Kalau korang spesies macam aku ni kan, mesti korang setuju bila aku kata struggle betul nak minum air secukupnya dalam sehari. Ada je benda lain yang distract sampai lupa nak minum air. Selalunya aku minum air lepas bangun pagi sebab tekak haus, lepas tu sepanjang pagi tu aku lupa. Tengahari baru teringat nak teguk air lagi. Baru-baru ni aku track, aku cuma minum sebotol air 500ml sehari! Isk, isk... teruk benar perangai.
Minum air ni penting untuk fungsi tubuh yang sihat. Bila kurang minum air, organ yang paling terkesan ialah buah pinggang. Bayangkan berapa banyak toksin yang buah pinggang kena cuci tapi air tak cukup huhu. Lepas tu mulalah efek dekat organ-organ badan yang lain termasuk kulit, mata, rambut dan usus. Contohnya kulit akan jadi kering dan cepat berkedut, mata jadi kering, rambut jadi rapuh dan masalah sembelit.
![]() |
Kredit imej: engin akyurt on Unsplash |
Jadi sebagai peringatan buat diri-sendiri, aku Google dan senaraikan tips-tips minum air kosong 3 liter sehari:
1. Set alarm
Benda ni senang je sebab semua orang ada smartphone dengan fungsi alarm. Set kan alarm setiap jam untuk remind diri-sendiri minum segelas air (250ml). Untuk 12 jam berikutnya minum air setiap kali alarm berbunyi. Mulakan dari selepas bangun tidur. Elakkan set alarm terlalu lewat sebab takut malam-malam terganggu tidur bila asyik nak ke tandas.
2. Beli botol air khas
Botol air ni kena set kan minda untuk bantu minum air kosong secukupnya. Jadi bila nampak je botol tu, terus rasa kena teguk air sebab dah beli kan hehe. Kalau boleh beli botol dalam jumlah 1 liter atau kalau nak senang bawak ke mana-mana, 500ml.
3. Minum air lepas solat
Tips ketiga ni paling senang la kalau korang sejenis yang tutup alarm lepas tu lupa nak minum jugak kan huhu. Setiap kali selepas solat, minum air sebanyak 500ml:
- Subuh - 500ml
- Zohor - 500ml
- Asar - 500ml
- Maghrib - 500ml
- Isyak - 500ml
- Jumlah air = 2500ml
Baki 500ml tu boleh la minum jugak lepas makan tengahari dan makan malam (segelas air 250ml selepas makan tengahari, 250ml selepas makan malam). OK dah setel 3 liter air sehari.
Senang jugak bila baca tips-tips ni kan? Semoga kita boleh la praktikkan dalam kehidupan seharian. Caiyokk!
Sumber rujukan: http://sinarpermata.com.my/