Seni di Tasik Titiwangsa

Beberapa bulan lepas, setiap kali aku bersenam di Tasik Titiwangsa aku terlihat tiga orang anak muda menyorong beberapa tin cat dan perca kain. Dieorang akan singgah di setiap power box. Kemudian dieorang cuci bersih dan cat putih setiap kotak tu.

Agak lama jugak aku tak singgah bersenam di Tasik Titiwangsa, sampailah baru-baru ni aku berazam untuk mulakan balik aktiviti bersenam di tasik. Kali ni aku disapa dengan pemandangan seni yang menarik pada power box di tasik ni.

Subhanallah, kagum jugak dengan bakat seni anak-anak muda dan kesungguhan dieorang untuk melakar seni yang cantik-cantik pada setiap kotak dalam taman ni. Aku kira ada berbelas-belas power box dan setiap satunya menampilkan karya seni yang berbeza.


Seni di Tasik Titiwangsa

Tak pastilah sama ada anak-anak muda tu melukis secara sukarela atau dibayar oleh DBKL tapi memang aku puji hasil seni dieorang yang terang dan kreatif.

Cuma satu je perkara yang aku rasa nak bagi cadangan dekat DBKL - larangan bawa masuk makanan dalam bungkus plastik ke dalam kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Sedih bila kita ada taman yang begitu cantik tapi pengunjung-pengunjung tiada kesedaran sivik membuang sampah merata-rata. Banyak kali aku jumpa beg plastik bekas makanan, cawan plastik dan botol plastik dibuang merata-rata tempat, kadang-kadang diselit di celah-celah rumpun. Kalau ada larangan bawa plastik masuk ke taman, mungkin taman kita ni akan cantik terjaga.

24 Comments

  1. wah..cantiks..nice art! seronok la sambil jogging leh cuci mata & snap pic art cantiks2 mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. mmg berbakat dieorg tu setiap lukisan berlainan.

      Delete
  2. wow da start bersenam untuk bulan depan keeee...ok, nak kene bersenam gak ni hahahahha

    ReplyDelete
  3. cantiknya lukisan terus org rasa semangat nk bersenam

    ReplyDelete
  4. bagus bagus skrg dah warna warni titiwangsa heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang, cantik tapi kotor. klu pegi hari isnin, sampah tu mmg melimpah-ruah.

      Delete
  5. MasyaAllah cantik sungguh hasilnya.
    Kat blog Nohas pun ada berkongsi pasal lukisan pada power box ni.

    Bab sampah ni, hmm..memang sangat kecewa. Susah nak jumpa tempat tarikan awam yang bebas sampah. Kena beri didikan atau buat kempen agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah saya pun ada baca kat blog Nohas jugak. Hmm.. susah nak cakap Kak Ujie, bila sikap malas ni menebal dari kecik lagi. Padahal dah diajar di sekolah jangan buang sampah merata-rata tapi klu dari mak bapak pun mmg pengotor, sudahnya dah besar anak2 pun ikut jadi pengotor.

      Delete
  6. Cantiknya! Memang berseni sungguh.
    Lama sangat saya tak ke Tasik Titiwangsa. Terlalu banyak kenangan tersimpan di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, kenangan apa tu Kak Amie? Keluar jalan2 dgn encik suami ke? Hehe.

      Delete
  7. Rasa di bayar dan di suruh kot, atau memang mereka kerja bahagian macamtu kan... sedap mata memandang dari tengok kosong je kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la kot Sislin. Mana ada orang buat suka2 je kan hehe.

      Delete
  8. Eh? Baru jumpa topik yg sama kat sini... ----> https://al-pakri.blogspot.com/2022/09/jalan-jalan-cari-pe-cantik.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah saya pun ada tinggalkan komen di blog Nohas.

      Delete
  9. cantikkkk...mmg sesuai tema lukisan dgn alam sekitar..

    ReplyDelete
  10. Wah cantiknya.. lama dah Kak Sue tak ke Titiwangsa tu..

    ReplyDelete
  11. cantik bila dh di lukis corak dan colorful

    ReplyDelete
  12. Titiwangsa tempat kita dating dgn AG 20 tahun lepas. Jalan pelan2 pusing tasik tu 2 kali..Hehehehe..lepas tu balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun pernah gak gi dating kat titiwangsa ni dulu hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .