• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, December 10, 2022

Melawat Galeri Kuala Lumpur

Sambungan dari trip ronda-ronda KL:

  • Ronda-ronda KL Part 1


KL City Gallery

Dah alang-alang ke KLCG, kami pun berjalan-jalan dalam Galeri Kuala Lumpur dalam bangunan yang sama.

Wow, banyak jugak yang menarik kat sini. Kaki OOTD mesti syok sebab banyak sudut yang cantik boleh buat background OOTD.

Jom layan gambar-gambar di Galeri KL ni:


KL City Gallery
Auto ceria je masuk ruang ni

KL City Gallery
Mukim-mukim di KL.. Aku duduk di mukim Batu hehe

KL City Gallery
Banyaknya mentol 

KL City Gallery
KL di atas bulan

KL City Gallery
Tempat ni memang dikhaskan untuk bergambar

KL City Gallery
Sudut bergambar lagi

KL City Gallery
Wefie ramai-ramai pulak

KL City Gallery
Khayla dalam "Street Pillars"

KL City Gallery
Reflection bangunan Sultan Abdul Samad

KL City Gallery
Replika bandaraya KL (Nampak rumah lama dari sisi ni!)

KL City Gallery
Keratan akhbar dari satu masa dahulu

KL City Gallery
Replika Masjid Jamek

KL City Gallery
Replika Galeri KL

KL City Gallery
Sejarah KL satu ketika dulu

Banyak maklumat sejarah tentang KL yang kita boleh belajar di galeri ni. Masuk pun percuma je.

Sedikit fakta tentang KL City Gallery:

Dikendalikan oleh ARCH, jenama Malaysia yang membuat cenderahati dan barang koleksi buatan tangan, Galeri KL ialah galeri persendirian dan juga pusat maklumat pelancong terletak di bangunan 2 tingkat bercirikan rekabentuk Moorish yang berusia 114 tahun. Galeri ini terletak di tengah-tengah pusat warisan Kuala Lumpur - Dataran Merdeka, berhadapan dengan tiang bendera setinggi 100 meter di mana bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaya dinaikkan buat pertama kali.

Di Galeri KL, pengunjung dipersembahkan dengan penceritaan sejarah Kuala Lumpur dalam bentuk model berskala kecil, miniatur, gambar, diorama dan sebagainya.

Tarikan utama galeri ini ialah Model Bandaraya Kuala Lumpur yang besar mengandungi lebih dari 5000 bangunan dan struktur miniatur yang dibuat dengan tangan.

Pertama di negara Asia Tenggara, model ini memaparkan identiti bandaraya ini melalui pemetaan unjuran multimedia yang canggih diiringi cahaya dan audio yang menakjubkan serta pertunjukan video mengenai fakta tentang bandaraya KL.

Sumber: https://www.visitselangor.com/kl-city-gallery/

Read more »
on Saturday, December 10, 2022 20
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 09, 2022

Akhirnya Tercapai Hasrat ke KLCG Confectionery & Bakery

Hujung minggu yang panjang, kami dan kakak buat plan nak ronda satu KL. Sebelum tu, kakak ajak sarapan di KLCG Confectionery & Bakery yang terletak di Kuala Lumpur City Gallery (KLCG) tak jauh dari Dataran Merdeka. Pagi tu kami bertolak dari rumah menaiki LRT, berhenti di stesen Masjid Jamek dan berjalan melalui River of Life untuk sampai ke sini. Kakak pulak decide untuk naik bas dari rumahnya ke sini tapi tak sangka kami yang sampai dulu walaupun kena berjalan jauh.


KLCG Confectionery & Bakery

Kalau nak ke sini disarankan korang datang seawal jam 9 pagi sebab kalau lambat kena beratur tunggu giliran nak masuk ke kafe ni. 


KLCG Confectionery & Bakery

Mula-mula confuse jugak, betul ke tempat ni? Tapi bila melangkah masuk terus terhidu semerbak bau roti. Oh, rupa-rupanya kafe ni terletak dalam galeri.


KLCG Confectionery & Bakery
Datang awal pun meja dah hampir penuh

KLCG Confectionery & Bakery
Cantiknya lampu dengan perkataan 'Kuala Lumpur'

KLCG Confectionery & Bakery ni popular dengan cronut (sigkatan croissant donut) dengan pelbagai perisa. Tapi masa kami sampai cronut belum siap lagi kena tunggu sampai pukul 10 kemungkinan baru siap.

Selain dari cronut, ada jugak pastries yang lain, ish... kalau ikutkan nafsu makan, rasa macam nak try semualah!


KLCG Confectionery & Bakery
Tartes


KLCG Confectionery & Bakery
Wild Chestnut Mont Blanc ni nampak menarik tapi aku tak ambik takut tak habis pulak


croissant
Pelbagai pilihan croissant

pâtisseries
Pâtisseries

KLCG Confectionery & Bakery
Bahagian dapur yang 'see-through' membolehkan pengunjung melihat proses menyediaan pastries di sini

Kami pilih pain au chocolat, roasted almond croissant, Belgian chocolate tart, buttered croissant (Khayla ambik 2 ketul untuk dia sorang) dan biscoff meringue croissant.


croissant
Atas kiri: roasted almond croissant, Belgian chocolate tart, atas kanan: pain au chocolat, bawah kiri: buttered croissant, bawah kanan: biscoff meringue croissant

Banyak-banyak ni, biscoff meringue croissant la yang paling sedap bagi aku. Dalam ni ada inti biscoff rasanya, lemak berkrim yummeh... buttered croissant tu pun sedap jugak tapi Khayla cakap tak boleh lawan Bray Bakery punya croissant (dia kan peminat croissant no. 1 jadi aku percaya je la).

Yang paling muak pulak ialah Belgian chocolate tart tu. Khadeeja pun tak boleh nak habiskan.


KLCG Confectionery & Bakery
Close up biscoff meringue croissant yg tersedap di tekak aku

Kami order pasta jugak untuk dikongsi iaitu tom yum spaghetti. Bagi aku, not bad la. Rasa tom yumnya sangat kuat.


tom yum spaghetti
Tom yum spaghetti

Keseluruhannya makanan memang sedap dan berbaloi untuk dikunjungi lagi. Lain kali aku nak try pulak cronut dan cruffin sebab orang cakap tu ialah specialty tempat ni. 


KLCG Confectionery & Bakery
Dataran Merdeka
27, Jalan Raja, City Centre, Kuala Lumpur
Tel: 012-389 3907
Masa operasi: 9 pagi - 6 petang

Read more »
on Friday, December 09, 2022 25
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, December 08, 2022

Ada Plan Nak ke Melaka Cuti Sekolah Ni? Ini 4 Penginapan Menarik Untuk Seisi Keluarga

Pejam celik pejam celik, ehhh… dah sampai hujung tahun ye. Bermula 10 Disember ni, sekolah-sekolah mula bercuti penggal ke-3. Inilah masa yang ditunggu anak-anak untuk program cuti sekolah dengan keluarga.

Buat parents pulak, mulalah pening nak bercuti ke mana. Tapi kalau ada yang dah plan nak bercuti ke Melaka, boleh la rujuk kat sini lihat apa yang menarik di Melaka sekarang.

Frankly, aku memang impressed giler bila bercuti-cuti ke Melaka pertengahan tahun ni. Dah lama tak jejakkan kaki, rupa-rupanya Melaka banyak tempat menarik baru yang kami pun tak sempat nak jelajah habis kerana plan asal cuma singgah di kenduri kawen adik ex-colleague aku je. Ni yang tak sabar nak berjalan-jalan ke Melaka lagi, tapi kena tunggu Suami Terchenta free baru dapat ajak jalan-jalan.

Tapi kalau korang ada plan nak ke Melaka cuti sekolah ni dan tengah mencari tempat penginapan best yang sesuai untuk seisi keluarga, apa kata korang check out beberapa serviced apartment di Melaka yang ditawarkan oleh Joezanor Homes, iaitu ejen yang menguruskan beberapa penginapan khas untuk mereka yang berminat melancong ke Melaka:

1. The Shore Hotel & Residences, Pinggiran @ Sungai Melaka

Semua sedia maklum nak memandu dalam bandaraya Melaka ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya bila cuti sekolah. Kalau dapat duduk tengah-tengah bandaraya Melaka memang heaven sangat sebab boleh jalan kaki je bersiar-siar ke tempat-tempat tarikan di Melaka.

The Shore Hotel & Residences ni merupakan pilihan tepat buat pengunjung-pengunjung dari luar Melaka yang nak menjelajah bandaraya Melaka. Terletak bersebelahan dengan Kampung Morten, apartment ni dikelilingi oleh Sungai Melaka. Kalau nak ke Bandar Hilir pula cuma perlu memandu lebih kurang 5 minit je.


The Shore
Bilik studio The Shore Hotel & Residences (Sumber imej: Joezanor Homes)

Nak parking pun tak pening sebab kat sini ada parking berbayar dan parking percuma yang banyak. Untuk memudahkan tetamu yang menggunakan parking berbayar, bayaran boleh dibuat sama ada menggunakan kad debit atau kad Touch N Go. Tak perlu bersusah-payah nak cari dan beratur di mesin tiket or sediakan wang tunai untuk bayar parking, mudah kan?

Parents boleh merancang pelbagai aktiviti riadah dengan anak-anak sebab The Shore Hotel & Residences ni terletak betul-betul bersebelahan dengan The Shore Shopping Gallery (sebenarnya satu bangunan je), The Shore Oceanarium, The Shore Sky Tower, Breakout (Escape Room & Spy Game), Wonder Park (indoor family attraction) dan banyak lagi. Anak-anak tak akan rasa bosan sebab ada banyak benda yang boleh dibuat. Malam-malam pulak boleh join Melaka River Cruise sebab The Shore Hotel & Residences ni dekat sangat dengan Sungai Melaka.

Bila dah di tengah-tengah bandaraya tu, tentulah takde masalah nak cari tempat makan sebab sememangnya ada banyak pilihan. Antaranya ialah Pampas Sky Dining, Restoran Chef Wan, Seoul Garden, Starbucks dan banyak lagi.

Kalau dah penat jalan-jalan, apa kata lepak di dalam kawasan The Shore Hotel & Residences je. Ada banyak fasiliti yang menarik dan baru seperti indoor pool, mini theme park pool, gimnasium dan sebagainya.

Di The Shore Hotel & Residences, boleh pilih sama ada nak bilik studio atau apartment 3 bilik. Rate bilik semalam kat sini mengikut jenis apartment iaitu studio atau apartment tiga bilik tidur:

  • Studio : RM160 (Hari biasa) / RM190 (Hujung minggu)
  • 3 bilik tidur : RM300 (Hari biasa) / RM350 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.


Joezanor Homes

2. Atlantis Residences, Kota Laksamana

Serviced apartment di Kota Laksamana ni terletak di kawasan yang strategik dalam bandaraya Melaka iaitu lebih kurang 10 minit memandu ke Bandar Hilir Melaka atau ke Pantai Klebang dan 7 minit je ke Jonker Street.

Kalau bawak anak-anak memang best sangat sebab tarikan utama Atlantis Residences ni ialah kolam renangnya yang terbesar di Melaka. Tak de la bersesak-sesak bila ramai-ramai nak mandi kat pool.

Terdapat juga taman permainan air kanak-kanak yang dilengkapi dengan gelungsur, pancuran air dan kerusi untuk bersantai di dalam dan di sekitar kawasan kolam. Silap-silap anak-anak dengan mak bapak sama-sama tak nak keluar pool bila dah masuk!

Selain dari pool, ada kemudahan-kemudahan lain seperti gimnasium, taman permainan kanak-kanak, sauna, jakuzzi dan banyak lagi. Dari segi keselamatan, tak perlu risau sebab dekat sini mengutamakan privasi dan terdapat kawalan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk utama. Cuma tetamu yang ada access card je boleh masuk ke dalam kawasan apartment ni. 

Kalau berkonvoi dua buah kereta ke sini tak de masalah sebab di apartment ni ada disediakan 2 parking lot. Boleh la angkut adik-beradik atau mak ayah sekali cuti bersama.

Nak cari makan pun tak susah sebab kat sini ada banyak tempat makan menarik yang berdekatan contohnya Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana. Kalau malas nak keluar pun ada perkhidmatan Grabfood atau FoodPanda.

Atlantis Residences mempunyai pilihan sama ada apartment satu bilik tidur, dua bilik tidur atau tiga bilik tidur dengan harga yang berpatutan:

  • 1 Bilik Tidur : RM190 (Hari biasa) / RM220 (Hujung minggu)
  • 2 Bilik Tidur : RM280 (Hari biasa) / RM330 (Hujung minggu)
  • 3 Bilik Tidur : RM350 (Hari biasa) / RM390 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.


Joezanor Homes

3. Silverscape Residences, Melaka Raya

Melaka dari dulu lagi terkenal dengan perairan Selat Melaka yang menjadikan negeri ni sebagai pusat perdagangan dunia beberapa abad lepas.

Kalau korang sukakan pemandangan laut, Silverscape Residences ni memang best sebab menghadap Selat Melaka yang cantik dan juga pemandangan bandaraya Melaka.

Bayangkan sambil lepak-lepak di infinity pool yang menghadap ke laut boleh menikmati pemandangan laut yang sejauh mata memandang, eh boleh release stress macam ni! Selain dari infinity pool yang luas, dekat sini ada jugak disediakan gimnasium, spa, bilik sauna dan pelbagai kemudahan menarik di tingkat 13.

Berdekatan Silverscape Residences ni terdapat panggung wayang tertinggi di Melaka iaitu MBO Element Mall yang terletak di tingkat 11. Rasanya Kat KL ni pun tak de panggung wayang yang tinggi macam tu.

Nak ke mana-mana pun dekat je, hanya 10 minit memandu ke Bandar Hilir, perkampungan Portugis dan kawasan pelancongan Melaka yang lain.

Kalau korang macam aku suka cari hotel yang ada bathtub, SIlverscape Residences ni mesti jadi pilihan sebab bilik mandinya ada disediakan bathtub. Menariknya, sambil berendam tu boleh layan pemandangan laut jugak.

Kat Silverscape Residences ni, korang boleh pilih untuk menyewa sama ada studio apartment atau apartment 2 bilik dengan harga yang menarik:

  • Studio : RM170 (Hari biasa) / RM210 (Hujung minggu)
  • 2 bilik tidur : RM210 (Hari biasa) / RM270 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.

Joezanor Homes

4. Mahkota Hotel Apartment, Melaka Tengah

Jika ke Melaka tak sah kalau tak berjalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Buat kaki shopping, tempat-tempat ni mesti dalam bucket list tempat wajib pergi kat Melaka kan?

Kalau nak spend lama-lama shopping, apa kata cari tempat penginapan berhampiran iaitu Mahkota Hotel Apartment. Terletak di tepi laut di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka, hotel apartment ni memang betul-betul bersebelahan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan iaitu kompleks membeli-belah dan pusat hiburan yang paling popular di Melaka. Selain dari tu, boleh berjalan kaki je ke tempat-tempat bersejarah yang menjadi tarikan di negeri ni. Manakala untuk ke Bandar Hilir, jaraknya cuma 12 minit memandu dan 7 minit untuk ke Masjid Selat Melaka.

Nak parking lama-lama takde masalah sebab kat sini parking berbumbung dan terbuka disediakan percuma. Kalau kaum bapa malas nak ikut shopping, boleh lepak-lepak di hotel sebab kat sini pun ada fasiliti kolam renang dan gimnasium.

Joezanor Homes menawarkan apartment 1 bilik tidur dengan kadar berikut:

  • 1 Bilik Tidur : RM160 (Hari biasa) / RM180 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.


Joezanor Homes

Bagi aku tempat-tempat penginapan ni semuanya ada tarikan tersendiri dan budget-friendly jika dibandingkan dengan fasiliti-fasiliti yang disediakan. Bila bercuti dengan budak-budak, aktiviti di kolam renang dah jadi acara wajib dan tempat-tempat ni semuanya ada menawarkan kolam renang dari kolam renang yang terbesar di Melaka sampailah ke infinity pool dengan pemandangan laut.

Untuk membuat tempahan atau bertanya lebih lanjut tentang serviced apartment yang disediakan oleh Joezanor Homes ni, korang contact je Cik Ezza Nur Ain melalui Whatsapp / FB / IG atau Telegram:

Joezanor Homes
Selain tempahan hotel & apartment, Joezanor Homes pun ada menawarkan khidmat teksi / Grab dan pemandu pelancong

Psst… Berita baik untuk pembaca blog Coffee Break With Me, korang boleh dapatkan harga istimewa bila korang quote kod promo ni masa buat tempahan:

PROMO CODE : CARNEYZ

Harga ni istimewa untuk korang je tauuuu... 😉😉


Joezanor Homes
Facebook Page : https://.www.facebook.com/joezanor.homes/
Instagram : http://instagram.com/joezanor.homes
Whatsapp : 011-2802 9694 (Cik Ezza)


Read more »
on Thursday, December 08, 2022 26
Share this!
Tags
featured, Hotel Reviews, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, December 07, 2022

Hiperplasia Endometrium - Simptom Dinding Rahim Tebal

Sejak 6 tahun lepas aku perasan bila aku bendera Jepun, kadang-kadang sakit senggugut tu boleh tahan luar biasanya... 

hiperplasia endometrium
Sumber imej: Freepik.com

Padahal lepas aku beranak sakit senggugut yang aku alami sebelum tu boleh dikatakan hilang beberapa tahun tapi lepas tu muncul balik.

Aku pernah cuba ikhtiar berurut dengan seorang tukang urut ni sebab aku takut rahim aku jatuh. Iyalah bila jadi single parent semua benda kena angkat sendiri berat macamana pun (masa tu duduk jauh dari suami), kemungkinan rahim jatuh tu memang ada.

Tapi lepas berurut, lega tu tak lama. Dalam sebulan dua senggugut tu hilang, tapi lepas tu muncul balik. So setiap kali kena senggugut, mampu berhuhuhuhu dan telan panadol je la. Hot water bag memang kawan baik bila dah sakit sangat.

Fast forward lepas aku keguguran bulan Oktober. Aku pergi jumpa gynae aku masa aku beranakkan si Khadeeja, sebab ada benda yang aku nak dia check. Seperti biasa bila jumpa gynae ni memang kena scan bahagian rahim la. Masa ni dia bagitau aku ni sebenarnya dinding rahim yang tebal atau nama saintifiknya hiperplasia endometrium.


hiperplasia endometrium
Sumber imej: health.compas.com

Apa itu hiperplasia endometrium?

  • Satu keadaan luar biasa yang menyebabkan lapisan uterus atau dinding rahim wanita menebal secara abnormal.
  • Ia berlaku kepada 133 daripada 100,000 wanita di seluruh dunia.

Lapisan dalam rahim (endometrium) ni menebal disebabkan terlalu banyak sel yang tumbuh (hiperplasia). Selalunya bila datang bulan, lapisan dalam rahim akan luruh supaya akan ada lapisan baru untuk kitaran yang seterusnya. Lapisan ni menebal disebabkan hormon estrogen bertujuan untuk menerima kehamilan. Tapi kadang-kadang hormon estrogen ni keluar berlebihan atau hormon progesteron pulak terlalu sikit dan bila tak berlaku ovulasi, lapisan rahim tak luruh dan jadi makin tebal.

 Tanda-tanda Hiperplasia Endometrium

  • Pendarahan yang tidak normal (terlalu banyak / terlalu sikit)
  • Pendarahan selepas menopaus
  • Senggugut yang teruk
  • Masalah ketika membuang air kecil
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Keputihan yang tidak normal
  • Kitaran haid yang tidak teratur

Golongan berisiko

  • Wanita yang mengambil ubat yang berfungsi seperti estrogen
  • Menggunakan estrogen untuk terapi hormon, tetapi tidak menggunakan progesteron atau progestin jika mempunyai rahim
  • Mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, terutamanya wanita yang menghidap PCOS atau mempunyai masalah kesuburan.
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
  • Penggunaan tembakau.
  • Tidak pernah hamil.
  • Mengalami menopaus awal.
  • Datang haid pada usia yang muda.

Cara Mencegah

  • Menurunkan berat badan jika obes.
  • Mengambil ubat yang mengandungi progestin (progesteron sintetik) jika anda mengambil estrogen.
  • Mengambil pil perancang atau ubat lain untuk meregulasi hormon.
  • Berhenti merokok.

Hiperplasia endometrium ni boleh mendatangkan komplikasi kekurangan sel darah merah dan berkemungkinan jugak boleh menyebabkan kanser rahim. Oh, patutlah bila aku buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun result mesti sama je - low hemoglobin count. 

Sebab tu penting untuk kita buat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali dan rujuk kepada pakar sakit puan kalau mengalami tanda-tanda hiperplasia endometrium. Lepas dapat tau tu, aku terus setuju buat ujian pap smear (alhamdulillah sel normal) tapi yes, aku kena start serius untuk turunkan berat badan dan dapatkan berat badan ideal. 

Ramai orang kata kita kena terima bentuk badan kita seadanya, gemuk is ohsem dsb. tapi di sebalik tu inilah risiko-risiko bila berat badan berlebihan macam aku ni. Yang aku highlight tu ialah apa yang aku tengah hadap sekarang.


Sumber info: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/lapisan-uterus-menebal/

Read more »
on Wednesday, December 07, 2022 12
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, December 07, 2022

Wordless Wednesday - Masak Apa Hari Ni?

 

steamed sea bass
Lauk minggu lepas...

chicken soup ingredients

Suami Terchenta jatuh sakit pulak lepas 3 hari bekerja keras sampai berkampung di ofis huhu... 

Lately dia kerja teruk sangat, kesian aku tengok. Isnin & Selasa dia dapat cuti ganti sebab bekerja weekend. Isnin tu dia memang qada tido je la. Penat sangat. Semalam pulak kami ada beberapa urusan - pergi servis kereta, urusan bank dan urusan di pejabat kerajaan. Seharian kami keluar, bila balik tu dia bagitau sakit tekak dia makin teruk dan dah rasa nak selsema pulak. Mujurlah pagi tu bila badan rasa tak selesa dia cepat-cepat buat Covid test - negatif. Kalau positif memang tak la kami ke sana ke sini....

Pagi ni pun dia repeat Covid test dan masih negatif. Jadi kami buat kesimpulan dia tak cukup rehat dan mungkin kena virus selsema biasa je.

Balik kepada nak masak apa hari ni. Kalau demam selsema ni pekena sup panas-panas memang lega rasanya. Jadi hari ni aku nak masak sup ayam untuk Suami Terchenta. Nampaknya hari ni sambung cuti lagi, cuti sakit pulak. Semoga Suami Terchenta cepat-cepat sembuh,   Ø¢Ù…یـــــــــــــن یارب العالمین...

Read more »
on Wednesday, December 07, 2022 18
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 05, 2022

Sarapan di Bricks & Bread KL

Masa staycation minggu lepas, aku ternampak ada kafe baru di depan hotel jadi esoknya kiteorang pun singgah sarapan di sini.


Bricks & Bread KL
Kafe Bricks & Bread

Rekabentuk kafe ni ala-ala bangunan di Eropah, ditambah lagi dengan perhiasan menjelang Krismas. Nak jalan-jalan ke Eropah musim sejuk belum ada rezeki, kita makan di kafe ala-ala Eropah je la!


Berangan-angan nak buat pintu dan tingkap bentuk melengkung ni kat rumah sendiri

Kami jadi pelanggan pertama yang masuk ke kafe. Bila melangkah masuk, terus terpersona dengan interior kafe ni yang cerah dengan padanan warna hitam dan putih.


Bricks & Bread KL

Bricks & Bread KL

Kafe ni nampak luas sebab ada siling yang tinggi memandangkan ada lagi bahagian di tingkat atas (tapi ditutup, mungkin khas untuk tempahan atau bila ruang kat bawah dah penuh).

Di bahagian hujung kafe ada 2-3 buah meja, setiap meja muat untuk 4 orang. Selebihnya boleh pilih duduk di meja panjang menghadap centrepiece pokok bunga hiasan, menghadap tingkap atau duduk di luar.


Bricks & Bread KL


Bricks & Bread KL

Bricks & Bread KL
Open air sitting area

Selepas puas mencuci mata tengok keliling kafe, aku pun meninjau pulak pilihan pastries yang ada di sini. Semuanya nampak sedap. Harga pulak standard kalau pergi tempat-tempat hipster macam ni.


Bricks & Bread KL
Aku pilih apple crumble cake untuk kongsi dengan Suami Terchenta dan anak-anak

Bricks & Bread KL
Pilihan donut yang ada

Bricks & Bread KL
Yang ni pulak pilihan roti

Selain dari pastries, ada jugak menu lain kat kafe ni yang kita boleh order. Suami Terchenta pilih kaya toast dengan poached egg, Khadeeja pilih truffle fries, aku pulak ambik B&B Benedict dengan smoked salmon, dan Khayla pilih molten chocolate french toast. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka.

Bricks & Bread KL

Yang bestnya, untuk yang baru pertama kali ke sini ada offer diskaun 20% bila scan kod QR TnG e-wallet untuk buat pesanan. Memang puas hati bersarapan di kafe ni.


Bricks & Bread KL
20, Jalan Kamunting, Chow Kit, 
50300 Kuala Lumpur.
IG: bricksandbread.kl
FB: Bricks and Bread KL
 

Read more »
on Monday, December 05, 2022 24
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 05, 2022

Kisah Malang Tak Berbau & Hero2 Malaya

Sabtu lepas ialah hari yang tak boleh dilupakan. Kejadian yang buat aku gigil lutut dan lepas tu terus my blood shoot upstairs haha.

Kisahnya bermula lepas aku selesai breakfast dengan BFF aku yang turun ke KL sebab ada mesyuarat. Aku bawak dia makan di Breakfast Spot KL memandangkan dia tak pernah ke sini. Alhamdulillah, BFF aku bermurah hati belanja aku dan seorang lagi kawan breakfast pagi tu. Rezeki kami.


Selfie sebelum kejadian

Lepas breakfast, kami melangkah ke kereta sebab plannya aku hantar dia ke KLIA2. Oh ya, dekat sini parking memang agak susah sebab takde parking khas jadi aku parking di bahu jalan sehala. Aku keluar dari parking dan reverse dulu sebab ingat nak ke depan sikit dan pusing sebab jalan keluar menghala ke belakang.

Memandangkan kereta aku ni takde sensor / side camera, jadi aku tak perasan yang di depan tu ialah longkang, sebab aku ingatkan longkangnya jauh lagi. Tup-tup aku rasa depan kereta macam terlanggar divider dan enjin terus mati.

Apa lagi, cuaklah kami semua! Semua turun dari kereta dan check. Sah, tayar depan sebelah kanan masuk longkang huhu...


Allahuakbar! Masa ni cuak sangat-sangat terus rasa tekanan darah aku naik mencanak-canak

Masa ni aku memang dah panik la, huhu! Nak call towing truck tapi otak macam blank je. Nak call Suami Terchenta, dia sibuk di ofis dari malam tadi.

Tengah-tengah panik dan kalut tu, datang la dua orang jejaka - seorang Melayu dan seorang lagi Cina. Tanpa berlengah-lengah dieorang tolong carikan batu besar untuk letak dalam longkang supaya tayar tu ada grip nak reverse. Datang pulak seorang budak perempuan Cina tanya apa yang dia boleh tolong. Masalahnya kiteorang pun tengah buntu mampu cakap terima kasih je tapi kiteorang pun tak tau nak buat apa.

Tiga kali percubaan nak reverse gagal sebab batu-bata tu tak sama paras dengan tayar kereta. Akhirnya jejaka Cina tu ada idea letak batu kecik di belakang tayar. Dia suruh aku luruskan tayar dan reverse pelan-pelan.

Ikutkan aku memang dah gigil habis nak tekan minyak pun rasa macam dah tak ingat lagi! Ini kan pulak nak kena balance clutch dan reverse kereta. Tapi nak mintak tolong risau dieorang segan sebab tak tau bawak kereta manual pastu awkward pulak nanti. Nak tak nak aku sendiri la reverse kereta.

Alhamdulillah! Percubaan ke-4 ni akhirnya membuahkan hasil bila tayar dapat grip batu di belakang tu dan terus dapat reverse. Semua yang ada di situ bertepuk tangan, termasuklah aku sendiri.

Cepat-cepat aku betulkan posisi kereta supaya tak menghadang jalan, lepas tu aku tanya la hero-hero Malaya tu boleh ke bagi duit saguhati tanda terima kasih tak terhingga atas pertolongan dieorang.

Sambil melambai-lambai tangannya, jejaka Cina tu cakap, "Eh, takde apa-apalah tu! No worries!" Jejaka Melayu tu pun gelengkan kepala menolak tawaran aku.

Tak sempat aku nak tanyakan nama dieorang sebab ada beberapa buah kereta dah menunggu di belakang, jadi kami cuma lambai-lambai dan ucap terima kasih berkali-kali kepada hero-hero Malaya kami.

Alhamdulillah Allah hantar orang-orang yang baik hati menawarkan pertolongan pada saat-saat diperlukan. Terima kasih Chinese & Malay gentlemen yang ikhlas menolong kami! Semoga Allah membalas jasa kalian!

Read more »
on Monday, December 05, 2022 14
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    1 hour ago
  • Anies♥You
    1 hour ago
  • anajingga
    1 hour ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 hour ago
  • Inilah Shaizhar
    2 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    3 hours ago
  • My Small World
    3 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    4 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    4 hours ago
  • a m m i
    4 hours ago
  • Mreneyoo
    5 hours ago
  • Blog Anamizu™
    5 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    6 hours ago
  • Miles of smiles
    6 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    14 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    15 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    17 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    18 hours ago
  • Titian Perjalanan
    19 hours ago
  • Krabat Kramat
    22 hours ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Warisan Petani
    2 days ago
  • orangbukit
    3 days ago
  • Sunah Sakura
    3 days ago
  • Drawing the Words
    4 days ago
  • Aku Sis Lin
    5 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    6 days ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.