Sejak aku duduk di KL ni, malas betul rasanya nak keluar rumah. Malas nak bersiap2 (ye la aku bukannya kat Bintulu lagi, kat sana pergi mall pakai seluar tido pun orang tak heran), hadap jalan jem (walaupun sekejap), carik parking, bukak phone tunjuk MySejahtera (sekarang dah tak payah) dan sampai kat parking nak kena pulak jalan jauh sambil angkut barang berat2 naik ke rumah bertingkat ni (rindu pulak rumah atas tanah kat sana).

Bila dah timbul mood malas ni tapi barang dapur pulak dah habis, penyelesaiannya ialah bukak website HappyFresh atau apps HappyFresh:


HappyFresh Malaysia
www.happyfresh.my


Sebab-sebab aku suka guna HappyFresh:


1. Selalu ada promotion 'Free Delivery'

HappyFresh Malaysia

Biasanya bila spend lebih dari RM100 di pasaraya tertentu, layak dapat penghantaran percuma tau. Biasalah, bila beli barang-barang dapur seminggu sekali, mesti akan habis RM100 ke atas lebih-lebih lagi kalau ada budak-budak yang tengah membesar di rumah. Tinggal masukkan promo code je, dapat free delivery. Kalau pergi shopping sendiri, minyak habis lepas tu bayar parking lagi. Jimat, jimat...


2. Pilihan pasaraya berdekatan

HappyFresh Malaysia
Senarai pasaraya berdekatan rumah aku

HappyFresh Malaysia
Kalau bahan kek, farmasi dan kedai makanan dan barangan haiwan peliharaan pun ada

3. Shopper boleh tolong pilih barang lain kalau barang takde

HappyFresh Malaysia

Kalau brand yang kita nak dah habis stok, shopper akan tanyakan nak tukar brand lain atau keluarkan dari shopping list? Sangat membantu sebab aku penah beli dekat apps lain bila takde senyap je, tau2 dia masukkan balik kredit.


4. Boleh kumpul mata ganjaran = lebih banyak diskaun

Kalau shopping guna apps HappyFresh, mata ganjaran (points) yang korang dapat tu boleh tukarkan jadi diskaun masa nak bayar. Lebih jimat!

Pendek kata, HappyFresh ni memudahkan hidup aku (masa kena Covid bulan Februari lepas memang aku bergantung dengan apps HappyFresh untuk beli stok barang dapur). 

Tapi satu je la kelemahan HappyFresh. Nak cari pasaraya ekonomi macam Pasaraya KK, kedai-kedai runcit, mini-mart tu semua nan hado ye. Yang tu boleh cari dekat GrabMart atau PandaMart.

Pastu aku tak boleh la rambang mata capai barang letak dalam troli hihi. Sebabnya bila shopping barang dapur online ni, biasanya ikut senarai barang-barang yang nak beli itu je la yang aku akan cari.


Psst... kalau korang berminat nak jimat RM30 untuk pembelian pertama di HappyFresh, korang boleh copy kod ni dan RM30 akan ditolak dari pembelian pertama korang.

10 Comments

  1. Slalu nmpk iklan dia ni tp blm berkesempatan nak cuba happy fresh.. Maybe lps ni bole try jgk la soping guna happy fresh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy kod tu nnt dpt RM30 diskaun kak Ret :)

      Delete
  2. Wah, banyaknya pilihan pasaraya dekat rumah Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk tgh2 KL, mmg byk option tapi selalunya akan pilih yg terdekat sbb delivery murah sikit (kalau tak de promotion free delivery)

      Delete
  3. Itulah untungnya duduk area KL, segalanya dihujung jari je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab KL ni masalah sejagatnya ialah traffic jam aje memanjang hehe. Sebab tu syarikat2 penghantaran mcm ni ada sambutan di KL. Kalau di tempat lama saya di Bintulu, nak kemana-mana tak susah & dekat jadi takde rasa malas nak keluar, seronok lagi ada.

      Delete
  4. Senang kan skrg ,order online je sampai dpn pintu rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Nor. Masa tu boleh buat kerja2 lain dari 'terbuang' atas jalanraya & di kedai.

      Delete
  5. Sis pun yang selalu keluar pun, tak rajin nk pi soping Karni.. paling tak, tak cukup bahan, beli PandaMart hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sejak zaman pandemik makin malas nak keluar shopping brg dapur. Fikir nak mengangkut barang naik rumah lagi terus rasa makin malas hahaha! Senang order online je.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .