• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, October 14, 2023

Kenny Hills Coffee @ KL East Mall

Kenny Hills ni memang tak asing lagi buat penggemar cafe scene di KL. Throwback masa bawak anak-anak buat aktiviti wall climbing cuti sekolah lepas, kiteorang singgah makan tengahari di Kenny Hills Coffee yang terletak di seberang Camp 5. Curious jugak nak tengok perbezaan dengan Kenny Hills Bakers yang aku pernah pergi di Bukit Tunku.


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Kenny Hills Coffee @ KL East Mall


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Highlight kat sini semestinya minuman kopi

Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Deko brick wall dengan dark wood menampilkan vibe yang eksklusif

Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Memandangkan pergi waktu tengahari ramai la orang makan kat sini

Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Menu kat sini tak sebanyak di Kenny Hills Bakers dan lebih kepada western food


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Salah satu tarikan di Kenny Hills ialah pastri dan keknya yang sedap 

Harga makanan kat sini semestinya standard kafe hipster, lagi-lagi kafe dalam mall. Tapi yang penting makanan sedap di tekak. Lupa nak ambik gambar makanan anak-anak, kalau tak silap dieorang order spaghetti meatballs (adik) dan truffle mac and cheese (kakak). Aku pulak pesan truffle and raclette toastie sandwich. Besar giler portion, tak habis siap tapau balik. Lepas tu adik pantang tengok pavlova nak makan pavlova jugak tapi aku pesan satu je la kongsi kiteorang bertiga. 


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Pavlova, sandwich truffle and mushroom melt dan watermelon cooler (adik punya). Kakak order susu panas (takde dalam gambar)

cafe latte
Kopi susu

Tapi yang paling menarik ialah kopi susu yang aku pesan ni. Kopi tu dihidang dalam bentuk kiub ais. Lepas tu nak minum kena tuang susu suam tu then kacau. Dari segi rasa, macam minum kopi susu ais hehe. Kalau nak manis kena mintak air gula. Aku tak mintak pun sebab minum sambil makan pavlova yang dah manis leting tu. 

Kesimpulannya, Kenny Hills Bakers lebih banyak pilihan makanan dan pastri since it's both a bakery and a cafe. Kenny Hills Coffee pulak lebih fokus pada produk minuman kopi dengan menu makanan kafe sebagai sampingan.

Read more »
on Saturday, October 14, 2023 14
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, October 13, 2023

Resipi Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe dan Suhun

Dah menjadi kebiasaan waktu petang lepas anak-anak balik sekolah, aku akan ajak dieorang untuk menolong di dapur. Kadang-kadang Suami Terchenta pun akan join sekali kalau dia balik awal atau bekerja di rumah dan dah habis meeting. 

Sambil menyediakan bahan-bahan memasak, aku ajak anak-anak bercerita tentang hari dieorang di sekolah. Kalau ada masalah (contohnya anak sulung bagitau kawan di sekolah ejek slang dia bercakap dialek Sarawak), kiteorang sama-sama bincang macamana nak respon dalam situasi ni. Si adik biasanya akan bagi idea untuk kakak balas balik dengan jawapan yang menyakitkan hati ('kakak jawablah ada aku kesah?') dan aku/Suami Terchenta pulak akan nasihatkan untuk ignore je orang macam ni. 

Bila dah asyik berbincang anak-beranak, tau-tau dah siap semua bahan-bahan untuk masak makan malam. Petang semalam aku masak hidangan kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun. Dah lebih kurang sambal jawa kan, tapi tak letak kicap, tauhu dan tauhu kering je.


sayur kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun
Kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun

sayur kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun
Makan dengan sambal sardin... yummy!

Resipi Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe dan Suhun

Bahan-bahan:
  • 8-10 batang kacang panjang dihiris menyerong
  • Tempe dipotong kiub
  • Sayur lobak merah potong julienne
  • Segenggam suhun (rendam dalam air suam sampai lembut)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Setengah biji cili 
  • Sejemput udang kering (direndam dalam setengah jam lepas tu kisar dengan bawang merah, bawang putih dan cili)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air setengah cawan

  1. Perap tempe dengan garam dan kunyit selama 10 minit dan gorengkan. Angkat dan toskan minyak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan sayur lobak dan tumis dalam 3 minit.
  4. Masukkan kacang panjang dan tumis dalam 3 minit lagi.
  5. Masukkan air dan biarkan mendidih sekejap.
  6. Bila nampak sayur agak kering, masukkan tempe yang sudah digoreng tadi dan gaulkan.
  7. Masukkan suhun dan gaul mesra.
  8. Perisakan dengan garam / serbuk cendawan.
  9. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!

Read more »
on Friday, October 13, 2023 22
Share this!
Tags
Family, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, October 13, 2023

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras

Salam Jumaat buat kawan-kawan semua,

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan, keamanan dan keringanan penderitaan rakyat Palestin yang sedang menghadapi kezaliman dari rejim zionis. Semoga ada doa di antara kita yang dimakbulkan oleh Allah SWT, Ameen Ya Rabbal Alameen... 🤲🏻

Boleh sesak dada bila tengok berita perang kat sana. Untuk alihkan fikiran sekejap, aku nak kongsi cara-cara naik MRT dari Sentul Timur dan turun betul-betul di stesen MRT yang bersambung dengan MyTown Cheras.


Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 1: Naik LRT dari stesen LRT Sentul / Sentul Timur dan turun di Stesen Titiwangsa. Kalau dari stesen Sentul, cuma 1 stop je dan dari stesen Sentul Timur pulak, 2 stop

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 2: Ikut arah ke stesen MRT untuk pertukaran ke laluan MRT

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 3: Cari Pintu A dan turun eskalator di sini

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Eskalator sini memang tinggi ye tuan2 dan puan2... Gayat kita dibuatnya haha!

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 4: Turun satu lagi eskalator ke Platform 1

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Di sebelah kiri ialah laluan MRT ke Putrajaya (Platform 1) dan sebelah kanan pulak laluan ke Kwasa Damansara (Platform 2)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 5: Tunggu MRT di laluan Putrajaya

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 6: Naik MRT sampai ke stesen Tun Razak Exchange (selang 6 buah stesen dari Titiwangsa)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 7: Turun MRT dan pergi ke laluan bertentangan (laluan Kajang)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 8: Turun selang satu stesen iaitu di stesen Cochrane dan naik eskalator ke sambungan menuju ke MyTown Cheras 

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Kemudahan dalam stesen MRT ni boleh dikatakan lengkap dan memuaskan. Cuma kat tandas dan kat surau, aku tertanya-tanya - kenapa banyak lipas? Kena panggil pest control la sebab aku ni kalau ternampak lipas confirm menjerit macam nampak hantu! 

Dah alang-alang sampai MyTown Cheras, boleh la pergi makan meatball IKEA jugak sebab sebelah MyTown je kan. Ni gambar throwback masa pergi ke sana dengan my mom & my sister. Psst... chicken wing tu pun best tau.


IKEA Meatball
My favourite dekat restoran IKEA

Kalau tak pasti nak turun dekat stesen mana, boleh muat turun aplikasi Moovit untuk rujukan laluan-laluan pengangkutan awam di KL. Insha Allah tak sesat!

Read more »
on Friday, October 13, 2023 14
Share this!
Tags
Tips & Info, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, October 12, 2023

Restoran Ayla Steakhouse @ Sunway Putra Mall

Sunway Putra Mall
Restoran Ayla Steakhouse di tingkat 4, Sunway Putra Mall

Belek punya belek galeri phone, eh ada lagi gambar keluar makan bulan Julai lepas yang aku belum publish kat blog lagi! 😂

Tak silap aku, masa ni kiteorang baru lepas habis tengok filem animasi 'Elemental' di panggung TGV.  Keluar dari panggung, si adik mengadu lapar. Tahap lapar dia tu, dia nak makan steak katanya huhu... Yang kakak pulak nak makan mac & cheese. Cari punya cari tempat yang boleh accommodate demand dieorang berdua ni, terjumpalah restoran ni.

Ayla Steakhouse
Kalau makan kat restoran di mall, standard la harga begini

Ayla Steakhouse
Restoran ni serius lawa


Jom tengok apa yang kiteorang order:


Ayla Steakhouse
Mac & cheese (RM24.90), seafood aglio olio (RM24.90), signature steak (RM29.90) dan grilled chicken chop (RM21.90)

Ayla Steakhouse
Adik pesan strawberry milkshake, kakak nak oreo milkshake, Suami Terchenta pesan ice lemon tea dan aku pulak lupa nama minuman yang aku pesan tu yang penting gelasnya unik hihi...

Walaupun harganya mahal tapi portion makanan agak besar dan berpatutan la dengan harganya. Rasa pun ok, not bad. Takde la wow sangat, tapi boleh diterima tekak.

Tapi kalau nak pergi berkali-kali memang idok ler kan hehe... Bocor dompet dibuatnya. Sekali-sekala keluar makan dengan keluarga boleh la.

Read more »
on Thursday, October 12, 2023 26
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 11, 2023

World Mental Health Day - Menangani Percubaan Bunuh Diri / Suicide Attempts

World Mental Health Day
Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun

Semalam merupakan World Mental Health Day. Bercakap tentang mental health / kesihatan mental ni, bulan lepas aku join webinar bertajuk "Shining a Light on Suicide Prevention" yang dianjurkan oleh Naluri. Webinar ni percuma je, jadi apa salahnya kita menimba ilmu tentang kesihatan mental dari pakar kesihatan mental kan.


Bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia

Tau tak korang, kematian dari perbuatan bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia? Kes bunuh diri di Malaysia meningkat dari 10% ke 13.1% dalam masa 5 tahun kebelakang. Menurut satu kajian WHO dan kajian tempatan, bagi setiap kes kematian akibat bunuh diri, terdapat 10 - 20 percubaan bunuh diri yang terjadi. 


prevalence of suicidal behaviour
Kecenderungan tingkah laku bunuh diri di kalangan remaja (sumber: Sinniah, A., Maniam, T., Sidi, H., & Oei, T. (2014). Suicide ideation and intent in Malaysia: A review of the literature. Comprehensive Psychiatry, 55(1), 95- 100.)

Faktor-Faktor Mendorong Tindakan Bunuh Diri

Antara faktor-faktor yang mendorong seseorang untuk bertindak membunuh diri ialah:

  1. Masalah hubungan (pasangan, ibu bapa, rakan-rakan) 
  2. Menghidapi penyakit mental (kemurungan, stress dan keresahan) 
  3. Faktor-faktor sosial (etnik, ketiadaan pekerjaan tetap dan media (Internet dan media sosial).

Terdapat kajian yang mengaitkan seseorang yang menghabiskan masa yang banyak di hadapan skrin (TV / gajet) lebih berisiko untuk membunuh diri! 

Sebenarnya, individu yang mempunyai tingkah laku bunuh diri ni secara tak sedar menunjukkan tanda-tanda sebelum dia mengambil tindakan. Jadi kawan-kawan atau ahli keluarga yang berada di sekeliling perlu peka dengan tanda-tanda seperti kerap menjauhkan diri, tidak suka bergaul, perubahan sikap yang mendadak (contohnya dari ceria kepada murung atau perubahan emosi mendadak/mood swings), bertanya soalan yang pelik dan berkisar tentang kematian atau kehilangan, memberikan barang-barang yang dihargai kepada orang lain dan banyak lagi tanda-tanda lain yang di luar kebiasaan seseorang yang kita kenal.


Pendekatan Mencegah Dari Tindakan Bunuh Diri

Macamana kalau orang yang berniat nak bunuh diri tu ialah diri-sendiri atau ahli keluarga terdekat? Menurut pakar psikologi, kebanyakan kes bunuh diri boleh dicegah. Antara pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah dari tindakan bunuh diri ialah:

  1. Peka terhadap perubahan sikap yang ditunjukkan. Bila seseorang menunjukkan perubahan sikap, dapatkan pertolongan pakar / kerap bertanya khabar individu tersebut.
  2. Berterus-terang. Sekiranya kita perasan seseorang tu menunjukkan tingkah laku membunuh diri, tanya secara terus-terang sebab mungkin ini akan menyelamatkan nyawanya.
  3. Sekiranya tidak mampu memberi nasihat / pertolongan, dapatkan bantuan dari orang lain / bantuan khidmat profesional untuk memberi pertolongan kepada rakan / ahli keluarga yang berisiko.
  4. Tanya soalan dan dengar. Tanyakan situasi mereka dan dengar luahan perasaan mereka supaya mereka tahu yang mereka tidak berseorangan di dunia ini.
  5. Bantu mereka mencari sebab untuk meneruskan kehidupan. Ingatkan mereka tentang sebab kenapa mereka perlu meneruskan kehidupan dengan memberi galakan kepada mereka.
  6. Bantu mereka untuk membuat perancangan selamat. Rancang aktiviti selamat (contohnya berkurung dalam bilik kosong tanpa ada peralatan berbahaya) dan senaraikan kontak rapat untuk dihubungi sekiranya mereka terdetik untuk menamatkan riwayat.

Itulah serba-serbi maklumat yang disampaikan oleh pakar psikologi dalam webinar yang aku sertai tu. Semoga perkongsian ni membantu sekiranya ada orang yang kita kenali berdepan dengan masalah-masalah peribadi sampai terfikir nak menamatkan riwayat hidup.

*Hubungi talian bantuan Befrienders di 03-79568145 sekiranya berdepan dengan situasi percubaan / rancangan membunuh diri.

Read more »
on Wednesday, October 11, 2023 19
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 11, 2023

Apa Cerita Anak Bulus?

Louis & Kiera
Pagi-pagi lagi Mommy dah kena jeling dengan dieorang ni...


Ada je ni, tengah lepak-lepak. Kiera suka lepak atas kerusi malas / kerusi urut, Louis pulak pantang nengok timbunan baju untuk dilipat, di situlah dia nak landing!

Sekarang ni dieorang jarang dah bermain kejar-kejar pagi-pagi. Bila masuk rumah masing-masing cari port lepak. Tapi kalau dengar bunyi kibbles keluar dari auto-feeder, sepantas kilat ye dieorang berlari keluar. Lepas tu sambung tidur. Eh, dengki pulak dengan kucing - makan, tidur, lepak je keja dieorang! 😂


Read more »
on Wednesday, October 11, 2023 24
Share this!
Tags
Daily Life, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 11, 2023

Wordy Wednesday - Keropok Lekor Goreng / Rebus?

keropok lekor asli Terengganu
Keropok lekor rebus

 

Semalam aku beli keropok lekor asli Terengganu dari cikgu Khadeeja. Harganya RM1 sebatang. Teringat zaman belajar kat UTM dulu setiap kali nak balik cuti semester, aku bawak balik keropok lekor Terengganu yang kawan-kawan dari Terengganu jual. Masa tu harga sebatang keropok lekor 50 sen. Beli 20 batang baru RM10. Haha. Murah kan harga barang dulu 🥲.

Keropok lekor versi mana lebih sedap, goreng atau rebus? Aku suka dua-dua. Rebus pun sedap, goreng pun sedap. Tapi kalau kerepok lekor yang banyak tepung, bila rebus rasanya agak hambar. Jadi aku akan goreng je. 

Balik dari kelas memasak semalam aku buat dua-dua versi, yang rebus dan goreng. Aku goreng dalam air fryer je sebab nak jimat minyak. Suami Terchenta suka versi yang goreng dan aku pulak makan versi rebus (sihat sikit kan? Hehe).

Ramai orang suka beli keropok lekor yang memang dibuat di Terengganu sebab isi ikan lebih banyak dari tepung. Tapi ada kawan yang dia kata dah terbiasa makan keropok lekor KL (jenis lagi banyak tepung dari ikan) dan dia lebih suka versi banyak tepung. Ikut citarasa masing-masing kan. Yang penting sos cicahnya tu versi sos yang ada gula melaka. Selalunya kalau beli kat pasar malam dapat sos cili versi cair tu untuk cicah dengan keropok lekor tepung ni. Sebab tu aku jarang-jarang beli keropok lekor di pasar malam melainkan anak-anak request.

Korang pulak suka versi keropok lekor Terengganu atau KL? Rebus atau goreng? Cer komen sikit 😉.

Read more »
on Wednesday, October 11, 2023 22
Share this!
Tags
Dining, Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, October 10, 2023

Kelas Buat Onde-Onde

Minggu ni giliran kelas memasak lagi. Bulan ni kiteorang buat onde-onde pulak. Seronok la anak-anak semua sebab dapat makan kuih favourite dieorang. Lagi-lagi dapat menguli doh macam main Play-Doh. 


onde-onde
Hasil tangan anak-anak di sekolah


onde-onde
Part ni dieorang paling suka sebab dapat 'main' doh onde-onde


onde-onde
Semua bersorak bila onde-onde mula timbul

Khadeeja dan kawan-kawan posing dengan onde-onde yang dieorang buat sendiri

Ni pulak kelas semalam, bila aku kata ambik gambar dulu cepat-cepat dieorang ambik pinggan ni posing sebab tak sabar-sabar nak makan!

Mengajar kelas tahap 1 dan tahap 2 memang berbeza sikit. Kalau tahap 1 ni, memang cikgu la kena buat semua. Dah siap jadi doh baru mintak dieorang sendiri uli dan letak gula melaka kat tengah-tengah doh. Tapi kiteorang guide jugak cara-cara menyukat bahan-bahan supaya dieorang tahu teknik menyukat bahan-bahan dengan betul.

Kalau tahap 2 pulak lebih senang sebab dieorang dah besar dan mahir, jadi kiteorang cuma bagitau sukatan bahan-bahan dan dieorang la buat semua dari sukat bahan-bahan, satukan bahan-bahan dan menguli sampai jadi doh onde-onde. 

Biasanya kelas tahap 1 ni memang akan habis on time (2 jam) tapi kelas tahap 2 pulak habis cepat sikit. Suka bila kelas habis awal sebab cikgu-cikgu pun boleh balik awal jugak hihi.

Read more »
on Tuesday, October 10, 2023 30
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • Drawing the Words
    1 hour ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    5 hours ago
  • anajingga
    6 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    8 hours ago
  • SURIA AMANDA
    9 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    10 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    11 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    14 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    14 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    15 hours ago
  • Titian Perjalanan
    15 hours ago
  • KakmimDotCom
    16 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • Miles of smiles
    19 hours ago
  • Blog Anamizu™
    19 hours ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • My Small World
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Amie's Little Kitchen
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    2 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    4 days ago
  • mrhanafi.com
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • Warisan Petani
    6 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    6 days ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Asa Blog
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    2 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 month ago
  • Afzan Sidi
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.