Baca entri sebelum:
Sebelum move on dari kisah birthday staycation di Pulau Perhentian ni, apa kata kita tengok breakfast spread di restoran Dapur Perhentian Marriott Resort & Spa.
|
Salah satu stesen sarapan pagi di restoran Dapur |
Simple je nama restoran ni - Dapur. Kiteorang makan malam sebelumnya pun dekat sini jugak.
|
Dapur - restoran utama di resort ni |
|
Restorannya luas dan tampak eksklusif. Sayangnya belum boleh dapat diskaun 10% Silver Elite member Marriott Bonvoy dekat sini sebab dieorang masih dalam proses register sebagai salah satu rantaian F&B Marriott |
|
Bersarapan sambil menikmati pemandangan laut |
Bagi aku makanan kat sini semuanya memang bertaraf resort 5 bintang - semuanya tak mengecewakan. Malam sebelumnya kiteorang order menu ala carte - kakak aku order steak dan aku pulak order char kue teow.
|
Dinner kiteorang - char kuey teow (aku punya) dan steak (kakak punya) |
Layanan kat restoran ni pun tiptop - staff very accommodating dengan request guests. Masa dinner, aku mintak cili jeruk, terus dieorang hantarkan. Masa breakfast pulak, bila pengurus restoran datang ke meja kiteorang untuk bertegur-sapa dan aku bagitau yang aku suka eggs benedict tapi sayangnya takde dalam menu, terus dia mintak diri dan 10 minit kemudian datang balik ke meja kiteorang sambil bawak eggs benedict khas untuk aku. Terasa bagai dapat layanan VIP gittew... Siap tolong bacakan doa makan lagi, betapa cemerlangnya layanan di restoran Dapur ni 😅
|
Staff Dapur yang paling baik tolong bacakan doa, siap tolong hantarkan balik ke bilik lepas makan malam (sebab lama sangat tunggu buggy, last2 dia sendiri yang bawak buggy hantar ke bilik 😄) |
Dari segi variety makanan masa breakfast pun not bad jugak. Macam biasa, ada egg station, noodle station, makanan local, bijirin, salad, buah-buahan, pastries, jus buah-buahan dan macam-macam lagi.
|
Pilihan minuman di sini |
|
Jus buah-buahan segar, salad dan buah-buahan tempatan dalam chiller |
|
Egg station dan side dishes |
|
Cheese & salad station dengan pelbagai condiments |
|
Pilihan bijirin sarapan pagi dan buah-buahan kering (atas); pilihan juadah tempatan (bawah) |
|
Pelbagai pilihan pastries, cookies, pancake dan waffle dan dessert di sini |
Alhamdulillah, semuanya sedap dan walaupun aku ambik sikit-sikit je untuk rasa tapi sebab banyak pilihan kat situ, kenyangnya tu sampai ke petang. Sampai aku terpaksa cancel pergi ke lunch sebab rasa tak boleh masukkan lagi makanan dalam perut 😅.
|
Food that I tried - aiskrim dengan biskut, nasi kerabu dengan ayam percik, bihun, telur sambal, cucur udang, salad, pancake, omelette dan eggs benedict my favourite |
Lepas breakfast, aku buat keputusan berjalan kaki balik ke bilik supaya makanan cepat hadam sementara kakak aku pulak naik buggy ke spa untuk buat facial. On the way, aku lalu kids & teens club. Teringat zaman anak-anak masih kecik dulu, setiap kali aku kena outstation dan angkut anak-anak sekali sebab takde orang jaga, biasanya kat hotel tu aku akan cari kemudahan kids club ni supaya dapat tinggalkan anak-anak bermain di situ bawah pemantauan staff sementara aku pergi meeting / bekerja. Tempat-tempat macam ni bagus sebab ada banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Dekat kids club Marriott Pulau Perhentian ni, siap ada tempat untuk budak-budak nap bila dah letih bermain.
|
Kids & teens clubs |
Sekian, tu je la cerita pasal birthday staycation di Pulau Perhentian. Harap-harap ada rezeki boleh repeat dengan Suami Terchenta dan anak-anak pulak 😊.
|
Goodbye, Pulau Perhentian! |
|
Sampai bertemu lagi ♥️ |