Bila Balik Kampung, Makanan Wajib Bawak Balik ke KL...

1. Sayur midin

Sayur midin ni kalau bungkus dengan surat khabar lama bila bawak balik ke KL nampak segar lagi. Sayur ni paling sedap dicampur dengan cendawan sawit atau ditumis dengan belacan Bintulu. Selalunya kalau buat sayur midin tumis belacan aku akan letak kuah lebih sikit sebab suka hirup supnya. Bahan-bahan kisar / tumbuk ialah  2-3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit belacan dan cili merah. Tumis bahan-bahan kisar dulu sampai naik bau, masukkan sayur midin, masak sampai sedikit layu, masukkan air secukupnya dan perasakan dengan garam dan gula. Simple tapi sedap!


Sayur midin tumis belacan
Sayur midin tumis belacan

2. Terung asam

Terung asam (ada sesetengah orang panggil terung Iban atau Dayak) ni pun benda wajib bawak balik ke KL bila balik dari kampung. Terung ni kalau dulu-dulu ramai orang Iban atau Dayak yang tanam tapi sekarang ni tak kira siapa pun akan tanam pokok ni sebab agak senang untuk ditanam - cuma campak je bijinya ke atas tanah. Tapi benda senang macam ni pun kiteorang fail ok! 😂 Pernah cuba tanam tapi lepas tu pokok terung asam tu terkena serangan serangga perosak.


terung dayak atau iban
Terung asam sebelum dimasak (Kredit foto: Dayakdaily.com)

Tak pandai tanam, tak apa. Janji pandai masak. Aku paling suka masak terung asam ni campur dengan sardin pedas Smiling Fish (cuma ada jual di Sarawak, jadi aku akan bawak balik juga sardin ni). Kombinasi pedas, manis dan masam tu memang ada ummphhh! la. Cara masakan kedua ialah rebus dengan udang. Yang ni sedap hirup kuah panas-panas. Kalau cara mak aku, dia tak letak belacan tapi aku ni apa-apa masakan rebus mesti aku letak belacan. Lagi terangkat gituh... Dan cara ketiga aku suka masukkan dalam masakan asam pedas. Ni mak aku yang ajar la. Ada jugak orang buat sambal terung asam. Sebenarnya ada banyak juadah terung asam ni, boleh dikatakan terung asam ialah sayur yang agak versatil. Cuma tak sekomersil sayur midin je.


terung asam rebus
Udang dan terung asam rebus

3. Mee sapi Ahim

Bagi aku, mee sapi Ahim ni setanding dengan mee sapi Hj Salleh di Kuching. Bagi aku la... Apa beza mee kolok dengan mee sapi? Yang ni Kakmim ada jawapannya. Sayangnya sehari lepas kiteorang dah balik ke KL baru la restoran mee sapi Ahim ni beroperasi semula lepas cuti raya. Tapi sebab teringin punya pasal, sanggup ye aku pujuk kakak aku bawak balik ke KL sebab dia balik lambat lagi dari kiteorang 🤣. Bagi aku, mee dan sambal mee sapi ni yang buatkan rasa mee ni sedap sangat.


mee sapi Ahim Bintulu
Kalau kat Bintulu ni mau 2 mangkuk licin baru puas hati!

4. Sardin Dalam Sos Cili Jenama Smiling Fish


Sardin Smiling Fish
Sardin yang menggamit nostalgia zaman kanak-kanak

Sardin ni memang kegemaran kiteorang. Lagi-lagi bila dimasak dengan terung asam. Resipi boleh tengok kat sini:



 

4. Mee Segera Happy


mee Happy
Mee segera kegemaran anak-anak

Mee Happy ni pun takde dijual di Semenanjung dan cuma ada di Sarawak. Anak-anak suka sangat mee segera Happy ni. Kalau balik Sarawak, memang berbungkus-bungkus kiteorang bawak balik ke KL buat stok kat rumah. Dari zaman aku sekolah lagi mee ni antara mee yang popular di Sarawak. Maggi kena boikot? Takde hal, mee Happy kan ada... 😆

Makanan Sarawak mana yang korang pernah cuba dan paling suka? Cuba komen sikit.

Open House Raya Rumah Kak Retna dan Kak Siti Delima (Che CT Delima)

 Sabtu lepas mendapat jemputan menghadiri open house raya dari Kak Retna dan Kak Siti Delima (Che CT). Dua-dua ni blogger otai, tapi Kak Siti dah lama bersara dari dunia blogging. Open house Kak Retna waktu siang manakala open house Kak Siti pulak belah malam, jadi hari Sabtu tu aku gantung periuk hehe.

Alhamdulillah, dapat merasa laksa Johor yang sedap sangat di tekak aku di rumah Kak Retna. Tahap sedapnya tu sampai dua kali bertambah! Hahaha! Lagi-lagi la kiteorang sampai lambat gara-gara menunggu dua orang puteri tu bersiap, makanya bila sampai rumah Kak Retna perut memang berkeroncong mintak diisi. Terpandang laksa Johor atas meja, terus tak pandang benda lain. Benda rare susah nak jumpa kan hihi.


laksa johor
Sedap, rasa nak makan guna tangan style orang Johor kan, tapi iolls segan pulak hihi...


aiskrim malaysia
Antara juadah di rumah Kak Retna. Aiskrim Malaysia dengan cream puff tu favourite anak-anak

open house raya
Terima kasih Kak Retna atas jemputan. Nampak tak sedap sangat laksa tu sampai tak lepas dari tangan walaupun Kak Retna ajak posing 🤣

Balik dari rumah Kak Retna, Suami Terchenta perasan tayar macam kurang angin. Rupa-rupanya pancit huhu... Nasib baik dah dekat nak ke Sentul Boulevard, jadi singgah la kedai tayar Continental. Dah alang-alang kat kedai tayar, Suami Terchenta kata baik tukar tayar terus sebab nampak tayar dah agak haus. Kali terakhir tukar tayar tahun 2020 masa masih di Bintulu Sarawak, sebelum bawak kereta ke KL. Melayang la dalam RM1.3k+ tukar 4 biji tayar terus.


Intercontinental Tyre
Alhamdulillah, kereta dapat 'beraya' dengan tayar baru 😆

Sebelah malam lepas Maghrib, kiteorang gerak pulak ke rumah Kak Siti @ Che CT. Kalau blogger lama mungkin pernah berkunjung ke blog masakan Dari Dapur CT.  Orangnya handal memasak, siap terbitkan 3 buah buku masakan. Gambar-gambar dalam buku masakan dia rasanya Kak Siti sendiri yang shoot, sebab dia ni terer ambik gambar profesional jugak.


menu open house raya
Semua lauk dia masak sendiri. Semuanya sedap!

Bila pergi ke rumah blogger masakan, memang kena ambik semua lauk sebab rugi kalau tak rasa!

Suka tengok balang kuih raya Kak Siti. Eh jap, kucing tu buat apa kat situ? 😂

msjbox.com
Candid shot. Gambar pertama tu dengan blogger-blogger otai zaman awal 2000an dulu - Umie, Kak Siti Delima, Che Mat (CM), Suami Terchenta (Junaidix.com, pengasas Msjbox.com) dan Shai

Alhamdulillah untuk rezekiNya pada hari Sabtu lepas. Dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama dan makanan sedap-sedap bukanlah peluang yang diperolehi hari-hari. Jadi bila ada jemputan, memang sedaya-upaya untuk hadir supaya hubungan silaturrahim terjaga, haa gitchew....


Nota kaki: Esoknya sakit perut sebab makan berlebihan, perut pun terkejut 🤣 Adoi, minggu ni nak jumpa gynae takutnya kena bebel!

Breakfast Dengan BFFs di Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL

BFF aku turun ke KL dengan suami dan anak-anaknya minggu lepas. Sebelum dieorang balik, kiteorang berjanji nak breakfast sama-sama. Dah alang-alang berjumpa, aku ajak sekali 2 orang lagi BFF kiteorang, Nurul dan Zura join sekali. Dah lama betul tak breakfast dengan Nurul dan Zura sejak Zura kawen. 


Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL
Us dengan plus one masing-masing 😂


Kali ni kiteorang pilih Kenny Hills Bistro di bangunan Four Seasons KL. Pertama kali sebenarnya jejakkan kaki ke sini. OK la, cosy dan sesuai untuk lepak-lepak. 


Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL
Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL

Menu terhad berbanding dengan Kenny Hills Bakery. Kebanyakannya menu yang lite & easy.


Kenny Hills Bistro
Smoked Salmon Eggs Royale dengan sos hollandaise ni sedap dan mengenyangkan

Sebenarnya risau jugak bawak Suami Terchenta sebab dia kan pendiam dan selalunya susah nak cari modal berborak hahaha! Nasib baik mood dia baik nak ikut keluar sarapan sekali. Bila dah jumpa dengan suami Donna yang peramah tu elok pulak dia berborak. Datang pulak suami Zura sama-sama kerja bidang IT. Cuma dengan suami Nurul je tak sempat sembang sebab dieorang datang lambat. Kiteorang gegurls macam biasa la riuh-rendah membawang bercerita.  

Sebelum balik, Donna hadiahkan kiteorang buku seorang satu. Nanti dah habis baca aku buat review kat sini.


Sharifah Nadirah
Thank you my BFF, for the gift!

Lirik Lagu Ya Tal3een (Dana Salah)

Salam Jumaat semua,

First time dengar lagu ni aku terus save dalam playlist untuk aku dengar sambil berjalan atas treadmill di gym. Lagu ni pada asalnya dinyanyikan oleh wanita P4l3st1n untuk menghantar mesej tersembunyi kepada golongan suami yang dipenjarakan oleh penjajah British satu masa dulu. Golongan isteri akan berdiri dekat dengan dinding penjara dan menyanyi lagu ni bertujuan memberikan harapan kepada penentang penjajah dan menghantar mesej yang disembunyikan dalam suku kata tambahan yang disusun antara perkataan untuk mengaburi mata penjajah asing. 

Bukan setakat lagunya sedap didengar, tapi lirik katanya pun penuh dengan semangat berkobar-kobar perjuangan yang takkan padam selagi negara dieorang masih lagi dijajah. Jom kita sama-sama hayati:




Ya Tal3een

يا طالعين عين للل الجبل
To those of you who are climbing the mountain
يا موللل الموقدين النار
Will send you a signal by setting a fire
بين للل يامان يامان
Aman aman
عين للل هنا يا روح
I just wish you safety
ما بدي منكي لللكم خلعة
I don't want any dresses from you
ولا لالالا بدي زنار
Nor belts
بين لللل يامان يامان
Aman aman
عين للل هنا يا روح
I just wish you safety
الا غزال لللذي جوين
To those gazelles (G4za men) 
لللكم محبوس
who are jailed inside
بين للل يامان يامان
Aman aman
عين للل هنا يا روح
I just wish you safety
ما بدي منكي لللكم خلعة
I don't want any dresses from you
ولا لالالا بدي ملبوس
Nor garments
بين للل يامان يامان
Aman aman
عين للل هنا يا روح
I just wish you safety

الحلم اللي كان
Our dream
رح يفتح باب الدكان
will re-open little shop doors
بكرة بنرجع زي زمان
and tomorrow we will be as we were before
وتصيروا تيجوا عندنا
You'll be able to come over again
شعبنا الجبار
Our mighty people
ما نسيوا مفتاح الدار
Didn't forget the keys to their homes
كبروا اطفال الحجار
The children who resisted with stones have grown up
ومعهم ريحة الحارة
And they carried with them the air of the neighbourhood
مشتاقة
Longing
ارجع عند ترابك يا اقصانا
To come back to your grounds, oh our Aqsa
واوصل بابك ونتلاقى
And arrive at your doors and we'll meet
نحضن اهلنا نطمن اطفالنا
To comfort our parents and reassure our children
في بلاد السلام
In the country of peace

شمالي لالي يا هوالي لديرة
شمالي لالي يا رويللوو
ع لالي للبواب هولولم تفتح
شمالي لالي يا رويللوو
وانا ليليلبعث معليلريح
الشمالي لالي يا رويللوو
يا صليلا رويروح نورلي ليلي
لحباب الله ويا رويالو

Last night I had a dreams
In the land of olive trees
From the r1v3r to the $34
People tasted freedom
Soon those hellish skies
Turned to blue and starry nights
As their voices start to rise, we're
Ending an apartheid

Hold on
Just a little longer we're going home
Just a little longer hold on glory's
Around the corner we're going
Home with our waving flag


Kita dah melewati 200 hari genosid di G4za. Angka korban semakin hari semakin meningkat, bukti-bukti jenayah perang semakin menimbun tapi belum ada satu pun kuasa besar yang berani ambik tindakan terhadap kerajaan h4ram yang biadap tu. Suara-suara yang menentang penjajahan dan penindasan ke atas rakyat P4l3st1n pun makin lantang. Sebagai rakyat biasa yang cintakan kemanusiaan, kita kena tolong dalam apa jua bantuan yang boleh. Kalau tak boleh bagi sumbangan kewangan, kita sebarkanlah maklumat tentang apa yang sedang dieorang alami sebab it's not easy for them to send the truth out to the world jadi kita la kena bantu dieorang amplify their voices, their shouts for help.

Cara Baru Ambik Ubat

Buat masa ni aku bergantung dengan ubat-ubatan jangka panjang iaitu ubat diabetes dan darah tinggi (2 jenis). Kalau sebelum ni aku kena pergi ke hospital (KPJ Ampang Puteri) setiap kali ubat habis, tapi mulai hujung bulan Mac, proses ambik ubat dah bertukar. 

Proses sebelum ni pun sebenarnya agak mudah sebab setiap kali aku ada temujanji dengan doktor pakar, doktor akan buat preskripsi bekalan ubat untuk 2 bulan terus (tapi since pakai GL syarikat Suami Terchenta, makanya kena jugak ambik supply untuk sebulan je lepas tu bulan depan datang lagi).

Untuk memudahkan pesakit, hospital ada buat perkhidmatan drivethru untuk ambik ubat. GL pun hospital akan uruskan jadi tak perlu request melalui apps insurans perubatan syarikat. Aku cuma perlu Whatsapp farmasi hospital tunjuk preskripsi doktor lepas tu datang ambik ubat bila dah ready. Perkhidmatan drivethru ni tak memerlukan pesakit turun dari kereta pun. Bila dah sampai, call je farmasi lepas tu dieorang akan keluar hantar ke kereta.

Tapi proses terkini lebih mudah. Cuma perlu muat naik preskripsi doktor dalam apps insurans, pilih farmasi panel dan ada opsyen sama ada nak ambik sendiri ubat di cawangan farmasi terdekat atau pos ubat ke rumah. Kalau pos pun tak lama, dalam 2 hari dah sampai ubat ke rumah.


Proses ambik ubat jangka panjang jadi lebih mudah sejak ada proses baru ni

Dah tak payah bazir minyak kereta ke hospital semata-mata nak ambik ubat sebab sekarang ubat dah terus sampai ke rumah. Alhamdulillah. Cuma aku musykil - kos hantar guna poslaju ni siapa yang tanggung?

Raya Kedua - Bejarah Raya ke Rumah BFF

Raya kedua, pagi-pagi lagi Suami Terchenta ajak ke kubur (satu lagi tradisi di kampung asben ialah ziarah kubur beramai-ramai pada hari raya kedua) tapi aku kata aku takde baju yang sesuai memandangkan baju aku ada 3 helai je, melainkan dia nak aku ke kubur pakai baju tidur kelawar. Lagipun adik-beradik Suami Terchenta semua ikut sekali, jadi tak muat kereta Axia bapak mertua aku nak angkut semua sekali so kiteorang tinggal kat rumah je la pagi tu. 

Tengahari pulak, memandangkan aku dah takde baju raya jadinya pergi 'bejarah raya' (ziarah raya) ke rumah BFF di Desa Ilmu pakai baju masa aku travel balik ke kampung. Tiap-tiap tahun aku dan BFF selalunya buat plan sama-sama bejarah raya ke rumah kawan-kawan yang lain tapi tahun ni memandangkan cuti sekolah yang pendek jadi tak sempat la meneruskan tradisi tahunan kiteorang tahun ni. So tahun ni sempat pergi rumah BFF aku, Donna je la.


Bersama keluarga BFF

Walaupun pakai baju biasa je, gambar tetap tak dilupakan!

Kebetulan kawan kiteorang kat Bintulu pun buat jemputan raya kat rumah dia di sana, jadi kiteorang pun ber 'FaceTime' dengan kawan-kawan kat Bintulu 😆. Tak dapat jumpa fizikal, jumpa dalam FaceTime pun jadilah!


Yang kat tengah-tengah tu pun BFF kiteorang jugak. 

Lamanya tak jumpa dieorang! Rindu pulak...

Lepas ke rumah Donna, kiteorang terus ke airport ambik bagasi kiteorang yang terkandas tu. Nasib baik jumpa, kalau tak jenuh la aku nak kena recycle baju yang ada (aku cuma beli baju tidur sehelai dan baju raya sepasang je, tambah lagi dengan baju pakai masa travel, menjadikan keseluruhan baju yang ada sebanyak 3 pasang je sementara tunggu update tentang bagasi kiteorang tu).

Lepas ambik beg di airport, singgah pulak ke Mita Cake House sebab mak BFF Khadeeja pesan butter cake sebijik. 


Kiteorang pergi 2 cawangan sebelum jumpa cawangan yang ada jual butter cake. Rupa-rupanya tak semua cawangan Mita ada jual butter cake.

Sejak butter cake Mita ni viral, dieorang dah mula hadkan pembelian kek ni kepada 2 bijik seorang pelanggan. Terpaksa la aku dan Suami Terchenta jadi orang asing buat-buat tak kenal sebab nak beli 4 bijik kek (2 bijik untuk jamuan raya di sekolah anak-anak, sebijik yang mak BFF Khadeeja pesan dan sebijik lagi untuk kiteorang sendiri). Kat airport pun boleh beli jugak tapi harganya memang dieorang mark-up gila-gila la. Kalau nak beli kat Shopee pun boleh, tapi harga jadi double triple. Fuhhh... dah boleh masuk kategori barang rare ni sebab limited edition kan.


Fresh from the oven, haa gitu...

Selesai semua urusan barulah kiteorang balik semula ke rumah. Malam pulak kiteorang bejarah raya ke rumah sepupu Suami Terchenta. Isteri sepupu hidangkan air oren Sunkist, bukan main suka Khadeeja minum sampai bergelas-gelas. Aku rasa sebab cuaca panas kat Samarahan, sebab tu boleh tiba-tiba minat air oren padahal sebelum ni tak pun. 

Sepatutnya malam tu kiteorang singgah rumah makcik Suami Terchenta (adik mak mertua) tapi sebab dah lewat malam, terpaksa cancel sebab takut Ngah dah tidur.

Suasana Hari Raya Pertama

Hari Raya pertama kami walaupun kurang seronok sebab beg dan baju raya masih terkandas di Singapura, tapi masih lagi meriah bila adik-beradik, sepupu-sepapat, saudara-mara berkumpul beramai-ramai.

Sehari sebelum raya, penat betul rasanya sebab lepas bersihkan bilik tidur di rumah kampung tak boleh terus berehat walaupun badan penat sebab tak cukup tidur. Sebabnya, kiteorang kena keluar cari baju raya baru. Tahun ni sebenarnya kiteorang takde plan nak beli baju baru sebab kiteorang rasa rakyat Palestin di Gaza lebih memerlukan jadi duit baju raya aku dah transfer ke badan MyCare dalam bulan puasa.

Tapi kita merancang, Allah yang berkehendak. Jadinya pagi raya tu aku dan Khadeeja pakai baju raya baru (walaupun baju kurung harga RM50 je). Yang penting nampak sopan di pagi raya, betul tak?

Macam biasa lepas balik dari solat raya di masjid, kiteorang akan bergambar satu keluarga. Tahun ni cuma adik ipar aku nombor 2 dan isterinya je yang tak balik kampung, beraya bersama mertua. Yang lain semua balik.


Bersama mak dan bapak mertua serta ipar-duai

Gambar keluarga kiteorang dengan mak dan bapak mertua. Suami Terchenta tu salah tema, lepas tu dia malas nak tukar baju 🫤. Dia bagi alasan baju Khadeeja ada corak warna merah. Dah dekat 18 tahun kawen, aku dah malas nak bebel. Asal bahagia.

Candid shot of my princesses

Lepas ambik gambar keluarga, macam biasa sesi bersalam-salaman dan minta maaf. Duit raya jangan dilupakan 🤭.


Sesi bermaaf-maafan dan bagi duit raya


Ni anak yang paling kuat menyakat bapaknya, kemain gelak bila kena mintak maaf di pagi raya demi sesampul duit raya 😆

Tengahari pulak, kiteorang beraya dengan keluarga belah aku pulak iaitu keluarga Wa (atau pangkat Pak Long) di Samarahan. Memang havoc betul bila jumpa dengan sepupu-sepupu yang paling rapat dengan kiteorang masa kecik dulu. Masa kiteorang sampai tu, rupa-rupanya dieorang tengah buat sesi fotografi, siap panggil photographer datang ke rumah. Apa lagi, kiteorang pun kena tarik masuk sekali. Gambar ni aku cilok dari FB adik sepupu aku (baju hijau duduk sebelah aku). 


Dengan keluarga Wa. Wa aku ni mualaf kawen dengan kakak bapak aku tapi makcik aku meninggal dalam kemalangan semasa bertugas sebagai jururawat desa dekat 30 tahun dulu. Respek dekat Wa sebab lepas arwah makcik pergi, dia membesarkan 5 orang anak seorang diri dan tiap-tiap tahun dia bawak anak-anak balik beraya di kampung kiteorang. Cuma lepas nenek dan atok aku dah takde, baru dia beraya di rumah sendiri di Samarahan dengan anak-anak.

Dengan keluarga sepupu aku ni suasana lebih meriah sebab ada ramai budak kecik (belah Suami Terchenta, cuma Khayla dan Khadeeja je cucu-cucu dalam keluarga). Masa ni la peluang untuk anak-anak kenal dengan sepupu-sepupu dieorang. Budak-budak zaman sekarang ni agak malu-malu nak berkawan dengan sepupu berlainan jantina. Tak macam kiteorang dulu, main kejar-kejar satu kampung, main masak-masak dan memang membesar macam adik-beradik. Nak kata sebab jarang jumpa, kiteorang dulu pun jumpa setahun sekali masa raya je. Entah la, zaman dah berubah kot.


Sementara mak bapak bersembang, dieorang ni pulak sesi icebreaking main Uno

Dah petang sikit, kiteorang berkonvoi ramai-ramai pulak ke rumah Yak (adik bapak aku) kami di Petra Jaya. Sengaja kiteorang nak buat surprise datang ramai-ramai sebab tau Yak ni memang bersedia dengan segala jenis makanan dekat rumah. Kalau datang sorang-sorang, bersedialah untuk disuruh makan sampai dah tak larat nak makan 😅. Sebab tu kena datang ramai-ramai supaya dapat tolong-menolong menghabiskan makanan yang dijamu oleh Yak.


Couple yang berdiri sebelah aku tu ialah Yak aku dan isterinya. Yak aku ni baru je bersara wajib tahun lepas. Tiap-tiap tahun balik beraya di Kuching wajib singgah rumah dieorang

Gambar last ni pulak saja nak tunjuk hidangan yang biasa terhidang atas meja pada hari raya di Sarawak. Tahun ni rata-rata rumah yang aku pergi cuma ada 3-4 jenis kek lapis. Kalau dulu, agak meriah variasi kek lapis yang terhidang atas meja, ada rumah sampai 6-8 jenis! Mungkin sebab harga kek lapis sekarang agak mengancam kesihatan poket. Kek paling banyak aku jumpa ialah kek belacan. Kek lapis India (yang ada coklat Cadbury antara lapisan) kurang disajikan mungkin sebab tengah boikot Cadbury produk Zion*s.

Dah Lama Tak Berenang!

kolam renang
Seronoknya Khadeeja berenang!

Memandangkan 2 minggu lagi kena jumpa gynae aku yang garang tu, jadi aku pun paksa diri-sendiri untuk turun memanfaatkan fasiliti di kondo ni hihi. Bak kata Suami Terchenta, dah bayar maintenance fee mahal-mahal tapi taknak pakai... Alah, dia pun 2x5 jugak, bila ajak ke gym mengelat! 😜 

Lagi-lagi lepas balik beraya, aduhai berat betul rasa badan ni. Berat pun dah nak balik ke sebelum bulan puasa. Walaupun balik beraya tu ada la jugak yang komen badan dah nampak kecik sikit (nasib baik takde yang komen makin besar) tapi realitinya bila ditimbang hmm, berat mata memandang (sila sambung...)

Hujung minggu tu, kiteorang turun berenang. Tak ramai orang di kolam renang (syukurrrr) mungkin sebab ramai masih sibuk beraya atau ke open house. Dekat 2 jam jugak dihabiskan di kolam renang, fuhhh memang best sebab dah lama tak berenang kan. Bila dah keluar dari kolam renang, baru terasa lenguh-lenguh badan. Ye la, bila dalam air tak terasa sangat berat badan sebab lemak-lemak tolong mengapungkan badan hehe. 

Teringat masa ambik sijil PADI certified diver dulu (tapi lepas tu tak pernah pergi menyelam!), orang-orang saiz macam aku ni bukan main lagi kena pakai pemberat 3-4 biji sebab kalau tak pakai pemberat, confirm tak tenggelam! Orang yang kurus pulak ada yang tak perlu pakai pemberat pun sebab badan dieorang kurang lemak jadi tak mudah terapung. Kesimpulannya kalau jatuh dalam air, orang gemuk tak payah risau lemas ok. Kita ada lemak sebagai pelampung semulajadi kihkih...

Tapi yang tak syoknyaaaa... lepas berenang kena salin baju dekat bilik persalinan / bilik air common area (sebab tak boleh masuk kawasan lift dalam keadaan basah). Bab ni aku tak kisah sangat, cuma yang aku geram bila lepas mandi, kita ni dalam keadaan tak menutup aurat keluar dari bilik shower nak pakai baju dekat kawasan kering di luar, tapi ada pulak orang yang takde common sense bawak anak lelaki masuk dalam bilik persalinan perempuan! 

Aku jeling tajam dekat mak budak tu, cepat-cepat dia bawak anak dia keluar berdiri depan pintu masuk bilik persalinan. Walaupun anak dia dalam lingkungan darjah 1-2 dan belum mumaiyiz, tapi takkan dia tak faham bilik persalinan perempuan tak dibenarkan bawak anak lelaki? Please la, have some respect dengan penghuni lain yang tak selesa bila ada budak lelaki dalam bilik air perempuan. Aku yang ada anak perempuan tengah mandi dalam bilik mandi, memang rasa tersinggung betul sebab mak macam ni tak fikir kehormatan anak perempuan orang lain, sesuka hati bawak anak lelaki dia masuk bilik persalinan perempuan! 

Lepas dah salin baju, aku terus report benda tu dekat makcik security supaya dia pantau dan tegur penghuni-penghuni lain supaya jangan sesekali bawak anak lelaki masuk bilik persalinan perempuan. Kalau nak tunggu anak perempuan mandi, anak lelaki ni suruh tunggu di luar. Bukan ada orang nak culik pun. Kalau budak tu baby atau toddler, takpe lagi aku faham la. Ni budak yang dah besar panjang dan ada akal, boleh je tinggalkan kat luar. Haish, geram betul bila terkenang semula kejadian tu. 😤

Mencuba Nasi Padang di Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru

Ni cerita sebelum bulan puasa tempoh hari, dalam bulan Februari. Kira dah lama jugak la perap dalam galeri foto phone hehe. Kisahnya aku terbaca dekat blog sis Suria Amanda pergi makan nasi padang di Restoran Nasi Padang Kampung Baru. Petang tu, aku tiba-tiba teringin nak makan nasi padang jugak hehe. Kan aku ni sejenis cepat terpengaruh bab-bab makan ni 😜.

Tapi aku tak pergi restoran tempat SA pergi, sebab bila aku google restoran nasi padang, ramai orang review Restoran Sederhana (SA) ni sedap. Especially gulai urat keting dieorang. Oh my. Aku ni pulak sejenis peminat urat keting, jadi let'sss go!

Restoran Sederhana (SA) ni terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru. Betul-betul tepi jalan utama, tapi ada tempat letak kereta dalam pekarangan restoran, cuma limited la. Kiteorang pulak naik motor (berdua je since anak-anak taknak ikut).


masakan padang
Restoran ni tak jauh dari restoran D'lala Seafood which is another tempat favourite kiteorang, seberang jalan je

Since kiteorang sampai petang, lauk pun dah hujung-hujung dekat nak habis. Tapi gulai urat keting masih ada, yeay!


Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Antara lauk-pauk masakan padang yang ada di sini

Lepas buat pesanan lauk apa yang kiteorang nak, kiteorang pun duduk di meja makan. Dekat sini ada tempat duduk berhawa dingin jugak jadi kiteorang pilih makan dekat dalam bilik berhawa dingin. Tak lama lepas tu, pekerja restoran pun bawak pesanan kiteorang dalam pinggan-pinggan kecik. 


Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Antara lauk yang kiteorang pilih - terung balado, ayam cili merah, gulai urat keting, rendang daging dan teri tempe kacang balado

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Nampak banyak tapi portion 2 orang makan jadi kiteorang boleh je habiskan

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Semua lauk kat sini sedap-sedap, tak sia-sia mencuba masakan padang kat sini


Alhamdulillah semua lauk yang kiteorang ambik ni sedap-sedap belaka. Cuma rendang tu rasa macam hangit sikit, agaknya terlebih dipanaskan kot. Semua licin kiteorang makan, kecuali urat keting yang agak liat la. Lain kali boleh repeat makan kat sini lagi.

Kalau nak try boleh datang ke sini:

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Alamat: 89, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi - 9 malam (setiap hari)
IG: @restorant_sederhana_kl

Tempat Lepak Baru Louis dan Kiera...

Salam Jumaat semua,

Semoga dipermudahkan urusan korang pada hari yang penuh berkat ni dan ceria selalu (mesti la ceria kan, esok dah cuti hehe).

Dah lama Louis dan Kiera tak bersiaran di blog ni kan. Sekarang ni port lepak favourite dieorang yang baru ialah di bilik ofis Suami Terchenta. Kalau tetiba senyap je rumah ni, dah tau kat mana dieorang ni lepak - mesti atas meja kiteorang.


funny cats
Pantang tengok atas meja clear, mesti dieorang datang lepak

funny cats
Kemain korang ye, berkasih sayang dalam bilik ofis bapak korang...

Kiera the Cat
Ni aksi Lion King ke, Kiera? Suami Terchenta dah pasrah bila kerusi dia dijadikan tempat mengasah kuku oleh Kiera

Tahun ni Louis tak meroyan kena tinggal di rumah sepanjang kiteorang balik ke kampung sebab dah ada geng (Kiera). Sebelum tinggalkan anak-anak bulu ni kat rumah, kiteorang test botol air dan bekas makanan tu tahan berapa lama, dan yang terpenting toilet kayangan dieorang tu mampu bertahan ke tak sepanjang tempoh kiteorang balik ke kampung. Alhamdulillah, semuanya OK. Tapi mungkin sebab tahun ni balik seminggu je, jadi masih boleh bertahan lagi. Kalau lebih dari seminggu, memang kena hantar ke pet boarding jugak macam yang kiteorang buat masa nak ke Istanbul tahun lepas.

Selamat Ulangtahun Buat Suami Terchenta (12 April 2024)

Carneyz & Junaidix
Selamat ulangtahun kelahiran ke-45, Suami Terchenta!


12 April lepas, Suami Terchenta menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-45. Setiap tahun sebenarnya kiteorang tak pernah miss menyambut ulangtahun kelahiran Suami Terchenta tapi tahun ni disebabkan birthday dia jatuh pada hari raya ke-3 dan kiteorang pulak travel ke Bintulu masa tu, jadi belum buat sambutan lagi tahun ni.

Tapi sebelum balik beraya hari tu, aku sempat belikan hadiah untuk Suami Terchenta. Dia ni tak pernah mintak hadiah mahal-mahal dari isteri terchentanya ni, asyik isteri je yang mintak hadiah mahal 😜. Kebetulan sebelum ni dia mengadu lanyard dia putus, jadi aku pun belikan hadiah lanyard.

Braun Buffel
Kemain seronok dia balik kerja tengok ada hadiah atas meja.

Buat Suami Terchenta, selamat hari lahir abang! 
Semoga Allah memberkati usiamu, 
mengurniakan nikmat kesihatan dan umur yang panjang, 
kebahagiaan yang berkekalan dan 
melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atasmu dan kita sekeluarga. 
Semoga Allah menjadikanmu sebagai imam rumahtangga 
yang penuh tanggungjawab dan ketaqwaan, 
serta selalu patuh pada ajaran Allah. 
Ameen YRA 🤲🏻
Barakallah fii umrik, ya zawji.

Pantai Tanjung Batu
Semoga impian kita nak bersara di Bintulu, Sarawak 10 tahun lagi tercapai... Best nya hari-hari dapat duduk bawah pokok kelapa menikmati bayu laut sambil dengar deruan ombak 🤭

Kisah Perjalanan Balik Ke Kampung Menaiki Syarikat Penerbangan Scoot

KLIA2
Pertama kali balik kampung kena bawak passport antarabangsa

Tahun ni kiteorang mencipta pengalaman baru menaiki penerbangan antarabangsa nak balik ke kampung. Scoot ni ialah anak syarikat Singapore Airlines yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Kaunter Scoot ni terletak di KLIA2, jadi kiteorang bertolak awal dari rumah menaiki LRT dan MRT sebelum tukar ke KLIA transit sebab ikutkan pengalaman tahun-tahun sebelum ni, KLIA2 lebih sesak dari KLIA jadi taknak la takut terlepas nak daftar masuk bagasi kiteorang.

Turned out, sebenarnya tak perlu risau pun sebab kaunter yang sesak dan beratur panjang tu ialah kaunter AirAsia sementara kaunter Scoot pulak lebih pendek dan cepat beratur. Dalam 10 minit je dah selesai daftar masuk bagasi. Suami Terchenta terus ajak masuk ke balai berlepas sebab takut barisan panjang sangat dekat pemeriksaan imigresen dan keselamatan.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab balai perlepasan antarabangsa tak seramai di balai perlepasan domestik. Boleh dikatakan sangat lancar walaupun airport security cuma bukak 2 lorong je untuk scan hand luggage. Harap-harap tahun depan tiket Scoot ni masih lagi murah sebab rasa lebih seronok pulak tak payah beratur panjang-panjang di kaunter daftar masuk bagasi dan security screening! 😂

Oleh sebab ada banyak gambar, jadi aku ulas dekat gambar je la ye.


KLIA2
Macam ni la rupa dalam flight Scoot ni, lebih kurang macam dalam kabin AirAsia

Singapore Airlines
Comel je karikatur pramugari Scoot dekat sayap kapal terbang ni

Cloud
Cantik berkepul-kepul je awan senja

Changi Airport
Di Changi, kiteorang sampai di Terminal 1. Terus cari tempat untuk berbuka puasa

Changi Airport
Food court terletak di tengah-tengah terminal, nasib baik dekat dengan prayer room. Lepas bukak puasa terus pergi solat.

Changi Airport
Ada macam-macam stall makanan dekat sini, tapi kena Google tengok mana yang halal sebab takde tampal tanda halal

Changi Airport
Kiteorang curious bila tengok gerai ni siap tersenarai dalam Michelin rated. Jadi aku dan Suami Terchenta pilih untuk menikmati nasi lemak Michelin rated ni di Nasi Lemak Ayam Taliwang

Michelin rated
Macam ni la rupanya nasi lemak Michelin rated tu... Kalau ikutkan tekak aku, aku lebih suka nasi lemak Saleha hihi

Changi Airport
One thing aku suka pasal Changi Airport ialah lantainya fully carpet. Sebabnya malam tu kiteorang kena tidur atas lantai airport sebab kerusi tidur (snooze chair) dah penuh. Part ni aku puji airport di Abu Dhabi sebab sediakan lebih banyak kerusi tidur untuk keselesaan penumpang yang kena bermalam di airport

Changi Airport
Lepas solat jamak dan solat terawih, kiteorang mencari HSBC Rain Vortex yang terletak di Jewel, which is salah satu tarikan di Changi Airport ni. Rupa-rupanya kena keluar lalu imigresen Singapura kalau nak ke sana. Yang best nya passport Malaysia boleh scan je dekat mesin pengimbas dan tak perlu lalu kaunter imigresen. Sebelum tu kena isi white card online walaupun nak keluar sekejap je tengok air terjun dalam airport. Kalau scan passport masa isi white card, pastikan maklumat yang diimbas tu betul, jangan jadi macam Suami Terchenta tak check terus submit, rupa-rupanya phone dia scan nombor '8' jadi huruf 'B'. Terus tak lepas dekat mesin pengimbas passport, kena beratur di kaunter imigresen.

Changi Airport
Air terjun tu terletak di Terminal 1 jugak, ikut je signage JEWEL ni

Changi Airport
Sayangnya kiteorang terlambat! 😔 Rupa-rupanya air terjun ni sampai pukul 10 malam je. Takde rezeki nak ambik gambar berlatarbelakangkan air terjun ni.

Singapore
Lain kali kalau ada rezeki ke sini lagi, kena terus keluar imigresen Singapura sebab kat luar ni pun banyak tempat makan rupa-rupanya. Cuma ambik gambar ni je sebagai bukti dah sampai ke Changi Airport 😂

Changi Airport
Esok paginya bangun sahur pukul 4 pagi dan lepas makan terus ke tandas ambik wuduk dan tunggu masuk waktu solat Subuh. Lepas Subuh je, terus beratur di balai berlepas sebab flight pukul 6.40 pagi

Singapore Airlines
Muka masing-masing kepenatan sebab tak cukup tidur since kena tidur atas lantai airport!

Hmm... yang tak syoknya bila kiteorang sampai di Kuching, ada 2 biji bagasi kiteorang yang tak muncul-muncul. Terpaksa buat laporan beg hilang dan pihak Scoot berjanji untuk cari beg yang hilang tu. Masalahnya dalam beg-beg tu ada baju raya aku dan Khadeeja. Walaupun tahun ni recycle baju raya lama, tapi still rasa terjejas mood beraya sebab esoknya dah nak raya tapi baju raya nan hado... Paling awal pun dieorang boleh terbangkan beg kiteorang (kalau jumpa) ialah hari raya kedua. Terus rasa nak kensel raya gara-gara beg kiteorang hilang oleh Scoot! 😅