• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, November 25, 2022

Cuti Peristiwa 28 November 2022



Tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana akhirnya terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekaligus meleraikan persoalan semua rakyat Malaysia - bila nak dapat cuti ni? Hihi.

Tapi walaupun cuti dah diumumkan pada 28 November 2022 (Isnin depan), tapi aku takdelah seronok sangat pun. Pertama sebab aku memang hari-hari bercuti sejak 'retire' awal ni (kihkih) dan kedua, Suami Terchenta tengah sibuk dengan projek di ofis so Isnin ni pun dia akan bekerja keras jugak. Jadi confirm la kami tak kemana-mana Isnin nanti.

Yang penting bulan depan ulangtahun perkahwinan dan birthday anak-anak Suami Terchenta kena ambik cuti, awal-awal lagi aku ingatkan dia. Biasalah orang workaholic ni kena diingatkan selalu kalau tak lupa je la alasannya...

Read more »
on Friday, November 25, 2022 16
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, November 25, 2022

Seminggu Sepotong Hadis: Tinggalkan debat meskipun kalian benar

hadis nabi

Akhir zaman ni semua benda nak dibuat modal untuk berdebat. Pilihan vaksin, menyusu badan / formula, hatta kaedah beranak pun boleh diperdebatkan.

Namun sebenarnya Rasulullah SAW menegah umat baginda dari berdebat walaupun di pihak yang benar. 

Seorang lelaki pernah menanyakan Imam Malik sama ada seseorang yang 'aalim (berilmu) tentang sunnah patut menggunakan ilmunya untuk berdebat. Imam Malik menjawab, "Jangan, tetapi hendaklah dia menyampaikan sunnah, jika diterima, maka itu termasuk (kelebihan) bagi dirinya, jika tidak hendaklah dia diam." (Sumber: klik SINI)

Ada rasionalnya Nabi SAW menegah umatnya bertengkar dan berdebat dalam sesuatu perkara. Orang yang bertengkar akan menjadi keras hati dan berdendam antara satu sama lain.

Maka tak hairanlah wujud budaya sindir-menyindir, kutuk-mengutuk dan benci-membenci antara satu sama lain. Perkara paling dekat aku boleh relate ialah satu ketika dulu aku pernah join group FB tentang kelahiran alami. Masa tu aku tengah hamil anak kedua dan teringin sangat nak belajar ilmu kelahiran supaya aku boleh berikhtiar untuk melahirkan secara normal.

Sebaliknya apa yang aku perhatikan ialah wujud golongan yang anti-hospital dan anti-doktor. Mereka tak habis-habis mengutuk pakar perubatan (belah sana pun tak kurang hebat jugak perli-memerli) terutama bila ada ibu-ibu yang menceritakan pengalaman 'menyerah diri' ke hospital untuk dibedah. Bagi aku tak salah jika mereka nak berkongsi ilmu dan tips-tips untuk ibu-ibu tapi tak perlu sampai berdebat di media sosial dengan pakar perubatan. Sebaliknya tak salah menghormati pandangan satu sama lain dan mendiamkan diri untuk menjaga silaturrahim antara kita umat Nabi Muhammad SAW.

Read more »
on Friday, November 25, 2022 16
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, November 24, 2022

Set Makanan Pantang Zara Halal Chinese Confinement Food (HCCF)

Selepas keluar dari hospital, aku kena kuarantin di rumah selama beberapa hari. Jadinya tak dapat la nak sediakan sendiri lauk pantang. Suami Terchenta pulak kena bekerja dan sibuk dengan meeting. Akhirnya dia suruh aku pesan je set makanan berpantang.

Sebenarnya masa aku pregnant, selera aku lebih kepada masakan Melayu (walaupun sekali-sekala ada jugak mencuba makanan lain). Paling aku gemar ialah masak lemak (pucuk ubi masak lemak, siput sedut masak lemak, daging salai masak lemak dsb.) dan keli goreng balado.

Tapi masa pantang tu, aku berubah selera nak mencuba makanan pantang Cina pulak. Cari punya cari di IG, akhirnya terjumpa Zara Halal Chinese Confinement Food.

Zara Agnes ni ialah seorang mualaf yang berkahwin dengan orang Melayu. Oleh sebab dia susah mencari makanan pantang Cina yang halal, timbullah idea untuk buat bisnes makanan pantang Cina yang halal buat golongan ibu-ibu berpantang yang nak mencuba sesuatu yang lain. 

Memang diakui harga set makanan berpantang ni agak premium. Disebabkan tiada detailed menu dalam set, aku bertanggapan portion makanan besar dan lauk yang berbeza untuk makan tengahari dan makan malam, siap dengan buah-buahan untuk pencuci mulut dan starter dish (contohnya dumpling atau spring roll ke...). 

So I was very disappointed when I received my daily food. Portion makanan ni tak berbaloi dengan harganya yang premium. Apa yang aku dapat ialah sebekas nasi beras perang (separuh untuk makan tengahari dan separuh lagi untuk makan malam), sebekas sayur (untuk tengahari dan malam) dan 2 jenis lauk protein berbeza contohnya lauk ayam untuk makan tengahari dan lauk ikan untuk makan malam. Itupun bukanlah dapat seekor ikan tapi separuh dan sebelah je! Memang rasa 'tertipah' jugak bila aku balikkan ikan dan tengok takde isi pun di sebelah bawah. Walaupun di laman web HCCF ni ada diterangkan yang menu-menu disediakan menggunakan bahan-bahan organik, ayam bebas antibiotik, ikan segar premium, sayur import dsb. aku tetap rasa harganya tak setimpal portion makanan. 

Dari segi rasa, memang sedap walaupun menu sihat. Ada ikan kukus, daging masak taucu, ayam halia dan seumpamanya. Setiap hari dapat lauk yang berbeza jadi takde la jemu. Set ni turut didatangkan dengan minuman menyihatkan seperti teh longan dan kurma merah, teh serai dan teh beras.


Halal Chinese Confinement Food
RDLT ni memang sedap walaupun bebas gula

Ni antara lauk-lauk pantang yang aku makan sepanjang 7 hari:


Halal Chinese Confinement Food
Nasi perang + sayur tumis air + ikan kukus berlada

Halal Chinese Confinement Food
Sayur kailan + ayam halia + nasi perang + teh serai

Halal Chinese Confinement Food
Kacang buncis + ikan kukus halia + nasi perang + teh RDLT

Halal Chinese Confinement Food
Ayam bakar + sayur campur + nasi perang

Kalau nak usha set makanan pantang Zara HCCF ni boleh la rujuk laman web dieorang kat sini. 


Nota kaki:
Adakah aku akan repeat order? Jawapannya, mungkin ni first & last la aku nak tempah makanan pantang kat sini sebab harganya yang premium berbanding portion yang diterima. Diharap kalau owner bisnes baca blog ni, dia letak siap-siap menu harian yang akan customer dapat setiap hari dalam setiap set pantang supaya pelanggan boleh adjust expectation dan buat keputusan sebelum membuat tempahan. 
Read more »
on Thursday, November 24, 2022 12
Share this!
Tags
Reviews, Services
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, November 23, 2022

Wordless Wednesday - Beras Merah

beras merah

 

Tolong, tolong! Ada siapa yang tahu cara yang betul untuk tanak nasi beras merah? Rasanya aku dah ikut arahan belakang peket beras - nisbah 1 cawan nasi : 2.5 cawan air. Tapi bila aku bukak periuk nasi terkejut besar bila tengok dah serupa banjir termenung pun ada. Huhu...

Baru-baru ni aku buat pemeriksaan darah (ujian HbA1c) dan diberitahu yang kandungan gula dalam darah aku dah boleh dikira sebagai tahap diabetes 😓. Ya, bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dalam keluarga aku penyakit 3 serangkai ni memang tak asing lagi. Doktor mengesyorkan aku mengubah diet harian supaya bacaan gula dalam darah lebih stabil dan mengurangkan risiko serangan jantung. Jadi benda senang yang aku boleh buat dulu ialah menukar beras kepada beras merah dan mengurangkan portion makan (tapi makan dengan kerap supaya gula dalam darah stabil). 

Sedikit fakta tentang beras merah:

  1. Kaya dengan antioksidan yang dipanggil antosianin yang dipercayai berkesan dalam mengurangkan keradangan dan alergi, mengurangkan risiko kanser dan menguruskan berat badan.
  2. Mengandungi jumlah nutrien yang lebih tinggi (mangan, magnesium, selenium, dan lain-lain) menjadikannya sumber makanan yang berguna untuk mereka yang mempunyai migrain, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung.
  3. Kandungan serat yang tinggi juga membantu memperlahankan proses pencernaan, menguatkan sistem pencernaan dan melambatkan proses karbohidrat yang pecah ke dalam gula darah.
Sumber: hellodoktor.com

Cuma itulah, dah 2-3 kali aku masak nasi beras merah ni asyik tak menjadi je. Mula-mula nasinya mentah, lepas tu lembik dan yang terbaru ni berenang-renang dalam air pulak (mungkin sebab aku rendam dulu beras ni selama 30 minit sebelum ditanak). Huhu. Kalau ada sesiapa yang boleh kongsi tips tanak nasi beras merah dengan jayanya, harap boleh kongsi kat komen ye. Terima kasih!
Read more »
on Wednesday, November 23, 2022 12
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, November 22, 2022

Mee Kolok Sarawak Segera

Buat sesiapa yang pernah berkunjung ke Sarawak, pasti pernah merasa mee kolok di sana. Mee kolok ialah salah satu menu sarapan pagi yang terkenal di Sarawak. Sama ada laksa Sarawak atau mee kolok menjadi pilihan utama orang tempatan untuk bersarapan pagi.

Biasanya aku suka pesan mee kolok basah yang dihidangkan dengan sup. Kali ni aku mencuba mee kolok kering Sarawak segera. Pertama kali jumpa jenis segera, teruja pulak nak mencuba.


mee kolok kering segera
Macam ni la rupanya mee kolok kering tu

Mula-mula sekali kena rebus dulu mee kolok. Jangan lama sangat, dalam 2 minit dah cukup.


mee kolok kering segera

Lepas tu bubuh perencah yang disediakan dalam peket dan gaul sebati.


mee kolok kering segera

OK, sedia untuk dihidang!


mee kolok kering segera


Macam ni la rupanya. Rasanya tak sama langsung dengan mee kolok basah, lebih mirip kepada mee segera Indomee. Bagi aku mee kolok kena ada hirisan daging rebus dan sambal cili baru la lengkap hidangan. Mee kolok yang paling sedap bagi aku semestinya ialah mee sapi Ahim di Bintulu. Apapun, mee kolok segera ni sedap jugak, cuma tak sama dengan mee kolok basah yang biasa aku makan.

Klik sini untuk beli mee kolok Sarawak segera jenama ni.


Resipi Mee Kolok Sarawak

Sebungkus mee kolok
Daun bawang (dipotong halus)
Daun sup ( dicincang halus)
500gram daging (dihiris nipis). Kalau nak lagi sedap, rebus sekali tendon / urat keting. Pergh...
Bawang merah (dihiris)
Satu mangkuk kicap pekat manis
Kiub pati lembu
Satu mangkuk tauge (dicelur)
Perasa (garam / gula / ajinamoto) secukupnya

Untuk bahan sambal:-
Segenggam cili padi
Satu mangkuk kecil sos cili

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, kemudian gorengkan bawang merah sehingga keperangan. Angkat dan tapiskan.
  2. Minyak bawang dipindahkan ke mangkuk kecik.
  3. Rebus daging sehingga empuk. Setelah daging sudah masak, toskan. Air daging jangan dibuang, digunakan untuk membuat sup.
  4. Masukkan kiub lembu ke dalam air rebusan dan tambahkan perasa secukup rasa.
  5. Didihkan air panas di dalam kuali yang berlainan. Celurkan mee kolok di dalam air mendidih selama beberapa saat kemudian toskan.
  6. Di dalam mangkuk makanan, letakkan dua sudu besar minyak goreng, dan dua sudu kicap hitam.
  7. Gaulkan mee kolok tadi bersama minyak bawang dan kicap manis. 
  8. Tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng, hirisan daging rebus dan sayur tauge di atas mee kolok.
  9. Untuk sambal mee kolok, kisarkan cili padi dan sos cili bersama sedikit air.
  10. Sedia untuk dihidang dengan semangkuk sup rebusan daging.
Kredit resipi: http://dapurapple.blogspot.com/

Read more »
on Tuesday, November 22, 2022 21
Share this!
Tags
Dining, Food, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...

Blog Favourite

  • mulan@peace,love&harmony
    2 hours ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    5 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    7 hours ago
  • Aku Sis Lin
    7 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    7 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    7 hours ago
  • SURIA AMANDA
    8 hours ago
  • Miles of smiles
    9 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    9 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    10 hours ago
  • Krabat Kramat
    11 hours ago
  • My Small World
    11 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    12 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    12 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    1 day ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 day ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 days ago
  • a m m i
    3 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    4 days ago
  • anajingga
    4 days ago
  • orangbukit
    4 days ago
  • KakmimDotCom
    5 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    5 days ago
  • Ako Tetap Ako
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Drawing the Words
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Sodep
    1 month ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Blog Anamizu™
    1 month ago
  • Mreneyoo
    1 month ago
  • Afzan Sidi
    2 months ago
  • Blog Sal
    6 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.