Sambungan dari trip ronda-ronda KL:
Lepas kiteorang breakfast dan tour satu Galeri KL tu, kiteorang decide nak jalan-jalan cari mural cantik. So of course tempat pertama dalam fikiran aku nak gi tengok mural yang ini:
Sumber: funntaste.com (Kredit imej: Instagram User violaine_archideco) |
Boleh tengok 10 tempat seni lukisan mural jalanan yang Instagrammable di KL.
Memandangkan naik bas awam lagi dekat dari naik LRT, kiteorang pun menapak ke depan bangunan Maybank untuk ambik bas GoKL warna purple menuju ke Bukit Bintang dan turun di Changkat iaitu lokasi lukisan mural ni.
Macam biasa, bas free ni penuh dengan warga asing |
Sampai di Bukit Bintang, kiteorang turun jalan kaki (gigih kan?) mencari tempat ni. On the way terjumpa gambar menarik so berhenti sekejap ambik gambar. Dah serupa pelancong pulak hihi:
Jumpa mural menarik tapi malas pulak nak ambik gambar elok sebab matahari tegak atas kepala! |
Peti surat kreatif dan mesra bajet |
Bila dah jumpa tempat ni, kiteorang rasa hampa sebab cat mural di tangga tu dah terhakis, sudahnya indah khabar dari rupa. Hmm... Penat je menapak ke sini dengan panas terik dan anak-anak yang tak biasa berjalan kaki merengek-rengek nak balik rumah.
Tak serupa macam dalam gambar Instagram |
Tapi tak pelah, hidup perlu diteruskan gituh... Cuaca yang baik menyebabkan kiteorang tetiba buat plan mengejut nak naik bas hop on hop off. Bukan selalu Suami Terchenta free dapat pergi berjalan-jalan dengan keluarga.
Harga tiket KL hop on hop off:
Sumber: Laman Web Rasmi KL Hop On Hop Off |
Kiteorang ambik promosi pakej keluarga 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Harga dewasa RM27.50 seorang dan kanak-kanak RM17.50 seorang. Keseluruhannya RM90 untuk 4 orang, jimat RM10. Kakak aku pulak kena beli tiket harga biasa (RM30). Tiket ni kiteorang beli kat website, jadi aku tak pasti kalau pakej ni ada dijual di kiosk tiket. Mungkin boleh tanya staff kat kiosk.
Lepas beli tiket, kiteorang menapak ke Plaza Sungei Wang iaitu poin pertama bas ni. Kebetulan masa sampai kat situ bas dah tunggu so tak sempat nak ambik gambar kiosk tiket terus naik dan tunjuk e-tiket. Anak-anak excited pergi ke tingkat atas iaitu tempat duduk tak berbumbung.
Konsepnya ialah bas akan berhenti di setiap poin dalam laluan ni dan kita boleh naik / turun di situ |
Kali ni memang ramai pelancong asing yang naik bas hop on hop off ni. Kiteorang pun tumpang sekaki jadi pelancong jugak hehe. Khadeeja nak duduk paling depan dengan kakak, aku dengan Suami Terchenta dan Khayla pulak duduk di belakang kiteorang.
Sempat lagi kakak ambik gambar kami |
First half of the journey, kiteorang memang enjoy trip ronda-ronda KL naik bas hop on hop off ni tambahan cuaca memang sangat baik (tapi mak aiiii panas lit-lit tau! Pesan aku bawak la topi, kipas lipat / kipas USB, air dan baru la selesa sikit)
Sebenarnya boleh je berhenti dan turun di mana-mana poin laluan bas ni. Nak naik semula, kena pergi balik ke poin perhentian bas dan naik bas yang lain (cuma perlu tunjuk tiket je). Tapi kiteorang malas nak turun sebab malas nak menapak haha! Memang niat nak ronda-ronda KL atas bas je.
Bricksfield dan Little India |
KL Sentral dan Nu Sentral |
Second half of the journey, masa bas meronda di Taman Tasik Perdana tiba-tiba bas rosak pulak! Adeh... buat malu je dengan pelancong-pelancong asing ni. Lama jugak kiteorang stranded di depan Muzium Islam, sebelum akhirnya bas berjaya hidup dan berjalan sampai ke depan Dataran Merdeka tempat kiteorang memulakan misi ronda-ronda KL pagi tu. Kat situ, bas berhenti dan kiteorang kena naik bas di belakang.
Bas di belakang sampai dalam 10 minit tapi penuh yakmat pulak... Dah la penuh, kat tingkat atas pelancong dari China / Hong Kong tengah syok berkaraoke sambil berjoget-joget. Bingit telinga dibuatnya. Kiteorang sanggup tunggu bas seterusnya dalam 30 minit kot. Cuaca dah berubah jadi mendung.
Akhirnya bas kedua tiba. Kami pun naik bas tu yang sedikit lengang. Tapi tak sampai 10 minit, hujan mulai turun. Mula-mula masih renyai-renyai jadi anak-anak tahan lagi nak duduk di bumbung bas yang terbuka, tapi bila sampai ke bulatan Pahang, hujan mulai lebat. Terpaksa la kiteorang cari tempat duduk di dalam.
Menunggu bas seterusnya tiba |
Awan berarak mendung masa ni |
Sampai di KLCC, ramai yang naik dan masa ni hujan pun berhenti. Aku dah malas nak naik ke bumbung, Suami Terchenta dan anak-anak je yang gigih naik dan duduk di kerusi basah. Aku dan kakak duduk di tingkat bawah je sepanjang baki perjalanan. Maka terlepaslah peluang nak ambik gambar-gambar menarik sekitar KLCC dan Menara KL.
Setakat tu je la trip ronda-ronda KL kami. Bawak anak-anak naik bas hop on hop off satu pengalaman yang menarik cuma dalam kes kami jadi spoiled pulak bila bas rosak di tengah jalan.
Kalau nak merasa pengalaman pusing satu KL boleh la cuba KL hop on hop off ni sementara promosi masih berjalan. Sure budak-budak enjoy.