Khamis malam, Khayla tiba-tiba teringat yang dia nak cari hadiah farewell untuk cikgu Sejarah yang berpindah sekolah. Bising sekejap la maknya sebab agak last minute inform. Tapi mengenangkan hari Jumaat waktu sekolah start lambat sikit, sempat la pergi cari hadiah tu.
Pagi Jumaat tu, lepas Khayla dah siapkan barang-barang sekolah dan gosok baju, kiteorang pun naik LRT ke SOGO. Nasib baik rumah dekat je dengan LRT. Kalau nak kena drive / bawak motor, aku malas. Cari hadiah di kedai Mr DIY je la jawabnya.
Walaupun dah tak wajib pakai pelitup muka, tapi Khayla lebih selesa pakai sebab katanya dia introvert, tak suka orang tengok mukanya 😆 |
Aku pilih ke SOGO sebab lebih banyak pilihan yang boleh dicari sesuai dengan bajet Khayla (bawah RM30) |
Aku cadangkan supaya cari hadiah yang cikgu boleh guna setiap hari. Dengan cara ni, dia akan sentiasa ingat dekat pemberi (Khayla) dan semoga dia sentiasa mendoakan Khayla berjaya dalam pelajaran. Akhirnya Khayla jumpa hadiah yang dia berkenan iaitu mug yang cantik sangat. Kotak mug tu pun cantik penuh dengan lukisan bunga, jadi tak payah balut dengan kertas pembalut pun tak apa. Harganya pun dalam bajet Khayla - RM29.30.
Khayla tengah bayar hadiah yang dipilihnya |
Memandangkan kiteorang belum bersarapan, aku ajak Khayla ke food court. Ni dah kira brunch, sebab dah lewat sangat. Ternampak Ah Cheng Laksa, so singgah makan di sini. Kali ni aku pesan asam laksa. Puas hati dapat makan, hari tu rasa-rasa je kuahnya sebab tu Suami Terchenta yang pesan hehe. Khayla pilih makan pan mee sama macam yang aku makan sebelum ni.
Sementara tunggu makanan sampai, ambik gambar anak dara ni tapi dia malu-malu pulak |
Sambil makan, kiteorang berborak hal sekolah dan kawan-kawan sekelas Khayla. Khayla ni pemalu dan pendiam dalam kelas. Maklumlah, orang introvert. Aku pesan supaya kalau boleh dia volunteer untuk pegang jawatan di sekolah contohnya pustakawan ke (sebab dia malu nak tegur orang so tak boleh la jadi pengawas).
Sedih aku mengenangkan yang Khayla ni berubah dari ceria dan friendly kepada seorang introvert lepas dia belajar di sekolah swasta tahun lepas. Nampaknya cuma Khadeeja je yang serasi dengan kawan-kawan di sekolah tu tapi batch Khayla pulak jenis yang tak berapa menerima orang baru dan dah ada clique sendiri. Tahun lepas memang aku perasan Khayla selalu seorang diri dan lonely. Walaupun aku selalu nasihatkan dia untuk cuba 'masuk' dengan kawan-kawan sekelas tapi lama-lama dia give up dan selesa jadi introvert sampai sekarang. Di sekolah sekarang pulak, dia berkawan dengan geng sama-sama introvert dan kumpulan dieorang ni digelar 'geng budak baik' sebab selalu senyap je dalam kelas. Cuma aku harap la dia jumpa kawan baik yang satu kepala dengan dia dan berkongsi minat yang sama.
OK la, done membebel tentang hal-hal remaja. Sambung balik cerita. Lepas makan, kiteorang singgah pulak di outlet JOVIAN sebab Khayla mintak belikan telekung sekolah yang baru. Telekung sekolah sekarang dah pendek katanya. Jumpalah telekung travel yang elok tak nipis dan jarang tapi ringan. Harga pun not bad - RM45.
Settle beli telekung, singgah pulak beli stoking sekolah Khadeeja. Yang ada dah berlubang (aku tak tau la dia buat apa kat sekolah tu sampai stoking baru beli awal tahun tu dah berlubang). Dapat la 3 pasang dengan harga RM11.90.
Tengok ada masa lagi, aku ajak Khayla pergi ke kedai CK Rahim di seberang SOGO untuk belikan dia tudung baru. Hasilnya dapat 2 pasang dengan harga RM30.
Muka manyak hepi dapat telekung dan tudung baru... |
Lepas beli tudung, kiteorang terus balik. Bahaya kalau lama-lama di SOGO 😆. Sampai di rumah, Khayla tukar pakaian sekolah, ambik wudu' dan terus solat Zohor. Sempat dia siapkan kad untuk cikgunya sebelum aku hantar di ke sekolah. Macam tak percaya je boleh pergi shopping di SOGO on a school day hehe. Sekali-sekala OK, jangan diamalkan selalu! 🤭