Ni sambungan dari pengalaman aku berurusan dengan LHDN di KL untuk bertanya tentang cara-cara isi e-filing (e-BE) bila dah jadi surirumah tapi ada hasil sewa rumah (walaupun hasil tu cukup untuk cover loan rumah je). 

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, berikut adalah senarai penuh jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai:

  • Perniagaan atau profesion
  • Penggajian
  • Dividen
  • Faedah (kecuali faedah deposit bank)
  • Diskaun
  • Pengutipan sewa
  • Royalti
  • Premium
  • Pencen
  • Anuiti
  • Prasyarat, termasuklah tuntutan bil, kad kredit syarikat, pinjaman daripada syarikat, tajaan keahlian kelab, tajaan yuran tusyen kanak-kanak, pemandu peribadi dan sebarang manfaat yang diberikan oleh majikan anda yang boleh ditukarkan kepada bentuk tunai.
(Sumber: imoney.com)

Jadi berdasarkan ni walaupun aku tak bekerja tapi aku masih lagi kena failkan cukai pendapatan dan isytiharkan pendapatan sewa rumah di Bintulu tu.

Mungkin tak ramai yang buat benda ni sebab fikirkan bukan banyak mana pun hasil sewa tapi kalau LHDN check ada income yang tak diisytiharkan, tak pasal-pasal daripada tak dikenakan cukai sekiranya declare kepada kena denda paling kurang RM1000 dan boleh cecah RM10,000 sebab tak declare

Anyway, selepas aku pun pergi ke cawangan LHDN di Menara Olympia, Jalan Raja Chulan aku diberikan jawapan yang diberikan sangat tepat dan terperinci tentang cara-cara declare pendapatan sewa rumah. Aku kongsi di sini untuk rujukan:

Persediaan:

  1. Muat turun borang HK-4 : Butir-butir Harta / Aset dan Jumlah Sewa.
  2. Sediakan segala dokumen berkaitan perbelanjaan ke atas rumah sewa:

    • Penyata pinjaman bank tahun cukai (kalau rumah masih dengan pinjaman bank)
    • Penyata bayaran insurans ke atas rumah (kalau ada ambik insurans berasingan dari masa buat pinjaman rumah)
    • Resit-resit pembayaran cukai taksiran/pintu dan cukai tanah/petak
    • Resit-resit pembayaran membaiki kerosakan rumah
    • Resit-resit pembayaran yuran maintenance rumah


Cara-cara mengisi borang HK-4:

Langkah pertama, kena isi maklumat pembayar cukai dan maklumat rumah yang disewakan termasuk berapa bayaran sewa dikenakan kepada penyewa untuk sepanjang tempoh tahun kena cukai. 
Langkah 1: Isikan maklumat pembayar cukai (tuan rumah) dan senaraikan rumah sewa di sini. Macam aku sebijik je la rumah iaitu rumah di Bintulu. Jumlah sewa ialah keseluruhan kutipan sewa untuk tahun kena cukai

Langkah kedua, masukkan amaun dari halaman pertama tu dekat pendapatan kasar sewa di halaman kedua ni. Lepas tu kena kira perbelanjaan yang dibenarkan. Dekat sini la kena rujuk resit-resit pembayaran dan penyata-penyata bank / insurans.


Cara kira perbelanjaan faedah atas pinjaman ialah dengan menjumlahkan amaun 'profit charged' dalam penyata pinjaman bank

Bila dah dapat jumlah perbelanjaan kesemuanya, tolakkan dari amaun pendapatan kasar sewa.


Langkah ke-2: Isikan keseluruhan perbelanjaan ke atas rumah sewa

Langkah ketiga, pergi ke borang e-BE melalu portal MyTax dan masukkan amaun pendapatan berkanun sewa (B3) dalam borang e-BE:



Borang HK-4 ni tak perlu muat naik ke borang e-BE pun, tapi still kena isi dan simpan dalam fail. Sekiranya LHDN buat audit, kena bawak borang ni dan resit-resit asal pembayaran dan penyata-penyata masa audit.

Haa... dah setel perkara cukai bahagian aku. Lepas ni kena tolong Suami Terchenta pulak buat e-filing dia. Sokmo busy memanjang suami aku tu takut dia terlupa pulak nak buat. Musim income tax ni dengan aku sekali busy kira pengecualian cukai walaupun dah jadi suri rumah. Rugi kalau terlupa masukkan semua pengecualian cukai! 🫣

18 comments:

  1. Pendapatan daripada sewa rumah kena juga rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena declare jugak. Sebab ada je orang buat sewa rumah sbg punca pendapatan utama dieorang cthnya Airbnb atau homestay. Kalau pendapatan melebihi paras kena cukai jadi dieorang kena bayar cukai. Macam owner rumah sebijik yg sewakan utk cover kos pinjaman bank, selalunya tak kena cukai tapi masih kena isytiharkan.

      Delete
  2. fuhh...berchenta nk buat semua tu...sape yg x familiar...mmg pening lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sbb tu saya kena tanya kat kaunter khidmat pelanggan LHDN supaya tak pening masa nak isi ni hehe. Saya share sini utk panduan orang lain jugak.

      Delete
  3. pendapatan sy drp gaji sbg guru sek je. x reti nak niaga2 ni. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. saya dgr citer ramai je cikgu2 yg buat bisnes homestay. Abe Kie tak join sekali ke?

      Delete
  4. Baru tahu kena declare income from rumah sewa...kalau yg ada bis homestay semua tu pun sama la jugak kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, semua yg menjana pendapatan kena declare PH.

      Delete
  5. Panduan lengkap ni.... buat la tutorial kat utube

    ReplyDelete
  6. Good info.. selesai dh salah 1 tangungjawab sbg warganegara.. kmk pun refund dh abis pakei dah 😂😂 awal isik awal dpt refund

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mesti pakei pegi malaya riya nak 🫣

      Delete
  7. kalau ada byk rumah sewa (contoh 10 pintu) kita boleh dpt diskaun ke? atau mmg byrn nya dah tetap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan dapat diskaun, kena cukai lagi ada hahaha!

      Delete
  8. Info yang berguna. Terima kasih berkongsi. Rasanya ramai tuan tanah kedaung mengelak dari declare rumah-rumah sewa yang mereka ada. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husnuzon - mungkin dieorg tak tau kena declare hehe.

      Delete
  9. terima kasih share.. boleh diguna pakai utk rumah parents jika mereka dh tiada nanti

    ReplyDelete
  10. nasib tak kena tambahan cukai ke apa2.. bagus pergi tanya Lembaga. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .