Tengah clear kan gambar-gambar dalam phone, baru perasan aku belum post lagi pasal makan-makan di Tok Wan's Grill ni.

Sebelum mak pulang, mak ajak kami jalan-jalan di Taman Saujana Hijau Putrajaya. Balik dari berjalan-jalan di taman, kami singgah makan malam di Tok Wan's Grill Putrajaya yang terletak di Presint 11. Restoran ni terletak di deret bangunan kedai jadi tak susah nak cari parking.


Tok Wan's Grill Putrajaya

Tok Wan's Grill Putrajaya
 
Tok Wan's Grill Putrajaya
Bahagian dalam kedai

Kami melangkah masuk ke dalam dan terus dapat tempat duduk. Pekerja restoran lap meja sejurus lepas kami duduk. Serta-merta hidung kami diasak dengan bau yang kurang menyenangkan dari kain lap yang entah berapa lama tak bercuci huhu...

Tapi dah alang-alang duduk, kami teruskan jugak pesan makanan. Nak order kena imbas kod QR dan lepas tu akan keluar la menu dan seterusnya kaedah pembayaran. Semuanya agak efisyen.

OK lah, jom tengok apa yang kami makan malam tu:


Tok Wan's Grill Putrajaya
Mak order fish & chips. Rasanya sedap dan standard macam kat Manhattan Fish Market

Tok Wan's Grill Putrajaya
Adik order lamb chop rasanya. Tak pasti la sedap ke tak

Tok Wan's Grill Putrajaya
Aku order aglio olio. Boleh tahan jugak rasanya.

Tok Wan's Grill Putrajaya
Anak-anak kongsi mushroom steak, rasanya ok je.

Keseluruhannya makanan kat sini memenuhi citarasa kiteorang. Harga pun agak berpatutan. Dari segi servis, masa menunggu tu boleh kira agak cepat jugak. Cuma itulah, bila kau makan atas meja berbau tu terbantut sikit selera.

20 Comments

  1. Stik cendawan? Versi vegetarian.
    Haha selalu lap untuk nasi bersih ini mesti bau hapak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak lah, mushroom tu kuahnya. dieorang ni mana reti makan kuah blackpepper selalu order mushroom je.
      Tu la sedikit terganggu konsentrasi nak makan tu bila terhidu bau hapak.

      Delete
  2. Waa nampak sedap, nanti bolehlah ajak kita makan sini yaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh kat putrajaya ni sislin. kita try yg dekat2 dgn rumah saya & Kak Ret dulu ;)

      Delete
  3. Kedai lawa, makanan pun memang nampak menyelerakan. Harapnya owner jagalah bab kebersihan. Bukan susah pun nak cuci kain lap, rendam air panas pun boleh dan mudah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Kak Ujie, takde la harap meja bau Downy (klu ye lagi bagus), tapi sekurang2nya kita makan dengan selesa hehe.

      Delete
  4. Kalau saya, saya akan lap dengan wet tissue yang mmg sentiasa ada dlm beg. Kalau takde saya akan request air kosong then basahkan tisu. Atau paling kejam saya pegi ke kaunter minta kain lap baru..saya lebih rela minta dari dengar bebelan sang suami. Hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun nak cepat jugak sbb takut terlepas maghrib. tapi bagus la sis, sanggup lap sendiri meja hehe

      Delete
  5. potong stim je kann nk makan dgn bau meja.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. bau yang kurang enak adalah ujian hehehe...BTW makanan look nice dan harap rasa juga sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tuan kedai improve bab kebersihan walaupun sekadar kain lap meja. Mujur makanannya sedap.

      Delete
  7. Memang menggoda selera betul makanan di sini terutama fish & chips dan mushroom steak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Kak Amie. Harga pun tak terlalu mahal.

      Delete
  8. Alaaa...complain x masa tu..terbantut dh selera ..kalau SA mmg SA suruh dia lap balik and sembur la ngan pape pun ..biasa SA guna hand sanitizer and make sure ada tissue dlm handbag..pernah kena sekali..sbb Mak Pah very sensitive...salah sikit confirm jangkitan kuman

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiteorg ni sejenis yg tak pandai nak complain SA huhu... lagipun nak cepat nak kejar maghrib buatnya komplen makanan sampai lambat pulak.

      Delete
  9. Sedap2 semua makanan...tapi steak tu nmpk mcm kering, takde gravy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gravynya dlm mangkuk kecik tu. mmg sedap, anak2 tak puas makan.

      Delete
  10. adudu semua menu nampak sedap tuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .