Bila aku stress aku tidak boleh lihat rumah aku berselerak kerana aku akan jadi double, triple stress. So, aku menghabiskan masa mengemas stor yang sudah tidak kemas lagi, dan kertas-kertas, bil-bil, cd dan majalah-majalah yang berselerak atas rak tv. Suami Terchenta pun dengan rajinnya membantu aku mengasingkan kertas-kertas yang tak berguna untuk dibuang.
Tapi walaupun sudah kemas, kertas-kertas tu masih menyakitkan mata aku. Terlalu sakit dan menyampahnya aku sampai aku mengajak Suami Terchenta membuat retail therapy di Ikea. Tujuannya untuk cari something untuk organize barang-barang seperti cd, resit-resit barang elektrik, bil-bil, manual barang-barang elektrik dan sebagainya yang telah menyemakkan diri dalam rak tv itu.
Hasilnya, kami telah pulang dengan membawa kotak-kotak ini:
Hasilnya:
Kami juga beli remote control pocket supaya boleh simpan remote control tv / Astro / VCD player kami di tempat yang senang dicapai:
Kesimpulannya, aku memang sangat heart Ikea :) Hehe. Terasa nak bawak balik semua barang-barang di Ikea! Muahaha!
Suami Terchenta baru-baru ni mengalami shock yang teramat dahsyat. Laptop nya telah meninggal dunia secara mengejut sewaktu aku berada di JB. Akibatnya Suami Terchenta tidak dapat buat aktiviti kesukaannya iaitu download episod Bleach programming Msjbox.
Jadi semalam kami telah berjalan-jalan di Low Yat untuk survey laptop baru. Sebenarnya ini semua atas desakan aku sebab aku nak cari cassette adaptor yang aku impi-impikan. So, aktiviti bersiar-siar di Low Yat adalah menyelam sambil minum air! :p
Entah macamane, bukan setakat cassette adaptor yang kami beli, malah kami beli mp3 player yang baru dan speaker yang comel ini:
Mp3 player ni ada 1GB memori dan harganya RM99. Kami tambah RM10 untuk beli speaker. Kata Suami Terchenta, 'Lain kali kita duduk di bawah pokok boleh la kita dengar radio.'
... Duduk di bawah pokok?
Underneath pokok pinang, We will wait for flight! :p
Apa-apa jelah, Suami Terchenta.