, kesimpulannya yang melambatkan blog aku loading ialah Top Commentator Widget! 😭

Ada 2 gambar profile yang agak besar sampai blog ni lambat loading. Jadi terpaksalah aku remove widget tu, tengok dulu performance blog macamana.

Lepas tu ada lagi gambar dari website lain yang aku post kat salah satu posting aku, yang menyebabkan lambat loading sebab saiz gambar tu 7.7MB! Mak aiiii.... Suami Terchenta suruh aku download je gambar tu pastu convert jadi format webp. 



Pegi je cloudconvert ni lepas tu upload gambar asal dan site ni akan tukarkan jadi format webp yang lebih optimised

Besar giler kot gambar ni, dari tadi masih lagi processing 😅. Aku dah siap masak untuk makan tengahari pun tak habis lagi processing huhu.

Read more »
on Sunday, May 21, 2023 24
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, May 20, 2023

Dah Launch Template Baru!

Wajah baru blog coffeebreakwithme.com


Ni la template baru yang aku pilih untuk blog kali ni. Apa yang aku suka pasal template ni ialah layout yang nampak clean dan keseluruhannya nampak estetik bagi aku. 

Cuma satu je masalah yang aku tengah figure out - mobile version agak lambat loading dan terlalu banyak ad unit yang keluar. Which is benda ni tak keluar masa aku buat testing. Lepas tu gambar pun nampak disproportionate bila bukak kat handphone.

Yang ni aku kena tunggu Suami Terchenta free sikit untuk tengokkan cara-cara nak bagi blog load lebih cepat. Harap bersabar ye kawan-kawan.

By the way, aku hargai sangat-sangat feedback dan komen dari kawan-kawan semua tentang template baru ni. Korang rasa makin senang ke atau makin susah nak baca content blog aku sejak tukar ke template baru ni? Cer komen sikit. Terima kasih!


Read more »
on Saturday, May 20, 2023 19
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, May 20, 2023

Kisah Balik Raya Guna TIGA Syarikat Penerbangan!

Kenapa guna sampai 3 syarikat penerbangan? Ceritanya boleh baca kat sini. Alhamdulillah, ketiga-tiga flight kiteorang tak delay sangat (Batik Air dari Kuching ke KL je delay sikit dalam 30 minit kalau tak silap).


Malaysia Airlines
KL - Bintulu naik MAS (siap dapat sampul raya MAS yang comel ni!)


Apapun, sekarang ni jauh lebih baik dari 20 tahun lepas masa aku masih lagi bergelar student universiti. Masa tu takde pilihan kalau nak balik ke universiti kena naik MAS je. Syukur aku dibiayai oleh kerajaan negeri jadi tiket pergi dan balik ditanggung 2 kali setahun. Tiket sangat la mahal jadi kalau nak terbang esoknya, malam sebelumnya dah packing dan hafal nombor pintu pelepasan siap-siap, pagi-pagi lagi dah terpacak kat airport walaupun flight sebelah malam sebab takut terlepas flight.

Sebab tu aku tak boleh terima kisah budak-budak uni kena tinggal flight lepas tu buat Tiktok kisah sedih kena habiskan duit PTPTN beli tiket baru sampai tak cukup duit untuk makan. Sampaikan menteri kena beri sumbangan duit untuk dia survive sepanjang semester, padahal tanggungjawab student tu untuk lebih alert masa penerbangan dan pintu pelepasan. Harap student ni ambik pengajaran dari kesilapannya.

 
AirAsia
Bintulu - Kuching naik AirAsia

Back to zaman aku belajar dulu. Tahun kedua di universiti, baru Dato' Tony Fernandes menubuhkan syarikat tambang rendah AirAsia. Agak kekok jugak nak naik AirAsia masa tu sebab konsep dieorang self-service (pas masuk sekeping kertas je print sendiri, masuk dalam kapal terbang pulak free seating - siapa cepat dia dapat tempat duduk depan). Bila adanya Akta Persaingan, barulah industri penerbangan semakin meriah dengan lebih banyak syarikat penerbangan domestik (Malindo / Batik Air, Firefly, MASWing, MY Airline dsb.). Setakat ni, aku dah merasa naik semua airlines kecuali yang terbaru ni, MY Airline. 


Malindo Air
Kuching - KL naik Batik Air

Dan sampai sekarang aku tak faham kenapa harga tiket kapal terbang melambung-lambung naik bila musim perayaan padahal hari biasa boleh je bagi harga yang munasabah. Setiap tahun isu ni akan masuk dalam TV, Menteri Pengangkutan berjanji akan selidik dan akhirnya lepas raya senyap macam tu je. Tahun depan isu sama akan berulang lagi. Harap bila kerajaan Sarawak buat syarikat penerbangan Sarawak, kiteorang boleh balik ke kampung dengan harga yang muna-sarawak sikit.

Read more »
on Saturday, May 20, 2023 11
Share this!
Tags
Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, May 19, 2023

Pertama Kali Jejak Kaki di Kampung Telaga Air Kuching

Masa di Kuching, entah apa mood Suami Terchenta tiba-tiba mengajak aku berjalan-jalan ke Kampung Telaga Air. Dulu masa duduk di Sarawak tak pernahnya la terfikir nak terjah kawasan-kawasan ni tapi bila dah tak duduk di Sarawak baru berminat nak meneroka tempat sendiri.

OK la, sis layankan je sebab memang begitulah perangai kiteorang dari sebelum ada anak lagi. Kalau rasa nak berjalan, onz aje. Lagi seronok bila budak-budak taknak ikut, makin panjang langkah mak bapaknya! 😂


Kampung Telaga Air Kuching
Perjalanan ke Kampung Telaga Air mengambil masa sejam lebih dari Samarahan

Hajat ke sini sebenarnya nak cari makanan laut segar sebab selalu dengar orang lain cakap kat sini makanan laut terutama ketam segar dan murah. Tapi kiteorang lupa, time pergi tu kan orang masih lagi sibuk beraya. Hmm. Maka takde la jumpa seafood segar.

Memandangkan dah sampai kat Kampung Telaga Air tu, kiteorang pun ambik kesempatan berjalan-jalan menyusuri tebing sungai. Cuaca yang panas terik menjadikan pemandangan langit dan air menjadi biru. Cantik! Dah la airnya jernih pulak tu, boleh nampak ikan berenang-renang di permukaan.


Kampung Telaga Air Kuching
Menyelusuri waterfront Kampung Telaga Air

Kampung Telaga Air Kuching
Kiteorang tengok ramai pengunjung ke Esplanade Jeti Telaga Air jadi kiteorang pun follow rapat-rapat

Kampung Telaga Air Kuching
Tak sangka rupa-rupanya ada perkhidmatan boat tour. Sewa satu boat RM50 maksimum 5 orang, tapi kiteorang naik berdua je.

Macam biasa kiteorang ni tak membuang masa dan berfikir panjang terus setuju naik bot sebab cajnya cuma RM50 untuk satu bot. Dah naik bot baru teringat nak tanya ada buaya tak kat sungai ni (jawapannya mestilah ada, sungai di Sarawak dan buaya berpisah tiada). Mampu berdoa dalam hati je janganlah bot ni terbalik sebab pemandu bot ni cakap ada beratus-ratus buaya kat dasar sungai ni!


Kuching Wetlands National Park
Dalam risau ada buaya, tetap enjoy menikmati pemandangan langit biru dan angin yang sedikit masin

Pemandu bot bawak kiteorang meninjau hutan paya bakau di Taman Negara Hutan Lembap Kuching di seberang Kampung Telaga Air. Barulah aku tau yang kat Sarawak ni pun ada jugak monyet hidung panjang (proboscis monkey). Kesian kan aku? Selama ni aku dok bercita-cita nak ikut mangrove tour di Sabah sebab ingatkan kat Sarawak tak wujud spesies monyet hidung panjang ni 😅 Rupa-rupanya this monkey lives in our own backyard! Bak kata Rajah Brooke. Hehe.


Kuching Wetlands National Park
Kuching Wetland National Park - ye, aku baru tau jugak kewujudan taman negara hutan lembap ni 😭 Teruk nau orang Sarawak ni, macamana la nak jadi duta negeri sendiri camni huhu...

Aku rasa RM50 tu berbaloi sangat-sangat sebab sejam jugak pemandu bot tu bawak kiteorang meninjau dari luar hutan paya bakau ni. Katanya kalau nak masuk ke dalam, kena join tour sehari. Yang tu pakej lain, harganya pun lain. Tapi lebih puas hati sebab dia akan bawak masuk ke dalam hutan paya baka (dalam bot) sambil cari monyet, buaya, ikan lumba-lumba dan segala macam spesies binatang yang tinggal dalam hutan paya bakau tu.


Kuching Wetlands National Park
Mengabadikan kenangan naik bot menyusuri sungai penuh dengan buaya tanpa memikirkan masa depan anak-anak

Dari jeti Kampung Telaga Air, kiteorang dibawa menyusur sungai sampai ke muara. Dari jauh dah nampak Gunung Santubong. Percubaan melihat ikan lumba-lumba melompat keluar dari air di kawasan ni tak berjaya sebab angin agak kuat dan air laut bergelora. Ikutkan pemandu bot kiteorang, kalau air tenang barulah ikan lumba-lumba akan naik ke permukaan dan bermain-main. Kadang-kadang depan bot ikan lumba-lumba tu melompat-lompat sebab tak takut dengan orang.


Kuching Wetlands National Park
Nun di depan dah sampai ke muara sungai

Kampung Sibu Laut
Kampung Sibu Laut - satu-satunya kampung yang tak dihubungkan dengan jalan darat. Nak ke sini kena naik bot. Tapi kampung ni ada bekalan air bersih dan sumber elektrik, sumbangan dari arwah Tok Nan bekas Ketua Menteri Sarawak menurut pemandu bot

Tak jauh dari situ, ialah lokasi Pulau Satang. Pemandu bot bagitau yang ramai pelancong dari luar negara melawat pulau tu untuk aktiviti snorkeling. Airnya jernih kadang-kadang boleh nampak penyu berenang. Ternganga aku dengar kat Sarawak ada tempat snorkeling! Terus rasa malu sangat sebab aku ni nama je orang Sarawak tapi tak tahu kewujudan tempat-tempat menarik macam ni kat Sarawak. Cis.

Dalam perjalanan pulang ke jeti, aku dan Suami Terchenta berjanji next time akan bawak budak-budak ke sini untuk aktiviti snorkeling dan explore hutan paya bakau. Tu pun lepas pemandu bot tu bersungguh-sungguh meyakinkan kiteorang sepanjang berpuluh tahun dia kerja sebagai pemandu bot, tak pernah sekali pun ada insiden dengan buaya kat sini. Sebenarnya, buaya seboleh-bolehnya mengelak manusia walaupun saiz buaya tu menggerunkan. Dia pernah terserempak dengan buaya berukuran sama panjang dengat bot dan lebar separuh dari bot, sampai menggigil penumpang yang dia bawak. Kalau aku jadi penumpang tu, mau pengsan agaknya huhu.


Kuching Wetlands National Park
Dah nak sampai ke jeti

Maka dengan tu berakhirlah boat tour kiteorang yang cukup padat dengan ilmu baru tentang keistimewaan Sarawak yang kaya dengan alam semulajadi.


Kampung Telaga Air
Cantik pemandangan jeti nelayan ni

Dalam perjalanan balik, sempat lagi singgah beli coconut shake, mango shake dan lemang. OK la not bad.


Serapi Virgin Coconut Shake

Oh ya, kalau sesiapa berminat nak join tour macam ni, boleh la contact nombor kat bawah ni:


De ABF Circle
Sumber: Facebook De ABF Circle

Yang ni pulak pakej yang aku cakap - 2 jam menyusuri hutan paya bakau tengok monyet, buaya dan ikan lumba-lumba:


De ABF Circle
Sumber: Facebook De ABF Circle

Untuk trip snorkeling pulak:


De ABF Circle

Insha Allah, tahun depan balik ke Kuching kiteorang akan bawak anak-anak pulak meneroka hutan paya bakau dan snorkeling di Pulau Satang.

Read more »
on Friday, May 19, 2023 22
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, May 18, 2023

Something New Is Coming...

Sneak peek logo baru

 

Jeng.. jeng... jengggg!!! 

Buat masa sekarang aku tengah dalam proses menukar template blog ni. Aku dah pilih design template, sekarang tengah fasa testing... testing... 123... hihi.

Harapnya template blog yang baru nanti selain nampak lebih clean, akan lebih cepat loading dan memudahkan pembaca blog untuk navigate dan cari info mengikut minat masing-masing.

Nantikan kemunculan the new Coffee Break With Me blog!

Read more »
on Thursday, May 18, 2023 14
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, May 18, 2023

Jamuan Hari Raya dan Hari Guru di Sekolah Anak

Selasa lepas parents dapat jemputan ke jamuan Hari Raya di sekolah anak kedua aku iaitu Khadeeja. Semua parents kena bawak pot luck. Aku bawak baked mac and cheese sebab tau budak-budak mesti suka makanan yang ada keju.


Baked mac and cheese
Baked mac and cheese

jamuan raya
Bermacam juadah pot luck yang disumbangkan oleh parents

Hari Guru
Kek Mamasab yang ditaja oleh management sekolah 

jamuan raya
Bagus jugak parents yang health-conscious sponsor buah-buahan


Sebelum acara makan-makan, cikgu-cikgu buat aktiviti kuiz dengan para pelajar. Kecoh dan gamat suasana bila pelajar-pelajar kena teka gambar cikgu masa masih kecik dulu!


jamuan raya
Hari ni semua datang pakai baju raya, tapi yang lower primary tu macam biasalah tergolek terlentang walaupun pakai baju raya 😅

Acara kemuncak sebelum makan ialah persembahan nyanyian lagu 'Raya Raya Raya' oleh pelajar-pelajar. Comel je dieorang buat gaya tu hehe. Khadeeja macam biasa buat dengan muka terpaksa! 😝


jamuan raya

Semalam pulak giliran sekolah Khayla pulak buat jamuan hari raya kelas. So repeat buat baked mac and cheese lagi pagi tadi 😄:             


baked mac and cheese
Abaikan sticker bekas kuih ni, memang tak buang-buang sejak beli hehe

Lupa pulak nak ambik gambar Khayla masa turun ke sekolah tadi. Harap-harap cikgu kelas kongsi gambar raya kat kelas dieorang.


Resipi Baked Mac and Cheese

  • 4 cawan makaroni - direbus separuh masak
  • Separuh buku mentega 225g
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 400ml susu
  • 6 keping keju Cheddar
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Keju mozarella parut secukupnya untuk ditabur atas makaroni

Cara-cara:
  1. Rebus makaroni separuh masak dan toskan air.
  2. Untuk membuat sos makaroni, cairkan mentega atas api yang sederhana kecil.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaulkan. Menggunakan pemukul (whisk), kacau dengan cepat tepung gandum sampai tak berketul lagi dan sebati dengan mentega cair.
  4. Masukkan susu (seelok-eloknya pada suhu bilik) dan kacau perlahan sampai sebati.
  5. Masukkan kepingan keju cheddar dan kacau lagi sampai keju cair dan kuah menjadi pekat.
  6. Tuangkan makaroni dalam sos dan gaul sebati. Tutup api.
  7. Dalam loyang yang telah disapu mentega, tuangkan separuh makaroni tadi. 
  8. Taburkan keju mozarella parut dan tuangkan separuh lagi makaroni tadi sampai habis.
  9. Ratakan makaroni. Taburkan keju mozarella di seluruh permukaan makaroni.
  10. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180℃ selama 20 minit atau sampai keju mozarella di atas permukaan bertukar menjadi kuning keemasan.

Read more »
on Thursday, May 18, 2023 12
Share this!
Tags
Celebrations, Dining, Lifestyle, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, May 17, 2023

6 Best Hotels Recommendation in Johor Bahru

Johor Bahru is one of the largest cities in Malaysia and serves as the capital of the state of Johor. It is also more generally referred to by its abbreviation, JB. Istana Besar, the Sultan Iskandar Complex, and the Istana Pasir Pelangi are three of the most stunning attractions that can be found in this part of JB. If you are the type of person who loves to shop, then you should go to Danga Bay and the Johor Premium Outlet.

Don’t forget to look into some of the most reputable hotels in Johor Bahru below.

Hotels in Johor Bahru

1. Grand Paragon Hotel Johor Bahru


Image source: Grand Paragon Hotel Johor Bahru website

Address: 18, Jalan Harimau, Taman Century, Johor Bahru - City Center, Johor Bahru, Johor, Malaysia, 80250

Price: starts from RM 211


Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Image source: Grand Paragon Hotel Johor Bahru website

The Grand Paragon Hotel Johor Bahru can be found in Johor Bahru's central business district. The distance between the hotel and Sembawang MRT Station is only 8.62 kilometers. Paragon Shopping Centre is only 21.35 kilometers away, and Far East Plaza is only 20.88 kilometers.

Are you a chronic shopper? The Grand Paragon Hotel Johor Bahru is conveniently located near a wide variety of shops. The Grand Paragon Hotel Johor Bahru has everything you and your coworkers may possibly need for any kind of business function or corporate meeting.


2. Trove Johor Bahru


Trove Johor Bahru
Image source: Coffeebreakwithme.com

Address: Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru - City Center, Johor Bahru, Johor, Malaysia, 80300

Price: starts from RM 69

The cool kids hang out at Trove Johor Bahru. Taking a little vacation without leaving town is possible when staying at this stylish hotel in the heart of JB. There are a total of 283 rooms available to guests, split among 5 different accommodation categories.


Trove Johor Bahru
Image source: Coffeebreakwithme.com

In "Into the Woods," visitors are immersed in Johor's beautiful natural setting, while in "Straits Affair," they are introduced to the state's role as a commercial center. The pop art show "Local Love" highlights Johor's long heritage of craft production. If you need fresh content for your social media profiles, Trove Johor Bahru has you covered.


3. Holiday Inn Johor Bahru City Centre


Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Image source: IHG Hotels & Resorts website

Address: Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru - City Center, Johor Bahru, Johor, Malaysia, 80000

Price: starts from RM 377

Holiday Inn Johor Bahru City Centre is precisely what you would expect from a hotel with such amazing evaluations, including rooms that are comfortable and well-kept, as well as service members who are courteous and attentive. When you aren't out exploring Johor Bahru, you may spend some time unwind in the sky pool and take in the sights of the city below.


Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Image source: IHG Hotels & Resorts website

The neighboring Pasar Karat is an excellent area to look for one-of-a-kind mementos to take home with you. The Holiday Inn features high-quality dining and drinking venues, as well as an after-dinner entertainment option in the shape of a live band performance that takes place in the Lobby Lounge.


4. Capri by Fraser Johor Bahru


Capri by Fraser Johor Bahru
Image source: Capri by Fraser Hotel Residences website

Address: Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, Johor Bahru - City Center, Johor Bahru, Johor, Malaysia, 80300

Price: starts from RM 364

Capri by Fraser's tranquil setting in the Mediterranean is ideal for unwinding and relaxing. Modern interpretations on leaves decorate the ceiling, while undulating wall panels recall the flow of water through a forest.

Like the adjacent Holiday Inn JBCC, this hotel offers easy access to the area's many sights and recreation opportunities, such as a large swimming pool and a Spin & Play, a combination laundromat and arcade. The best aspect, though, is that Capri by Fraser is easily accessible from Woodlands Checkpoint, making it ideal for a quick trip to Malaysia.


5. Hotel Granada Johor Bahru


Hotel Granada Johor Bahru
Image source: Hotel Granada Johor Bahru website

Address: 55, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, Nusajaya / Legoland, Johor Bahru, Johor, Malaysia, 81200

Price: starts from RM 275

The Hotel Granada's proximity to four shopping malls, as well as eateries and entertainment places, seems to have no limits on its convenience. On your shopping trip to Johor Bahru, be sure to stop by AEON Bukit Indah, Mall of Medini, Johor Premium Outlets, and Paradigm Mall.

After that, you may relax in one of the many cafés along Jalan Dhoby before making plans to visit the nearby TGV cinemas, Legoland Malaysia, or Stadium Sultan Ibrahim. There won't be a minute of boredom, I promise. Your stay at the hotel will be both relaxing and exciting because it is home to one of the best integrated wellness & spas in all of Johor.


6. KSL Hotel & Resort Johor Bahru


KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Image source: KSL Hotel & Resort Johor Bahru website


Address: 3 Jalan Seladang, Taman Abad, Johor Bahru - City Center, Johor Bahru, Johor, Malaysia, 80250

Price: starts from RM 180

KSL Hotel & Resort Johor Bahru is conveniently located in the heart of the city, only a short distance from the Singapore–Johor Bahru causeway, and is directly attached to a large retail center. In addition to the usual fare of a gym, sauna, golf simulator, movie theater, karaoke room, spa, swimming pool, and table tennis, guests can also enjoy the hotel's dinosaur-themed water park.

Attractions like Legoland (only twenty minutes away) and Puteri Harbour (ten minutes) are easily accessible from the KSL Hotel Resort Johor Bahru. (25 minutes). The KSL Hotel Resort Johor Bahru has all a traveler might want in a hotel and more.

Let’s get ready and pack your things to have a wonderful time in Johor Bahru with Traveloka!



Read more »
on Wednesday, May 17, 2023 22
Share this!
Tags
featured, Hotel Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Syazni Rahim Blog
    6 hours ago
  • Drawing the Words
    7 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    8 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    8 hours ago
  • orangbukit
    9 hours ago
  • KasihkuAmani
    9 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    11 hours ago
  • SURIA AMANDA
    12 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    13 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    13 hours ago
  • Mreneyoo
    14 hours ago
  • mrhanafi.com
    14 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    15 hours ago
  • a m m i
    15 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    16 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    17 hours ago
  • Anies♥You
    18 hours ago
  • My Small World
    18 hours ago
  • Krabat Kramat
    21 hours ago
  • Aku Sis Lin
    21 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • KakmimDotCom
    22 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 day ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    3 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    6 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.