skymeridien

 

Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah. Selepas beberapa bulan menunggu akhirnya rumah kami 70% dah siap. Kalau dibandingkan dengan ideabook yang aku buat sebelum ni, memang jauh berbeza dengan rekabentuk dalaman idaman sebab kekangan bajet. Malah bilik anak-anak cuma ada katil, almari terpaksa tumpang dulu almari bilik kami. Kata Suami Terchenta, kalau ada bajet lagi boleh la panggil kontraktor untuk buat built-in wardrobe dan meja belajar di bilik anak-anak. Takpe, pokok pangkalnya rumah dah pasang lampu, aircond dan kipas so dah boleh la kami duduk di sini dengan selesa.

Lagipun kami pun nak cepat pindah masuk supaya tak terbeban membayar sewa rumah dan jugak bulanan rumah baru ni, jadi buat setakat termampu dulu. Yang penting banyak ruang menyimpan barang-barang supaya takde la semak mata memandang. Aku memang sukakan konsep minimalis - senang untuk mengemas dan menjaga. 

Barang-barang kami dah mula angkut sedikit demi sedikit - minggu lepas kami sewa perkhidmatan Lalamove untuk mengangkut barang-barang besar. Jadi sekarang rumah sewa dah nampak lapang, takde lagi kotak-kotak memenuhi ruang tamu dan bilik tidur. Hujung minggu ni Insha Allah sambung lagi mengangkut barang-barang kecik lain. 

Barang-barang di dapur, mesin basuh dan TV kami plan upah khidmat mover sebab Lalamove takde perkhidmatan membungkus dan menyediakan kotak-kotak untuk pindah. Aku dah pun survey khidmat-khidmat yang ditawarkan di luar sana, ada satu ni yang agak berpatutan harganya. Berpindah ni pun satu kos yang agak besar jugak, jadi kami cuba untuk berjimat dengan angkut sendiri barang-barang kecik yang boleh disumbat dalam kereta Exora kami. Insha Allah, 7 Oktober ni kami akan pindah sepenuhnya ke rumah baru, ada la seminggu masa untuk membaiki apa-apa kerosakan di rumah sewa dan mencuci apa yang patut sebelum serahkan balik kunci kepada tuan rumah.

Sekarang tinggal kontraktor dapur je lagi belum siapkan dapur. Nampaknya lepas pindah masuk ni kami kena makan di luar selama 3 minggu. OK jugak, tak payah masak hihi #thinkpositive

22 Comments

  1. hoyeeee akhirnyaaaaa...... So nanti dah ready bole kami menyinggah eheheh

    ReplyDelete
  2. wow!!! macam house showroom gallery.
    Tetapi betul sis memang setuju..orang tua2 ada cakap bila kita berpindah rumah ni boleh jadi pape (banyak keluar wang).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil angle yg cantik supaya tak nampak kosong sangat hehe.
      betul agaknya tu, pindah rumah ni byk ongkos kena keluar. kena pandai2 utamakan yg penting dulu.

      Delete
  3. Replies
    1. wah, terima kasih uncle. kita ambik inspirasi dari show room hehe.

      Delete
  4. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusannya 🤲
    So happy for you & your family 🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PH. semoga dipermudahkan jugak urusan rumah PH yg terbakar tempoh hari :)

      Delete
  5. Wow…cantiknya! Pandai Carneyz deko.
    Akak pun suka minimalis, pastu bertutup semua. Mudah nak buang habuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih Kak Ujie :)
      betul2... dah usia skrg ni malas jugak nak mengalih perabot & barang hiasan time mengemas rumah. bila minimalis ni senang nak lap2 habuk, mop lantai..

      Delete
  6. alhamdulillah..cantiknya... moga semua urusan dipermudahkan & berjalan dgn lancar...aamiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih mummy ayu :) Ameen YRA!

      Delete
  7. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan. Minimalis is good. Senang kemas. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Betul tu, senang kemas bila tak byk perhiasan hehe

      Delete
  8. wah tahniah carneys cantik sgt deco living room nampak mewah dan airbnb sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mamapp. lampu ruang makan tu yg naikkan seri rumah :)

      Delete
  9. Huiyoo cantik rumah. Macam sewa penginapan apartmen.
    Semoga dipermudahkan pindah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih NA :) Ameen YRA...

      Delete
  10. cantik deko rumah...nmpk kemas...semoga dipermudahkan urusan pindah..seronok masuk rumah sendiri...home sweet home..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... betul tu nohas, masuk rumah sendiri boleh deko ikut citarasa sendiri. rumah sewa ni terbatas sikit cthnya tak boleh drill dinding.

      Delete
  11. Seronoknyaaaaa....best feeling nak masuk rumah baru so lepas ni takde bebanan bayar sewa kan...bab makan kat luar 3 minggu tu SA sukaaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka, entah2 lepas ni hari2 nasi kandar :D

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .