Setakat 2 Oktober, 16 kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 dengan kawasan paling teruk terjejas ialah Nilai dengan bacaan IPU sebanyak 162.
Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan penutupan sekolah di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas sekiranya keadaan jerebu semakin membimbangkan. Orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dan kawasan terbuka seperti beriadah di taman-taman, basuh muka dan tangan selepas berada di luar rumah, banyakkan minum air, tidak merokok dan pakai pelitup muka bila keluar rumah.
Even di sekolah Khayla pun, pihak sekolah dah suruh semua pelajar untuk pakai pelitup muka bila turun ke sekolah walaupun kawasan kiteorang ni tak termasuk dalam senarai IPU tertinggi di Malaysia.
![]() |
Gambar diambil dari tingkat aku menunjukkan keadaan jerebu semakin menjejaskan pemandangan bangunan KLCC manakala bangunan KL Tower dan Menara Merdeka 118 tu pun dah tak kelihatan |
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
- Kesukaran untuk bernafas
- Serangan jantung
- Gatal–gatal pada tekak
- Gatal–gatal pada mata
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
- Gatal–gatal pada kulit
Kumpulan yang lebih berisiko terhadap kesan jerebu ialah golongan kanak-kanak, warga emas, mempunyai masalah sistem paru-paru (asma, bronkitis, radang pernafasan), pesakit jantung dan alahan dan perokok.
Untuk mengelakkan dari kesan jerebu ke atas kesihatan, kita digalakkan untuk memakai pelitup muka bila keluar rumah. Tapi adakah pemakaian pelitup muka yang kita pakai semasa zaman Covid-19 sesuai dipakai untuk melindungi diri dari bahaya jerebu?
Jenis-jenis pelitup muka dan fungsinya
1. Surgical Mask / Topeng Pembedahan
![]() |
Image by pikisuperstar on Freepik |
Pelitup muka ni satu masa dulu pernah popular sampai kehabisan stok dan ada yang sanggup basuh untuk pakai semula di tengah-tengah kegawatan pandemik Covid-19.
Pelitup muka jenis ini bertujuan untuk menangkap cecair badan pemakainya sendiri, seperti air liur dan lelehan hidung, dan menghalang sebarang titisan cecair berjangkit daripada merebak kepada orang lain.
Ia tidak direka untuk melindungi anda daripada menyedut bakteria, virus dan zarah halus di udara.
Pelitup muka jenis ini tidak dapat memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap zarah halus yang terdapat dalam asap dan jerebu.
2. Respirator / Topeng Muka
![]() |
Sumber imej: Google |
Respirator, juga dikenali sebagai respirator zarah, ialah peranti yang direka untuk melindungi pemakai daripada menyedut habuk, asap, wap atau gas yang berbahaya.
Nombor pada respirator menunjukkan peratusan minimum zarah bawaan udara yang dapat ditapis oleh respirator. Contohnya, topeng muka N95 boleh menapis sekurang-kurangnya 95% zarah habuk, asap, wap atau gas berbahaya.
Respirator mempunyai dua tali melingkari kepala, satu di atas telinga dan satu di bawah. Adalah penting untuk memakai topeng dengan ketat pada hidung dan di bawah dagu untuk mengelakkan zarah daripada meresap melalui sebarang celah yang longgar.
Apabila digunakan dengan betul, respirator boleh melindungi pemakai daripada asap dan jerebu. Respirator / topeng muka yang paling sesuai digunakan ialah N95 kerana ia boleh menapis bahan zarah berukuran 0.3 mikrometer, lebih kecil dari zarah dari jerebu berukuran 0.25 mikrometer.
Jadi untuk korang yang ada masalah pernafasan, pilihlah topeng muka N95 untuk dipakai bila keluar rumah, sebab pelitup muka yang biasa tu tak membantu untuk menapis asap jerebu dari masuk ke dalam paru-paru. Tapi yang terbaik ialah kurangkan aktiviti di luar rumah dan bagi mereka yang duduk di pangsapuri atau kondo pada aras tinggi tu, pastikan tingkap dan pintu rumah sentiasa ditutup. Lebih elok kalau ada pembersih udara di rumah yang boleh menapis 99.97% zarah di udara.
Boleh nampak pembersih udara ni bekerja bila aku bukak tingkap rumah, tak lama lepas tu keluar indikator berwarna merah / kuning menunjukkan kualiti udara yang kotor masuk ke dalam rumah. Lepas tutup tingkap dan pintu, beberapa minit lepas tu indikator bertukar jadi hijau / biru menunjukkan pembersih udara tu dah tapis udara dalam rumah jadi bersih balik.