Beberapa minggu lepas ternampak kiosk baru di Sunway Putra - Perfect Ice. Nampak tulisan kat belakang tu dalam bahasa Korea, aku teka ni mesti satu lagi cawangan dari Korea.
Kiosk Perfect Ice terletak di level LG Sunway Putra Mall
Betul tekaan aku, sebab bila aku pergi laman web dieorang, ni yang aku baca tentang Perfect Ice:
"Perfect Ice is a brand that is dedicated to providing its customers with the most authentic and delicious milkshakes and ice cream. Established in 2015 at Bamdokkarbi Night Market in South Korea, the brand has expanded to 100 outlets across the country and has now ventured into Malaysia. At Perfect Ice, our mission is simple yet essential: to offer our customers an unforgettable and enjoyable experience through our carefully crafted milkshakes and ice cream.
We take pride in using innovative technology to frost premium ingredients without adding water or ice, resulting in a smooth and thick texture that allows you to taste the real flavors of our products. Our commitment to using only high-quality ingredients and maintaining the highest standards of hygiene and food safety has earned us a loyal following among our customers.
At Perfect Ice, we believe that everyone deserves a delicious treat. Whether you are a milkshake enthusiast or an ice cream lover, our wide range of flavors and toppings are sure to satisfy your cravings. Visit us at any of our outlets to experience the Perfect Ice difference today!"
Hebat ya, dari pasar malam di Korea boleh expand sampai ke Malaysia. 👏🏻👏🏻 Orang Malaysia kan peminat tegar K-drama dan suka mencuba makanan Korea, jadi dekat situ dieorang ambik peluang masuk ke Malaysia. Kalau korang perasan banyak drama Korea sekarang ni kadang-kadang ada selit negara Malaysia dalam scene dieorang:
Babak dalam K-drama Dr Cha (kredit: Youtube)
Berbalik kepada kiosk Perfect Ice, jom tengok apa yang ada kat sini:
Menu tarikan di Perfect Ice
Macam-macam perisa milkshake tapi masa kiteorang pergi, botol milkshake dah habis...
Lepas belek-belek menu yang ada, Khadeeja akhirnya pilih aiskrim vanilla, Khayla ambik chocolate milkshake dan aku dan Suami Terchenta pesan mango bingsu.
Konsep kat sini lebih kurang macam kat llaollao - boleh pilih topping yang kita nak untuk aiskrim (ada bermacam-macam jenis topping, boleh rujuk laman web Perfect Ice)
Sepatutnya milkshake ni dijual dalam botol tapi sebab botol habis dieorang jual dalam cup
Mango bingsu
Bagi aku semuanya OK. Milkshake tu agak pekat, minum milkshake je pun dah kenyang. Aku lebih suka mango bingsu di emart24 sebab ada topping ketulan buah mangga tapi bingsu di Perfect Ice ni dieorang letak whipped cream.
Beza zaman kita dengan zaman anak-anak sekarang. Kita dulu nak tak nak kena hafal sifir tengok belakang buku latihan sekolah. Anak aku ni pulak sejenis yang susah nak menghafal, tapi daya imaginasinya tinggi dan akan cepat tangkap bila dalam suasana pembelajaran yang menghiburkan. Bila aku suruh dia hafal sifir, dia lukis komik dengan jalan cerita tentang cabaran menghafal sifir. Dalam 10 minit je dia dah hafal sifir 6! Tapi jenuh la dia nak kena lukis komik untuk setiap sifir hahaha!
And peace is on me the day I was born and the day I will die and the day I am raised alive.
Alhamdulillah, syukur dan segala-gala pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas pertambahan usia ini. Selain dari rezeki usia, tak terhitung banyaknya limpah kurnia yang telah Allah berikan dalam hidup aku. Masya Allah, Tabarakallah. Semoga dilimpahkan kesejahteraan buat diriku, pada hari lahirku, pada hari kematianku dan pada hari aku dibangkitkan semula kelak. Ameen Ya Rabbal Alameen.
Sekarang ni aku minat dengan lagu-lagu yang diselitkan dengan lirik dan irama tradisi. To me, it's very creative. Jom dengar lagu ni yang menampilkan melodi dari lagu tradisi 'ikan kekek mak iloi-iloi':
'Belai'
Bunga & Amsyar Lee
Hmm~
[Verse 1] Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Akal budi hati jinak agar hilang adat gajah terdorong Yang jauh kita dekatkan Yang dekat kita rapatkan Oh na na begitulah aur dan tebingnya
Yeah~
[Pre-Chorus] Ada beras, taruh dalam padi Biduk, serempu pula
[Chorus] Ikan kekek mak iloi iloi Mulut tak terkata hati bersiul Madah sayang Ikan gelama mak ilai ilai Jiwa kan rindu, siapa akan belai?
[Verse 2] Timur barat utara selatan Banyak budaya asal tempatan Ke mana pun ku pergi, di mana ku berdiri Kan ku tetap bawa resmi padi
Jauh mana ku berlari dan Takkan jadi lupa daratan Yang hilang adat di tengah jalanan Yang keruh kita lupakan Yang jernih kita ambilkan
Ada beras, taruh dalam padi Biduk, serempu pula
Ikan kekek mak iloi iloi Mulut tak terkata hati bersiul Madah sayang Ikan gelama mak ilai ilai Jiwa kan rindu, siapa akan belai?
Ikan kekek mak iloi iloi Cinta harus berterus-terang takut makin hilang Ikan gelama mak ilai ilai Ikut Mat Jenin besok ditangkap orang
[Bridge] Luahkan kata irama Bagai melodi lama Jika kau cinta kata saja Tak perlu kau tunggu lama-lama
Ikan kekek mak iloi iloi Mulut tak terkata hati bersiul Madah sayang Ikan gelama mak ilai ilai Jiwa kan rindu, siapa akan belai?
Ikan kekek mak iloi iloi Cinta harus berterus-terang takut makin hilang Ikan gelama mak ilai ilai Ikut Mat Jenin besok ditangkap orang x 2
Nota kaki:
Mari belajar peribahasa dari lirik ni:
Ada biduk, serempu pula - Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
Ada beras, taruh dalam padi - rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Adat gajah terdorong - orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya
Pagi-pagi lagi aku dan Suami Terchenta naik motor menuju ke Kampung Bharu untuk mencari sarapan pagi. Kiteorang singgah di Stable Kitchens sebab aku nak try lontong jawa kat sini.
Stable Kitchens terletak bertentangan dengan Nasi Lemak Wanjo
Selain lontong, kat sini pun ada menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk dan kuih lopes
Mungkin sebab kiteorang datang pukul 7 pagi jadi tak ramai lagi pelanggan kat sini. Cuma ada 2 pelanggan yang beratur depan kiteorang. Servis pun cepat.
Boleh pilih pelbagai lauk - bergedil kentang, paru goreng atau tempe goreng. Untuk nasi lemak pulak, ada pilihan lauk sambal sotong, sambal kerang, rendang dan telur goreng
Aku pilih lauk bergedil kentang, paru goreng dan tempe goreng. Jumlah keseluruhan RM10. Suami Terchenta pulak ambik nasi lemak dengan sambal kerang (RM6.50).
Lontong jawa
Verdict - lontong sedap cuma kuah cair sikit dan sambal pulak manis. Aku prefer kuah yang pekat sikit dan sambal yang masin. Portion memuaskan dan confirm kenyang lepas makan. Suami Terchenta pun bagi feedback yang sama tentang sambalnya yang agak manis. Kalau korang suka sambal manis, boleh cuba lontong dan nasi lemak kat sini.
Nasi lemak kangkung dan sambal kerang
Lepas makan, kiteorang singgah pulak di The Warong tak jauh dari Masjid Kampung Bharu untuk beli nasi lemak daun pisang dan kuih seri muka untuk anak-anak.
The Warong Kampung Bharu
Ada nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih bingka pandan bakar dan kuih seri muka
Agak terkejut dengan harga sepeket kuih sekarang (RM4). Semalam pergi ke pasar malam pun, 4 ketul kuih harganya RM4. Aku tak boleh brain seketul agar-agar dijual dengan harga RM1. Seingat aku masa beli kuih di bazaar Ramadhan, tak pernah pulak aku beli sepeket kuih dengan harga macam ni. Tapi sebab dah ambik, maka bayar je la huhu. Harga sepeket kuih tu lebih mahal dari harga sebungkus nasi lemak (RM2.50).