BFF aku turun ke KL dengan suami dan anak-anaknya minggu lepas. Sebelum dieorang balik, kiteorang berjanji nak breakfast sama-sama. Dah alang-alang berjumpa, aku ajak sekali 2 orang lagi BFF kiteorang, Nurul dan Zura join sekali. Dah lama betul tak breakfast dengan Nurul dan Zura sejak Zura kawen. 


Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL
Us dengan plus one masing-masing 😂


Kali ni kiteorang pilih Kenny Hills Bistro di bangunan Four Seasons KL. Pertama kali sebenarnya jejakkan kaki ke sini. OK la, cosy dan sesuai untuk lepak-lepak. 


Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL
Kenny Hills Bistro, Four Seasons KL

Menu terhad berbanding dengan Kenny Hills Bakery. Kebanyakannya menu yang lite & easy.


Kenny Hills Bistro
Smoked Salmon Eggs Royale dengan sos hollandaise ni sedap dan mengenyangkan

Sebenarnya risau jugak bawak Suami Terchenta sebab dia kan pendiam dan selalunya susah nak cari modal berborak hahaha! Nasib baik mood dia baik nak ikut keluar sarapan sekali. Bila dah jumpa dengan suami Donna yang peramah tu elok pulak dia berborak. Datang pulak suami Zura sama-sama kerja bidang IT. Cuma dengan suami Nurul je tak sempat sembang sebab dieorang datang lambat. Kiteorang gegurls macam biasa la riuh-rendah membawang bercerita.  

Sebelum balik, Donna hadiahkan kiteorang buku seorang satu. Nanti dah habis baca aku buat review kat sini.


Sharifah Nadirah
Thank you my BFF, for the gift!

22 comments:

  1. Teringat pulak dulu ada kawan nama Donna. Bagusnya dia hadiahkan buku sorang satu. Mesti riuh meja kamuorang makan bfast sambil borak tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg jenis yg suka belanja kawan2 SK. Sebab tu klu tgk hidup dia sentiasa melimpah-ruah rezeki 😄 Bab riuh tu tak dpt dinafikan, nasib baik awal pagi jumpa takde org lain masa tu (dekat2 nak balik baru ada pelanggan lain)

      Delete
  2. Seronok jumpa sambil makan. Ramai dapat sertai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jarang2 dapat berkumpul dgn dieorg skrg ni sejak masing2 dah kawen.

      Delete
  3. seronok dapat spent waktu dengan kawan2.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok, peluang yg jarang2 dapat skrg ni.

      Delete
  4. Best bila spouses pun sekepala 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kena isteri jugak yg bukak mulut dulu, cari titik persamaan, klu tak menonong tengok hp je hahaha!

      Delete
  5. Replies
    1. Bila perempuan berjumpa, confirm la rancak berborak uncle hehe.

      Delete
  6. Memang kalo dah berkumpul dengan bff pasti seru kan. Kalau suami bisa masuk mengobrol, lagi best 👍.

    Tak sabar baca review ttg buku nya kak.

    Saya tuh dah buat plan saat nanti ke KL dan Penang nak beli novel2 Malaysia. Dah lama tak baca novel sana 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab skrg dah jarang2 berjumpa jadi bila dapat jumpa tu mmg seronok. Oh, Fanny minat novel2 Malaysia ye. Bagusnya 👍🏻

      Delete
  7. bestnya lepak2 dgn bffs tuuuu!!! nanti jgn lupa review buku tu yer hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best, sbb skrg dah jarang jumpa dieorg MZ. Insha Allah, tak start lagi baca hehe

      Delete
  8. Seronoknya...SA ni x terjah2 lagi ke sini...kawan2 selalu tinggalkan SA..sedeyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala siannya... nnt ajak husband SA brunch kat sini. Klu hari bekerja selalu penuh.

      Delete
  9. Seronok dapat berjumpa dan sarapan sekali dengan BFF. Semoga ukhuwah kalian terus terjalin.
    Next time pergi KL, nak cuba la cari tempat ni, Kenny Hills.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah KLCC je ni Nur. Lain kali suami Nur meeting boleh la Nur ajak dia lepak kat sini.

      Delete
  10. Suka tengok aktiviti macam ini.. Bonding bukan kita je tapi libatkan suami juga.. Nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Ni jarang2 berlaku, orang putih kata 'once in a blue moon' gituuuu hehehe

      Delete
  11. sesekali jumpa kannnn
    apa salahnya pergi ke tempat yg best2...
    baru laa rancak berbual...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .