Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali...
Semalam dikejutkan dengan berita pemergian abang sepupu sebelah emak, iaitu anak kepada kakak mak. Usia Abang Zaki ni masih dalam 40-an lagi sebelum dia meninggal dunia.
Mak kata, baru je dia jumpa dengan abang sepupu Khamis lepas, masa tu nampak dia masih sihat-walafiat lagi. Sungguh ajal kita benar-benar rahsia.
Hari Ahad tu dia diserang strok lepas tu pengsan dan dikejarkan ke Hospital Bintulu. Rupa-rupanya dah severe bleeding dan dia diletakkan atas mesin sokongan hayat. Doktor bagitau memang dah tak boleh operate masa tu. Semalam mak udak, pak udak dan adik-beradik semua datang dari Miri untuk masa doktor tutup mesin sokongan hayat. Dieorang semua ada di sisi dia masa abang sepupu pergi. Allahuakbar. Tak boleh bayangkan perasaan mak udak tengok anak sendiri menghembuskan nafas terakhir. Tapi itulah ketentuan Ilahi yang kita kena redha.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa Abang Zaki, kasihanilah dia, maafkanlah dia, dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang dingin. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia) dan masukkan ia ke syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan neraka.
Dalam keluarga aku memang ada sejarah 3 serangkai (darah tinggi, kencing manis dan jantung). Tapi kalau tengok fizikal abang sepupu aku tu, dia bukanlah obese orangnya. Mungkin dia ada darah tinggi tapi tak tau yang dia menghidap darah tinggi dan tak ambik ubat untuk kawal tekanan darah. Sebab tu penyakit darah tinggi ni merbahaya sebab boleh membunuh secara senyap.
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
- Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
- Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)
Bacaan Tekanan Darah

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah:
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Merokok
- Kegemukan
- Paras kolesterol tinggi
- Sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala
- Pengidap Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi kebanyakannya TIDAK mengalami sebarang gejala
- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
- Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi)
- Untuk memastikan atau mengesahkan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat. Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan seperti otak (serangan strok), penyakit jantung, komplikasi pada mata, kegagalan buah pinggang dsb.
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% penghidap Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah menghidap penyakit Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi?
Untuk mereka yang dikesan mempunyai pra hipertensi dan tekanan darah tinggi peringkat 1, anda perlu:- Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
- Amalkan pemakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
- Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok
- Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
- Jika anda disahkan menghidap Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
- Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Berhenti merokok
- Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
- Pengesanan komplikasi terutamanya :
- Jantung
- Ginjal
- Mata
- Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
Untuk mereka yang mengalami Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3:
- Rawatan dengan pemberian ubatan
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
- Dapatkan keterangan lanjut dari doktor
Nota kaki: Penyakit darah tinggi ni tak boleh buat main-main sebab dalam diam, ia merosakkan organ dalaman dan boleh mendatangkan maut. Gara-gara didiagnosis penyakit darah tinggi ni, aku tersentak dan menjadi driving force untuk aku susun rancangan berhenti kerja supaya aku boleh fokus dengan keluarga sebab aku tau susah untuk aku uruskan tekanan kerja dan boleh menyebabkan penyakit darah tinggi aku semakin teruk.