Sejak 6 tahun lepas aku perasan bila aku bendera Jepun, kadang-kadang sakit senggugut tu boleh tahan luar biasanya...
![]() |
Sumber imej: Freepik.com |
Padahal lepas aku beranak sakit senggugut yang aku alami sebelum tu boleh dikatakan hilang beberapa tahun tapi lepas tu muncul balik.
Aku pernah cuba ikhtiar berurut dengan seorang tukang urut ni sebab aku takut rahim aku jatuh. Iyalah bila jadi single parent semua benda kena angkat sendiri berat macamana pun (masa tu duduk jauh dari suami), kemungkinan rahim jatuh tu memang ada.
Tapi lepas berurut, lega tu tak lama. Dalam sebulan dua senggugut tu hilang, tapi lepas tu muncul balik. So setiap kali kena senggugut, mampu berhuhuhuhu dan telan panadol je la. Hot water bag memang kawan baik bila dah sakit sangat.
Fast forward lepas aku keguguran bulan Oktober. Aku pergi jumpa gynae aku masa aku beranakkan si Khadeeja, sebab ada benda yang aku nak dia check. Seperti biasa bila jumpa gynae ni memang kena scan bahagian rahim la. Masa ni dia bagitau aku ni sebenarnya dinding rahim yang tebal atau nama saintifiknya hiperplasia endometrium.
![]() |
Sumber imej: health.compas.com |
Apa itu hiperplasia endometrium?
- Satu keadaan luar biasa yang menyebabkan lapisan uterus atau dinding rahim wanita menebal secara abnormal.
- Ia berlaku kepada 133 daripada 100,000 wanita di seluruh dunia.
Lapisan dalam rahim (endometrium) ni menebal disebabkan terlalu banyak sel yang tumbuh (hiperplasia). Selalunya bila datang bulan, lapisan dalam rahim akan luruh supaya akan ada lapisan baru untuk kitaran yang seterusnya. Lapisan ni menebal disebabkan hormon estrogen bertujuan untuk menerima kehamilan. Tapi kadang-kadang hormon estrogen ni keluar berlebihan atau hormon progesteron pulak terlalu sikit dan bila tak berlaku ovulasi, lapisan rahim tak luruh dan jadi makin tebal.
Tanda-tanda Hiperplasia Endometrium
- Pendarahan yang tidak normal (terlalu banyak / terlalu sikit)
- Pendarahan selepas menopaus
- Senggugut yang teruk
- Masalah ketika membuang air kecil
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Keputihan yang tidak normal
- Kitaran haid yang tidak teratur
Golongan berisiko
- Wanita yang mengambil ubat yang berfungsi seperti estrogen
- Menggunakan estrogen untuk terapi hormon, tetapi tidak menggunakan progesteron atau progestin jika mempunyai rahim
- Mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, terutamanya wanita yang menghidap PCOS atau mempunyai masalah kesuburan.
- Mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
- Penggunaan tembakau.
- Tidak pernah hamil.
- Mengalami menopaus awal.
- Datang haid pada usia yang muda.
Cara Mencegah
- Menurunkan berat badan jika obes.
- Mengambil ubat yang mengandungi progestin (progesteron sintetik) jika anda mengambil estrogen.
- Mengambil pil perancang atau ubat lain untuk meregulasi hormon.
- Berhenti merokok.
Hiperplasia endometrium ni boleh mendatangkan komplikasi kekurangan sel darah merah dan berkemungkinan jugak boleh menyebabkan kanser rahim. Oh, patutlah bila aku buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun result mesti sama je - low hemoglobin count.
Sebab tu penting untuk kita buat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali dan rujuk kepada pakar sakit puan kalau mengalami tanda-tanda hiperplasia endometrium. Lepas dapat tau tu, aku terus setuju buat ujian pap smear (alhamdulillah sel normal) tapi yes, aku kena start serius untuk turunkan berat badan dan dapatkan berat badan ideal.
Ramai orang kata kita kena terima bentuk badan kita seadanya, gemuk is ohsem dsb. tapi di sebalik tu inilah risiko-risiko bila berat badan berlebihan macam aku ni. Yang aku highlight tu ialah apa yang aku tengah hadap sekarang.
Sumber info: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/lapisan-uterus-menebal/