• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Sunday, November 19, 2023

Sanah Helwah buat Sislin!

Semoga ceria selalu Sislin!

Selamat ulang tahun yang penuh kebahagiaan, Sislin! 🎉 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas usia yang dipinjamkan untuk terus bernafas dan mengenali sahabat blogger seorang ni dari zaman awal-awal kahwin sampai la sekarang. Perkenalan kiteorang bermula dari menjadi pengguna Msjbox yang dibangunkan oleh Suami Terchenta dan bertambah akrab bila banyak join aktiviti-aktiviti Msjbox yang dianjurkan oleh Shai. Kalau buat aktiviti gathering kat JB, rumah Sislin la tempat kiteorang menumpang masa tu hehe. Rindu zaman tu kan? 🥰

Semoga tahun ini membawa berkah dan kebahagiaan yang melimpah buat Sislin sekeluarga. Teruslah menjadi sahabat yang ceria dan disenangi kawan-kawan sekeliling. Dan semoga sukses selalu dalam dunia blogging.

Psst... bila nak turun KL lagi? 😁

Read more »
on Sunday, November 19, 2023 18
Share this!
Tags
Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, November 18, 2023

Nasi Mandy dan Teh Adeni di Qasar Balqis

Kalau masuk blog aku ni, memang banyak je entri pasal tempat makan kan 😂. IF pun dah tergendala sejak last bendera Jepun. Ater camane nak kurus? 🤦🏻‍♀️ Mungkin kena ikut jejak langkah Kak Fzy ikut program diet kot huhu.

Malas la nak citer pasal diet. Nak citer pasal makan nasi mandy dekat Qasar Balqis di Taman Melati 2 minggu lepas. Balik dari ambik Khadeeja di rumah kawan, kiteorang singgah makan kat sini.


Yemeni restaurant KL
Restoran Qasar Balqis seberang KL East Mall


Aku dengan Suami Terchenta pesan mandy kambing. Macam ni la rupa setnya. Portion ok, tak banyak sangat tak sikit sangat. Aku perasan sekarang ni tak banyak dah restoran yang hidang nasi mandy dengan tabbouleh (salad Arab). Korang tau ke kat mana restoran yang masih hidang nasi mandy dengan tabbouleh?


Qaisar Balqis
Lamb mandy (RM34) - sos harrahnya tu pedas menyengat so aku letak sikit je la

Macam biasa anak-anak pesan kunafa (takde dalam gambar). OK la, cheesy. Untuk minuman, kiteorang pesan satu teko teh adeni.


Teh adeni
Sedap cuma dieorang tak tapis daun teh tu jadi dengan hampas teh sekali 😅

Dari segi servis pulak, makanan boleh dikatakan cepat jugak sampai. Lepas tu bila sup habis kiteorang boleh mintak refill. Cuma time nak mintak refill tu, jenuh nak memanggil pekerja datang sebab dieorang macam sibuk bersembang pulak. 

Kalau korang pulak, kat mana kedai makan favourite korang untuk hidangan nasi mandy?

Read more »
on Saturday, November 18, 2023 19
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, November 17, 2023

Adab Sendawa Dalam Islam

sendawa
Sumber imej: Freepik.com

Burrppp... erkkkk...

Pernah tak duduk sebelah orang yang bersendawa lepas makan petai? Terus keluar bau petai hihi. 

Sendawa ialah bunyi yang keluar dari kerongkong akibat gas yang ditolak naik dari dalam perut. Sebab tu bila seseorang bersendawa lepas makan makanan yang berbau kuat, orang sekeliling boleh terhidu bau makanan yang sedang dihadam dan tak semua merasakan bau tu enak.

Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi), seorang penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah, terdapat beberapa adab ketika bersendawa menurut pendapat para ulama.

1. Menahan sendawa

Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi, seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bersabda:

Tahanlah sendawamu di hadapan kami. Kerana orang yang paling kenyang di dunia, (dibimbangi) paling lama laparnya di hari kiamat.

Hadis ini merujuk kepada perbuatan sendawa akibat makan sehingga kekenyangan kerana makan berlebihan ditegah dalam Islam untuk mengelakkan seseorang dari lemah fikiran dan tubuh badan sehingga malas beribadah.

Oleh itu, apabila seseorang ingin bersendawa, hendaklah dia menahannya kerana akan menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa akibat bunyi yang kuat dan bau yang kurang menyenangkan.

2. Mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas sendawa

Tiada hadis yang menyatakan seseorang perlu mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas bersendawa, namun sebagai hamba Allah, kita disyariatkan untuk mensyukuri nikmat Allah. Mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas sendawa ialah tanda syukur seseorang atas nikmat makanan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

3. Menutup mulut ketika sendawa dan tidak sendawa di depan orang lain

Sebagai umat Islam, kita ditegah daripada menyakiti saudara kita dan juga orang sekeliling baik dari perbuatan mahupun percakapan. 

Oleh itu, apabila kita tidak dapat menahan diri dari sendawa, hendaklah kita menutup mulut supaya menghindari bau yang terkeluar dari mengganggu dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Sekiranya kita boleh beredar, hendaklah kita beredar dan mengeluarkan sendawa jauh dari orang lain.

Sumber: MStar

Read more »
on Friday, November 17, 2023 21
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, November 16, 2023

Mencuba Halal Chinese Cuisine di Canton Boy @ MyTown

Minggu lepas, aku dan kakak temankan adik aku ambik kunci rumah baru di Putrajaya. Alhamdulillah, adik bongsu aku dah ada rumah sendiri. Buat masa sekarang ni dia masih tumpang rumah kakak sementara tunggu pemaju repair defects dekat rumah dia.

Balik dari Putrajaya, kiteorang singgah di MyTown untuk makan. Kakak aku ajak makan di Canton Boy. Since aku pun tak pernah lagi cuba makan kat sini, so aku pun onz je la. Buat korang yang suka makan dimsum tapi ragu-ragu nak makan dekat kedai yang takde sijil halal JAKIM, boleh la cuba Canton Boy ni sebab dieorang ada sijil halal JAKIM.


MyTown
Canton Boy


Kat sini yang famous of course la dimsum dan nasi ayam dieorang. Tapi ada jugak hidangan selain dimsum dan nasi ayam di restoran sini. So Apa yang kiteorang order dekat sini? Jom tengok:


Hainanese Roasted chicken rice
Roasted chicken rice (RM18.80) - nasi ayam Hainan yang autentik. Suka ayam tu sebab kulit ayam tu crispy.

Shanghai xiao long bao
Shanghai xiao long bao (RM12.80) - hidangan kegemaran kiteorang, sedap giler sup dalam kulit dimsum ni macam sup ayam yang direneh

Canton Boy
Crystal Har Gow (RM14.80) - udangnya segar dan manis

prawn rice roll
Atas - prawn rice roll (RM15.80); bawah - siu mai king (RM13.80). Chili oil untuk prawn rice roll tu sedap tapi tak boleh lawan Dolly Dimsum punya chili oil

Canton Boy
Salted egg lava charcoal bao (RM11.80) - tak boleh komen sebab aku tak makan

Canton Boy
Signature Portugese egg tart (RM13) - tak terlalu manis, ok sedap la jugak.

Alhamdulillah puas hati makan dekat sini. Memandangkan kiteorang order dan kongsi bertiga jadi takde la terlalu mahal. Kesimpulannya nak makan kat sini kena ajak member kongsi makan dan bayar sekali! 😂

Read more »
on Thursday, November 16, 2023 30
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, November 15, 2023

Wordy Wednesday - Cubit Peha Kiri, Peha Kanan Pun Terasa

Sumber: Anonymous


Mereka mati dalam peperangan, kita yang mati dalam keadaan dijajah (kewangan, kedaulatan dan keberanian).
Mereka mengalirkan darah, kita yang yang berdarah di hati.
Mereka dicederakan sampai syahid, kita yang menderita (atas penderitaan mereka).
Mereka disakiti, kita yang tersakiti.

Keadilan itu akan datang, bukan di mahkamah dunia tapi di mahkamah Allah. Di manakah kita nanti?

Read more »
on Wednesday, November 15, 2023 20
Share this!
Tags
Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, November 14, 2023

Lirik Lagu "Belki" (Dedublüman)

Lagu asal dari negara Turkiye ni sekarang tengah trending dekat IG. Bila aku Google makna di sebalik lirik lagu ni, ianya berkisar tentang penyesalan seseorang atas layanan terhadap pasangan dia sampai pasangan ambik keputusan untuk tinggalkan dia.

Lagu ni aku kerap dengar di IG reel menggambarkan rasa bersalah sebab satu dunia ni tak boleh nak buat apa-apa selain tengok apa yang berlaku di bumi Anbiya. Kadang-kadang aku rasa malu, kenapa dekat negara kita ni tak aktif buat perhimpunan dan perarakan macam di negara yang kerajaan dieorang terang-terang menyokong pihak yang bersalah tu? Kita buat masa awal-awal je tu pun ada jugak terpalit dengan kontroversi lepas tu senyap. Adakah sebab satu dunia dah tau Malaysia berdiri dekat mana? Apapun, harap-harap kita di Malaysia ni sokong dari segi rohani sebab setiap doa kita Insha Allah menjadi pelindung untuk mereka 🤲🏻.

Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.





"Belki" (Maybe)

Omzumda işlemediğim günahlar
On my shoulder there are sins that i have not committed

Sözlerim de riya var
There is hypocrisy in my words

Kederim de bir aşk
There is love in my sorrow

Görüyor mu?
Do you see ?

Belki de yanlıştı doğrularım
Maybe my truths are also wrong

Aşkını, sevgini sorguladım
I questioned your love

Yolların kapalıydı zorlamadım
Your roads were closed , I didn't force

Öldürdüm çiçeğimi, yaşatamadım
I killed my flower, I couldn't keep her alive

Duyamadım, gidişin sessizdi
I couldn't hear, your leaving was quietly

Bilemem ki ben yarın
I don't know tomorrow

Sessizce döner misin?
Will you come back quietly?

Sanmam ki
I don't think so

Belki de yanlıştı doğrularım
Maybe my truths are also wrong

Aşkını, sevgini sorguladım
I questioned your love

Yolların kapalıydı zorlamadım
Your roads were closed , I didn't force

Öldürdüm çiçeğimi, yaşatamadım
I killed my flower, I couldn't keep her alive

Sumber terjemahan: https://lyricstranslate.com/en/belki-maybe.html-7
Read more »
on Tuesday, November 14, 2023 16
Share this!
Tags
Entertainment
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, November 14, 2023

Craving Coklat Crepe di Salon Du Chocolat @ Publika

Malam minggu, tiba-tiba anak-anak request nak coklat crepe. Dah lama tak makan, aku rasa last sekali makan coklat crepe awal tahun ni kot. Pujuk-pujuk bapak dieorang pergi ke Salon Du Chocolat di Publika, akhirnya berjaya jugak hehe. So lepas maghrib kiteorang pun gerak ke sini.

 

Salon Du Chocolat @ Publika
Salon Du Chocolat di Publika Mall


Punyalah excited sangat dieorang dapat makan kat sini, masing-masing nak satu crepe seorang. Kalau dengan aku, aku akan cakap tak boleh, kena kongsi. Tapi bila dengan bapak dieorang, dieorang menang la. Aku dengan Suami Terchenta pulak kongsi satu crepe je. Manis leting bendalah ni.


Salon Du Chocolat @ Publika
Sebelah kiri - crepe aku dan Suami Terchenta; gambar atas kanan: Milk chocolate crepe Khayla; bawah: white chocolate crepe Khadeeja

Salon Du Chocolat @ Publika
Minuman yang dipesan. Chocolate shot tu rasa macam minum Nutella yang dicairkan! Terus teguk air kosong sebab manis sangat

Tak boleh pergi selalu sebab manis betul makanan kat sini. Sekali-sekala sebab craving boleh la...


Read more »
on Tuesday, November 14, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, November 13, 2023

Kursus Umrah Percuma dan Makan Tengahari di Medan Selera Taman Sri Gombak

Minggu lepas Puan Hazel (PH) share dekat Whatsapp ada kursus umrah percuma diadakan di Surau Al-Kahfi berdekatan dengan rumah PH. Since Sri Gombak tak la jauh sangat dari Sentul, aku dan Suami Terchenta pun decide nak join kursus ni.

Ingatkan kiteorang dah lambat, tak sempat nak sarapan kat rumah. Bila dah sampai di surau, rupa-rupanya kursus dilambatkan sejam sebab ada kelas tafsir pagi tu. Sempatlah kiteorang pergi mencari sarapan di kedai mamak berhampiran. 


roti canai
Sarapan pagi roti canai sekeping seorang, alhamdulillah.

Tepat pukul 10 pagi, kiteorang pun daftar nama kiteorang untuk kursus ni. 


Kursus Umrah Percuma
Kaunter daftar kursus


Lepas daftar nama, aku dan Suami Terchenta pun masuk dan duduk dalam surau yang sangat selesa dan sejuk sebab ada aircond. Tiba-tiba datang PH menyapa aku. Terkejut jugak sebab ingatkan PH dah pergi minggu sebelumnya dan tak datang minggu tu hehe. Seronok pulak dapat berjumpa walaupun sepanjang kursus tu tak banyak bercakap sebab kiteorang khusyuk fokus dengan apa yang ustaz sampaikan.


Kursus Umrah Percuma
Bagus penerangan ustaz ni siap buat demo tawaf, saie dan kongsi tips memakai ihram untuk lelaki

Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang dikutip dari perkongsian ustaz dalam kursus ni. Tambahan lagi kiteorang ni belum pernah lagi menunaikan ibadah umrah dan haji. 

Selesai kursus, sempat la bergambar sekejap dengan PH. Tak dapat nak sembang lama-lama sebab PH ada urusan lepas tu. Terima kasih PH sebab bagitau pasal kursus percuma ni 🥰.


Puan Hazel
Dengan Puan Hazel

Sebelum balik, Suami Terchenta ajak singgah dulu di Medan Selera Taman Sri Gombak. Dah lama betul kiteorang tak singgah di sini sejak berpindah dari Sri Gombak.


Medan Selera Taman Sri Gombak
Rambang mata tengok lauk-pauk kat sini

Niat nak ambik gambar lauk-lauk yang ada kat sini terpaksa dibatalkan sebab waktu ni ramai sangat orang tengah bersesak-sesak nak ambik lauk. Kiteorang berdua ambik ikan keli bakar, ulam-ulaman dan untuk sayur pulak aku pilih kerabu mangga dan sayur pucuk ubi dan pucuk paku masak lemak. Haha. Tamak sungguh kan. Suami Terchenta pulak ambik sayur campur dan kerabu mangga. Bila nampak ikan masin, dia nak jugak ikan masin. Ambik banyak pulak tu, tak habis makan sebab aku tak boleh makan banyak sangat sejak ada darah tinggi ni.


Medan Selera Taman Sri Gombak
Makan tengahari yang menyelerakan

Alhamdulillah, berselera kiteorang makan tengahari di sini. Memang tak pernah mengecewakan. Sebelum balik, tapau pulak makanan untuk anak-anak. Aku ambik satu pek durian crepe ada 4 keping untuk dessert. Sekali dah sampai rumah, sedap la pulak rugi tak beli 2 pek huhu.


Read more »
on Monday, November 13, 2023 30
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    6 hours ago
  • SURIA AMANDA
    6 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    7 hours ago
  • Aku Sis Lin
    8 hours ago
  • a m m i
    8 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    8 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    9 hours ago
  • Afzan Sidi
    9 hours ago
  • KakmimDotCom
    9 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    10 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    11 hours ago
  • Travel My Way
    11 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    11 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    11 hours ago
  • My Small World
    12 hours ago
  • Anies♥You
    12 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    13 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    13 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    14 hours ago
  • mrhanafi.com
    14 hours ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    15 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    16 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    16 hours ago
  • Blog Anamizu™
    17 hours ago
  • Miles of smiles
    17 hours ago
  • Drawing the Words
    23 hours ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 day ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • Asa Blog
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.