Hari tu dah buat menu Chinese, kali ni buat menu Western pulak.

Macamana timbul idea nak buat menu Western ye? Biasanya pukul 4 petang aku dah mula bersilat di dapur. Kebetulan Suami Terchenta beli kobis hijau dan kobis ungu. Aku dok belek-belek kobis ungu sambil fikir nak masak apa ni. OK, buat coleslaw la. Tapi nak makan dengan apa? Hmm.. ayam panggang la. Lagi? Hmm... Tambah mashed potato la. Tapi kena ada pasta jugak. Tambah mac & cheese pulak. Akhirnya, bermula dari menu coleslaw terus jadi menu Western lengkap! πŸ˜‚ Biasalah aku ni complicated orangnya hihi.

Dah perap ayam dengan chicken seasoning McCormick's dan herba rosemary dan masa nak masukkan ayam dalam oven, ubah fikiran lagi. Lama tak buat ayam rotisserie. Alah, ayam yang bergolek-golek dalam oven macam kat Kenny Roger's. Biasanya bulan puasa di Bintulu aku tak missed buat ayam rotisserie ni. Hasilnya ayam bakar elok sekata dan lembut je isinya sebab sambil-sambil dia bergolek tu aku sapu butter dan bahan perapan.


ayam rotisserie
Aduh, seksa betul ayam tu tak sempat censored

ayam rotisserie
Mula nampak golden brown maksudnya dah masak tapi aku nak bagi dia bergolek-golek setengah jam lagi sebab nak kulitnya crispy

Sambil ayam bergolek-golek dalam oven, aku prepare pulak coleslaw. Nak cepat punya pasal (sebab kena buat mushroom gravy, mac & cheese, roasted veggie dan mashed potato pulak), aku pun shred kobis dan lobak merah guna food processor. Lepas tu campur dengan sos coleslaw, tambah limau nak bagi manis sikit then terus masuk dalam peti sejuk. Tak sampai 5 minit coleslaw dah siap.

Next, aku mintak tolong Khadeeja kupas kulit kentang kemudian rebus. Sambil tu aku potong sayur terung, ubi keledek, asparagus dan cendawan untuk buat roasted veggie. Bawang pun wajib ada sebab nak bagi ada aroma yang sedap dan rasa karamel dari bawang tu, chewah. Macam chef pulak ye.

Bila kentang dah empuk, aku keluarkan dan letak dalam food processor dengan garam sikit, butter dan shredded cheese. Lepas tu food processor pun menjalankan tugas blend kentang sampai jadi mashed potato. Tambah susu sikit untuk bagi lebih lembut dan rasa lemak berkrim gituh. Dah setel mashed potato.

Air rebusan kentang aku recycle untuk rebus makaroni pulak. Jangan membazir, motto Chef Carneyz πŸ˜…. Dah masak, baru tuang air rebusan dan biarkan makaroni sementara aku pergi solat. Pukul 6.30 petang, aku sambung lagi dengan mencairkan mentega, kacau tepung, kacau susu dan tuang sos makaroni jenama Prego ke dalam periuk. Agak-agak dan creamy, aku pun tuang makaroni dan kacau-kacau sebati. Lepas tu tabur shredded cheese sebab Khayla suka extra cheesy. Dah siap mac & cheese.


mac & cheese
Mac & cheese kegemaran Khayla

Akhir sekali, baru aku buat mushroom gravy untuk ayam dan mashed potato. Kiranya kuah 2 dalam satu la. Yang ni senang je - cairkan mentega, tumis bawang holland cincang dan cendawan butang yang dicincang, masukkan tepung untuk pekatkan gravy dan kacau, kiub pati ayam, kicap manis dan sedikit air (ikut kepekatan yang diingini). Bila dah masak semuanya, blend sampai hancur. Sedia untuk dihidang.

Alhamdulillah siap semuanya dalam masa 3 jam dengan pertolongan Khadeeja, Khayla dan food processor hihi. 


menu western iftar
Mashed potato tak nampak pulak dalam gambar

Khadeeja mula-mula kata nak makan mashed potato tanpa kuah mushroom gravy tu tapi bila dia rasa sedap, kemain bertambah-tambah mushroom gravy πŸ€£. Malam tadi lepas terawih dia sorang je menghabiskan mashed potato, kakak pulak simpan sikit mac & cheese untuk bersahur pagi tadi. Alhamdulillah ada lebih untuk buat sahur pagi ni.

Hmm.... lepas ni nak buat menu apa pulak ye. Tapi petang ni aku dengan kakak dah pakat nak pergi ke bazaar Sri Rampai nak cari pani puri yang sedap hari tu.

28 comments:

  1. wah dasat menu western dia... sekor ayam terus dia bakar hehehe...!!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya terliur ibu tengok seekor ayam tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka buat ayam rotisserie sbb tak perlu potong guna pisau, pakai gunting je pun dan terlerai elok je daging ayamnya hehe.

      Delete
  3. Terus mata saya jadi biru hijau hihihiii... Rajin Carneyz sediakan menu western. Seronok rasanya kan kalau seisi keluarga menikmati dengan penuh selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la Kak Amie, bila datang mood rajin memacam boleh sediakan. Tapi bila tak rajin, ke bazaar je la jawapannya hihi...

      Berbaloi dan hilang penat bila tengok semua orang makan dengan penuh selera dan apa yg dimasak tu habis semuanya.

      Delete
  4. Wah... lepas berbuka semua cakap bunyi western! hehehehee

    ReplyDelete
  5. sedap kalo air tangan mak sendiri yg buat mac & cheese, khadeeja kann., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah licin anak2 saya habiskan waktu sahur Wak.

      Delete
  6. Mun mkn di luar beratus dh tok.. jimat gik polah di umh tp mok ada kerajinan yg tgi lah 🀭🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, mok nunggu mood rajin dolok baru keluar semua hidangan Western tok 🀭

      Delete
  7. alaa menyesal pulak kite x de tukar2 juadah berbukaπŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  8. Rajinnya Carneyz! Saya salute! Best oven dia, boleh buat ayam golek kat rumah. Semuanya nampak sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur. Bila datang rajin tu mcm2 yg terhidang hehe.

      Delete
  9. hebat! yelah kan, gajet dah ada, guna jelah supaya kerja lagi cepat. boleh bayangkan rupa mashed potatoes walaupun takde dalam gambar. hehe

    ReplyDelete
  10. ayam golek puas mkn tu...tk pernh lg bakar ayam sekor gtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bakar seekor ayam elok guna rotisserie rod supaya masak sekata πŸ˜„

      Delete
  11. alamak nampak menu western pula awal pagi ni.....nanti kita tiru ye terliur tengok smuanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sis. Nanti update hasilnya ye 😊

      Delete
  12. Amboi sedapnyaaaa.....lama x buat ayam tergolek2 ni...kena buat jugak ni..kalau ayam sekor2 macam ni Pak Zain yang suka..dia rasa macam makanan mewah katanya..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Lawak pulak komen Pak Zain tu πŸ˜‚ kena ada oven function rotisserie nak buat ni. Untuk perapan, saya guna seasoning ayam jenama McCormick's dgn rempah rosemary untuk tambah wangi aroma rempah. Masa ayam bergolek2 kena rajin sapu mentega yg dah dicairkan dan dicampur dengan serbuk seasoning tadi supaya isinya lembut dan moist je.

      Delete
  13. sekali sekala jd chef carneyz memang dasyat! hahaha.. nina pun tak terbuat kalau sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu mood rajin yg ekstra baru dpt buat semua ni hehe

      Delete
  14. ada plan jugak nak buat menu western, tapi x buat2 lagi pun

    ReplyDelete
  15. Kak carneyz, jago masak rupanya yaaa 😍😍. Kliatan sedaaap ayam dan Mac and cheese tuh. Menu western gini kesukaan saya dan anak sulung. Kalo papi dan anak bungsu, lebih suka makanan lokal πŸ˜„.

    Jadi teringin pula buat Mac and cheese

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .