Semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang sangat mendukacitakan. Pemergian seorang pengurus di syarikat lama tempat aku bekerja sebelum ni. Perginya pada pagi Jumaat yang mulia. Arwah ni sangat la baik orangnya, sangat menyantuni orang-orang di sekeliling. Arwah layan semua orang sama rata, baik orang bawahan atau pihak pengurusan.
Jarang aku jumpa orang dari Semenanjung yang tahan bekerja di Sarawak selama lebih dari 5 tahun. Biasanya lepas 5 tahun je dah mula bersuara mintak pindah balik ke Semenanjung. Arwah pulak dah lebih 10 tahun kat sana. Anak-anak pun membesar di Bintulu. Arwah dan isteri sama-sama bukan orang Sarawak tapi boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana.
Arwah baik dengan cikgu-cikgu di sekolah-sekolah anak-anaknya. Aku terbaca salah seorang cikgu anaknya post kat FB tentang arwah yang selalu hantar ucapan Selamat Hari Guru walaupun cikgu tu dah berpindah sekolah dan tak lagi jadi cikgu di sekolah anaknya. Anak-anak arwah belajar di sekolah tahfiz dah sekolah agama di sana. Arwah rajin bagi sumbangan dekat sekolah tahfiz dan aktif dalam PIGB sekolah.
Di pejabat pulak, arwah seorang pengurus yang sempoi dan ramah dengan semua orang tak kira department. Selalu orang takut nak lepak dekat HR tapi arwah ni bila free, petang-petang je turun ke ofis HR lepak-lepak dengan geng HR. Antara workstation arwah selalu singgah ialah workstation ex-boss aku pastu workstation aku. Kiteorang kamceng mungkin sebab masa tu selalu bertembung masa berlari petang-petang atau weekend. Arwah rajin buat LSD (long slow distance running), kalau terjumpa tengah jalan kiteorang akan lambai-lambai each other.
Kehilangan arwah sangat-sangat membuatkan orang sekeliling terasa sebab dia terlalu baik. Orang-orang bawahan kat ofis tu lagi la post macam-macam tentang kebaikan arwah kat FB. Macamana arwah ambik berat bertanyakan baby staff bawah dia yang tak sihat. Macamana arwah sangat-sangat menghargai sumbangan anak-anak buah walaupun cuma kecil tapi dia sanggup pergi cari staff untuk puji dan ucapkan terima kasih.
Arwah sangat merendah diri, tak lekang dengan senyuman dan tak lokek kongsi pengalaman dan beri motivasi dengan orang lain. Arwah jugak selalu jadi imam solat berjemaah. Aku tak tau kenapa kehilangan arwah sangat-sangat buat aku terkesan padahal nak kata kiteorang rapat tak jugak. Sebabnya masa aku bekerja kat sana aku ni kira orang bawahan padahal dia pulak salah seorang dalam team pengurusan. Tapi cara dia baik dengan semua orang tu yang bukan aku je yang terkesan tapi ramai yang rasa macam tu jugak. Berlinang air mata aku mengenangkan kebaikan arwah, apa lagi mengenangkan keluarga yang ditinggalkan. Semoga isteri dan anak-anak redha dengan pemergian arwah dan diberikan kekuatan meneruskan kehidupan tanpa suami / ayah yang dikasihi.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah khususon ila ruuhil..............بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Nota kaki: Setiap kematian itu menginsafkan aku - bagaimana pengakhiran diri-sendiri kelak? Semoga aku pun pergi dalam keadaan husnul khatimah.