Selalu bila jengah blog Kak Amie akan terliur bila tengok air tangan Kak Amie yg sihat tapi nampak menyelerakan.

Kak Amie berbesar hati kongsikan resepi sup ayam dengan kurma merah tempoh hari, nampak senang jadi dengan semangatnya aku buat la hari ni. Tak jumpa labu kundur, aku gantikan dengan labu air. Selain tu, aku tambah cendawan shiitake yang memang kegemaran aku dari dulu.

Cuma aku derhaka sikit, tak rebus dulu kurma merahnya. Terus je campak semua bahan-bahan dalam periuk lepas tu aku set slow cooker 2 jam.

Alhamdulillah, sedap hasilnya. Supnya manis dari kurma merah dan lobak merah. Sup ni memang sesuai sangat untuk orang yang nak berdiet, sebab tak ditumis dulu jadi tak berminyak. Aku hirup sup ayam ni je, tak perlu makan dengan nasi pun dah cukup mengenyangkan. Sayur-sayuran dalam sup ni membekalkan karbohidrat dan serat-serat manakala ayam pulak ialah sumber protein yang sihat.

Insha Allah lain kali aku nak cuba buat sup ceker pulak. 


sup ayam dengan kurma merah

 Nota kaki: Terima kasih Kak Amie, sudi berkongsi resepi sup ni atas permintaan kita :)

14 Comments

  1. Sudah cuba buat ya. Kira campak semua dalam periuk.
    Alhamdulillah menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, senang sangat resipi ni rupa2nya. Pakai slow cook mode, tak perlu nak tumis2 bagai.

      Delete
  2. Wah menjadi kejadiannya:D PH belum buat lagi tapi teringin juga nak rasa keenakannya...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. biasanya labu air ni saya masak lemak tapi buat sup pun sedap jugak..

      Delete
  4. Replies
    1. alhamdulillah menjadi supnya, senang & sedap.

      Delete
  5. Wah menarik.. nak cuba jugak lah nanti..

    ReplyDelete
  6. Hirup panas-panas ni, sedap. Masak cara sihat.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Menjadi supnya ye. Terima kasih sudi mencuba.
    Kak Amie pun kadang-kadang gunakan slow cooker juga. Memang macam-macam bahan boleh kita campurkan. Apabila ditambah cendawan shiitake, aromanya lagi menggoda. Cubalah buat 2-3 kali seminggu. Ringan sahaja kan rasa kuah supnya. Secara peribadi Kak Amie suka gunakan ceker hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi pergi ke pasaraya tak jumpa pulak kaki ayam. Klu ada mmg saya pun nak cuba ;)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .