Aku dapat tau tentang Klinik Dr Bazilah ni melalui blog Sislin. Dah lama aku berhasrat nak bawak Khayla ke klinik pakar kulit untuk merawat masalah kulit muka Khayla yang penuh dengan parut. Kesian tengok dia agak self-conscious dan tiap-tiap hari pakai pelitup muka ke sekolah untuk sorok kulit muka dia yang bermasalah. Bila tengok klinik ni ada cawangan di Sentul, apa lagi terus la call buat appointment.
![]() |
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur di Puncak Sentul |
Kalau korang perasan dekat dahi dia tu penuh dengan parut |
Banyak kali jugak aku membebel bila ternampak luka-luka di muka Khayla sebab aku dah pesan kalau kulit gatal jangan garu dengan kuku tapi kadang-kadang dia tak perasan pun bila dia garu sampai luka. Macam-macam jenis produk untuk kulit sensitif yang aku belikan tapi masih sama jugak keadaan kulit Khayla. Sebab tu aku rasa kena jumpa pakar kulit jugak nak dapatkan pandangan pakar tentang cara terbaik untuk merawat dan menghilangkan parut dan bintik-bintik luka di mukanya.
![]() |
Klinik Bazilah yang luas dan cantik |
Sebelum pergi, kena buat temujanji dulu sebab tempat ni memang tak accept walk-in. Kiteorang pergi hari Jumaat sebab sekolah Khayla mula lewat sikit hari Jumaat.
Lepas mendaftar, kiteorang dipanggil masuk ke bilik rawatan. Banyak jugak soalan yang ditanya oleh doktor - apa trigger luka di muka, kulit ada merah-merah ke sebelum rasa gatal, waktu bila paling gatal, kerap berpeluh ke, jenis kulit macamana, rutin penjagaan kulit macamana dan sebagainya.
Kesimpulannya - takde diagnosis spesifik sebab doktor pun tak pasti punca penyebab kulit Khayla gatal dan luka-luka sampai berparut sebab masa tu la takde satu pun luka, cuma ada parut-parut lama je.
Doktor cuma prescribe pencuci muka, krim muka dan krim untuk pudarkan parut dekat Khayla. Next follow up, dia nak tengok ada improvement ke tak.
![]() |
Siap dapat nota terima kasih dari klinik |
Setakat ni aku tengok masih macam tu je, takde perubahan. Mungkin ambik masa nak hilangkan parut-parut hitam di muka tu. Tapi aku harap sangat berkesan la produk yang klinik Dr Bazilah ni bagi sebab mahal giler krim-krim yang klinik bagi tu! Nasib baik Suami Terchenta tak membebel bila tengok resit dari klinik...