• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, April 08, 2023

Hari ke-16 - Menu Western Pulak

 Hari tu dah buat menu Chinese, kali ni buat menu Western pulak.

Macamana timbul idea nak buat menu Western ye? Biasanya pukul 4 petang aku dah mula bersilat di dapur. Kebetulan Suami Terchenta beli kobis hijau dan kobis ungu. Aku dok belek-belek kobis ungu sambil fikir nak masak apa ni. OK, buat coleslaw la. Tapi nak makan dengan apa? Hmm.. ayam panggang la. Lagi? Hmm... Tambah mashed potato la. Tapi kena ada pasta jugak. Tambah mac & cheese pulak. Akhirnya, bermula dari menu coleslaw terus jadi menu Western lengkap! 😂 Biasalah aku ni complicated orangnya hihi.

Dah perap ayam dengan chicken seasoning McCormick's dan herba rosemary dan masa nak masukkan ayam dalam oven, ubah fikiran lagi. Lama tak buat ayam rotisserie. Alah, ayam yang bergolek-golek dalam oven macam kat Kenny Roger's. Biasanya bulan puasa di Bintulu aku tak missed buat ayam rotisserie ni. Hasilnya ayam bakar elok sekata dan lembut je isinya sebab sambil-sambil dia bergolek tu aku sapu butter dan bahan perapan.


ayam rotisserie
Aduh, seksa betul ayam tu tak sempat censored

ayam rotisserie
Mula nampak golden brown maksudnya dah masak tapi aku nak bagi dia bergolek-golek setengah jam lagi sebab nak kulitnya crispy

Sambil ayam bergolek-golek dalam oven, aku prepare pulak coleslaw. Nak cepat punya pasal (sebab kena buat mushroom gravy, mac & cheese, roasted veggie dan mashed potato pulak), aku pun shred kobis dan lobak merah guna food processor. Lepas tu campur dengan sos coleslaw, tambah limau nak bagi manis sikit then terus masuk dalam peti sejuk. Tak sampai 5 minit coleslaw dah siap.

Next, aku mintak tolong Khadeeja kupas kulit kentang kemudian rebus. Sambil tu aku potong sayur terung, ubi keledek, asparagus dan cendawan untuk buat roasted veggie. Bawang pun wajib ada sebab nak bagi ada aroma yang sedap dan rasa karamel dari bawang tu, chewah. Macam chef pulak ye.

Bila kentang dah empuk, aku keluarkan dan letak dalam food processor dengan garam sikit, butter dan shredded cheese. Lepas tu food processor pun menjalankan tugas blend kentang sampai jadi mashed potato. Tambah susu sikit untuk bagi lebih lembut dan rasa lemak berkrim gituh. Dah setel mashed potato.

Air rebusan kentang aku recycle untuk rebus makaroni pulak. Jangan membazir, motto Chef Carneyz 😅. Dah masak, baru tuang air rebusan dan biarkan makaroni sementara aku pergi solat. Pukul 6.30 petang, aku sambung lagi dengan mencairkan mentega, kacau tepung, kacau susu dan tuang sos makaroni jenama Prego ke dalam periuk. Agak-agak dan creamy, aku pun tuang makaroni dan kacau-kacau sebati. Lepas tu tabur shredded cheese sebab Khayla suka extra cheesy. Dah siap mac & cheese.


mac & cheese
Mac & cheese kegemaran Khayla

Akhir sekali, baru aku buat mushroom gravy untuk ayam dan mashed potato. Kiranya kuah 2 dalam satu la. Yang ni senang je - cairkan mentega, tumis bawang holland cincang dan cendawan butang yang dicincang, masukkan tepung untuk pekatkan gravy dan kacau, kiub pati ayam, kicap manis dan sedikit air (ikut kepekatan yang diingini). Bila dah masak semuanya, blend sampai hancur. Sedia untuk dihidang.

Alhamdulillah siap semuanya dalam masa 3 jam dengan pertolongan Khadeeja, Khayla dan food processor hihi. 


menu western iftar
Mashed potato tak nampak pulak dalam gambar

Khadeeja mula-mula kata nak makan mashed potato tanpa kuah mushroom gravy tu tapi bila dia rasa sedap, kemain bertambah-tambah mushroom gravy ðŸ¤£. Malam tadi lepas terawih dia sorang je menghabiskan mashed potato, kakak pulak simpan sikit mac & cheese untuk bersahur pagi tadi. Alhamdulillah ada lebih untuk buat sahur pagi ni.

Hmm.... lepas ni nak buat menu apa pulak ye. Tapi petang ni aku dengan kakak dah pakat nak pergi ke bazaar Sri Rampai nak cari pani puri yang sedap hari tu.

Read more »
on Saturday, April 08, 2023 30
Share this!
Tags
Food, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, April 08, 2023

Drama Teluh Darah (Blood Curse) Penuh dengan Babak Suspen dan Mistik

Bulan puasa ni aku jarang tengok TV sebab lepas terawih biasanya aku dah mengantuk. Tapi gara-gara nak follow episod terbaru drama Teluh Darah, aku sanggup bersengkang mata tiap-tiap malam Sabtu. 'Berhantu' betul cerita ni sebab ikutkan aku ni sebenarnya bukanlah kaki drama bersiri.

Sinopsis Teluh Darah:

Kebahagiaan dua buah keluarga tergugat apabila mereka diganggu oleh kejadian-kejadian mistik yang meragut nyawa. 

Jalan cerita bermula apabila Esa menyaksikan kematian ayahnya Pak Bondan Prasetyo (lakonan Willem Bevers) yang tragis. Seminggu sebelum kematian ayahnya, Pak Bondan telah mengalami gangguan demi gangguan hingga akhirnya beliau menikam diri-sendiri kerana tak tahan dengan gangguan tersebut. Sebelum kematiannya, Pak Bondan sempat memberi amaran kepada sahabatnya Pak Ahmad supaya bertaubat kerana merasakan bahawa penyakitnya ialah kiriman sihir dari masa silam mereka namun tidak diendahkan Pak Ahmad.


Esa cuba menenangkan Pak Bondan sebelum Pak Bondan menikam diri-sendiri (sumber foto: Google)

Di sebuah keluarga lagi, keluarga Pak Ahmad Kusumawijaya (lakonan Lukman Sardi) menjalani kehidupan yang bahagia. Keluarganya terdiri dari seorang anak perempuan Wulan yang mempunyai kerjaya yang bagus di sebuah syarikat pelaburan saham, seorang anak lelaki Wisnu seorang pelajar sekolah menengah yang diam-diam mengalami ketagihan pil dan isteri Pak Ahmad, Astuti. Gangguan bermula apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat di bumbung rumah sewaktu sedang tidur. Keesokan harinya semasa bersarapan, mereka menemui beberapa ulat sampah jatuh ke dalam makanan mereka dan mendapati ada seekor bangkai musang di dalam siling. Meskipun merasa aneh, tapi Pak Ahmad dan keluarganya terutama Wulan masih enggan percaya dengan kewujudan gangguan sihir hingga akhirnya semuanya terlambat dan sihir tersebut meragut nyawa Pak Ahmad.


Saat kematian Pak Ahmad (sumber foto: Google)

Oleh sebab dah beberapa episod berlalu, aku cerita seringkas yang boleh peristiwa penting dan watak-watak dalam cerita ni supaya korang faham sikit jalan ceritanya. 

Sepanjang aku tengok drama ni dari episod 1 - 6, aku masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku, siapa yang hantar sihir dan kenapa keluarga Pak Ahmad dan Pak Bondan menjadi sasaran gangguan sihir. Dari segi luaran, Pak Bondan dan Pak Ahmad terkenal sebagai orang yang baik dan pemilik syarikat yang berjaya. Pak Ahmad dan Astuti membesarkan anak-anak mereka Wulan dan Wisnu dalam suasana moden dan liberal. Walaupun beragama Islam, tapi dieorang bebas je minum arak di rumah dan mengamalkan gaya hidup barat. 


Wulan Kusumawijaya (lakonan Mikha Tambayong)

Wulan baru putus tunang dengan Reno sebab merasakan tak bersedia untuk berkahwin dan nak fokus dengan kerjaya. Reno yang kecewa selalu mengganggu Wulan. Selepas ayah Reno meninggal dunia, Reno menyalahkan Wulan kononnya menyebabkan ayahnya tertekan dan jatuh sakit.


Adegan keluarga Pak Ahmad dihalau oleh ibu Reno semasa menziarahi kubur arwah bapa Reno (sumber foto: Google)

Wulan seorang yang berfikiran moden dan sangat tak percaya dengan perkara mistik walaupun benda tu terjadi betul-betul depan matanya. Contohnya masa dia nak masak lamb chop untuk makan malam keluarganya. Tiba-tiba dia tengok lamb chop tu penuh dengan ulat sampah padahal bekas tu bertutup. Kejadian kedua, dia tengah basuh muka bila tiba-tiba air paip bertukar hitam dan keluar paku yang diikat dengan rambut hitam yang panjang. Bila Wulan suruh pembantu rumahnya Pak Asep check saluran paip, muka Pak Asep terus berubah bila tengok paku tu. Kemuncaknya bila Pak Ahmad jatuh sakit dan keluar lebah dan paku masa dia muntah. Wulan masih lagi tak percaya dan tuduh doktor cuai merawat Pak Ahmad.


Wulan jumpa paku diikat dengan rambut panjang dalam sinki (sumber foto: Google)


Wisnu Kusumawijaya (lakonan Justin Adiwinata)

Sebaliknya, Wisnu mula suspect yang keluarganya diganggu sihir sebab ayah teman wanitanya mati akibat buatan sihir. Sebelum kematian ayah teman wanitanya, dia jugak kerap menemui ulat sampah. Wisnu mula mengesyaki Harun iaitu tukang kebun yang baru bekerja. Tapi bila Wisnu cuba mencadangkan ayahnya pergi berubat dengan dukun, dia ditentang ahli keluarga yang lain terutamanya kakaknya Wulan. Wisnu selalu melihat bayangan Harun di mana-mana dan pernah mencekik Wulan yang disangkakannya Harun. Oleh sebab Wisnu ketagih pil khayal, Wulan tak percaya dengan Wisnu bila Wisnu menuduh Harun sebagai dalang di sebalik kejadian mistik di rumah mereka.


Reno (lakonan Bizael Tanasale)

Mula-mula aku suspek Reno yang hantar sihir sebab lepas Pak Ahmad meninggal, ada babak seorang dukun bernama Pak Harna bagitau Reno yang ayah Wulan dah meninggal. Esa jugak terserempak Pak Harna dan Reno menggali lubang di luar kawasan rumah Wulan pada waktu malam. Tapi lepas tu, Reno datang ke rumah Wulan dengan Pak Harna. Pak Harna bagitau yang dia nampak aura hitam dekat Pak Ahmad masa dieorang datang ziarah kubur arwah ayah Reno dan tujuannya menggali lubang tu ialah untuk pasang tangkal pelindung. Reno ni walaupun sakit hati sebab putus tunang tapi dia masih sayang kat Wulan. Jadi dia bawak Pak Harna ke rumah Wulan untuk cari benda sihir yang 'ditanam' dalam rumah Wulan. 

Pak Harna akhirnya menemui benda sihir di belakang potret keluarga Pak Ahmad. Dia bawak balik benda tu ke rumah Reno sebab nak jejak bomoh yang hantar sihir tu secara batin. Reno berkeras nak ikut sekali dan Pak Harna mengalah tapi dia bagi amaran jangan terlepas genggaman benda sihir tu. Bila Pak Harna dan Reno sampai di rumah dukun yang hantar sihir tu, Reno tak sengaja terlanggar meja dan terlepas benda sihir tu. Kehadiran mereka disedari oleh dukun jahat yang kemudiannya menghantar sihir ke rumah Reno sampai akhirnya Reno meninggal dengan dahsyat. 


Esa Prasetya (lakonan Deva Mahenra)

Pada masa yang sama, Esa cuba mencari jawapan kepada misteri kematian Pak Bondan dan cuba menghubungi Pak Ahmad. Tapi Pak Ahmad selalu mengelak dari bertemu Esa. Masa ni aku rasa macam ada sesuatu yang Pak Ahmad cuba sorokkan dari Esa. Esa akhirnya terpaksa mencari Pak Ahmad di hospital tapi dihalang bertemu oleh Wulan. Selepas kematian Pak Ahmad, Wulan bersetuju mendengar penjelasan Esa dan dieorang bekerjasama cuba membongkar kisah silam Pak Bondan, Pak Ahmad, Astuti dan Mbak Rima.


Astuti (lakonan Imelda Therinne)

Selepas Pak Ahmad mati, Astuti pulak kena kacau. Dah la time dia kena kacau tu lipas keluar dari telinga dan masa dia muntah. Eeiii...! Masa ni aku dah terjerit sebab geli-geleman weyhhhh! Semasa bekerja di syarikat yang sama dengan Pak Ahmad, Astuti menjalin hubungan sulit dengan Pak Ahmad yang masih beristerikan Rima. Selepas Astuti hamil dengan Wulan, Pak Ahmad menceraikan Rima dan berkahwin dengan Astuti. 

Episod terakhir minggu lepas, selepas beberapa kali diganggu Astuti pun akhirnya tewas dan mati.


Mbak Rima (lakonan Ruth Marini)

Salah satu suspek dalam cerita ni ialah Mbak Rima sebab dia selalu menagih wang dari Pak Ahmad tapi Pak Ahmad tak layan. Tapi bila Esa dan Wulan pergi berjumpa Mbak Rima untuk mengetahui kisahnya dengan Pak Ahmad, Mbak Rima mengaku yang dia sebenarnya sakit kanser dan tak pernah menyalahkan Pak Ahmad sebab berkahwin lain. 


Harun (lakonan Hingka Moedra)

Harun ialah tukang kebun baru di rumah Pak Ahmad. Mula-mula Harun ni nampak macam watak latar yang tak penting tapi Wisnu cukup benci dengan Harun sebab dia syak Harun ni yang hantar sihir ke rumah dieorang dan Harun jugak yang mencuri jam Pak Ahmad. Pada malam Pak Ahmad diserang sihir, bunga yang Harun letak atas meja menjadi layu. Sebelum kematian Astuti, Harun jugak ada letak pasu berisi bunga dalam bilik tidur Astuti dan bunga tu pun layu lepas Astuti meninggal. Dalam episod minggu lepas, Harun dipukul teruk oleh Wisnu sebab Wisnu ternampak Harun dalam keadaan mencurigakan tapi Wulan menyalahkan Wisnu sebab ambik pil khayal. Wulan pun bagi duit pampasan kepada Harun. Lepas Astuti meninggal, Harun pulang ke rumah sambil memegang tangkal.


Harun mintak Wulan letakkan jambak bunga dalam bilik Astuti sebelum meninggalkan rumah Wulan (sumber foto: Google)

Pak Ridho dan Atik (lakonan Kiki Narendra dan Shenina Cinnamon) 

Episod terakhir minggu lepas, muncul seorang lelaki bernama Pak Ridho di rumah Wulan mencari Pak Ahmad. Bila Wulan bagitau yang Pak Ahmad dah meninggal, Pak Ridho terus keluar dengan tergesa-gesa. Selepas menceritakan kemunculan Pak Ridho, Esa teringat yang Pak Bondan pernah beberapa kali menghantar wang ke akaun Pak Ridho. Dia ke rumah Pak Ridho tapi Pak Ridho enggan menjawab soalan Esa. Anak Pak Ridho, Atik cuba menolong Esa sebab Pak Ridho pernah bagitau yang dia bekerja dengan Pak Bondan. 


Cerita minggu lepas berakhir bila Harun pulang ke rumahnya. Rupa-rupanya dia tinggal di kawasan sama dengan Pak Ridho dan mereka saling bertegur-sapa. Atik menegur Harun dengan gelaran Pak Manto.

Tu la ringkasan episod 1 - 6. Sekarang ni aku tertanya-tanya apa hubungan Harun dengan orang yang hantar sihir dekat Pak Bondan, Pak Ahmad dan Astuti. Tak sabar nak tengok episod ke-7 malam ni. Kalau korang subscribe Disney+ boleh la cari drama ni. Sekarang tengah trending kat Malaysia. Memang 'berhantu' drama ni sebab berjaya buat aku tertunggu-tunggu episod baru!


Drama Teluh Darah ditayangkan di Disney+ Hotstar

Read more »
on Saturday, April 08, 2023 12
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, April 07, 2023

Ini Cara Betul Declare Income Dari Sewa Rumah dalam borang e-BE

Ni sambungan dari pengalaman aku berurusan dengan LHDN di KL untuk bertanya tentang cara-cara isi e-filing (e-BE) bila dah jadi surirumah tapi ada hasil sewa rumah (walaupun hasil tu cukup untuk cover loan rumah je). 

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, berikut adalah senarai penuh jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai:

  • Perniagaan atau profesion
  • Penggajian
  • Dividen
  • Faedah (kecuali faedah deposit bank)
  • Diskaun
  • Pengutipan sewa
  • Royalti
  • Premium
  • Pencen
  • Anuiti
  • Prasyarat, termasuklah tuntutan bil, kad kredit syarikat, pinjaman daripada syarikat, tajaan keahlian kelab, tajaan yuran tusyen kanak-kanak, pemandu peribadi dan sebarang manfaat yang diberikan oleh majikan anda yang boleh ditukarkan kepada bentuk tunai.
(Sumber: imoney.com)

Jadi berdasarkan ni walaupun aku tak bekerja tapi aku masih lagi kena failkan cukai pendapatan dan isytiharkan pendapatan sewa rumah di Bintulu tu.

Mungkin tak ramai yang buat benda ni sebab fikirkan bukan banyak mana pun hasil sewa tapi kalau LHDN check ada income yang tak diisytiharkan, tak pasal-pasal daripada tak dikenakan cukai sekiranya declare kepada kena denda paling kurang RM1000 dan boleh cecah RM10,000 sebab tak declare. 

Anyway, selepas aku pun pergi ke cawangan LHDN di Menara Olympia, Jalan Raja Chulan aku diberikan jawapan yang diberikan sangat tepat dan terperinci tentang cara-cara declare pendapatan sewa rumah. Aku kongsi di sini untuk rujukan:

Persediaan:

  1. Muat turun borang HK-4 : Butir-butir Harta / Aset dan Jumlah Sewa.
  2. Sediakan segala dokumen berkaitan perbelanjaan ke atas rumah sewa:

    • Penyata pinjaman bank tahun cukai (kalau rumah masih dengan pinjaman bank)
    • Penyata bayaran insurans ke atas rumah (kalau ada ambik insurans berasingan dari masa buat pinjaman rumah)
    • Resit-resit pembayaran cukai taksiran/pintu dan cukai tanah/petak
    • Resit-resit pembayaran membaiki kerosakan rumah
    • Resit-resit pembayaran yuran maintenance rumah


Cara-cara mengisi borang HK-4:

Langkah pertama, kena isi maklumat pembayar cukai dan maklumat rumah yang disewakan termasuk berapa bayaran sewa dikenakan kepada penyewa untuk sepanjang tempoh tahun kena cukai. 
Langkah 1: Isikan maklumat pembayar cukai (tuan rumah) dan senaraikan rumah sewa di sini. Macam aku sebijik je la rumah iaitu rumah di Bintulu. Jumlah sewa ialah keseluruhan kutipan sewa untuk tahun kena cukai

Langkah kedua, masukkan amaun dari halaman pertama tu dekat pendapatan kasar sewa di halaman kedua ni. Lepas tu kena kira perbelanjaan yang dibenarkan. Dekat sini la kena rujuk resit-resit pembayaran dan penyata-penyata bank / insurans.


Cara kira perbelanjaan faedah atas pinjaman ialah dengan menjumlahkan amaun 'profit charged' dalam penyata pinjaman bank

Bila dah dapat jumlah perbelanjaan kesemuanya, tolakkan dari amaun pendapatan kasar sewa.


Langkah ke-2: Isikan keseluruhan perbelanjaan ke atas rumah sewa

Langkah ketiga, pergi ke borang e-BE melalu portal MyTax dan masukkan amaun pendapatan berkanun sewa (B3) dalam borang e-BE:



Borang HK-4 ni tak perlu muat naik ke borang e-BE pun, tapi still kena isi dan simpan dalam fail. Sekiranya LHDN buat audit, kena bawak borang ni dan resit-resit asal pembayaran dan penyata-penyata masa audit.

Haa... dah setel perkara cukai bahagian aku. Lepas ni kena tolong Suami Terchenta pulak buat e-filing dia. Sokmo busy memanjang suami aku tu takut dia terlupa pulak nak buat. Musim income tax ni dengan aku sekali busy kira pengecualian cukai walaupun dah jadi suri rumah. Rugi kalau terlupa masukkan semua pengecualian cukai! 🫣

Read more »
on Friday, April 07, 2023 22
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, April 07, 2023

Hari Ke-15 - Ke Bazaar UTC Sentul Pulak

Sebenarnya semalam aku tak berapa sihat. Perubahan cuaca sekejap panas dan sekejap hujan ni menyebabkan aku diserang sakit tekak dan selsema lagi. Sahur semalam aku ambik ubat selsema dan lepas Subuh mengantuk dan tidur semula. Oh ya, sahur semalam kiteorang bersahur kari daging yang aku masak untuk berbuka puasa hari ke-14. 

Petang semalam dah plan nak ke bazaar UTC Sentul sebab nak cari gerai nasi kukus ayam planta. Bazaar tahun ni tak semeriah tahun lepas. Tak jumpa pulak gerai nasi kukus ayam planta. Sudahnya aku beli nasi arab. Nasi arabnya berharga RM13 tapi portion nasinya banyak cukup untuk 3 orang makan!


Bazaar Ramadhan UTC Sentul
Antara juadah berbuka yang ada di Bazaar UTC Sentul

Bazaar Ramadhan UTC Sentul

Inilah hasil membazaar semalam. Nasi arab kongsi dengan Suami Terchenta. Suami Terchenta beli lai chi kang tapi lai chi kang tu manis leting, tahap potong kaki manisnya! Dah refill air kosong setengah jag pun masih lagi manis. Tepung pelita tu yang paling kena di tekak aku. 

Pani puri tu tak dijual di bazaar Ramadhan tapi aku beli dengan aci India di seberang jalan. Intinya kentang dan kacang kuda. RM5 untuk 5 biji. Bagi aku sedap lagi yang dibeli di bazaar Jalan TAR.

Read more »
on Friday, April 07, 2023 14
Share this!
Tags
Bazaar, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 06, 2023

Alahai... CLK buat hal pulak!

Kalau korang baca blog posts aku awal-awal dulu, mesti korang tau aku gelar motor aku ni 'Cute Little Kriss' atau singkatannya CLK. Awal-awal kisah aku bawak motor, masa tu aku lepas grad dan baru dapat kerja di Senai dan berulang-alik Taman Universiti - Senai setiap hari. Setiap hari aku kena naik bas dan tukar bas di Sri Puteri (eh betul ke aku pun dah ingat2 lupa hehehe). Masa tunggu bas ke Senai tu la aku selalu diganggu oleh seorang lelaki ni. Sudahnya aku fed up, lepas mengadu dengan pakwe (a.k.a. Suami Terchenta sekarang ni), dia suggest aku ambik lesen motor dan beli motor.

Lepas dapat lesen L terus aku pergi ke kedai motor di Skudai dan bayar deposit untuk motor jenama Modenas Kriss secondhand sebab tu je yang termampu aku beli dan bawak balik on the spot masa tu. Start dari situ aku ke tempat kerja bawak motor dan walaupun motor tu dah kena curi lepas pindah ke Sri Gombak tapi nama CLK tu dah melekat (CLK yang aku bawa sekarang ni motor yang baru tapi jenama sama). Time kerja kat KLCC dulu, aku memang tak malu nak merempit ke ofis sebab yang penting aku dapat menyelit-nyelit dan sampai awal ke rumah sebab nak Khayla pulak lepas tu hehe.

Sejak pindah ke Bintulu aku stop bawak motor sebab di Bintulu jalan rayanya ya ampunnnn... boleh pendek nyawa sebab jalan berlubang-lubang dan berombak rindu sana sini. So CLK tu tersadai je la di Gombak nun takde siapa yang bawak sebab Suami Terchenta ada motor sendiri. Baru-baru ni Suami Terchenta tolong aku repair CLK supaya senang aku nak ambik dan hantar anak-anak ke sekolah.

Ingatkan dah ok la CLK ni, tapi aku perasan minyak cepat je habis. Semalam lepas ambik Khayla aku check dan tengok masih cukup nak hantar Khayla ke sekolah tengahari tadi. Sampai je kat sekolah Khayla, on the way nak balik tiba-tiba motor terus semput nyawa-nyawa ikan dan mati. Musykil aku. Rupa-rupanya tangki minyak dah kering!

 
Tersadai la kita di sini...

Terpaksa la aku tolak motor ke tepi jalan dan telefon Suami Terchenta. Nak menapak sambil tolak motor masih jauh lagi. Nasib baik Suami Terchenta kerja dari rumah hari ni. Boleh pulak dia gelakkan aku bila aku kata minyak habis. Cis. Dia ingat aku lupa isi minyak.

Sudahnya Suami Terchenta datang bawak tin minyak dan isi cukup-cukup untuk ke bengkel terdekat. So dia pun bawak la CLK ke bengkel sementara aku pulak bawak skuter dia balik ke rumah.

Bila Suami Terchenta balik dari bengkel, dia kata ada part dalam motor tu kena tukar sebab leaking. Jadi petang ni boleh la aku merempit dengan gembira macam biasa.

Read more »
on Thursday, April 06, 2023 24
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 06, 2023

Moisturizer Terbaik 2023 - Tahukah Anda Cara Pakai Moisturizer Penting Untuk Dapat Kulit Lembap Berseri Tanpa Berminyak

Bulan lepas aku terserempak dengan geng office yang dah lama tak jumpa. Apa lagi, wajiblah ambik selfie untuk post di group whatsapp.

Terus ada yang komen, ‘Wah, sejak duduk di KL, berseri-seri dah muka sekarang.’ Kembang sekejap hati ni.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
My au naturel face sebab aku tak suka pakai makeup waima bedak muka sekalipun!

Yalah, kalau dulu ambik selfie mesti nampak berkilat je dahi aku.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Ni masalah bila kulit jenis berminyak - dahi berkilat ni boleh pantulkan balik flashlight kamera!

Kulit aku dari zaman sekolah dulu memang jenis berminyak. Masa baru nak naik remaja, aku selalu diusik kulit muka macam permukaan bulan (sebab masalah jerawat dan pori besar) dan boleh jimat minyak masak sebab boleh goreng telur kat dahi. Syukurlah masalah jerawat tu tak berlarutan sampai ke universiti sebab aku diperkenalkan dengan 3 tips penjagaan kulit muka yang penting - mencuci, menyegar dan melembapkan wajah:


Mencuci (cleanse)

Ini ialah perkara yang paling asas dalam penjagaan kulit wajah. Ini kerana wajah kita terdedah kepada pencemaran setiap hari. Cuci muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk memastikan liang pori tidak tersumbat, kulit kusam dan jerawat.


Menyegar (tone)

Langkah seterusnya ialah menyegarkan kulit muka dengan toner. Toner bertindak menghilangkan kesan kotoran dan sel kulit mati yang tersisa dan menjadikan kulit wajah lebih segar.


Melembap (moisturize)

Langkah ini wajib untuk mengekalkan kulit muka yang sihat dan berseri. Bagi mereka yang memiliki jenis kulit kering, kurang kelembapan akan menyebabkan muka menjadi kering, gatal dan kusam. Manakala mereka yang memiliki jenis kulit berminyak, ia akan menyebabkan penghasilan sebum (minyak) yang berlebihan dan mengakibatkan liang pori besar / pori-pori terbuka serta timbul masalah blackhead dan jerawat.

Tapi walaupun aku berjaya mengatasi masalah jerawat, tapi kulit aku tetap berminyak dengan pori-pori terbuka.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Dahi berkilat dan aku berpisah tiada

Sehinggalah aku diperkenalkan dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, iaitu moisturizer water based pelembap yang terbaik untuk mereka yang mengalami masalah dehidrasi kulit kerana ia meresap dengan lebih cepat dan tidak menyumbat liang pori kulit. Since Aqua tidak menyumbat pori, moisturizer ni jugak sesuai untuk kulit berminyak sebab ianya berfungsi mengawal pengeluaran sebum berlebihan.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pelembap muka water based memberikan kuasa super moisturizer

Aqua Whitening Cream ni mempunyai tekstur yang tidak berminyak dan seakan-akan gel jadi ianya tidak melekit dan rasa ringan je bila disapu pada kulit muka. Kesan ‘water drop’ krim ni buat muka aku rasa lembap, jadi ianya moisturizer terbaik untuk mereka yang memiliki kulit kering atau kulit yang terdedah pada suhu kering.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Tekstur yang ringan dan selesa dipakai, dengan kesan ‘water drop’ yang cepat meresap dan tidak menyumbat liang pori

Moisturizer pakai waktu bila?

Bila perlu pakai moisturizer? Pakai moisturizer berapa kali sehari? Kalau nak kulit cantik, moisturizer perlu dipakai setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Gunakan moisturizer selepas mencuci muka pada waktu pagi dan sebelum menggunakan krim pelindung matahari. Mungkin ada yang nak tahu kenapa kena pakai moisturizer setiap hari? Jawapannya, kenalah pakai setiap hari supaya kulit muka tak hilang kelembapan dan mengelakkan masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan garisan kedut pada wajah. Pendek kata, nak kulit muka yang cantik dan berseri, moisturizer tak boleh tinggal!

Kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ialah ianya boleh dipakai sebagai krim siang dan malam.


Tips Penjagaan Kulit Muka

Cara pakai moisturizer yang betul ialah dengan mencalit krim ke beberapa titik wajah (pipi, dahi, hidung dan bawah dagu) kemudian urut ke dalam kulit dengan gerakan bulatan ke atas sehingga keluar titisan air. Urut lembut muka sehingga titisan air meresap ke lapisan dalam kulit. Mudah kan? Tak sampai 5 minit dah selesai.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Tips pakai moisturizer sebelum tidur

Pakai moisturizer dulu atau serum? Kadang-kadang soalan ni timbul bila ada orang keliru cara pakai skincare yang betul, moisturizer atau serum? Kalau serum termasuk dalam rutin skincare, pastikan korang pakai serum dulu baru pakai moisturizer supaya kulit menyerap serum dengan lebih efektif.

Pada sebelah malam, sebelum tidur cuci muka dan pakai moisturizer ni double layers untuk melembapkan kulit semasa tidur terutamanya kalau tidur pakai aircond. Barulah muka nampak segar dan kurang berminyak bila bangun tidur.

Aqua Whitening Cream ni merupakan moisturizer terbaik dan sesuai untuk orang yang memiliki kulit berminyak kerana ia mengandungi Niacinamide atau juga dikenali sebagai vitamin B3 yang berfungsi mengawal pengeluaran minyak. Seterusnya ia boleh mengecilkan pori besar dan memperbaiki tekstur kulit. Tak hairanlah ianya sesuai dijadikan moisturizer untuk kulit berminyak.

Sebenarnya ni dah botol kedua aku pakai. Botol pertama dulu kongsi pakai dengan Khayla dan terbukti kulit nampak lebih berseri dan kurang berminyak selepas penggunaan yang konsisten. Kalau tak, takde la orang komen muka berseri-seri kan? Kesimpulannya, Aqua Whitening Cream ni bukan setakat krim malam terbaik, malah krim siang terbaik yang aku pakai setakat ni.

Psstt… nak kulit glowing dan berseri pada pagi Syawal kelak? Jom aku share tips bulan puasa ni. Amalkan moisturizer Aqua Whitening Cream ni sebagai sebahagian daripada skincare Ramadhan setiap hari 2 kali sehari pagi dan sebelum tidur.

Krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni boleh didapati dari laman web Hansaegee Nature dan korang boleh tengok jugak tips-tips skincare dan testimonial pengguna yang lain di media sosial mereka:


Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Read more »
on Thursday, April 06, 2023 13
Share this!
Tags
Beauty & Fashion, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 05, 2023

Sahur 14 Ramadhan - Ikan Goreng dan Sayur Bok Choy

ikan kembung goreng
 

Alhamdulillah dah masuk 2 minggu kita berpuasa. Setakat ni Allah masih beri peluang menunaikan solat terawih setiap malam walaupun cuma buat di rumah. Biasalah perempuan bila datang uzur tak dapat merebut pahala solat terawih. Jadi selagi tak uzur, selagi tu ambik kesempatan atas peluang yang diberikan Insha Allah.

Semalam kiteorang berbuka puasa dengan menghabiskan sisa-sisa lauk sebelum ni sebab freezer dah makin penuh dengan lauk yang tak habis. Tomyam, sambal sardin, sayur brokoli cendawan dan ayam goreng berempah semuanya jadi hidangan berbuka puasa semalam demi untuk mengosongkan freezer 😂. Pagi tadi nampak lapang la sikit freezer.

Pagi tadi pulak sahur kiteorang simple je. Ikan kembung dilumur dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam kemudian digoreng garing. Untuk sayur pulak, aku tumis bok choy. Cukup untuk bekalan tenaga sepanjang hari ni.

Semakin hari semakin kurang idea nak memasak lauk berbuka puasa 😅. Mungkin buat kari daging kot. Makan dengan roti canai pun sedap.

Read more »
on Wednesday, April 05, 2023 14
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 05, 2023

Wordless Wednesday - Welcome to the Enchanted Forest

Taman Tasik Titiwangsa

 

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa

"If I had a world of my own, everything would be nonsense. Nothing would be what it is because everything would be what it isn't. And contrariwise, what it is, it wouldn't be, and what it wouldn't be, it would. You see?" - Alice in Wonderland.

(Throwback masa brisk walking minggu lepas. suasana di taman tasik seolah-olah aku berada di enchanted forest 😃)
Read more »
on Wednesday, April 05, 2023 8
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Drawing the Words
    4 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    4 hours ago
  • KakmimDotCom
    4 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    6 hours ago
  • KasihkuAmani
    7 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    9 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    10 hours ago
  • anajingga
    11 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    12 hours ago
  • SURIA AMANDA
    13 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    13 hours ago
  • Anies♥You
    15 hours ago
  • orangbukit
    16 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    16 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    16 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    17 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    17 hours ago
  • Titian Perjalanan
    17 hours ago
  • Miles of smiles
    17 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • My Small World
    17 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    19 hours ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Blog Anamizu™
    5 days ago
  • Mreneyoo
    1 week ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • Krabat Kramat
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.