Akhir-akhir ni aku gemar menonton video YouTube iaitu review makanan. Antaranya ialah Youtuber i-Ching yang berasal dari Jepun tapi suka mencuba makanan Malaysia.

I-Ching mencuba roti canai Fawwaz di Subang Jaya. Bukan main lagi mimik mukanya membayangkan kesedapan tak terkata roti canai di sana. Hasilnya, aku pun terpengaruh jugak nak mencuba roti canai crispy Fawwaz ni walaupun lokasinya jauh dari rumah kami hahaha!

Menurut i-Ching, gerai roti canai Fawwaz ni menjadi tumpuan penduduk-penduduk di Subang Jaya yang gemarkan roti canainya yang rangup dan kuah dhal yang sedap. Dulunya beliau memiliki restoran sendiri tapi disebabkan pandemik, beliau menutup restorannya. Sekarang beliau cuma bukak gerai roti canai dengan dibantu isteri dan anak-anak.

Bila kami sampai di situ, keadaan kedai memang penuh dengan pelanggan tapi nasib kami baik sebab ada meja kosong. Lepas dah dapat meja, kami berdiri di tepi gerai untuk buat pesanan. Anak Pakcik Fawwaz sendiri yang ambil pesanan, katanya kami kena tunggu lama sikit memandangkan ramai pelanggan pagi tu.


Fawwaz Roti Canai
Pakcik Fawwaz sedang menyiapkan pesanan roti canai 

Fawwaz Roti Canai
Memang tak menang tangan pesanan yang masuk bertalu-talu

Memang benar kami terpaksa tunggu agak lama, lebih kurang 40 minit jugak sebelum roti canai kami sampai di meja. Itupun ada 2 keping lagi yang cuma diterima 15 minit lepas tu. 

Fawwaz Roti Canai
Ni la roti canai crispy yang menjadi kesukaan penduduk di sini

Kuah dhal nya walaupun cukup rasa tapi agak cair bagi aku. Bila roti canai dicicah ke dalam kuah dhal, rasa macam mencicah roti ke dalam air. Akhirnya aku hirup kuah dhal sambil mengunyah roti canai.


Fawwaz Roti Canai
Rotinya rangup, sedikit masin dan sedap jugaklah cuma bagi aku agak nipis

Sama macam pengalaman aku beratur 40 minit untuk merasa roti canai kayu arang di Melaka, bagi aku 40 minit menunggu tu tak berbaloi sebenarnya. Lebih baik aku makan roti canai di kedai mamak dekat dengan rumah. Jimat minyak kereta, perut pun kenyang dan masa tak terbuang.

Fawwaz Roti Canai
Alamat: Restoran Tom Yam Jastayu, Jalan SS 13/1G, SS 13, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waze: Fawwaz Roti Canai