Salam Jumaat kawan-kawan,
Malam semalam aku tengah clear kan galeri gambar dalam hp aku ni sebab dah tak boleh nak update iOS gara-gara tak cukup storage 😤. Baru aku perasan yang aku tak update lagi pasal pengalaman pertama makan mee tarik di MyTown 🤭.
Minggu lepas aku naik MRT ke MyTown Cheras. Saja nak tukar angin asyik duduk di rumah je kan. Lepas jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba rasa lapar la pulak. Masa tu aku tiba-tiba teringat ada someone buat blog entry pasal mee tarik. Eh, ada ke mee tarik kat MyTown ni? Jalan-jalan lagi tiba-tiba aku terpandang kedai Mee Hiris China Muslim.
![]() |
Lupa nak ambik gambar dari luar kedai, jadi pinjam gambar dari FB MyTown je la! |
Mee hiris pun boleh la. Aku pun masuk kedai ni dan staff kedai terus bagi buku menu. Belek punya belek, eh ada jugak mee tarik rupa-rupanya. So apa lagi, aku pun order la mee tarik sup dengan daging ayam hiris. Ambik set hidangan sekali dengan dumpling ayam dan minuman. Lupa pulak harganya, kalau tak silap dalam RM20+.
Sementara tunggu mee sampai, aku ambik la gambar apa-apa yang patut untuk update dalam blog. Macam tu la jadi blogger kan, pergi mana-mana wajib ambik gambar memenuhkan galeri hp hehe.
![]() |
Asal-usul mee hiris dari masyarakat Muslim di China |
Dalam 5 minit je set mi sup yang dipesan pun sampai. Macam ni la rupanya.
![]() |
Set mee tarik sup dengan hirisan ayam dan dumpling ayam |
![]() |
Portion mee tarik agak besar, nasib baik aku tengah lapar giler masa ni |
![]() |
Close up tekstur mee tarik |
Rasa mee tarik ni kenyal dan sedap. Sup pulak ada rasa berempah dan rasa lada sulah yang agak ketara. Tapi tu la, supnya tu agak tawar bagi aku. Kena tuang chili oil baru sedap sikit. Chili oil pun aku rasa macam ada something yang kurang. Mungkin aku dah terbiasa chili oil yang ada udang kering dalamnya sebab tu chili oil versi cili dengan minyak je tak berapa ummph di lidah aku.
![]() |
Dumpling ayam ni OK la boleh diterima oleh tekak aku |
Overall, hidangan yang mengenyangkan tapi dari segi rasa agak subjektif mungkin sebab aku tak biasa dengan masakan yang betul-betul dari negara China haha. Lain kali aku nak cuba mee yang digoreng atau hidangan lain dekat restoran ni.