Showing posts sorted by date for query levain. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query levain. Sort by relevance Show all posts

11 Kafe Menarik di KL Yang Aku Pernah Pergi

Kalau korang perasan, hobi aku dan 2 orang BFF aku ialah cafe hopping atau mencuba kafe baru di KL. Sebenarnya banyak lagi kafe menarik di KL ni yang aku belum lagi pergi tapi aku saja nak bagi ranking kafe yang aku dah pergi sebelum ni untuk rujukan diri-sendiri dan food hunters yang lain:

1. Kenny Hills Bakers Bukit Tunku

Aku letak di ranking pertama sebab kepelbagaian menu di tempat ni selain persekitaran yang menarik. Nak elakkan queue, datang seawal jam 8 pagi atau di luar waktu kemuncak (lepas pukul 10 pagi / lepas pukul 2 petang). Parking berbayar disediakan, jadi tak susah kalau nak memandu ke sini.

Boleh rujuk menu kat sini. First come first serve. Setau aku takde sistem reservation rasanya, sebab tempat ni sentiasa penuh.


Kenny Hills Bakers
Basmati Nasi lemak


Kenny Hills Bakers
The Big Breakfast

Kenny Hills Bakers
Truffled Eggs and Smoked Salmon (rasanya)

Kenny Hills Bakers
Strawberries & Cream Waffle

Kenny Hills Bakers
Pavlova

Kenny Hills Bakers
Hot chocolate

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

2. KLCG Confectionery & Bakery

Lokasi strategik dan senang dicari. Makanan pun boleh tahan, kafe boleh tampung ramai orang dan cantik. Memang tak hairan selalu penuh dari pagi sampai ke petang. Strategi nak ke sini ialah datang awal-awal pagi (dibuka pukul 9 pagi) dan luar waktu kemuncak.

Nak jalan kaki dari LRT Masjid Jamek boleh, naik bas boleh, memandu pun boleh. Boleh letak kereta di basement parking Dataran Merdeka atau di Pasar Seni dan berjalan kaki ke sini.

First come first serve. Menu boleh rujuk kat sini.


KLCG Confectionery & Bakery

3. Luckin Kopi (Luckbros Kopi)

Kat sini menunya lebih kepada menu kopitiam tapi ada jugak terselit makanan Western. Nak ke sini pun tak susah, dekat je dengan LRT Pasar Seni. Nak driving pun boleh tapi susah sikit la nak cari parking, atau mungkin boleh letak kereta di Pasar Seni. Nak cari karipap sedap kat sinilah tempatnya. 

Rujuk menu kat sini.


Luckbros Kopi


4. Levain Boulangerie & Patisserie

Levain KL ni terletak di kawasan Imbi tak jauh dari Bukit Bintang. Menu kat sini lebih kepada Western (boleh baca posting aku kat sini dan sini).

Parking kat sini berbayar dan sentiasa penuh, tapi boleh jugak parking kat bahagian luar. Kat sini wajib cuba ialah pastries dan roti. Menu berat tu bagi aku biasa-biasa je la.

Menu boleh tengok kat sini.


Levain Boulangerie & Patisserie


5. Lisette's Cafe & Bakery

Lisette's terletak di Bangsar di Jalan Kamuja. Nak ke sini boleh jalan kaki je dari stesen LRT Bangsar. Parking sangat-sangat limited sebab kat deretan rumah kedai lama yang dah diubahsuai ni memang banyak tempat makan yang agak famous dan jadi tumpuan orang ramai. Menu lebih kepada menu berat tapi boleh jugak pesan pastries dan roti di sini.

Tempat duduk agak terhad jadi nak pastikan dapat tempat boleh buat reservation di laman web Lisette's sebelum datang ke sini.

Menu boleh rujuk di sini.


Lisette's Cafe & Bakery
 

6. Breakfast Spot KL

Tempat ni memang cantik dan sesuai untuk minum kopi santai-santai dengan kawan-kawan. Makanan kat sini pun sedap cuma menu agak terhad. Nak parking susah (sampai kereta aku masuk longkang huhu) jadi better naik Grab je ke sini. Bagusnya kafe ni bukak seawal 8.30 pagi sesuai untuk early birds.


Breakfast Spot KL


7. Bricks and Bread

Salah satu tempat yang menarik cuma menunya agak terhad. Walaupun terhad, makanan kat sini sedap. Kafe cantik dan Instagrammable. Tiada parking khas, nak parking kena bayar dan sangat, sangat limited.

Boleh tengok menu di sini.


Bricks and Bread

8. Christine's Bakery@ Publika

Specialty di sini ialah pelbagai jenis bagel. Selain tu ada jugak pastries dan desserts yang lain. Makanan berat pulak terhad kepada pizza, pasta dan all day breakfast.

Memandangkan kafe ni terletak dalam shopping mall, jadi parking takde masalah. Menu boleh tengok di sini.


Christine's Bakery
Christine's @ Publika

9. Croisserie Artisan Bakers by O’Coffee Club @ Damansara Heights

Kafe ni takde makanan berat, memang specialty dieorang ialah pastries, kek dan roti je. Pastries memang sedap tak dinafikan, aku paling heart salmon quiche kat sini, the best yang aku pernah makan.

Parking agak terhad jadi datang awal supaya senang nak cari.

Croisserie Artisan Bakers
Croisserie @ Damansara Heights 

10. Bray Bakery

Kafe ni comel je dan tempat duduk agak terhad. Di sini yang popular ialah roti sourdough dan croissant which Khayla declare croissant tersedap yang dia pernah makan setakat ni. Kalau datang lambat sikit, croissant dia mesti habis jadi baik datang awal pagi atau order siap-siap untuk pick up.

Selain dari croissant, ada jugak pilihan terhad makanan berat  boleh refer kat sini. Parking disediakan di bahagian basement carpark Menara See Hoy Chan ni.


Bray Bakery

11. No. 10 Café Sentul

Neighbourhood cafe ni memang sesuai untuk lepak sambil minum kopi dan bersantai-santai di hujung minggu dengan keluarga.

Sama macam Bray Bakery, kafe ni agak kecik dan pilihan makanan pun agak terhad. Cuma aku suka lepak kat sini kadang-kadang sebab suasananya macam lepak di overseas gitchew...

Tak dapat nak tunjuk menu kat sini sebab tak jumpa link.


No. 10 Café Sentul


Nota kaki:
Ranking ni berdasarkan pengalaman aku berkunjung ke kafe-kafe ni dari segi rasa makanan, senang nak pergi dan menu yang ada di setiap kafe ni. Banyak lagi kafe yang aku tak singgah kat KL ni sebab kafe pun tumbuh macam cendawan lepas hujan, tak menyempat lagi nak mencuba semua 😂

Breakfast di Levain dengan Sislin & Kak Ret

Akhir-akhir ni memang takde mood langsung nak menulis. Tapi kali ni kena paksa gak menulis sebelum cerita jadi basi sangat hehe.

Kisahnya minggu lepas tetiba dapat tau Sislin turun ke KL mengejut. Tahap mengejutnya tu sampai tak sempat nak bawak baju, charger phone & berus gigi sekalipun. Kiranya hidupkan enjin kereta know2 dah sampai KL la. Gitulah pengorbanan seorang isteri mithali, ye tak Sislin?

Malam tu Kak Ret mesej ajak keluar breakfast sesama. Aku pun on je la, bukan selalu dapat peluang jumpa Sislin ni, busy sokmo kihkih... Pepagi lagi aku sibuk cari power bank untuk Sislin, tapi time tu la power bank tu tak jumpa! Last-last bawak la kepala charger dengan kabel iPhone sekali untuk dia charge bateri iPhone dia.

Memandangkan Sislin duduk di Hotel Maya, paling dekat tempat mengopi ialah di Levain. Ni kali kedua aku makan kat sini, first time dulu ialah masa brunch dengan kakak.


Levain Boulangerie & Patisserie
Kredit foto: Kak Retna

Mula-mula sampai haruslah cari meja yang paling dekat dengan plug dinding. Meja belah dalam semua dah di conquer oleh orang lain. Akhirnya duduk la kiteorang kat bahagian luar depan kafe. Ok gak, takyah nak control ayu time gelak besar!

Meja dah dapat, moh ler order makanan pulak. Masa nak bayar tu boleh pulak kod QR nya tak jalan grrr.... nasib baik boleh pakai kad. 

Aku order Egg Benedict dengan hash brown. Atas tu ialah sos hollandaise (bukan cheese!), dibuat dari kuning telur, butter dengan jus lemon.


Levain Boulangerie & Patisserie
Egg Benedict dengan hash brown

Kak Ret order tuna with mushroom croissant dihidang dengan hash brown dan salad.


Levain Boulangerie & Patisserie
Tuna with mushroom croissant

Sislin pulak order big breakfast. Macam simple je hidangan ni, scrambled egg tu pun nampak macam sikit je.


Levain Boulangerie & Patisserie
Kredit foto: Kak Retna


Levain Boulangerie & Patisserie
Sebelum makan selfie dulu! (Kredit foto: Kak Retna)

Bila dah lama tak jumpa ni macam-macam la cerita keluar. Ada yang bikin gelak berdekah-dekah, ada jugak yang bikin terkedu. Macam tu la adat kehidupan, semuanya tak kekal dan berubah mengikut masa. Sama la macam kiteorang mula-mula kenal dulu semua selim-melim, sekarang ni mak ai.... hahaha! Tinggal kenangan semuanya.

Tengah sibuk makan dan bergosip tu, tiba-tiba dapat mesej dari Romzi. Romzi ni pun kawan kami kenal melalui blog satu ketika dulu, cuma sekarang dia dah tak aktif sebab sibuk menguruskan pelbagai syarikat dan business. Terkini, dia menguruskan jemaah yang nak menunaikan umrah sebagai mutawif bertauliah.

Dia pesan ambik kad TnG NFC yang aku beli dari wife Romzi ni di KL Convec jadi kiteorang singgah la sekejap kat sana berjumpa dengan Romzi. Kebetulan waktu tu ada event OGA (Oil & Gas Asia 2022), gara-gara event ni la Sislin sampai sehelai sepinggang turun ke KL.


Levain Boulangerie & Patisserie
Bersama dengan Romzi

Memang mengimbau nostalgia lama zaman blogger awal 2000-an dulu2. Rindu dengan Geng KAMIE, tapi bak kata aku sebelum ni, semuanya dah berubah mengikut peredaran masa. Cuma tinggal muka-muka ni je la yang sudi luangkan masa reunion bila ada kesempatan.

Brunch di Levain Boulangerie & Patisserie

Tak sangka lepas breakfast di Kenny Hill dengan ex-roommate, esoknya keluar lagi kali ni dengan kakak pulak memandangkan dia ajak keluar semalam.

Kami ke Levain Boulangerie & Patisserie di Imbi, KL. 



Tempat ni lebih kurang macam Kenny Hill Bakers jugak, which is ada kedai roti jugak bersebelahan dengan restoran. Bila sampai di situ, kena ambik kad meja untuk reserve seat, ingat nombor meja barulah beratur di kaunter untuk pesan makanan dari menu. Kalau nak beli dan makan roti di sana pun boleh, pilih roti lepas tu bawak ke kaunter.

Bila tengok pilihan roti dan pastri di kedai ni, boleh rambang mata dibuatnya. Semua nampak sedap dan menarik. Kebanyakannya roti dan croissant Perancis.




Yang ni pulak pilihan kek dan pemanis mulut yang ada di restoran ni:


Pavlova kegemaran Khadeeja

Macaron yang comel dan sedap

Memandangkan kiteorang ke sini untuk brunch, jadi kiteorang ambik roti & pastri sikit dan order makanan berat jugak.

Mushroom truffle pasta - boleh tahan sedap cuma masin sikit bagi aku

Honey glazed salmon menu pilihan kakak - memang manis kuahnya

Roti dan pastri pilihan kami

Asalnya aku nak ambik gambar dalam restoran ni tapi semalam dieorang mengalami kerosakan lampu di bahagian tengah jadi restoran agak malap. Lagi pun ramai jugak yang sedang makan di situ, segan pulak nak ambik gambar.

Bagi aku makanan dia not bad, walaupun menu dia tak semeriah Kenny Hill Bakers. Tapi lebih kurang sama je dua-dua ni. Peminat roti boleh singgah sini cuba roti dieorang yang sedap.