Kasihan dia...

Balik dari sekolah semalam letih dan lesu. Masuk-masuk dalam kereta, kakak tak buang masa terus bagitau, 'Khadeeja demam panas tengahari tadi!'

Pagi semalam ok dan elok lagi budak bernama Khadeeja ni. Selalunya kecoh rumah sebab Khadeeja suka menyakat kakak atau bapaknya. Khadeeja sejak baby jarang sangat jatuh sakit, alhamdulillah. Memang rezeki anak-anak aku tak pernah merasa kena admit di hospital dan dicucuk jarum drip ubat masa kecik-kecik dulu. Paling-paling pun kalau demam masuk ubat suppository yang kami gelar ubat bontot, lepas tu kebah la demamnya.

Tapi kalau dah demam teruk memang teruk jugak efeknya. Kali ni dia balik dari sekolah dengan keadaan lesu. Lepas mandi dan makan ubat, terus dia terbaring di sofa dan tertidur. 

Lepas Maghrib, aku check suhu badannya. Panas sangat, sampai 40C! Aku lap badannya dengan tuala basah, dan tuam kepalanya. Menggigil-gigil dia sebab demam, namun matanya tetap terpejam. Bila disuruh bangun makan bubur, dia geleng kepala. 



Balik je Suami Terchenta dari ofis, terus dia bawak Khadeeja ke klinik Mediviron dekat dengan rumah. Risau jugak si bapak tengok anak yang biasanya lincah dan suka menyakat cuma terbaring tak bermaya. Doktor hanya bagi ubat. Katanya kalau demam tak kebah 2 hari ni, mungkin kena buat pemeriksaan darah.

Pulang dari klinik barulah Khadeeja ada selera makan semangkuk kecil bubur nasi. Lepas makan ubat demam kali kedua, dia baring semula dan tidur. Pukul 2 pagi, terpaksa lap semula badannya sebab suhu naik lagi. Syukur tidurnya tak terganggu.

Lepas Subuh pagi ni, aku kejutkan dia suruh minum air dan makan ubat demam. Suhu badan ada menampakkan penurunan - 38C. Harap-harap Khadeeja lekas sembuh. Bukan setakat mummy dan bapak yang risau, kakak pun risau jugak tengok adiknya tak bermaya.

19 Comments

  1. Rasa suram apabila Adik tidak sihat.
    Semoga cepat sembuh, Khadeeja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aameen... betul tu, hilang seri rumah. Hari ni dia rehat je kat rumah, masih demam lagi tapi tak selembik semalam.

      Delete
  2. Semoga cepat sihat, Khadeeja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur. Hari ni dah nampak bertenaga sikit, cuma demam masih ada. Nampaknya esok sambung lagi mc.

      Delete
  3. Memang risau sungguh apabila anak-anak demam. Sedih melihat anak tidak bermaya. Moga Khadeeja cepat sembuh, banyakkan bereha dan rajin-rajin makan ubat ya sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen... terima kasih Kak Amie atas ucapannya. Ya, mmg risau bila anak demam panas cecah 40C. Hari ni saya suruh dia minum air byk2 harap2 esok demamnya kebah.

      Delete
  4. Syafakillah Khadeeja 🤲
    Paling risau kalau anak2 jatuh sakit:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen... betul tu PH, lebih2 lagi klu anak yg sentiasa aktif tiba2 terbaring je tak bermaya...

      Delete
  5. Allah sian nya dia... Semoga cepat sembuh khadeeja... Try bg air kelapa la bg turin suhu badan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen... thanks Kak Ret. Besok klu demam tak kebah kita carik air kelapa utk dia.

      Delete
  6. Sayunya kalau tengok anak2 macam ni...

    ReplyDelete
  7. Syafakillah Khadeeja.. anak Kak Sue pun baru baik demam. Untuk turunkan panas badan, Kak Sue basahkan kepala dengan rendaman air daun bunga raya. Alhamdullilah.. turun suhunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Sue. Dulu masa kecik2 pun mak selalu buat benda sama, cuma dia ramas bunga raya tu sampai hancur lepas tu sapu di dahi macam pilis, sebelum letak tuala basah atas kepala.

      Delete
  8. semoga cepat sembuh.. skrg ni bila anak demam mak2 memang tak cukup tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. itulah salah satu pengorbanan ibu bapa utk anak2. Hari ni dia dah pergi ke sekolah tapi tonsil masih bengkak lagi jadi saya bekalkan bubur nasi untuk makan tengahari.

      Delete
  9. semoga cepat pulih dn kembali sihat speerti biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hari ni dah ke sekolah sbb demam dah kebah, cuma sakit tekak masih lagi.

      Delete
  10. Semoga cepat sembuh tonsilnya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .