Sambungan dari sini:
Petang tu aktiviti kiteorang ialah explore kawasan dusun. Di bahagian dalam dusun ada teratak dan jugak pondok gazebo untuk pengunjung yang datang berkelah di tepi sungai. Setiap pondok ni dilengkapi dengan tikar getah dan ada jugak plug point. Memang selesa kalau nak berkelah sambil ber BBQ kat sini.
Meneroka bahagian tepi sungai |
Boleh tengok air sungai di sini yang jernih |
Air sungai kat sini cetek dan arusnya tak terlalu deras, selamat untuk budak-budak mandi-manda |
Lepas explore kawasan sungai, kiteorang berjalan-jalan pulak dalam dusun. Seronok rasanya dikelilingi pokok-pokok buah-buahan - ada pokok rambutan, cempedak, durian, pisang, kelapa dan lain-lain yang aku tak berapa kenal. Oh ya, kat sini pun ada hammock, so kalau nak healing petang-petang boleh baring-baring dalam hammock sambil menikmati suasana tenang tepi sungai.
Nasib baik sebelum bersiar-siar dalam dusun ni, aku dah sembur cecair mosquito repellant kat satu badan. Sepanjang dalam dusun tu, bingit telinga aku dengan bunyi nyamuk yang terbang di tepi telinga. Tapi nyamuk kat sini tak sebanyak nyamuk di kebun ayah mertua. Kalau ke kebun ayah mertua tak pakai mosquito repellant, alamatnya bersusun-susun nyamuk hinggap atas permukaan kulit menghisap darah berjemaah! 😂
Khadeeja berlari bebas dalam dusun |
Bila kiteorang lalu di kawasan pokok durian, kiteorang ternampak beberapa biji durian yang jatuh, tapi kebanyakan buahnya kecik dan belum masak lagi. Tapi ada jugak terjumpa buah durian yang dah masak (sebab ada aroma durian yang dah masak). Kiteorang tak ambik sebab belum mintak kebenaran dari owner dusun lagi.
Khadeeja posing dengan durian kecik yang belum masak |
Petang tu, owner singgah bertegur-sapa dengan kiteorang. Apa lagi, terus kiteorang tanya boleh ke nak ambik durian yang jatuh (eh, ambik kesempatan kita 🤭). Owner kata kalau ada terjumpa yang masih elok, ambik je la. Sebab cuma kiteorang je yang tinggal. Tapi hujung minggu kalau ada ramai tetamu yang menginap di sini, then owner tak kasi ambik sebab bimbang tetamu bergaduh sesama sendiri gara-gara berebut durian (mungkin berdasarkan pengalaman sebenar kot).
Lepas owner dah beredar, apa lagi terus la Suami Terchenta dan Khadeeja pergi kutip balik durian yang kiteorang jumpa tadi 😂. First time dapat makan durian yang fresh jatuh dari pokok hihi. Tapi kiteorang ambik sebijik je la, sekadar nak merasa.
Gigih Suami Terchenta bukak durian guna pisau yang kontot |
Alhamdulillah rezeki dapat makan durian fresh. Walaupun isinya tak tebal, tapi manis dan lembut.
Next entry, aku akan update pasal aktiviti camping sebelah malam pulak ya.