• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, August 05, 2022

Bila Hantu Croissant Bercuti - Christine's @Publika

Semalam Khayla mengadu pening kepala. Lepas Subuh dia baring atas sejadah, katanya tak larat nak ke sekolah. So bapaknya suruh dia cuti je la semalam, rehat di rumah. Kalau ke sekolah pun bukan boleh belajar.

Dekat2 tengahari dia bangun, kurang sikit pening katanya. Baru je aku nak masak tengahari, tiba-tiba tak de letrik. Rupa-rupanya TNB ada kerja-kerja penyelenggaraan. Dah la dapur rumah sewa aku ni guna dapur induction. 

OK la, jom kita keluar aku bagitau Khayla. Maka mommy-daughter date la kami semalam. Khayla request nak makan croissant. Dia memang hantu croissant, kalau keluar mesti nak cari croissant.

End up kami ke Publika @ Solaris. Saja nak mencuba croissant di Christine's Bakery.


Christine's @Publika
Muka budak lapar tapi kena posing haha!

Christine's ni berkonsepkan bakery & kafe yang menjual pastri, bagel dan dessert yang dibuat fresh setiap hari. Pelanggan boleh pilih sama ada beli dan makan di kafe, atau bawak balik. Kafe dieorang pun ada jual makanan berat i.e. all-day breakfast dan jugak pasta selain minuman.


Christine's @Publika
Christine's Bakery & Cafe

Peminat croissant boleh jumpa beberapa jenis croissant kat sini antaranya almond croissant, salted egg croissant, butter croissant dan pain au chocolat (chocolate croissant). Aku sebenarnya bukan peminat croissant tapi bagi aku croissant dia lembut, tak terlalu rapuh (crumbly) dan buttery. So pass la kat tekak aku.


Christine's @Publika
Kami kongsi pain au chocolate dan cream cheese sausage. Total semua termasuk air dalam RM30+

Christine's @Publika
Muka happy dapat makan croissant

Christine's @Publika
Selain croissant ada macam-macam jenis pastri yang lain. Dessert dan makanan berat kena tengok menu restoran

Christine's @Publika
Khayla pilih 2 cream cheese sausage, ingatkan nak kongsi tapi dia sorang je makan hahaha! Nasib baik mak dia tak lapar sangat 😅

Kalau nak tengok menu Christine's yang lain, boleh pergi laman web dieorang. Mujur la Khadeeja bukan penggemar pastri dan croissant, kalau tak hijau muka dia bila dapat tau mommy & kakak pergi dating kat sini hehe... 

Read more »
on Friday, August 05, 2022 14
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 05, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Pintu Syurga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

sedekah
Sumber: Pinterest

Terdapat 8 pintu syurga di mana orang-orang yang beramal soleh akan dipanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu-pintu ini:

baab as-sadaqah

Orang-orang beriman yang suka bersedekah di jalan Allah sama ada kepada ibu bapa, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang sakit dan orang-orang miskin, maka di akhirat dia layak untuk masuk ke syurga Allah melalui Baab As-Sadaqah.

Ramai yang takut sedekah akan mengurangkan harta mereka (ya, kadang-kadang aku pun agak berat nak hulur duit untuk bersedekah sebab takut kena 'scam'), tapi sedekah ni sebenarnya banyak fadhilatnya, antaranya:

1. Mampu menyembuhkan penyakit, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT dan mencegah dari kematian yang buruk (semuanya atas keizinan Allah SWT)

2. Melipat-gandakan kekayaan dan mencukupkan rezeki orang yang bersedekah

3. Menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api

4. Melindungi daripada terik matahari pada Hari Pembalasan

5. Menghilangkan cinta terhadap dunia yang fana dan mendekatkan kita kepada Allah SWT

6. Mengabulkan doa hamba-Nya

7. Membawa kepada keharmonian masyarakat

8. Pahala sedekah jariyah berterusan mengalir walaupun selepas meninggal dunia contohnya apabila kita bersedekah untuk membina masjid, pondok-pondok ilmu hatta mengajarkan satu ilmu yang kemudiannya diajar pula kepada orang lain.


sedekah senyum
Nota kaki: Senyum pun satu sedekah :)
Read more »
on Friday, August 05, 2022 6
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 04, 2022

Ada Lagi Virus Baru? Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Virus Marburg

Virus Marburg
Sumber artikel: Berita Harian

Terbaca tentang virus Marburg yang telah mengorbankan 2 nyawa di negara Ghana termasuk seorang kanak-kanak. Sama macam Covid-19, virus ni berjangkit dari kelawar buah kepada manusia dan merebak di kalangan kontak rapat. Macamana boleh berjangkit dari kelawar kepada manusia, Wallahu'alam. Buat masa sekarang belum ada vaksin lagi untuk virus Marburg ni. 

Antara simptom-simptom jangkitan virus yang menyerupai penyakit Ebola ni ialah sakit kepala, sakit otot dan demam menggigil. Penyakit ni dianggap serius sebab ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman, kegagalan organ dan radang pankreas. Mangsa biasanya meninggal dunia disebabkan pendarahan dalaman pada beberapa bahagian tubuh badan.

Masha Allah, macam-macam penyakit yang timbul sekarang. Mula-mula cacar monyet (monkey pox) sekarang virus Marburg pulak.  Semoga virus ni tak merebak ke negara kita. 

Teruskan jaga SOP ya kawan-kawan.

Read more »
on Thursday, August 04, 2022 4
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 04, 2022

Gejala Buli di Sekolah - Kisah Joanna Joseph, Aku dan Khadeeja

Setiap petang bila ambik anak-anak di sekolah, aku selalu dengar podcast tentang topik-topik menarik & isu terkini. Antara podcast yang aku suka ialah Mamak Sessions yang dikendalikan oleh Youtuber & influencer 'Jinnyboy'.

Episod 83 yang aku dengar semalam 'How She Was Bullied for Being Oversized - Joanna Joseph' membuka mata aku tentang gejala buli di sekolah yang sangat serius. Walaupun isu buli ni dah berlaku dari zaman aku bersekolah, tapi tak la seteruk kes buli yang dialami oleh bekas ratu cantik 'Miss Earth Selangor 2016' ni. Aku rasa perkara ni tak sepatutnya berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi pekerti tapi yalah, di manakah budi pekerti kita zaman sekarang?


Joanna Joseph
Kredit imej: https://gempak.com

Aku ringkaskan di sini cerita yang disampaikan oleh Joanna Joseph masa temubual dengan Jinnyboy selama sejam lebih:

  • Dibuli sebab tubuh badannya yang gempal. Waktu kecik, dia seorang yang kurus sampai mak bapaknya risau dan bagi dia pelbagai supplement dan multivitamin untuk menambah berat badannya. Hasilnya, dia mencecah 60kg pada usia 6 tahun!
  • Tak tau berbahasa Melayu dan berbahasa ibunda (Tamil) menyebabkan dia takde kawan di sekolah. Masa di sekolah rendah, dia pernah ditipu ketua kelas kononnya tulis nama Joanna di papan tulis sebagai murid yang baik masa cikgu takde di kelas, padahal namanya ditulis sebagai murid yang bising. Jadi Joanna dimarahi oleh cikgu tanpa usul periksa.
  • Dia masuk sekolah menengah perempuan (all-girl school), masa ni berat dia dah cecah 103kg. Dia dibuli dengan lebih teruk di sekolah menengah, kawan-kawannya selalu ejek berat badannya dan kata takde sapa nak kat dia. Masa umur 13 tahun, dia buat akaun Facebook dan mula-mulanya seronok sebab jumpa kawan-kawan baru yang sama-sama minat Justin Bieber (Beliebers). Lepas tu ada mamat umur 18 tahun hantar friend request. Dieorang makin rapat dan mamat ni ajak dia couple.
  • Joanna taknak diejek 'takde sapa nak kat you' jadi dia pun couple dengan mamat ni. Kiranya dieorang ni long-distance relationship sebab mamat ni di JB, dia pulak di Selangor. Dieorang berhubung melalui SMS, Skype dan Facebook (kot?).
  • Lama-lama mamat ni mula mintak gambar tak senonoh. Joanna mula-mula taknak layan tapi mamat ni desak-desak guna ayat-ayat, 'you tak sayang I sebab tu you tak percayakan I'. 
  • Sebab dia takut mamat ni tinggalkan dia, dia pun bagi satu gambar separuh bogel. Dia mintak mamat ni delete lepas tengok. Tapi mamat ni mintak lagi, dan bila dia taknak bagi mamat ni tinggalkan dia jugak. Masa ni umur dia baru 14 tahun, memang mentah sangat-sangat!
  • Kawan-kawan dapat tau dia dah putus, dieorang usik-usik suruh dia cederakan diri-sendiri bila tengok dia kemurungan. Nanti makin lega, kata dieorang. Memang kawan-kawan iblis namanya.
  • Setahun kemudian, mamat durjana ni dan girlfriend baru dia pergi sebarkan gambar dia kat kawan-kawan dan mak dia. Joanna (15 tahun) hampir-hampir bunuh diri sebab stress sangat, tak cukup kena ejek gemuk kat sekolah sekarang tambah pakej s*ndal (sl*t). 
  • Mujur dia beranikan diri berterus-terang dengan ayahnya yang menjadi kekuatan bagi Joanna untuk menghadapi dugaan ni. Ayah Joanna benarkan dia belajar di rumah selama berbulan-bulan untuk memulihkan kesihatan mentalnya.
  • Masa ni, Joanna rasakan dia kena berubah supaya dia lebih kuat menghadapi kawan-kawan puaka di sekolah. Jadi dia mula bersenam & diet dengan konsisten di rumah. Dia pun dah tak stress nak hadap mulut puaka kawan-kawan dan hasilnya dia berjaya turun 51kg dalam masa 6 bulan!
  • Bila dia balik ke sekolah sebab nak SPM tahun tu, semua orang tak kenal dia. Paling best, ada cikgu tuduh dia ambik dadah untuk kurangkan berat badan. 
  • Sehari sebelum SPM, ada orang buat vandalisme di dinding sekolah dan tulis benda2 tak elok tentang Joanna. Gila betul budak-budak sekolah dia ni. Lepas tu sekolah panggil Joanna & ayahnya, aku ingatkan nak bagi kata-kata semangat kat Joanna supaya dia tak down sebelum menghadapi SPM. Plot twist, pengetua salahkan Joanna atas perbuatan vandalisme tu ('Kalau awak tak bagi gambar tak senonoh, takde la benda ni berlaku kat sekoalh jadi ni salah awak!' lebih kurang gitu la kot) dan mintak ayah Joanna bayar ganti rugi untuk beli cat. Wow. Patutlah kes buli tak habis kalau orang yang dibuli pulak disalahkan.
  • Joanna stress tapi dia decide nak fokus kat SPM. Lepas hari pertama exam, dia balik rumah dan ada sepucuk surat bertaip dalam peti surat dan ditujukan kepada Joanna. Surat tu ditulis oleh orang yang buat vandalisme ni. 
  • Orang ni mengaku dia salah seorang kawan yang rapat dengan Joanna dan dia terpaksa buat macam tu sebab kawan-kawan lain suruh. Puncanya, dieorang dengki tengok dia kurus jadi dieorang saja nak kacau bagi dia mental dengan harapan dia gagal SPM. Dieorang yang sebenarnya mental.
  • Tujuan penulis hantar surat sebab dia rasa dah terkena karma buruk sebab buat jahat kat Joanna (abangnya kemalangan jalan raya dan kritikal), jadi dia mintak Joanna maafkan dia supaya abangnya cepat sembuh. Tau pun takut. Tapi kalau takde apa2 berlaku kat abang dia, korang rasa dia insaf tak? Aku tak rasa.
Setakat tu kisah sedih buli yang dialami oleh Joanna Joseph. Sedih giler, sebab ni bukan drama rekaan tapi realiti gejala buli di Malaysia yang diceritakan oleh mangsa buli.

Bila anak-anak aku dah masuk kereta, aku ulang balik podcast tu untuk dieorang dengar dan kemudiannya aku terangkan satu-persatu pengajaran dari kisah ni:

  1. Jangan normalkan budaya ejek-mengejek di sekolah. Always say nice things or keep quiet. 
  2. Jangan biarkan kawan sorang-sorang (maksudnya terasing takde sapa nak kawan), jadi la kawan yang baik dan ajak dieorang join your circle. Make your friends realize they will always have a friend in you.
  3. Jangan accept friend request dari orang yang tak dikenali apa lagi kalau terang-terang dari orang berlainan jantina. Jangan bercinta di bangku sekolah. Cinta tu patut simpan untuk bakal suami je. 
  4. Orang yang membuli ni sebenarnya lebih lemah dari orang yang dibuli, sebab tu dia membuli untuk bagi dia rasa berkuasa atas orang yang dibuli. Stand up to bullies! Bagitau cikgu dan ibubapa bila rasa dibuli supaya dieorang boleh masuk campur.

Kisah buli aku

Aku pernah jadi mangsa buli di sekolah asrama. Dipulaukan oleh kawan-kawan hostel dan sekelas cuma disebabkan salah faham kertas ujian Fizik (dieorang ingat aku menipu). Kawan aku bagitau dieorang (satu bilik asrama) pernah pakat-pakat nak gunting rambut aku masa aku tidur, mujur kawan aku terdengar dan dia yang halang. Aku nangis sorang-sorang lepas lampu ditutup selama berbulan-bulan dan bila balik rumah aku selalu terbangun tengah-tengah malam meracau-racau sebab mimpi buruk. Akhirnya warden tukarkan aku ke bilik lain tapi masa tu aku dah tawar hati nak belajar di sekolah tu (walaupun sekolah tu sekolah berasrama sains yang boleh dianggap sekolah elit). 


Kisah buli Khadeeja

Masa Khadeeja masuk darjah satu, dia masuk lambat sikit jadi dia terpaksa duduk di belakang kelas diapit oleh dua orang budak lelaki. Satu hari Khadeeja mengadu kena buli di sekolah (kawan ambik pensel warna, pukul tangan dia dan curi duit bekal, yang ni kawan dia pun nampak jugak). Aku tak teragak-agak terus lapor kat guru kelas. Lepas tu Cikgu denda budak tu dan tukarkan tempat duduk anak aku supaya dia jauh dari pembuli tu (budak lelaki). Aku taknak anak aku trauma nak ke sekolah macam aku dulu.


Nota kaki: Alhamdulillah, sekolah baru ni aku tak dengar lagi anak-anak mengadu kena buli. Hari-hari nak ke sekolah walaupun demam, tapi aku tak bagi la takut jangkit kat budak-budak lain. Tahniah buat cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah anak-anak sebab menjadikan suasana sekolah yang seronok.

Read more »
on Thursday, August 04, 2022 4
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 03, 2022

Jumlah Trafik Blog Tertinggi Setakat Ni!

Malam tadi lepas makan malam dan sambil tunggu anak-anak siapkan tugasan duty roster dieorang, aku saja-saja jengok blog kejap. Terkejut aku tengok tinggi betul trafik malam ni!

Walaupun tak semeriah macam blog-blog otai lain, tapi cukup buat aku gembira sebab ada juga yang sudi berkunjung dan baca penulisan aku. Terima kasih ye korang semua! ❤

Bila trafik blog tinggi, maknanya view pun tinggi jugak. Aku tertarik dengan ulasan Sislin kenapa jumlah view ni penting jika kita nak jadikan blog ni sebagai sumber menjana pendapatan. Sambil menulis sambil dapat income iklan. Lagi hebat bila jadi blogger influencer (atau bahasa Melayunya ‘pempengaruh’ hehe) dijemput untuk review restoran2, produk2 dan hotel2 secara percuma.


Coffee Break With Me Blog

Ermm… bila la pulak Google AdSense ni nak approve blog aku? Asyik kena reject je 😢 Ada sapa2 boleh tolong macamana nak fix isu berkaitan dengan content?

Read more »
on Wednesday, August 03, 2022 10
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 03, 2022

Wordless Wednesday - Minyak Rambut Safi Shayla


Biasanya orang pakai minyak rambut lepas cuci dan keringkan rambut. Tapi minyak ni pulak pakai sebelum cuci rambut. Baunya wangi dan sedikit berangin bila diurut di kulit kepala. Aku dan anak-anak pakai ni sebab kulit kepala selalu gatal-gatal. Lepas pakai memang kurang masalah gatal-gatal kepala tu.

Minyak ni aku beli dekat Watsons. Harga RM10.50 tapi kongsi pakai 3 orang sebab cuma perlu pakai 2 kali seminggu. 

Read more »
on Wednesday, August 03, 2022 10
Share this!
Tags
Products, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, August 02, 2022

Malas keluar shopping barang dapur? HappyFresh kan aje.

Sejak aku duduk di KL ni, malas betul rasanya nak keluar rumah. Malas nak bersiap2 (ye la aku bukannya kat Bintulu lagi, kat sana pergi mall pakai seluar tido pun orang tak heran), hadap jalan jem (walaupun sekejap), carik parking, bukak phone tunjuk MySejahtera (sekarang dah tak payah) dan sampai kat parking nak kena pulak jalan jauh sambil angkut barang berat2 naik ke rumah bertingkat ni (rindu pulak rumah atas tanah kat sana).

Bila dah timbul mood malas ni tapi barang dapur pulak dah habis, penyelesaiannya ialah bukak website HappyFresh atau apps HappyFresh:


HappyFresh Malaysia
www.happyfresh.my


Sebab-sebab aku suka guna HappyFresh:


1. Selalu ada promotion 'Free Delivery'

HappyFresh Malaysia

Biasanya bila spend lebih dari RM100 di pasaraya tertentu, layak dapat penghantaran percuma tau. Biasalah, bila beli barang-barang dapur seminggu sekali, mesti akan habis RM100 ke atas lebih-lebih lagi kalau ada budak-budak yang tengah membesar di rumah. Tinggal masukkan promo code je, dapat free delivery. Kalau pergi shopping sendiri, minyak habis lepas tu bayar parking lagi. Jimat, jimat...


2. Pilihan pasaraya berdekatan

HappyFresh Malaysia
Senarai pasaraya berdekatan rumah aku

HappyFresh Malaysia
Kalau bahan kek, farmasi dan kedai makanan dan barangan haiwan peliharaan pun ada

3. Shopper boleh tolong pilih barang lain kalau barang takde

HappyFresh Malaysia

Kalau brand yang kita nak dah habis stok, shopper akan tanyakan nak tukar brand lain atau keluarkan dari shopping list? Sangat membantu sebab aku penah beli dekat apps lain bila takde senyap je, tau2 dia masukkan balik kredit.


4. Boleh kumpul mata ganjaran = lebih banyak diskaun

Kalau shopping guna apps HappyFresh, mata ganjaran (points) yang korang dapat tu boleh tukarkan jadi diskaun masa nak bayar. Lebih jimat!

Pendek kata, HappyFresh ni memudahkan hidup aku (masa kena Covid bulan Februari lepas memang aku bergantung dengan apps HappyFresh untuk beli stok barang dapur). 

Tapi satu je la kelemahan HappyFresh. Nak cari pasaraya ekonomi macam Pasaraya KK, kedai-kedai runcit, mini-mart tu semua nan hado ye. Yang tu boleh cari dekat GrabMart atau PandaMart.

Pastu aku tak boleh la rambang mata capai barang letak dalam troli hihi. Sebabnya bila shopping barang dapur online ni, biasanya ikut senarai barang-barang yang nak beli itu je la yang aku akan cari.


Psst... kalau korang berminat nak jimat RM30 untuk pembelian pertama di HappyFresh, korang boleh copy kod ni dan RM30 akan ditolak dari pembelian pertama korang.
Read more »
on Tuesday, August 02, 2022 10
Share this!
Tags
Reviews, Services
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, August 02, 2022

Kisah Buat Permohonan Visa Ke Jepun (Hampa tapi Redha...)

Dari 2 minggu lepas aku dan beberapa parents kat sekolah anak-anak bertungkus-lumus buat research untuk ke Jepun sebab anak-anak kami terpilih dijemput untuk menyertai academic conference di Rikkyu University Tokyo Jepun 5-7 Ogos (hujung minggu ni). Undangan tu pun datang agak terkejut iaitu 2 minggu lepas. 

Seperti yang semua orang sedia maklum, Jepun dah pun mula bukak sempadan untuk kemasukan pelancong mulai 1 Jun 2022 lepas. Tapi prosedur nak masuk ke Jepun sekarang tak semudah masa kami travel ke Jepun dulu. 

Kredit imej: jrailpass.com

Sebenarnya, aku agak sangsi dapat ke uruskan visa ke Jepun kurang dari 2 minggu? Kalau dulu nak ke Jepun tak susah sebab apply visa on arrival (masa dalam flight baru isi borang visa). Tapi dengan semangat yang tinggi dan tak mudah berputus asa, cikgu-cikgu cuba jugak usahakan mendapatkan dokumen-dokumen dari pihak penganjur conference di sana. Parents macam aku pulak tolong buat research dan pergi renew passport anak siap-siap. Baca pengalaman aku renew passport kat sini.

Bila dah lengkap semua dokumen, pagi semalam kami (parents, anak-anak dan cikgu-cikgu) pergi ke Kedutaan Jepun di Jalan Stonor untuk hantar permohonan visa. Sampai di sana, kami diberitahu sebelum hantar dokumen dan borang visa, sepatutnya kena buat temujanji melalui e-mel dulu. 

Bila cikgu terangkan yang conference tu hujung minggu ni, dieorang advise yang proses memohon visa ni sepatutnya dibuat sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum berlepas, memandangkan terlalu banyak permohonan visa yang mereka terima sekarang. Jadi SLA mereka jadi panjang iaitu 5 hari bekerja untuk check permohonan visa melalui emel, 5 hari bekerja lagi untuk buat temujanji, dan sekurang-kurangnya 5 hari bekerja lagi untuk luluskan visa.

Mendengar penjelasan tu, kami semua pulang dengan perasaan sedikit hampa apa lagi sebab banyak effort dan tenaga dah dihabiskan buat research untuk memohon visa dan kemasukan ke Jepun. Nasib baik tiket tak beli lagi.

Tapi, bila fikir2 balik mungkin ada hikmahnya yang kami tak tahu. Sekurang-kurangnya kami dah belajar proses nak mohon visa ke Jepun. Jadi aku catatkan di sini apa yang kami belajar untuk panduan dan rujukan semua.

Buat sesiapa yang nak ke Jepun untuk tujuan berjalan-jalan, boleh rujuk artikel ni.

Kalau yang nak ke sana untuk urusan bekerja (business trip) / sambung belajar mungkin boleh rujuk langkah-langkah di sini (aku ringkaskan je dari laman web kedutaan Jepun di Malaysia based on pemahaman dan pengalaman kami 2 minggu ni, untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman web kedutaan atau telefon kedutaan)


Sebelum memohon visa Jepun

  • Pastikan syarikat / pihak penganjur di Jepun memohon ERFS certificate secara online dan bagi salinan kepada korang beserta surat jemputan (invitation letter), itinerari setiap hari di Jepun dan dokumen sokongan lain (contohnya butiran lanjut tentang persidangan yang akan diadakan).
  • Pastikan passport korang masih lagi sah.
  • Sediakan dokumen lain contohnya surat pengesahan kakitangan dari HR atau surat pengesahan dari sekolah (untuk pelajar)
  • Sediakan gambar berukuran passport Jepun (45mm tinggi x 35mm lebar). Kena bagitau kedai nak gambar passport Jepun ye sebab tak sama dengan gambar passport Malaysia. 
Spesifikasi gambar passport Jepun

Proses Permohonan Visa Jepun

  1. E-melkan maklumat berikut ke kedutaan Jepun (visa@kl.mofa.go.jp) - nama penuh dan kewarganegaraan, nombor telefon, tujuan ke Jepun secara terperinci, tarikh perjalanan dan tempoh berada di Jepun, alamat di Malaysia, nama syarikat dan alamat pejabat di Malaysia (untuk urusan kerja), salinan Certificate of Eligibility (untuk yang bekerja atau belajar di Jepun) dan salinan sijil pendaftaran ERFS (sistem pemantauan kes kemasukan (entrants) dan kembali ke Jepun (returnees)).
  2. Sekiranya maklumat diberikan telah lengkap, pihak kedutaan akan memberikan tarikh temujanji untuk hadir ke kedutaan. Menurut laman web kedutaan Jepun di Malaysia, tempoh memberi maklum balas emel ialah maksimum 5 hari bekerja disebabkan terlalu banyak permohonan visa.
  3. Lepas terima email pengesahan tarikh temujanji, hantarkan semua salinan asal dokumen permohona visa ke kaunter visa pada tarikh dan waktu yang diberikan. Buat masa sekarang, slot temujanji penuh dan memang kena menunggu giliran ye.
  4. Pihak kedutaan akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk proses visa dengan syarat semua dokumen yang diperlukan diterima dengan lengkap. Tempoh mungkin dilanjutkan sekiranya dokumen sokongan diperlukan. Temujanji untuk mengambil passport akan dimaklumkan semasa penyerahan dokumen.

Selepas Visa Diluluskan

  • Beli tiket penerbangan ke Jepun ikut tarikh yang diluluskan dalam visa.
  • Buat temujanji di klinik / makmal / hospital untuk buat ujian rt-PCR Covid19 tak lebih dari 72 jam (3 hari) sebelum berlepas ke Jepun. Seelok-eloknya bawak borang Certificate of Testing for Covid19 masa nak buat test dan mintak klinik / hospital isi borang tu.
  • Wajib beli insurans perjalanan yang ada perlindungan Covid19. 
  • Muat turun MySOS apps (lebih kurang macam kita punya MySejahtera), dan update maklumat diperlukan seperti keputusan ujian rt-PCR, maklumat vaksinasi, soal selidik, akujanji (pledge) dsb. 

Rasanya tu je la prosedur kemasukan ke Jepun untuk tujuan selain dari melancong. Sebab kalau nak melancong, kena melalui tour agency yang berdaftar dan dieorang yang akan uruskan permohonan visa melancong ke Jepun. Manakala untuk urusan lain kena apply sendiri visa nak masuk ke Jepun.

Kalau ada kesilapan, boleh komen dekat kotak komen ye. Terima kasih!

Read more »
on Tuesday, August 02, 2022 14
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    43 minutes ago
  • Titian Perjalanan
    8 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • KasihkuAmani
    10 hours ago
  • SURIA AMANDA
    10 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    11 hours ago
  • anajingga
    13 hours ago
  • a m m i
    14 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    15 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    15 hours ago
  • Blog Anamizu™
    16 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    16 hours ago
  • Miles of smiles
    17 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    18 hours ago
  • Anies♥You
    18 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    19 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    19 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    20 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    20 hours ago
  • My Small World
    20 hours ago
  • KakmimDotCom
    22 hours ago
  • mrhanafi.com
    22 hours ago
  • Travel My Way
    22 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • Drawing the Words
    3 days ago
  • orangbukit
    4 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    5 days ago
  • Aku Sis Lin
    5 days ago
  • Ainihalim
    6 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    3 weeks ago
  • Krabat Kramat
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    5 weeks ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.