Kalau korang perasan, hobi aku dan 2 orang BFF aku ialah cafe hopping atau mencuba kafe baru di KL. Sebenarnya banyak lagi kafe menarik di KL ni yang aku belum lagi pergi tapi aku saja nak bagi ranking kafe yang aku dah pergi sebelum ni untuk rujukan diri-sendiri dan food hunters yang lain:

1. Kenny Hills Bakers Bukit Tunku

Aku letak di ranking pertama sebab kepelbagaian menu di tempat ni selain persekitaran yang menarik. Nak elakkan queue, datang seawal jam 8 pagi atau di luar waktu kemuncak (lepas pukul 10 pagi / lepas pukul 2 petang). Parking berbayar disediakan, jadi tak susah kalau nak memandu ke sini.

Boleh rujuk menu kat sini. First come first serve. Setau aku takde sistem reservation rasanya, sebab tempat ni sentiasa penuh.


Kenny Hills Bakers
Basmati Nasi lemak


Kenny Hills Bakers
The Big Breakfast

Kenny Hills Bakers
Truffled Eggs and Smoked Salmon (rasanya)

Kenny Hills Bakers
Strawberries & Cream Waffle

Kenny Hills Bakers
Pavlova

Kenny Hills Bakers
Hot chocolate

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers

2. KLCG Confectionery & Bakery

Lokasi strategik dan senang dicari. Makanan pun boleh tahan, kafe boleh tampung ramai orang dan cantik. Memang tak hairan selalu penuh dari pagi sampai ke petang. Strategi nak ke sini ialah datang awal-awal pagi (dibuka pukul 9 pagi) dan luar waktu kemuncak.

Nak jalan kaki dari LRT Masjid Jamek boleh, naik bas boleh, memandu pun boleh. Boleh letak kereta di basement parking Dataran Merdeka atau di Pasar Seni dan berjalan kaki ke sini.

First come first serve. Menu boleh rujuk kat sini.


KLCG Confectionery & Bakery

3. Luckin Kopi (Luckbros Kopi)

Kat sini menunya lebih kepada menu kopitiam tapi ada jugak terselit makanan Western. Nak ke sini pun tak susah, dekat je dengan LRT Pasar Seni. Nak driving pun boleh tapi susah sikit la nak cari parking, atau mungkin boleh letak kereta di Pasar Seni. Nak cari karipap sedap kat sinilah tempatnya. 

Rujuk menu kat sini.


Luckbros Kopi


4. Levain Boulangerie & Patisserie

Levain KL ni terletak di kawasan Imbi tak jauh dari Bukit Bintang. Menu kat sini lebih kepada Western (boleh baca posting aku kat sini dan sini).

Parking kat sini berbayar dan sentiasa penuh, tapi boleh jugak parking kat bahagian luar. Kat sini wajib cuba ialah pastries dan roti. Menu berat tu bagi aku biasa-biasa je la.

Menu boleh tengok kat sini.


Levain Boulangerie & Patisserie


5. Lisette's Cafe & Bakery

Lisette's terletak di Bangsar di Jalan Kamuja. Nak ke sini boleh jalan kaki je dari stesen LRT Bangsar. Parking sangat-sangat limited sebab kat deretan rumah kedai lama yang dah diubahsuai ni memang banyak tempat makan yang agak famous dan jadi tumpuan orang ramai. Menu lebih kepada menu berat tapi boleh jugak pesan pastries dan roti di sini.

Tempat duduk agak terhad jadi nak pastikan dapat tempat boleh buat reservation di laman web Lisette's sebelum datang ke sini.

Menu boleh rujuk di sini.


Lisette's Cafe & Bakery
 

6. Breakfast Spot KL

Tempat ni memang cantik dan sesuai untuk minum kopi santai-santai dengan kawan-kawan. Makanan kat sini pun sedap cuma menu agak terhad. Nak parking susah (sampai kereta aku masuk longkang huhu) jadi better naik Grab je ke sini. Bagusnya kafe ni bukak seawal 8.30 pagi sesuai untuk early birds.


Breakfast Spot KL


7. Bricks and Bread

Salah satu tempat yang menarik cuma menunya agak terhad. Walaupun terhad, makanan kat sini sedap. Kafe cantik dan Instagrammable. Tiada parking khas, nak parking kena bayar dan sangat, sangat limited.

Boleh tengok menu di sini.


Bricks and Bread

8. Christine's Bakery@ Publika

Specialty di sini ialah pelbagai jenis bagel. Selain tu ada jugak pastries dan desserts yang lain. Makanan berat pulak terhad kepada pizza, pasta dan all day breakfast.

Memandangkan kafe ni terletak dalam shopping mall, jadi parking takde masalah. Menu boleh tengok di sini.


Christine's Bakery
Christine's @ Publika

9. Croisserie Artisan Bakers by O’Coffee Club @ Damansara Heights

Kafe ni takde makanan berat, memang specialty dieorang ialah pastries, kek dan roti je. Pastries memang sedap tak dinafikan, aku paling heart salmon quiche kat sini, the best yang aku pernah makan.

Parking agak terhad jadi datang awal supaya senang nak cari.

Croisserie Artisan Bakers
Croisserie @ Damansara Heights 

10. Bray Bakery

Kafe ni comel je dan tempat duduk agak terhad. Di sini yang popular ialah roti sourdough dan croissant which Khayla declare croissant tersedap yang dia pernah makan setakat ni. Kalau datang lambat sikit, croissant dia mesti habis jadi baik datang awal pagi atau order siap-siap untuk pick up.

Selain dari croissant, ada jugak pilihan terhad makanan berat  boleh refer kat sini. Parking disediakan di bahagian basement carpark Menara See Hoy Chan ni.


Bray Bakery

11. No. 10 Café Sentul

Neighbourhood cafe ni memang sesuai untuk lepak sambil minum kopi dan bersantai-santai di hujung minggu dengan keluarga.

Sama macam Bray Bakery, kafe ni agak kecik dan pilihan makanan pun agak terhad. Cuma aku suka lepak kat sini kadang-kadang sebab suasananya macam lepak di overseas gitchew...

Tak dapat nak tunjuk menu kat sini sebab tak jumpa link.


No. 10 Café Sentul


Nota kaki:
Ranking ni berdasarkan pengalaman aku berkunjung ke kafe-kafe ni dari segi rasa makanan, senang nak pergi dan menu yang ada di setiap kafe ni. Banyak lagi kafe yang aku tak singgah kat KL ni sebab kafe pun tumbuh macam cendawan lepas hujan, tak menyempat lagi nak mencuba semua 😂

20 comments:

  1. wow best nya. ada geng mcm ni... leh try mcm2 tempat & mcm2 menu kan
    best best!

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian, senang nak rujuk kot mencari mana yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cafe hoppers mcm saya ni boleh rujuk kat sini hehe

      Delete
  3. Seronoknya cafe hunting hehe..
    Pasal kitar semula tu, yes boleh hantar stroller baby ke RISE@KL Batu Caves tu sis, sebab suami kata dia nampak ada orang hantar stroller baby. PH pun plan nak hantar baby carrier ke situ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha sbb tu tak kurus2 lagi ni! :D

      Terima kasih PH kongsi info. Insha Allah ada masa boleh la ke sana. Hari tu plan nak letak dlm kotak kitar semula tapi besar sangat tak muat.

      Delete
  4. Fuh! Peta cafe semua dalam tangan ni.....

    ReplyDelete
  5. Croisserie dengan Luckin' Kopi je saya pernah pergi. Both pun sedap. Ok nanti nak try yang lain dalam list ni

    ReplyDelete
  6. Yeay! thank you for sharing! Saya pon suka cafe hopping so mmg suka bila ada yang tolong share mcm ni hehe.
    https://keypadclick.blogspot.com/2022/12/no-one-knows.html

    ReplyDelete
  7. good info... semua kacak² cafe tok... nang blogger tegarlah msti ambik gambar setiap tempat dipegi

    ReplyDelete
  8. penah try luckin' kopi je... insya allah next KLCG tu pulak...sbb dah ada yg mengajak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh la anies pulak yg review experience pegi ke klcg ni ;)

      Delete
  9. cafe menarik ada plak geng mkn2 mmg best...akak pn suka juga..mmg byk cafe menarik yg tumbuh bak cendawan skarang ni..sempat ngan tk je nk pegi kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, ada geng sama kepala suka cafe hopping ni mmg semangat la nak gi explore cafe2 kat kl ni hehe.

      Delete
  10. Wahh rajin betul cafe hunting. Semuanya menarik. Satu cafe pun dah rambang mata nak pilih menunya. Tq share :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .