Biarkan ia terbang
Hingga ke langit maya
Andai itu bahagianya.
Leraikan
Biar berguguran tiap kelopak
Kalau tiap ikatan itu
Melayukan bunga di tangan.
Wahai kasih
Simpankan
Rindu di hati
Kasih di jiwa
Biar tidak terungkap
Kiranya amarahmu lebih agung dari kasihmu
Dan kepercayaan terhakis terhadap ikhlasku
Aku pinta
Biar gugur bunga di jambangan
Patah sayap jentayu menongkah langit
Walau sepi dari kalbu
Merekah mengharapkan kasihmu
Agar damai jiwaku
Dan terhapus duka keranamu
Kasih...
Bukan begini ertinya
Cinta.
Tapi tak pe. Raya memang seronok. Apatah lagi sebab last year aku tak balik, so tahun ni kepulangan aku memang dinanti-nantikan. Sepupu-sepapat yang dulu kecik2 lagi, sekarang dah semakin tinggi. Ada dua orang dah masuk ke sekolah asrama, dan kelihatan lebih matang. Sepupu yang dulunya masih baby yang merah, sekarang dah pandai berlari. Waah, nampak sangat aku dah lama tak balik.
Sempat jugak berpuasa di kampung sehari sebelum raya. Aku jadi blank sekejap sebab selama ni masak untuk paling ramai pun lima enam orang, tetiba kena masak untuk lebih dari 30 orang sedara-mara yang berkumpul kat kampung tu. Paling senang dan ekonomi, masak tom yam la... hehe.
Tapi sehari sebelum raya memang sibuk. Mak aku tak sampai lagi. Jadi aku yang kena take over masak2 nih. Aku, sepupu aku n kakak aku kena potong 5 kg daging dan ayam. Adik2 n sepupu2 yang kecik tolong kupas bawang n halia. Sepupu lelaki menghidupkan api kat tepi rumah untuk panggang ikan, dan sorang lagi kena gi beli kelapa parut untuk buat kari daging. Memang macam nak wat kenduri! Malam tu sibuk la nak masak2. Letih, tapi seronok.
Pagi raya, lepas mandi, kaum adam semua gi masjid semayang raya. Kaum hawa potong kelupis (erk, korang tau tak bendalah ni?) n kek lapis yang bermacam jenis. Biskut raya n kekacang diletak dalam balang n dihidangkan di ruang tamu. Bila kaum lelaki balik, kitaorang duduk di ruang tamu, bersalam-salaman. Lepas tu, amik gambar family. Huhu, besarnya keluarga aku! Sepupu aku kena amik tiga snap gambar nak cantum jadi satu gambar besar :p
Lepas sesi fotografi, barulah naik ke atas untuk menjamu selera. Lepas tu, turun n berkonvoi ramai2 ke rumah Nek Usu dan Nek Wa (panggilan Wa ni untuk nenek paling tua atau sulung, atau kat sini orang panggil Long). Tinggal la dua tiga orang je nak layan tetamu. Tengahari baru balik. Begitulah suasana beraya family aku :)
Tapi malangnya tetiap raya mesti ada masalah bekalan air. Jadi tugas2 mencuci pinggan n memasak ni jadi leceh. Aku paling fed up sekali la bila air takde. Tapi nak wat lagu mana? Sabaq je la...
Manakala for the rest of the day, aku just dok kat dapur, tolong masak, cuci pinggan n hidang makanan. Kalau ada sesapa nak jumpa baru turun n tunjuk muka sekejap. Memang ramai gak la makcik2 yang nak jumpa. Maklum la, dah lama tak balik. Soalan standard ialah - 'Dah abis belajar ke? Keja ke sekarang? Kat mana?' Tak miss jugak soalan cepu emas - 'Dah ada...?' Yang tu aku biarkan tergantung je. Segan la nak jawab >blush< .
Lastly, sebelum balik ke Johor, aku sempat singgah beraya di rumah orang tu. Aku yang seperti biasa over-imaginative membayangkan yang menakutkan je. Tapi sebenarnya mak ayah dia ok je :p Nasib baik dulu aku selalu gak gi interview sebelum landing kerja nih, jadi tak de la tergagap sangat nak jawab soalan2 yang bertubi-tubi tu. Muahahah!! Pas tu, sesi fotografi bermula n sesi me'napow' kuih2 raya sebelum aku balik semula ke airport. Punyalah orang tu tak nak aku naik berat badan tapi macam tak cukup bekas je dia tapow kan kuih2 tu!
Jadi sekarang ni, sesi menyambung kerja2 sebelum cuti nih. >Sigh<
In a strange way, I love her. In an unexplainable way, I am capable of loving someone without revealing the very emotion itself. I see respect as a way of showing love, I guess. And I've always respected her till today. She who had everything in her mortal life. My grandmother whom I loved and envied at the same time.
I called her like all Melanau grandchildren call their grandmother - Mak Yeng. When I was a mere child, I feared her. She could scold like anything, and being an easily intimidated child, I dreaded seeing her. She taught me to read Quran, and I learned hard and fervently so she would not scold me. She taught me to wash my own dishes. She scolded as she taught. And I learned well.
As I grew up and she grew frail, she became a more easy-going grandmother who likes to sit down with any of us and tell us of her younger days. It was entertaining to know how she met with grandfather (through arranged marriage), what was the fashion of the day, how did she go through Japanese occupancy, and all other stories she was fond of telling.
Then as time became troubled, and as I spent my teenage years trying to be strong and I then learned to keep my emotion to myself, she incessantly told me to be patient. That all will go well, and I should not concern myself with what is not to be concerned.
'Everything is fated. Let it be.' She explained.
But when she was suddenly taken away from me, I couldn't help but cry. Be it fate, be it anything, I have lost her.
2 years had passed. I still love her. I still pray that I will see her in my dreams. I missed her so. Miss the grandma who chatted about old nostalgia with me, who gave advices when everything around me is falling apart, miss every single thing about her. I love you. I love you, Mak Yeng. I do, I'm telling you now.
Rindu sesangat kat dia.
Adik kecil aku yang paling manja ngan aku.
Kalau aku balik nanti, dia manja lagi tak kat aku? Aku dah lama tak balik. Ingat lagi tak dia kat aku?
Semalam aku gi shopping raya. Bukan untuk aku sendiri, sebab aku tak perlu baju baru, kasut baru, tudung baru ke apa2 yang baru. Aku shopping utk adik-beradik aku. Memang beratus-ratus la abis. Adik2 kecik memang senang sket. Beli je baju yang comel-lote, memang diaorang suka. Maklum la, budak kecik memang suka bergaya (erk, aku tak plak macam tuh. Kecik2 dulu asal suruh pakai baju kurung je meragam... ari raya pakai t-shirt ngan short. Isk2...)
Untuk kakak aku, aku mesej dia. Dia cakap nak handbag. Aku pun belikan dia handbag yang aku rasa lawa. Harap2 dia pun rasa lawa gak, sebab beg tu mahal seh... Pas tu, adik aku yang kat sekolah asrama aku belikan dia beg B.U.M. utk dia bawak gi prep ke, gi outing ke. Adik yang sorang lagi, suka pakai baju lengan panjang so aku belikan baju t-shirt lengan panjang. Untuk mak, aku belikan baju paling mahal yang ala2 Indian style sket design dier. Mesti mak aku suka.
Time belikan baju utk adik2 lelaki aku, aku jadi clueless. Sebab aku tak reti beli pakaian lelaki nih. So aku call adik aku, tanya dia nak baju apa, n adik dia suka baju apa. Adik aku hepi sesangat, dia cakap nak baju t-shirt n adik sorang lagi tu pakai kemeja. Pas tu dia mintak aku belikan seluar. Erk! Ni satu lagi aku tak tau nak agak. Dia pakai saiz apa, adik dia pakai saiz apa. Yang aku tau, adik aku nih kuruih macam orang tu, tapi aku pun tak tau orang tu pakai seluar saiz apa. Amoi tu cakap saiz 29 tak de. Aku pun beli 30. Abis citer. Adik sorang lagi tu seorang footballer. Dia tu bukan setakat tinggi, gagah, macho, malah encem giler.
Memang burnt la duit aku ari tuh. Tapi aku puas sebab bukannya selalu dapat peluang belikan diaorang hadiah. Then lepas ari Sabtu lepas yang aku nyaris2 terlanggar belakang kereta yang berenti mengejut depan aku (seb baik emergency brake menjadi), aku rasa peluang2 tu perlu dimanfaatkan sepenuhnya takut tak de lagi masa2 lain...
Mula2 tak plan pun tapi bila fikir2, esok dah nak kena travel ke KL so aku boleh tinggalkan motor tu kat rumah Jane. Balik dari KL lusa, aku boleh amik balik motor tu. So, aku pun ngan tawakaltu 'alallah, bawak motor gi keja.
Alhamdulillah, selamat sampai ke opis tanpa kesulitan. Cuma time aku mencelah2 antara lori ngan bas kat satu traffic tu, side mirror terlanggar badan bas tu tapi tak de pape. Polis trafik tengok plet 'L' aku n tak cakap apa2 pun, walhal motor2 lain siap kena check. Tapi memang aku satu2 nya pompuan bawak motor lalu kat situ. Sepanjang aku gi keja naik bas aku memang observe tak de sorang pun pompuan gi sana naik motor AS rider. Pembonceng adalah. Tetiap hari gi keja naik bas aku akan observe laluan motor supaya aku boleh ingat lorong mana aku nak amik, etc.
Akhirnya... :)
'Nak ikut berbuka puasa kat hotel tak?'
'Sapa lagi yang ikut?'
'Kamceng2 u semua ikut la - Jane ngan Anne.'
Wah! Dah cukup korum nih! Aku pun setuju.
Kitaorang berbuka kat Eden hotel. Jane, Anne ngan aku naik kereta Anne gi sana. Traffic jam ngan hujan lebat menyebabkan kitaorang sampai bila azan dah berkumandang. Sesampainya kat sana, aiseh... Banyak seh, makanan...
Kitaorang berbuka kat salah satu restoran dalam hotel tu. Buka puasa ala buffet. So diaorang ada banyak gerai n baaanyak pilihan. Gerai daging panggang, kuih-muih, air, ulam2, nasi, lauk-pauk, murtabak, ikan bakar, rojak. Err, macam2 la!
Aku memang awal2 plan tak nak makan banyak sangat sebab sebelum tu, ada sorang manager tu cakap, 'Eh, u bulan puasa ni makin berisi yek?' Isk. Sadisnya! Lepas puasa ni konpem pegi gim nak kurus balik. Tak leh jadi.
Part yang paling best sekali ialah - semua FOC. Exec tu ajak pun b-coz ada satu company yg invite berbuka puasa ngan diaorang :) Among them ada satu couple yang memang cute la depa berdua tu. Ingatkan setakat pakwe makwe. Tapi bila dah main pegang tangan tu, semua kaget. Sampai mamat tu explain, 'Kitaorang baru kawen.' Ooo... begitu citernya. Hehe. Tapi memang wife dia comel la. Putih, kulit halus, n bila dia senyum, semua (tak kira lelaki ke, perempuan ke) terpegun. Hubby dia memang bertuah la dapat wife macam tu.
Balik rumah, penat sesangat. Bukak2 pintu je, alamak! Housemate aku semua tengah makan tomyam. Nak tak nak (nak je, sebenarnya), aku pun join sekali. Tak pe2. Setakat minum sup je tu, tak makan ngan nasi pun! :p