Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jalan-jalan di KL.
Tapi macam biasa, plan aku dan mak ni memang selalunya ke laut dulu baru ke darat 😆.
Malam sebelumnya:
Aku: Mak, jom kita ke Sogo esok.
Mak: Jom.
(pagi esoknya)
Aku: Mak nak singgah sarapan di Kampung Baru dulu ke?
Mak: Jom.
Esoknya:
 |
Eh, ko kata nak bawak mak ke Kampung Baru tapi kenapa kita di Bukit Bintang?' 😂 |
Aku dengan mak memang camtu la, kepala gila-gila sikit. Bila buat plan, separuh jalan boleh pulak tiba-tiba bertukar! Mak pun sporting je ikut kemana-mana.
 |
'Mak optimis, ikut je mana-mana ko nak bawak...' 🤭 |
Sebenarnya memang plan nak ke Kampung Baru sarapan di situ dulu sebelum ke Sogo. Kiteorang naik LRT sampai ke Titiwangsa lepas tu ikut jejantas pergi ke Terminal Pekeliling ambik bas GoKL laluan biru (Titiwangsa ke Bukit Bintang). Actually, aku tak biasa naik bas jadi mula-mula tu sesat barat jugak nak cari kat mana mujur bila bukak apps 'Moovit' ada peta kat mana nak tunggu bas.
 |
App yang sangat-sangat membantu kalau nak jalan-jalan di KL naik pengangkutan awam |
 |
Dalam bas |
Tup-tup dah sampai Kampung Baru kiteorang boleh pulak terleka sampai tak perasan tempat yang kiteorang nak pergi tu dah terlepas! Tau-tau bas dah masuk jalan besar. Alamak! Hmm... Nasi dah jadi bubur, kita teruskan je la perjalanan ke Bukit Bintang!
Sampai di Bukit Bintang, dengan perut berkeroncong kiteorang pun jalan-jalan cari kedai yang bukak pagi tu. End up masuk ke restoran Damascus sebelah Hotel Wolo. Kebetulan ada tempat duduk kosong jadi kiteorang pun decide makan kat situ.
 |
Kongsi mixed shawarma (RM21.90), aku ambik jus mangga+susu (RM15.90) dan mak ambik avokado+madu (RM17.90). Jus mangga tu sedap! |
 |
'Lepas ni kita nak pegi mana?' |
Lepas makan, aku ajak mak lepak di Starbucks Bukit Bintang sebab nak bagi mak feel masuk kafe Starbucks yang lawa tu.
 |
Dah alang-alang masuk, redeem terus free birthday cake sebelum ganjaran tamat tempoh |
 |
'Ambikkan gambar mak satu kat tepi tingkap ni.' |
Kek coklat tu tak dapat dihabiskan sebab aku dengan mak tak lalu makan (masih kenyang), lagipun kek tu manis yakmat. Aku makan sesudu je terus minum air kosong dekat setengah botol. Manis letinggggg...
Dah puas lepak-lepak di Starbucks, barulah kiteorang meneruskan perjalanan ke Sogo hihi. Kali ni naik MRT pulak, tukar di Tun Razak Xchange dan balik semula ke Titiwangsa untuk ambik LRT ke stesen Bandaraya. Mak singgah solat di stesen MRT sebelum meneruskan perjalanan.
 |
Amboi, ralit mak belek-belek tudung Bokitta tengok design terbaru... |
Kiteorang sebenarnya saja-saja ke Sogo cuci mata. Tapi mak aku ni boleh pulak 'terlekat' dekat ruang Bokitta dalam Sogo tu. Siap ambik gambar hantar kat kawan-kawan di Sarawak. Takpe la, layan je la mak cuci mata kat sini. Nak belanja mak tudung baru, di luar kemampuan pulak hihi.
Pukul 4.30 petang baru kiteorang keluar dari Sogo. Singgah lagi sekali di stesen Titiwangsa ambik MRT ke stesen HKL untuk ambik Khadeeja dari sekolahnya tak jauh dari situ.
 |
Nenek yang sporting |
Hari ni aku tanya, mak ok ke lepas jalan-jalan semalam? Dia kata ok je, cuma penat sikit. Hari ni mak nak berehat je kat rumah kakak aku. Esok makcik aku sampai dari Sarawak, mesti dieorang dah pakat nak jalan-jalan berdua tu hihi. At least mak aku dah tau macamana nak naik bas / MRT / LRT kat sini. Harap-harap dieorang tak sesat la besok!