Selasa lepas parents dapat jemputan ke jamuan Hari Raya di sekolah anak kedua aku iaitu Khadeeja. Semua parents kena bawak pot luck. Aku bawak baked mac and cheese sebab tau budak-budak mesti suka makanan yang ada keju.


Baked mac and cheese
Baked mac and cheese

jamuan raya
Bermacam juadah pot luck yang disumbangkan oleh parents

Hari Guru
Kek Mamasab yang ditaja oleh management sekolah 

jamuan raya
Bagus jugak parents yang health-conscious sponsor buah-buahan


Sebelum acara makan-makan, cikgu-cikgu buat aktiviti kuiz dengan para pelajar. Kecoh dan gamat suasana bila pelajar-pelajar kena teka gambar cikgu masa masih kecik dulu!


jamuan raya
Hari ni semua datang pakai baju raya, tapi yang lower primary tu macam biasalah tergolek terlentang walaupun pakai baju raya 😅

Acara kemuncak sebelum makan ialah persembahan nyanyian lagu 'Raya Raya Raya' oleh pelajar-pelajar. Comel je dieorang buat gaya tu hehe. Khadeeja macam biasa buat dengan muka terpaksa! 😝


jamuan raya

Semalam pulak giliran sekolah Khayla pulak buat jamuan hari raya kelas. So repeat buat baked mac and cheese lagi pagi tadi 😄:             


baked mac and cheese
Abaikan sticker bekas kuih ni, memang tak buang-buang sejak beli hehe

Lupa pulak nak ambik gambar Khayla masa turun ke sekolah tadi. Harap-harap cikgu kelas kongsi gambar raya kat kelas dieorang.


Resipi Baked Mac and Cheese

  • 4 cawan makaroni - direbus separuh masak
  • Separuh buku mentega 225g
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 400ml susu
  • 6 keping keju Cheddar
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Keju mozarella parut secukupnya untuk ditabur atas makaroni

Cara-cara:
  1. Rebus makaroni separuh masak dan toskan air.
  2. Untuk membuat sos makaroni, cairkan mentega atas api yang sederhana kecil.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaulkan. Menggunakan pemukul (whisk), kacau dengan cepat tepung gandum sampai tak berketul lagi dan sebati dengan mentega cair.
  4. Masukkan susu (seelok-eloknya pada suhu bilik) dan kacau perlahan sampai sebati.
  5. Masukkan kepingan keju cheddar dan kacau lagi sampai keju cair dan kuah menjadi pekat.
  6. Tuangkan makaroni dalam sos dan gaul sebati. Tutup api.
  7. Dalam loyang yang telah disapu mentega, tuangkan separuh makaroni tadi. 
  8. Taburkan keju mozarella parut dan tuangkan separuh lagi makaroni tadi sampai habis.
  9. Ratakan makaroni. Taburkan keju mozarella di seluruh permukaan makaroni.
  10. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180℃ selama 20 minit atau sampai keju mozarella di atas permukaan bertukar menjadi kuning keemasan.

12 comments:

  1. meriahnya sambutan hari raya...banyak betul hidangan..

    ReplyDelete
  2. Berderet entri jamuan raya oleh rakan blogger hari ni 😀

    Kadang ada sticker jenis degil, takpelah biar kat situ. Boleh tau kat mana beli dan berapa harga 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua berlumba2 nak buat jamuan raya sebelum habis bulan Syawal hehe

      Delete
  3. seronok acara mkn2 potluck ni kan.
    lamaa ciknur x buat mac cheese bake tu yummyy
    sedapp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah budak2 yg seronok, saya singgah kejap je sebab lepas tu kena hantar anak sulung ke sekolah pulak hehe.

      Delete
  4. tu dia...price tag masih utuh

    ReplyDelete
  5. Telan air liur saya tengok baked mac and cheese Carneyz. :D
    Seronok budak-budak, ada jamuan raya.

    ReplyDelete
  6. sedapnya baked mac & cheese bdk2 mmg suka tu....ank akak smlm jamuan bawa buah

    ReplyDelete
  7. wah mcm2 menu ada tentu seronok anak2 dan guru sambut raya kat sekolah

    ReplyDelete
  8. sy rs mcm pakat laa... hmpr semua sekolah smlm buat jamuan raya😁sy yg x sekolah n bkn cikgu ni pun dpt tempias. org bg mcm2 mknn sbb terlalu byk mknn yg dibawa. so apa lg? masing2 kekenyangan laa dpt mknn2 sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .